Wednesday 11 November 2009

trial spm sbp 2007

SEKTOR SEKOLAH BERASRAMA PENUH
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA(SPM) 2007


KERTAS 1

SOALAN OBJEKTIF

1 Civilization berasal daripada bahasa Greek dan mempunyai kaitan dengan konsep tamadun.
Apakah maksud civilization ?
A Bandar
B Daerah
C Kawasan
D Perkampungan

2 Fungsi tulang oracle adalah untuk
A mengubati penyakit
B menjamin kedaulatan raja
C meramal sesuatu keadaan
D menghasilkan barangan kayu

3 Bagaimanakah pemerintahan Pompei dapat menyediakan bekalan air yang mencukupi untuk penduduk bandar?
A Menggali lebih banyak perigi
B Membina sistem saliran bawah tanah
C Memproses air laut menjadi air minuman
D Mengehadkan penggunaan air kepada rakyatnya


• Fizikal
• Kemahiran


4 Mengapakah aspek di atas penting dalam sistem pendidikan di Sparta?
A Membentuk rakyat yang sihat
B Melahirkan warganegara yang setia
C Menerapkan amalan hidup yang riang
D Menghasilkan masyarakat yang seimbang

5 Kegiatan pertanian kerajaan Angkor pesat berkembang dengan adanya usaha-usaha berikut.
I Meningkatkan perdagangan hasil pertanian
II Mempelbagaikan ekonomi sara diri
III Membina dan mengurus pengairan
IV Menambah hasil padi
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

6 Apakah kepentingan Tasik Tonle Sap kepada kerajaan Angkor?
I Sumber protein
II Sumber pengairan
III Membekalkan air minuman
IV Menjadi laluan perhubungan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

7 Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan Sistem Kabilah yang berasaskan cara hidup berpuak-puak.
Apakah kesan amalan tersebut?
A Keruntuhan akhlak
B Peperangan sesama kabilah
C Kemunculan semangat assabiah
D Penindasan terhadap golongan lemah

8 Mengapakah orang Arab Quraisy menentang ajaran Islam yang disebarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.?
I Semua amalan tradisi ditinggalkan
II Bertentangan dengan sistem sosial
III Salah faham terhadap tugas nabi
IV Berbeza dari segi kepercayaan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

9 Nabi Muhammad s.a.w. menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Madinah berlandaskan
I adat
II keadilan
III musyawarah
IV semangat assabiyah
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

10 Siapakah sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang menyamar di tempat tidur baginda semasa berhijrah ke Madinah?
A Ali bin Abi Talib
B Abdullah bin Arqat
C Abu Bakar al-Siddiq
D Umar bin al Khattab

11 Takwim Islam kini adalah berasaskan kiraan tahun Hijrah. Takwim ini mula digunakan sewaktu pemerintahan khalifah
A Ali bin Abi Talib
B Uthman bin Affan
C Abu Bakar al Siddiq
D Umar bin al Khattab

12 Antara yang berikut, manakah kesan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia?
I Perluasan kawasan pemerintahan Islam
II Penguasaan laluan perdagangan Islam
III Perluasan kawasan penyebaran Islam
IV Penguasaan pendidikan agama Islam
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

* Hubungan perdagangan antara India dengan Asia Tenggara telah lama wujud.

* Gujerat menjadi pelabuhan penting di India.



13 Maklumat di atas berkaitan kedatangan Islam ke Asia Tenggara.
Siapakah tokoh yang mengemukakan bukti tersebut?
A S.Q. Fatimi
B John Crawford
C Snouck Hurgronje
D Emanuel Gadinho Eredia

Konsep daulat tidak wujud secara bertulis tetapi dipegang sebagai sesuatu yang dipercayai.

