Sunday 15 November 2009

trial spm sbp 2009

SEKTOR SEKOLAH BERASRAMA PENUH
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA(SPM) 2009


KERTAS 1

SOALAN OBJEKTIF

1 Mengapakah lembah sungai menjadi pusat pembentukan tamadun awal manusia?
A Kesuburan tanah
B Kesesuaian seni bina
C Jaminan keselamatan
D Potensi untuk pelancongan

2 Sistem pemerintahan beraja di Mesopotamia berbentuk
A oligarki
B monarki
C teokrasi
D demokrasi

3 Chandragupta Maurya telah berjaya membentuk empayar Maurya dan mengubah status

A raja kepada devaraja
B raja kepada maharaja
C feudal kepada birokrasi
D bangsawan kepada pembesar

4 Apakah matlamat pendidikan di Sparta dalam tamadun Yunani?
A Melahirkan tentera yang sempurna
B Mengaplikasi ilmu keagamaan
C Mewujudkan pentadbiran berkesan
D Membentuk warganegara yang seimbang

5 Mengapakah kerajaan Funan berubah daripada kerajaan agraria kepada kerajaan maritim?

A Pertambahan penduduk
B Kekayaan hasil laut
C Kemudahan pelabuhan
D Perubahan dasar pentadbiran

6 Pernyataan berikut merupakan amalan pemerintahan zaman Srivijaya. Apakah tujuan upacara tersebut?
A Menguji kekuatan fizikal
B Meraikan pelantikan
C Menghapuskan dosa
D Menanam kesetiaan

7 Maklumat berikut merujuk kepada usaha orang Quraisy memujuk Nabi Muhammad s.a.w. setelah gagal menggunakan cara kekerasan.

Tawaran
• Kedudukan
• Wanita cantik
• Harta benda

Mengapakah orang Arab Quraisy membuat tawaran tersebut kepada Nabi Muhammad s.a.w.?

A Menjana perpaduan
B Melupakan kota Makkah
C Meninggalkan dakwah Islamiah
D Merangsang aktiviti perniagaan

8 Peristiwa berikut merupakan hijrah pertama orang Islam.
Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. mengambil tindakan tersebut?
A Mematuhi perintah Allah
B Meneruskan penyebaran Islam
C Mengurangkan tekanan orang Quraisy
D Memenuhi jemputan penduduk tempatan

9 Apakah tujuan Rasulullah menghantar Mus’ab bin Umair ke Madinah?
A Menjamin keselamatan
B Menyebarkan ajaran Islam
C Menggubal perjanjian damai
D Membina kehidupan baru

10 Apakah peristiwa yang menyebabkan orang Islam Madinah melakukan Baiah al-Ridwan?

A Khabar angin kematian Uthman
B Kegagalan Quraisy mematuhi perjanjian
C Tawanan perang Quraisy dibunuh
D Penangkapan Suhail bin Amru

11 Rajah 1 berkaitan dengan usaha khalifah Abu Bakar al-Siddiq menetapkan hak rakyat bukan Arab yang memeluk Islam.

Pemerintahan khalifah Abu Bakar al-Siddiq
• Dikehendaki membayar cukai tambahan
• Memiliki keistimewaan yang sama dengan orang Arab Muslim

Rajah 1
Y tersebut merujuk kepada golongan
A Sufi
B Zimmi
C Mawali
D Mozarab

12 Apakah bukti kedatangan Islam dari China?

A Persamaan unsur kebudayaan China
B Penemuan Batu Bersurat di Terengganu
C Kedatangan pendakwah Islam dari Canton
D Kewujudan perkampungan Islam di Sumatera

13 Apakah bidang yang berkaitan dengan sistem berikut?

A Ekonomi
B Kesihatan
C Pendidikan
D Pentadbiran

14 Hukum diat merupakan hukuman
A bersumberkan perundangan Islam
B berasaskan adat sesuatu kaum
C ganti rugi berupa harta benda
D setimpal dengan kesalahan

15 Perumpamaan berikut berkaitan dengan norma kehidupan masyarakat Melayu.
Apakah nilai murni yang terkandung dalam perumpamaan tersebut?
A Bertoleransi
B Perpaduan
C Ketabahan
D Bersyukur

16 Kuasa berikut merupakan penjajah Barat.

Mengapakah kuasa tersebut menjadi perintis dalam aktiviti penjelajahan dan penerokaan kawasan?