14 Berdasarkan pernyataan di atas, mengapakah daulat begitu penting kepada institusi kesultanan Melayu?
I Mengukuhkan institusi kesultanan
II Mengikat golongan rakyat dengan pemerintah
III Mengangkat kedudukan sultan ke tahap tinggi
IV Menimbulkan penghormatan rakyat
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

15 Institusi gereja dikatakan mengongkong kehidupan masyarakat Eropah pada Zaman Gelap kerana
A ahli gereja setaraf dengan raja
B aktiviti gereja dikawal oleh pembesar dan raja
C mempunyai jumlah tanah yang luas berbanding dengan raja
D menumpukan amalan agama dan ilmu akhirat


16 Patron memainkan peranan penting dalam menaungi golongan seni dan saintis pada zaman Renaissance di Eropah.
Siapakah golongan patron?
A Penggiat seni
B Pedagang kaya
C Penguasa gereja
D Penduduk tempatan

Lord Townshend


17 Apakah sumbangan tokoh di atas dalam bidang pertanian?
A Mencipta alat menggali
B Mencadangkan penggunaan baja
C Menggalakkan pemagaran tanah awam
D Memperkenalkan sistem penggiliran tanaman

18 Antara berikut, manakah ciri-ciri kegiatan ekonomi masyarakat Melayu sebelum kedatangan British?
I Modal kecil
II Buruh terhad
III Pasaran luas
IV Sara diri
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

19 Antara tanaman komersial yang telah digalakkan oleh British di Tanah Melayu ialah
I getah
II padi
III kopi
IV tebu
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Pada 25 November 1913, Akta Tanah Simpanan Melayu telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan.

20 Berdasarkan pernyataan di atas, mengapakah Tanah Simpanan Melayu dikatakan tidak mempunyai nilai komersial?
A Tidak sesuai untuk kegiatan perladangan
B Terletak di kawasan yang mundur
C Kebanyakan tanah tidak subur
D Keluasan kawasan yang terhad

21 Apakah faktor yang mempengaruhi petempatan masyarakat di Tanah Melayu semasa zaman penjajahan British?
A Berdasarkan pengaruh ketua kaum
B Dipengaruhi oleh faktor geografi
C Ditetapkan oleh kuasa penjajah
D Mengikut fungsi ekonomi

22 Antara berikut, yang manakah membuktikan ketidakjujuran imperialis Barat dalam tugas mereka mentamadunkan penduduk Asia Tenggara?
I Penduduk peribumi tidak dilibatkan dalam pentadbiran negara
II Eksploitasi dan diskriminasi terhadap penduduk tempatan
III Tanah jajahan tidak ditadbir penjajah seperti negara asal
IV Hasil tempatan dikuasai penjajah
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Penjajah Sepanyol telah memperkenalkan Sistem Encomienda untuk mentadbir Filipina pada peringkat tempatan yang diketuai oleh Encomiendero.

23 Merujuk pernyataan di atas, mengapakah penduduk Filipina tidak menyenangi Sistem Encomienda?
I Kerahan tenaga
II Mengenakan cukai yang tinggi
III Menjejaskan kegiatan ekonomi mereka
IV Kehilangan hak istimewa
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

24 Mengapakah pengenalan sistem pendidikan Barat turut membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan?
I Pendidikan terhad kepada golongan elit dan penduduk bandar
II Pilih kasih penjajah dalam menyediakan kemudahan pendidikan
III Pendidikan Barat telah menghakis kepentingan pendidikan tradisional
IV Peluang pendidikan kepada penduduk tempatan hanya pada peringkat rendah
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


Tokoh Y
• Mengisytiharkan kemerdekaan Vietnam
• Menjadi Presiden Vietnam Utara
• Pemimpin Parti Komunis Vietnam



25 Merujuk maklumat di atas, siapakah tokoh Y?
A Nguyen Thai Hoc
B Ho Chi Minh
C Phan Boi Chau
D Maharaja Bao Dai

Pada bulan Mei 1928, kumpulan petani telah menyerang bangunan kerajaan di Kuala Berang dan berjaya mendudukinya.