A Menyebarkan tamadun
B Pembukaan Terusan Suez
C Revolusi Perindustrian di Eropah
D Galakan daripada pemerintah
17 Apakah yang diperjuangkan oleh Pergerakan Luddite?
A Menentang akta pemagaran tanah awam
B Membantah penggunaan mesin di kilang
C Mempertahankan hak golongan majikan
D Menghalang penglibatan buruh kanak-kanak

18 Jadual 1 merujuk kepada perkembangan tanaman pada abad ke-19.

Negeri Tanaman
Johor gambir
Sarawak Lada hitam

Apakah faktor yang menggalakkan perkembangan tanaman tersebut?
A Kemudahan sistem pengangkutan
B Kemasukan imigran dari China
C Kedatangan penjajah Barat
D Kemajuan teknologi pertanian

19 Mengapakah kerajaan British menubuhkan Lembaga Pesuruhjaya Wang pada tahun 1897?

A Mencetak wang syilling
B Mengawal nilai mata wang asing
C Memberikan kemudahan pinjaman
D Mengeluarkan wang kertas

20 Mengapakah masyarakat Melayu menggunakan kaedah tradisional dalam aktiviti perikanan?

A Meningkatkan hasil tangkapan ikan
B Mengelakkan kemusnahan hidupan air
C Memastikan ikan yang besar sahaja ditangkap
D Mengikut kesesuaian kawasan menangkap ikan

21 Apakah maksud imperialisme ?
A Pengenalan ekonomi moden
B Penjajahan wilayah lain
C Penyebaran budaya luar
D Pembebasan kuasa politik

22 Sebelum kedatangan Perancis, sistem birokrasi Vietnam diketuai oleh golongan Mandarin yang dipilih melalui

A perwarisan
B pilihan raya
C peperiksaan
D pungutan suara

23 Mengapakah pihak penjajah menganggap penerbitan akhbar sebagai ancaman terhadap mereka ?

A Memperjuangkan hal-hal agama
B Menyebarkan idea nasionalis
C Membincangkan sistem sosial orang tempatan
D Memdedahkan kepincangan sosial orang Barat

24 Apakah tujuan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu pada abad ke-19 hingga awal
abad ke-20?
A Menggulingkan kuasa raja
B Memajukan ekonomi negara
C Menentang penjajahan British
D Menyekat kemasukan imigran asing

25 Apakah faktor yang mendorong masyarakat tempatan memberikan sokongan kepada pembesar untuk menentang British ?

A Sistem kerahan tenaga
B Menjadi adat turun-temurun
C Pelaksanaan undang-undang Barat
D Mendapat pengiktiran pemimpin

26 Senarai berikut merupakan persatuan yang ditubuhkan di Tanah Melayu.
Apakah persamaan kedua-dua persatuan tersebut ?
A Mempunyai unsur politik
B Memperjuangkan kemerdekaan
C Menggabungkan persatuan
D Menggalakkan perpaduan

27 Peristiwa berikut berlaku di Eropah.
Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?
A Pemantapan kuasa gereja
B Pembentukan empayar
C Pengagihan kuasa pusat
D Pembinaan negara bangsa moden

28 Senarai berikut merupakan pertubuhan yang berhaluan kiri.
Apakah yang diperjuangkan oleh penubuhan tersebut?
A Menyokong penubuhan Malayan Union
B Merestui Persekutuan Tanah Melayu
C Menyebarkan fahaman komunis
D Melancarkan pemberontakan

29 Pernyataan berikut merujuk kepada prinsip kewarganegaraan Tanah Melayu.
Apakah yang dimaksudkan dengan rakyat Raja Melayu?
A Orang Melayu yang lahir di sesebuah Negeri Melayu
B Bermastautin di Negeri-Negeri Selat
C Menetap di negeri naungan British
D Berketurunan Raja-Raja Melayu

30 Tokoh berikut berperanan mengemukakan idea pentadbiran negara.
Apakah model pemerintahan yang dicadangkan oleh mereka?
A Sistem Ahli
B Malayan Union
C Perlembagaan Rakyat
D Pembentukan Malaysia

31 Apakah matlamat penubuhan parti berikut?

Parti Independence Malaya Parti (IMP)
Pengasas Dato’Onn Ja’afar

A Mempercepatkan pilihanraya
B Mewujudkan perpaduan
C Merundingkan kemerdekaan
D Mengasaskan gerakan radikal

32 Apakah tujuan penubuhan Malaysia?
A Membendung pengaruh komunis
B Mewujudkan negara merdeka
C Mengekalkan pentadbiran
D Menyatupadukan bangsa

33 Apakah kepentingan penubuhan Malaysia dari segi ekonomi?
I Wujud pasaran yang lebih luas
II Perkembangan industri pertanian
III Menggalakkan kemasukan buruh
IV Kemajuan perdagangan antarabangsa
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

34 Rajah 2 menerangkan tentang kuasa pemerintahan di Malaysia.
Rajah 2
X dalam rajah tersebut merujuk kepada
A Badan Judisiari
B Peguam Negara
C Badan Legislatif
D Badan Eksekutif

35 Maklumat berikut merupakan badan bebas dalam pelaksanaan dasar kerajaan.
Suruhanjaya tersebut menguruskan
A pentadbiran jabatan
B pelaksanaan dasar kerajaan
C peruntukan kewangan kementerian
D pelantikan dan kenaikan pangkat pegawai

36 Apakah matlamat penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)?
A Memajukan industri berat
B Meningkatkan industri desa
C Melibatkan penyertaan sektor swasta
D Meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar

37 Mengapakah Dasar Penswastaan diperkenalkan pada bulan Mac, 1983?
A Mengurangkan beban kewangan kerajaan
B Menghapuskan kemiskinan luar bandar
C Merapatkan jurang ekonomi penduduk
D Menggerakkan pembangunan in-situ

38 Apakah faedah yang diperoleh daripada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA)?
I Menjalin hubungan diplomatik
II Merapatkan hubungan antara negeri
III Mewujudkan perpaduan antara kaum
IV Melahirkan semangat kenegerian
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

39 Senarai berikut merupakan pakatan negara-negara Eropah.
Menjelang awal abad ke-20, negara Eropah mempunyai dua pakatan utama yang membawa kepada

A Perang Dunia Pertama
B Perang Dunia Kedua
C Perang Saudara
D Perang Dingin

40 Apakah faktor yang menyebabkan Negara-Negara Selatan bergantung kepada negara-negara maju?

A Bekalan tenaga buruh
B Bantuan tentera
C Kerjasama politik
D Pemasaran bahan mentah

Bahagian A
[40 markah]

Jawab semua soalan.

1Jadual berikut menerangkan tentang tokoh-tokoh yang berjaya menubuhkan kerajaan yang kuat.

Tokoh Tamadun
Julius Caesar Rom
Asoka India
Alexander The Great Yunani
Shih Huang Ti China


(a) Apakah perubahan sistem pentadbiran yang dilakukan oleh Julius Caesar?

(i)..............................................................................................................

(ii)..............................................................................................................
[2 markah]


(b)Nyatakan dua pembaharuan yang dilakukan oleh Asoka dalam dasar perluasan kuasanya.

(i)..............................................................................................................

(ii)..............................................................................................................
[2 markah]

(c) Jelaskan usaha Alexander The Great dalam meluaskan kawasan takluknya.

(i)..............................................................................................................

(ii)..............................................................................................................
[2 markah]

(d) Bagaimanakah Shih Huang Ti mengukuhkan kuasa Dinasti Chin?

(i)..............................................................................................................

(ii)..............................................................................................................
[2 markah]


(e)Pada pandangan anda, apakah ciri kepimpinan yang perlu dimiliki oleh pemimpin negara pada masa kini?

(i)..............................................................................................................

(ii)..............................................................................................................
[2 markah]

2 Jadual berikut merupakan tahap pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah.

(a) Senaraikan dua pusat pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah.

(i)..............................................................................................................

(ii)..............................................................................................................
[2 markah]


(b)Siapakah pengasas kerajaan Bani Umaiyah tahap pertama?
…..…………………………....…………….....…….……………......………

[1 markah]


(c)Jelaskan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam sistem pentadbiran.

(i)..............................................................................................................

(ii)..............................................................................................................

(iii)..............................................................................................................
[3 markah]


(d)Nyatakan sumber pendapatan kerajaan Bani Umaiyah.

(i)..............................................................................................................

(ii)..............................................................................................................
[2 markah]

(e) Pada pandangan anda, apakah faktor yang menyebabkan kejayaan kerajaan Bani Umaiyah dalam pelbagai bidang?

(i)..............................................................................................................

(ii)..............................................................................................................
[2 markah]

3 Jadual berikut menerangkan pengagihan kuasa persekutuan dan negeri.

(a) Apakah maksud negara Persekutuan?
…..…………………………....…………….....…….……………......………
[1 markah]


(b) Nyatakan dua bidang kuasa Senarai Negeri.

(i)..............................................................................................................

(ii)..............................................................................................................
[2 markah]


(c)Senaraikan dua bidang kuasa yang menjadi tanggungjawab bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

(i)..............................................................................................................

(ii)..............................................................................................................
[2 markah]


(d) Pada pandangan anda, mengapakah perlu wujudnya hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?

(i)..............................................................................................................

(ii)..............................................................................................................
[2 markah]

(e) “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” adalah merujuk kepada hasrat YAB Perdana Menteri Malaysia untuk melahirkan “Konsep Satu Malaysia”.

Jelaskan peranan generasi muda Malaysia dalam merealisasikan hasrat tersebut.

(i)..............................................................................................................

(ii)..............................................................................................................

(iii)..............................................................................................................
[3 markah]

4 Perang Dunia Pertama yang berlaku antara tahun 1914 hingga 1918 merupakan konflik antarabangsa yang meninggalkan kesan besar terhadap sejarah dunia.

(a)Apakah faktor segera yang mencetuskan Perang Dunia Pertama?