26 Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah punca serangan tersebut?
A British menghapuskan kuasa pembesar negeri
B British mengugut untuk menurunkan takhta sultan
C Penduduk mahu mengusir British dari Terengganu
D Penduduk tidak berpuas hati dengan undang-undang Barat

Tahun ; 1939
Gerakan ; Separa politik
Persatuan ; Kesatuan Melayu Muda


27 Apakah tujuan penubuhan persatuan di atas?
A Menghalau British dengan kerjasama Jepun
B Menggalakkan perpaduan pemuda Melayu
C Menggabungkan tenaga intelektual Melayu
D Memajukan sosioekonomi orang Melayu

Pada 28 Februari 1991, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah menyampaikan ucapannya di Majlis Perniagaan Malaysia

28 Hasrat yang ingin disampaikan oleh beliau dalam majlis tersebut adalah untuk membina
A negara Malaysia
B bangsa Malaysia
C kaum di Malaysia
D budaya di Malaysia

Perundingan Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 ditentang oleh golongan orang dagang dan radikal Melayu.

29 Mengapakah golongan di atas menentang cadangan tersebut?
A Kedudukan mereka terancam
B Pandangan mereka tidak diambil kira
C Ketiadaan wakil dalam jawatankuasa kerja
D Prinsip kerakyatan jus soli tidak akan dilaksanakan

30 Keturunan Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British di London selepas Perang Dunia Kedua.
Apakah alasan Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British?
I Kesihatan terganggu
II Penggantinya tidak layak
III Penentangan penduduk tempatan
IV Kekurangan modal untuk mentadbir
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

31 Matlamat Suruhanjaya Reid yang telah ditubuhkan pada tahun 1956 adalah
A merangka sistem pendidikan
B mengkaji pentadbiran negara
C meninjau sokongan rakyat
D menyusun perlembagaan

32 Apakah isu yang diambil kira dalam merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka?
I Kepentingan agama Islam
II Kedudukan Raja-Raja Melayu
III Membentuk Kerajaan Persekutuan yang kuat
IV Mewujudkan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Lee Kuan Yew telah mendesak British supaya menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.

33 Merujuk pernyataan di atas, alasan yang mendorong Lee Kuan Yew mendesak penggabungan tersebut adalah
A menghadapi ancaman komunis
B memperlihatkan semangat setia kawan
C mewujudkan kerjasama ekonomi serantau
D menghapuskan rancangan parti berhaluan kiri

34 HICOM (Perbadanan Industri Berat Malaysia) ditubuhkan untuk mengembangkan perindustrian berat di negara ini.
Projek utama HICOM adalah menubuhkan Kilang
I Kereta Nasional PROTON di Shah Alam
II PERWAJA di Terengganu
III MDF Merbok di Kedah
IV Simen oleh Kedah Cement Sdn. Bhd. di Langkawi
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

35 Apakah kesan Perang Dunia Pertama terhadap negara-negara Eropah?
A Mengeratkan kerjasama
B Memulakan era perindustrian
C Menamatkan sistem pemerintahan beraja
D Memulakan persaingan mendapatkan tanah jajahan

· Blok Kapitalis - Demokratik

· Blok Komunis - Diktator


36 Mengapakah persaingan antara blok di atas dikenali sebagai Perang Dingin?
A Tidak wujud konflik bersenjata secara langsung
B Perlumbaan kedua-dua blok dalam pembinaan senjata nuklear
C Tiada kerjasama kedua-dua blok dalam isu perlumbaan senjata
D Persaingan dalam menyebarkan pengaruh ke seluruh dunia

Malaysia mengamalkan konsep perpaduan dan komited terhadap hak asasi manusia.