…..…………………………....…………….....…….……………......………
[1 markah]


(b) Nyatakan negara-negara yang menyertai pakatan dalam Perang Dunia Pertama:

Perikatan Kuasa Tengah

(i)..............................................................................................................

(ii)..............................................................................................................
[2 markah]

Pakatan Bertiga

(i)..............................................................................................................

(ii)..............................................................................................................
[2 markah]


(c) Mengapakah negara-negara Eropah mewujudkan pakatan?

…..…………………………....…………….....…….……………......………

[1 markah]


(d) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah implikasi Perang Dunia Pertama ke atas negara Jerman ?

(i)..............................................................................................................

(ii)..............................................................................................................
[2 markah]


(e) Pada pandangan anda, bagaimanakah sesebuah negara boleh mengelakkan berlakunya peperangan?

(i)..............................................................................................................

(ii)..............................................................................................................
[2 markah]


BAHAGIAN B

[60 markah]

Jawab tiga soalan sahaja.

5 Terdapat dua bentuk kerajaan awal di Asia Tenggara iaitu kerajaan Agraria dan
kerajaan Maritim.

(a) Apakah yang anda faham dengan takrif kerajaan agraria?

[4 markah]

(b) Terangkan faktor-faktor perkembangan kerajaan Angkor.

[10 markah]

(c) Mengapakah Malaysia kini menumpukan semula kegiatan ekonomi pertanian?
[6 markah]

6 Masyarakat di Tanah Melayu telah mula menggunakan sistem mata wang sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

(a) Huraikan perkembangan mata wang di Tanah Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka hingga tahun 1906.
[8 markah]

(b) Jelaskan peranan institusi kewangan sehingga awal abad ke-20 di Tanah Melayu.
[7 markah]

(c) Berdasarkan pemerhatian anda, apakah fungsi wang pada masa kini?
[5 markah]

7 Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 merupakan asas pembinaan negara dan bangsa kita. Ciri-cirinya mempunyai banyak persamaan dengan ciri-ciri negara bangsa moden pada hari ini.

(a) Terangkan ciri-ciri negara dan bangsa Kesultanan Melayu Melaka.
[10 markah]

(b) Jelaskan warisan Kesultanan Melayu Melaka dalam sistem pemerintahan di negeri-negeri Melayu.
[6 markah]

(c)Mengapakah kita perlu mengekalkan institusi kesultanan di negara kita?
[4 markah]


8 Pakatan Murni merupakan usaha semua kaum di Tanah Melayu untuk mewujudkan perpaduan melalui rundingan dan tolak ansur politik.

(a)Terangkan langkah-langkah yang dilaksanakan ke arah mewujudkan Pakatan Murni di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan.
[10 markah]

(b)Jelaskan kejayaan Parti Perikatan dalam melaksanakan Pakatan Murni
[6 markah]

(c ) Pada pandangan anda, apakah tanggungjawab warganegara dalam memelihara kemerdekaan negara?

[4 markah]

9 Pembentukan Rukun Negara merupakan kesan daripada peristiwa 13 Mei 1969.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan Rukun Negara?

[5 markah]


(b) Terangkan maksud setiap prinsip dalam Rukun Negara.

[10 markah]

(c) Bagaimanakah kerjasama dan tolak ansur antara kaum dapat menyediakan asas kepada negara kita untuk lebih maju pada masa hadapan?

[5 markah)




NO.SOALAN JAWAPAN MS BUKU TEKS
1 A 8
2 C 12
3 B 44
4 A 53
5 C 76
6 D 86
7 C 112
8 C 113
9 B 118
10 A 132
11 C 145
12 B 177
13 C 188
14 C 198
15 B 208
16 D 223
17 B 236
18 B 247
19 D 256
20 D 244-246
21 B 3
22 C 11
23 B 17
24 C 28
25 C 31
26 D 55-56
27 D 67
28 A 100
29 A 108
30 A 117
31 B 120-121
32 A 139-140
33 A 140
34 D 173
35 D 174
36 D 198
37 A 207
38 C 218
39 A 230
40 D 250



1 (a).
F1 Menjalankan pemerintahan bercorak empayar
F2 Meluaskan kuasa ke Macedonia/Yunani/Sham/Mesir/Perancis/Britania/beberapa kawasan di Jerman
F3 Membentuk pemerintahan berpusat
F4 Menyatukan wilayah kecil yang ditaklukinya
F5 Menamatkan pemerintahan republik
F6 Menguasai angkatan tentera
F7 Menguasai Dewan Senat
F8 Menjadi diktator
F9 Menggunakan gelaran maharaja
(2 markah)

(b).
F1 Menekankan kedamaian
F2 Menekankan kemajuan sosial
F3 Menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha
F4 Menjalankan penaklukan tanpa melalui ketenteraan
F5 Membentuk pentadbiran bercorak birokrasi
F6 Menekankan dasar yang lebih lembut
F7 Menekankan dasar lebih terbuka
(2 markah)

(c).
F1 Meneruskan usaha penyatuan kerajaan Macedonia
F2 Meneruskan usaha penyatuan kerajaan Yunani
F3 Meluaskan lagi jajahan takluk Yunani
F4 Menguasai Parsi / Mesir / Turkistan / Samarkand
F5 Menguasai seluruh kawasan Laut Mediterranean
F6 Menyebarkan kebudayaan Hellenistik
(2 markah)

(d).
F1 Menyatukan seluruh kerajaan kecil di China
F2 Memerintah secara autokratik / tegas / mutlak
F3 Menghapuskan kuasa golongan bangsawan
F4 Melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir
F5 Meneruskan usaha pembinaan Tembok Besar China
(2 markah)

(e).
F1 Berwibawa
F2 Berani/gagah
F3 Bijak dalam pentadbiran/bijaksana
F4 Adil
F5 Inovatif
F6 Kreatif
F7 Tegas
F8 Cekal
F9 Melakukan perubahan
(2 markah)

2 (a).
F1 Damsyik
F2 Cordova
(2 markah)

(b).
F1 Muawiyah bin Abu Sufyan
(1 markah)

(c).
F1 Sistem khalifah / ketua pemerintah menggantikan Nabi Muhammad s.a.w.
F2 Sistem wazarah
F3 Wazir mengetuai kerajaan pusat
F4 Gabenor mengetuai pentadbiran wilayah
F5 Sistem urus setia
F6 Pegawai utama dilantik mengumpul rekod / mengurus surat menyurat
F7 Membahagikan pentabiran kepada beberapa bahagian / bahagian surat menyurat / bahagian cukai / bahagian ketenteraan / bahagian polis / bahagian Kehakiman
F8 Sistem hijabah
F9 Pegawai ditugaskan memeriksa orang yang mahu menemui khalifah
F10 Pegawai mengawal keselamatan khalifah
F11 Pegawai pemegang amanah
F12 Penubuhan empat buah jabatan / Jabatan Cukai / Jabatan Surat Menyurat / Jabatan Urusan Am / Jabatan Urusan Cap Mohor Pemerintah
F13 Sistem Ketenteraan diperkemas / Diwanul Jundi / Jabatan Ketenteraan / Pertahanan negara / Penubuhan Angkatan Tentera Darat / Tentera Laut
(3 markah)

(d).
F1 Kharaj / cukai tanah
F2 Jizyah / cukai perlindungan
F3 Zakat
F4 Usyur / cukai 1/10 hasil pertanian
F5 Ghanimah / harta rampasan perang
(2 markah)

(e).
F1 Kebijaksanaan pemerintah
F2 Perancangan yang baik
F3 Melaksanakan pembaharuan
F4 Berpandangan jauh
(2 markah)

3 (a).
F1 Kebijaksanaan pemerintah
F2 Perancangan yang baik
F3 Melaksanakan pembaharuan
F4 Berpandangan jauh
(1 markah)

(b).
F1 Undang-undang Islam
F2 Tanah
F3 Pertanian dan Perhutanan
F4 Kerajaan tempatan
F5 Perkhidmatan tempatan
F6 Kerajaan negeri
F7 Hari cuti negeri
F8 Undang-undang negeri
(2 markah)

(c).
F1 Kebajikan sosial
F2 Biasiswa
F3 Taman Negara
F4 Perancangan bandar dan wilayah
F5 Penjagaan haiwan
F6 Kesihatan dan Kebersihan awam
F7 Parit dan Tali air
F8 Pemulihan
F9 Hiburan awam
F10 Perhubungan
(2 markah)

(d).
F1 Satu kaedah menyatupadukan pelbagai wilayah yang berasingan
F2 Dapat membentuk Kerajaan Persekutuan yang stabil dan berwibawa
F3 Membantu mengurangkan perbalahan antara etnik
F4 Hubungan baik perlu dipupuk untuk menjamin keharmonian
F5 Sentiasa mengamalkan toleransi untuk kepentingan bersama
(2 markah)

(e).
F1 Mempunyai sahsiah yang baik
F2 Mewujudkan perpaduan
F3 Menjalinkan kerjasama/saling membantu
F4 Menghargai jasa kerajaan
F5 Menghindarkan diri daripada gejala negatif
F6 Saling menghormati
F7 Menggemblengkan tenaga untuk pembangunan ekonomi
F8 Menghargai jasa pemimpin negara
F9 Melahirkan persaingan yang sihat
F10 Menanam sikap luhur / tulus / suci / ikhlas / bersih jiwa
F11 Memiliki integriti yang tinggi
F12 Bertanggungjawab/akauntabiliti
(3 markah)

4 (a).
F1 Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand oleh seorang Pengganas Serbia
(1 markah)