37 Apakah bukti Malaysia mengamalkan pendirian di atas?
A Menggubal dasar luar anti komunis
B Menentang penyalahgunaan dadah
C Menyokong perjuangan Palestin
D Menentang Dasar Apartheid

ZOPFAN : Zon Aman, Bebas dan Berkecuali


38 Mengapakah konsep di atas penting kepada negara-negara ASEAN?
A Pengukuhan kuasa serantau
B Terlibat dalam perluasan kuasa
C Mengurangkan ancaman komunis
D Bebas daripada persengketaan dunia

Koridor Raya Multimedia (MSC) meliputi kawasan Kuala Lumpur City Center sehingga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

39 Merujuk pernyataan di atas, manakah kawasan yang terletak di Koridor Raya Multimedia?
I Sekolah Seri Puteri
II Pusat Pentadbiran Putrajaya
III Universiti Industri Selangor
IV Taman Teknologi Malaysia
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

40 Antara berikut, manakah langkah kerajaan untuk mencapai matlamat k-masyarakat?
I Menubuhkan sekolah bestari
II Mementingkan teknologi maklumat
III Menggalakkan pendidikan swasta
IV Mengutamakan pekerja profesional asing
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

KERTAS 2

SOALAN STRUKTUR

Bahagian A

[ 40 markah ]


Zaman Kerangka Masa
Awal 3100-2200 S.M.
Pertengahan 2040-1785 S.M.
Empayar 1570-1085 S.M.
Keruntuhan 1085-322 S.M.

1 Jadual di atas merujuk kepada perkembangan tamadun Mesir Purba.

(a) Berikan dua contoh kerajaan asing yang menguasai Tamadun Mesir Purba pada zaman kejatuhannya.

(i) ………………......………………………………………………….……………

(ii) ………………………………………………………………………......……….
[2 markah]

(b) Masyarakat Mesir Purba percaya kepada konsep Politeisme.
Apakah yang dimaksudkan dengan Politeisme?

…………………………………………....…….…………………………......……….
[1 markah]

(c) Senaraikan tiga jenis pekerjaan masyarakat Mesir Purba.

(i) ……………………………………………………………………………….......

(ii) ……………………………………………………………………………….......

(iii) ……………………………………………………………………………….......
[3 markah]

(d) Nyatakan dua fungsi tulisan dalam masyarakat Mesir Purba.

(i) ………………......………………………………………………….……………

(ii) ………………………………………………………………………......……….
[2 markah]

(e) Mengapakah pendidikan sejak dari umur rendah lagi telah diberikan kepada kanak-kanak daripada keluarga atasan masyarakat Mesir Purba?

(i) ………………......………………………………………………….……………

(ii) ………………………………………………………………………......……….
[2 markah]



2 Selepas pemerintahan Khalifah al-Rasyidin, pentadbiran kerajaan Islam seterusnya telah dilaksanakan oleh kerajaan Bani Umaiyah.

(a) Nyatakan dua pusat pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyah.

i. Tahap pertama : …………………………………………....……………………

ii. Tahap kedua : …………………………………………....……………………
[2 markah]

(b) Siapakah nama pengasas kerajaan Bani Umaiyah tahap pertama?

…………………………………………....………………….……………......……….
[1 markah]

(c) Senaraikan dua sumbangan Kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang politik.

(i) ………………......………………………………………………….……………

(ii) ………………………………………………………………………......……….
[2 markah]

(d) Senaraikan dua sumber pendapatan Kerajaan Bani Umaiyah.

(i) ………………......………………………………………………….……………

(ii) ………………………………………………………………………......……….
[2 markah]

(e) Apakah kesan perkembangan ilmu semasa kerajaan Bani Umaiyah?

(i) ……………………………………………………………………………….......

(ii) ……………………………………………………………………………….......

(iii) ……………………………………………………………………………….......
[3 markah]

Gerakan Pan-Islamisme di Timur Tengah telah mempengaruhi perkembangan gerakan Islah di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia ke-2.

3 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan Gerakan Islah?

…………………………………………....………………….……………......……….
[1 markah]

(b) Senaraikan dua tokoh yang mendorong perkembangan Kaum Muda.

(i) ………………......………………………………………………….……………

(ii) ………………………………………………………………………......……….
[2 markah]

(c) Nyatakan tiga idea perjuangan Kaum Muda.