(b).
Perikatan Kuasa Tengah
F1 Jerman
F2 Austria-Hungary
F3 Itali
F4 Turki
F5 Bulgaria
(2 markah)

Pakatan Bertiga
F1 Britain
F2 Perancis
F3 Rusia
F4 Itali
F5 Jepun
(2 markah)

(c).
F1 Mendapatkan tanah jajahan
F2 Membuktikan kekuasaan masing-masing
F3 Membentuk lingkungan pengaruh masing-masing
F4 Mendapatkan bahan mentah
F5 Memasarkan barangan siap mereka
(1 markah)

(d).
F1 Kehilangan tanah jajahan
F2 Membayar pampasan perang yang tinggi/ hutang peperangan yang tinggi
F3 Diarah mengurangkan saiz angkatan tenteranya
F4 Masalah inflasi
F5 Masalah pengangguran
F6 Kemunculan Adolf Hitler / berani mencabar syarat-syarat perjanjian Versailles yang tidak adil
F7 Penubuhan Parti National Socialist
F8 Membina angkatan tentera yang besar
(2 markah)

(e).
F1 Bersatu padu
F2 Bekerjasama
F3 Taat akan pemerintah
F4 Cinta akan negara
F5 Hormat-menghormati
F6 Mematuhi undang-undang
F7 Memelihara institusi kesultanan
F8 Menyelesaikan masalah antarabangsa/pertikaian melalui rundingan/saluran diplomatik
(2 markah)

5 (a).
F1 Menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian
F2 Menjalankan kegiatan penternakan
F3 Memungut hasil hutan
F4 Memungut hasil sungai
F5 Terbentuk di kawasan yang subur
F6 Di Lembah sungai
F7 Terdapat juga di kawasan pedalaman
F8 Di kawasan berbukit
F9 Di lereng gunung berapi
(4 markah)

(b).
F1 Perkembangan pertanian
H1a padi sawah
H1b padi huma
H1c tanaman sampingan / jagung / pisang / keledek / sayur-sayuran

F2 Sistem pengairan yang baik
H2a bersumber dari Sungai Mekong / Tasik Tonle Sap
H2b mengairi tanah yang luas / seluas 12.5 juta ekar
H2c menampung keperluan beras untuk keperluan asas rakyatnya

F3 Penglibatan raja
H3a membina sistem pengairan
H3b mengurus sistem pengairan
H3c Raja Indravarman 1 membina sistem pengairan / baray

F4 Kedudukan berhampiran Tasik Tonle Sap
H4a air tasik datang dari Sungai Mekong
H4b tanah di sekitarnya amat subur
H4c iklim panas lembab sepanjang tahun
H4d sesuai untuk pertanian padi
H4e punca air utama mengairi sawah
H4f menjadi punca bekalan air minum

F5 Sumber ikan air tawar
H5a banyak diperoleh dari Tasik Tonle Sap
H5b menampung keperluan makanan penduduk
H5c sumber protein
(10 markah)

(c).
F1 Keperluan makanan dalam negara
F2 Tidak bergantung import makanan
F3 Menggalakkan pertanian moden
F4 Menggalakkan kemajuan bioteknologi
F5 Memberi peluang pekerjaan
F6 Menghidupkan kembali program bumi hijau
F7 Menambahkan pendapatan
F8 Menebus guna tanah terbiar
F9 Penerokaan teknologi moden
F10 Menggalakkan penyelidikan dalam bidang pertanian (R&D)
F11 Mengeksploitasi kesuburan tanah
F12 Gaya hidup sihat
F13 Keperluan sendiri
(6 markah)

6 (a).
F1 Sistem mata wang zaman Kesultanan Melayu Melaka
H1a semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah
C1a mata wang emas / perak / timah dikeluarkan
H1b mata wang telah melicinkan urusan perdagangan
H1c mata wang timah berbentuk bulat
H1d mata wang timah itu seberat satu kati lapan tahil
H1e nama sultan / tarikh Islam dicatat pada mata wang
H1f mata wang asing juga digunakan
H1g mata wang asing boleh ditukar dengan mata wang tempatan
C1b seperti mata wang Pasai / Hormuz / Cambay

F2 Sistem mata wang di Tanah Melayu selain Melaka
H2a terdapat pelbagai jenis mata wang primitif
C2a Dinar emas / kijang di Kelantan
C2b wang emas / kupang emas di Terengganu.
C2c jongkong tampang di Pahang
C2d wang timah / wang katun / wang emas / kupang emas di Johor
C2e wang timah ayam jantan hinggap di atas cincin / wang emas di Kedah
H2b pada masa ini pedagang Eropah menggunakan wang perak
H2c pedagang India / China / Arab menggunakan wang emas

F3 Mata wang Eropah
H3a pedagang Eropah memperkenalkan mata wang asing di Tanah Melayu
C3a mata wang perak Sepanyol
H3b mata wang ini bertahan selama 300 tahun
H3c mata wang ini digunakan di Negeri-Negeri Melayu / Negeri Selat
H3d wang ini dikeluarkan oleh Lembaga Pesuruhjaya Wang yang ditubuhkan pada 1897
H3e wang dikeluarkan bagi negeri-negeri Selat di bawah Ordinan X III
C3b wang kertas
H3f hanya mata wang kertas sahaja yang sah digunakan
H3g untuk perdagangan di Negeri-Negeri Selat
H3h mata wang kerajaan Melayu telah terhapus.
(8 markah)

(b).
F1 Menyediakan kemudahan pinjaman kepada pelabur
F2 Memajukan dan memesatkan lagi industri getah dan bijih timah
F3 Memperkenalkan sistem kewangan moden yang berorientasikan keuntungan
F4 Memperkenalkan kadar faedah yang tinggi
F5 Dana dari luar disalurkan terus ke Tanah Melayu dengan lebih mudah dan cepat
F6 Bank bertindak sebagai agen pembayar kepada pengimport dan pengeksport
F7 Menjadikan urusan perniagaan antarabangsa bertambah licin
F8 Pedagang tempatan boleh mendapatkan perkhidmatan bank Eropah melalui orang tengah (komprador)
F9 Komprador menjadi penaja kepada peminjam
F10 Operasi bank dipantau oleh pihak pemerintah agar dapat menjana perkembangan sektor ekonomi negara
(7 markah)

(c).
F1 Kuasa membeli
F2 Lambang status
F3 Keperluan hidup
F4 Penjagaan kesihatan
F5 Peluang pendidikan
F6 Keselesaan hidup
F7 Keharmonian rumahtangga
F8 Memenuhi kehendak
(5 markah)

7 (a).
F1 Mempunyai wilayah
H1a mempunyai kawasan lingkungan pengaruh yang luas
H1b sempadan tidak ditetapkan
H1c empayarnya meliputi seluruh semenanjung Tanah Melayu dan Seluruh timur Sumatera.

F2 Kedaulatan
H1a merujuk kepada raja yang memerintah
H1b mewakili negeri atau kawasan pemerintahan

F3 Lambang negara
H3a simbol atau tanda menjadi identiti sesebuah negara
H3b bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan
H3c lambang penyatuan negara dan bangsa
H3d sistem pemerintahan beraja
H3e adat istiadat Melayu
H3f alat regalia
H3g nobat
H3h warna
H3i bahasa
H3j undang-undang
H3k protokol dan
H3l adat istiadat istana

F4 Undang-undang bertulis
H4a Hukum kanun Melaka
H4b Undang-undang Laut Melaka
H4c Hukum kanun Melaka mengandungi 44 fasal
H4d menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar
H4e pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat
H4f menyatakan hukuman terhadap kesalahan jenayah awam
H4g undang-undang keluarga
H4h Undang-undang Laut Melaka menyentuh tatacara pelayaran laut
H4i tanggungjawab pengawal kapal
H4j atur cara pelayaran
H4k perniagaan
H4l bidang kuasa nakhoda kapal
H4m hukuman bagi kesalahan jenayah

F5 Rakyat
H5a bertanggungjawab mentaati raja yang memerintah
H5b rakyat bersedia mempertahankan negara
H5c menghadiri adapt istiadat kerajaan
H5d mengadakan gotong-royong
H5e kerahan tenaga

F6 Kerajaan
H6a pemerintah yang tertinggi
H6b dibantu oleh bendahara / Penghulu Bendahari / Temenggung / Laksamana
H6c tonggak institusi kerajaan yang memerintah
H6d diberi portfolio mengikut bidang tugas masing-masing Istana, darat, laut di sekitar Melaka dan jajahan takluk Melaka
H6e sistem pembesar empat lipatan
H6f menjamin kesentosaan sistem pemerintahan beraja
(10 markah)

(b).
F1 Adat istiadat Melayu
F2 Agama Islam
F3 Bahasa Melayu
F4 Kerajaan Johor, Perak, Pahang diasaskan oleh kerabat diraja Melaka
F5 Menggunakan gelaran Sultan pada awal nama
F6 Sistem perwarisan takhta mementingkan jurai keturunan sebelah bapa
F7 Putera sulung sultan dengan permaisuri berpeluang mewarisi takhta
F8 Sekiranya sultan tiada putera, adik lelaki boleh mewarisi takhta
F9 Mengamalkan Sistem Pembesar Empat lipatan
F10 Gelaran berbeza mengikut keadaan tempat
F11 Kitab undang-undang Johor, Perak dan Pahang
F13 Disalin/dipinda berdasarkan hukum kanun Melaka disesuaikan dengan unsur tempatan
F14 Undang-undang Pahang yang disusun oleh Sultan Abdul Ghapur Muhaiyuddin Syah.
(6 markah)