(i) ……………………………………………………………………………….......

(ii) ……………………………………………………………………………….......

(iii) ……………………………………………………………………………….......
[3 markah]

(d) Pada pendapat anda, apakah halangan yang dihadapi oleh Kaum Muda dalam perjuangan mereka?

(i) ……………………………………………………………………………….......

(ii) ……………………………………………………………………………….......

(iii) ……………………………………………………………………………….......

(iv) ……………………………………………………………………………….......
[4 markah]




Negeri Sistem pentadbiran
Kelantan Sistem Jemaah Menteri
Terengganu Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu
Johor Undang-undang Tubuh Negeri Johor

4. Jadual di atas merujuk kepada pemodenan sistem pentadbiran yang dilakukan oleh pemerintah di Kelantan, Terengganu dan Johor.

(a) Senaraikan dua Jemaah Menteri yang terdapat di Kelantan pada kurun ke-19.

(i) ………………......………………………………………………….……………

(ii) ………………………………………………………………………......……….
[2 markah]

(b) Berikan dua perkara yang terdapat dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor.

(i) ………………......………………………………………………….……………

(ii) ………………………………………………………………………......……….
[2 markah]

(c) Berikan tiga persamaan syarat pewaris takhta kerajaan menurut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu dan Johor.

(i) ……………………………………………………………………………….......

(ii) ……………………………………………………………………………….......

(iii) ……………………………………………………………………………….......
[3 markah]


(d) Apakah kepentingan Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu?

(i) ……………………………………………………………………………….......

(ii) ……………………………………………………………………………….......

(iii) ……………………………………………………………………………….......
[3 markah]

SOALAN ESEI

Bahagian B

[ 60 markah ]

Jawab tiga soalan sahaja.

Kerajaan awal Asia Tenggara
-Kerajaan agraria
-Kerajaan maritim


5 Rajah di atas menunjukkan bentuk kerajaan yang muncul dalam tamadun awal Asia Tenggara berasaskan aspek kedudukan geografi dan sosio ekonomi.

(a) Nyatakan maksud:

(i) Kerajaan Agraria [2 markah]

(ii) Kerajaan Maritim [2 markah]

(b) Terangkan kegiatan ekonomi masyarakat agraria dan maritim.
[10 markah]

(c) Pada pendapat anda, mengapakah kedua-dua kerajaan di atas saling bergantung antara satu sama lain?
[6 markah]


6 (a) Bagaimanakah kegiatan perdagangan mempengaruhi penyebaran Islam di Asia Tenggara?
[6 markah]

(b) Terangkan kepentingan Bahasa Melayu sebagai lingua franca dalam aktiviti perdagangan.
[7 markah]

(c) Huraikan peranan Acheh sebagai kuasa yang kuat di Asia Tenggara.
[7 markah]

Perubahan masyarakat
dan budaya Eropah
-Zaman Gelap
-Zaman Renaissance
-Zaman Revolution

7 (a) Nyatakan ciri-ciri Zaman Gelap di Eropah.
[6 markah]

(b) Mengapakah Zaman Renaissance bermula di Itali?
[10 markah]

(c) Jelaskan kesan Zaman Reformation di Eropah.
[4 markah]


8 Lambang negara bertujuan melahirkan kesetiaan, kesanggupan untuk berkorban dan kecintaan terhadap tanah air.

(a) Jelaskan maksud warna-warna yang terdapat pada Bendera Kebangsaan.
[6 markah]

(b) Terangkan kepentingan Jalur Gemilang kepada rakyat negara ini.
[8 markah]


(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan cara kita menunjukkan kesetiaan melalui lagu kebangsaan.
[6 markah]

Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia telah bergiat secara aktif dalam pertubuhan antarabangsa seperti Komanwel, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kumpulan Negara-Negara Selatan.