(c).
F1 Payung negara
F2 Lambang kedaulatan negara
F3 Simbol keutuhan negara
F4 Ketua agama Islam
F5 Memelihara hak keistimewaan orang Melayu
F6 Tonggak keagungan kerajaan Malaysia
F7 Ketuanan Melayu
F8 Mengekalkan keharmonian
F9 Memelihara agama Islam sebagai agama rasmi negara
F10 Lambang perpaduan
(4 markah)

8 (a).
F1 Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liason Committee (CLC)
H1a Peringkat permulaan CLC hanya dianggotai dua kaum terbesar
H1b Terdiri daripada orang Melayu dan Cina
H1c Orang Melayu bernaung di bawah UMNO
H1d Dipimpin oleh Dato’ Onn Ja’afar
H1e Orang Cina dinaungi Persatuan Cina Malaya atau Malayan Chinese Association (MCA)
H1f Dipimpin oleh Tan Cheng Lock
H1g Bulan ogos 1949 CLC dianggotai enam orang pemimpin Melayu, enam orang pemimpin Cina dan seorang wakil kaum India,
Sri Lanka, Serani dan Eropah
H1h Penubuhan CLC adalah titik permulaan kerjasama kaum di Persekutuan Tanah Melayu
H1i Perubahan kepada dasar UMNO kerana kesanggupan berunding dengan kaum lain untuk kepentingan masa depan negara
H1j Satu pendekatan baru dalam politik Persekutuan Tanah Melayu
H1k Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa atau Rural Industrial Development Authority (RIDA)
H1l RIDA adalah hasil rundingan UMNO-CLC
H1m Tujuan RIDA untuk memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar terutama kaum Melayu
H1n RIDA dipengerusikan oleh Dato’ Onn Ja’afar
H1o Kerakyatan Negeri 1951 diberikan kepada imigran yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu dengan syarat ibu atau bapa telah menjadi rakyat Tanah Melayu
H1p Pilihan raya akan diadakan pada masa yang sesuai di peringkat perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP)

F2 Pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu
H2a Dicadangkan oleh Dato’ Onn Ja’afar
H2b Dikecam hebat
H2c Masyarakat Melayu enggan berkompromi untuk mengubah struktur UMNO
H2d Dato’ Onn meninggalkan UMNO

F3 Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya atau Independence Malaya Party (IMP)
H3a Dasar IMP menggunakan konsep kerjasama kaum dalam sebuah parti
H3b IMP terbuka kepada semua kaum yang mahu bekerja untuk mencapai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
H3c IMP gagal mendapat sambutan daripada pelbagai kaum seperti kaum Cina, kaum India dan kaum lain di Tanah Melayu
H3d Rasa perpaduan terlalu asing bagi mereka


F4 Persidangan Kebangsaan
H4a Ditubuhkan oleh Sir Malcom MacDonald di King’s House,
Kuala Lumpur
H4b Untuk mencapai kerjasama politik
H4c Mengurangkan perasaan perkauman di kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu
H4d Dipengerusikan oleh Dato’ Panglima Bukit Gantang
H4e Disokong oleh beberapa orang Menteri Besar

F5 Konvensyen Kebangsaan
H5a Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin UMNO telah menganjurkan ini bersama-sama MCA
H5b Disertai pelbagai parti dan persatuan politik yang lain
H5c Asas kepada pembentukan Parti Perikatan
Mana-mana 10 x 1m

1 comment:

  1. Salam sejahtera!
    Nama saya Dewi Rumapea, saya berasal dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan semua dalam kumpulan ini mencari pinjaman yang sangat berhati-hati kerana ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya secara kewangan turun dan saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh pemberi pinjaman palsu di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang dipanggil Puan Glory, seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp500,000,000 tanpa tekanan, pada kadar faedah 2% yang merupakan kadar yang berpatutan untuk saya.

    Selepas memindahkan kredit saya ke akaun bank saya, saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah saya memohon, telah dipindahkan terus ke akaun saya, oleh Ibu Glory, tanpa berlengah-lengah. Jadi saya berjanji kepada ibu Glory bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi Puan Glory melalui email: gloryloanfirm@gmail.com

    Saya menggunakan masa ini untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: dewiputeri9@gmail.com atau anda boleh menghubungi Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Glory, Dia juga mendapat pinjaman dari Puan Glory, Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: utariwirmayaty@gmail.com Kini, semua yang saya lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun bulanan.

    Nota: Tiada yuran insurans, yuran pendaftaran atau yuran pemindahan.

    Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana menggunakan Ibu Glory untuk mengubah kisah kewangan saya dan kini saya seorang pemilik perniagaan saya yang bangga, semoga Allah terus memberkati Puan Glory dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan kewangan

    ReplyDelete