9 (a) Nyatakan faedah yang diperoleh oleh Malaysia sebagai ahli pertubuhan Komanwel.
[6 markah]

(b) Jelaskan peranan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
[10 markah]

(c) Apakah persamaan negara kita dengan Negara-Negara Selatan yang lain?
[4 markah]


PANDUAN GURU

KERTAS 1

SOALAN OBJEKTIF

NO.SOALAN


JAWAPAN


MS BUKU TEKS

1 A

2 C

3 B

4 B

5 C

6 A

7 C

8 D

9 B

10 A

11 D

12 A

13 C

14 C

15 D

16 B

17 D

18 B

19 C

20 C

21 D

22 B

23 A

24 B

25 B

26 D

27 B

28 B

29 C

30 A

31 D

32 D

33 A

34 B

35 C

36 A

37 D

38 D

39 B

40 A

KERTAS 2

SOALAN STRUKTUR

Bahagian A

1 (a). Berikan dua contoh kerajaan asing yang menguasai Tamadun Mesir Purba pada zaman kejatuhannya.(ms.18)
[2 markah]

F1 - Libya
F2 - Kush
F3 - Assyria
F4 - Parsi
F5 - Yunani
F6 - Rom

(b). Masyarakat Mesir Purba percaya kepada konsep Politeisme.
Apakah yang dimaksudkan dengan Politeisme?(ms.20)
[1 markah]

F1 - Kepercayaan kepada banyak tuhan

(c). Senaraikan tiga jenis pekerjaan masyarakat Mesir Purba.(ms.20)
[3 markah]

F1 - Penenun kain
F 2 - Pembuat bahan tembikar
F 3 - Pembuat peralatan
F 4 - Pedagang
F 5 - Pelombong emas

(d). Nyatakan dua fungsi tulisan dalam masyarakat Mesir Purba. (ms.21)
[2 markah]

F1 - Mencatatkan rekod aktiviti pertanian
F2 - Merekodkan aktiviti kutipan cukai
F3 - Tujuan keagamaan dan amalan ritual kepercayaan

(e). Mengapakah pendidikan sejak dari umur rendah lagi telah diberikan kepada kanak-kanak daripada keluarga atasan masyarakat Mesir Purba?(ms.22)
[2 markah]

F1 - Untuk melahirkan para pegawai kerajaan terutamanya jurutulis yang sempurna dan terlatih
F2 - Melahirkan golongan terlatih yang boleh menguruskan hal ehwal pertanian/pengawalan air Sungai Nil
F3 - Menguruskan hal ehwal pembinaan bangunan dan pyramid

2 (a). Nyatakan dua pusat pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyah.(ms.150)
[2 markah]

i. tahap pertama
F1 - Damsyik
ii. tahap kedua
F1 - Cordova

(b). Siapakah nama pengasas kerajaan Bani Umaiyah tahap pertama?(ms.150)
[1 markah]

F1 - Muawiyah bin Abu Sufyan

(c). Senaraikan dua sumbangan Kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang politik.(ms.151)
[2 markah]

F1 - Sistem khalifah
F2 - Sistem wazarah
F3 - Sistem urusetia
F4 - Sistem hijabah
F5 - Penubuhan empat buah jabatan/Jabatan Cukai/Jabatan Surat Menyurat/Jabatan Urusan Am/Jabatan Urusan Cap Mohor Pemerintah
F6 - Penubuhan Diwanul Jundi/Jabatan Ketenteraan/Sistem Ketenteraan
Diperkemaskan
F7 - Pembentukan 5 wilayah yang diketuai gabenor

(d). Senaraikan dua sumber pendapatan Kerajaan Bani Umaiyah.(ms.153)
[2 markah]

F1 - Kharaj/cukai tanah
F2 - Jizyah/cukai perlindungan
F3 - Zakat
F4 - Usyur/cukai 1/10 hasil pertanian
F5 - Ghaimah/harta rampasan peperangan

(e). Apakah kesan perkembangan ilmu semasa kerajaan Bani Umaiyah? (ms.152-154)
[3 markah]

F1 - Lahirnya ramai ilmuan Islam
F2 - Bahasa Arab menjadi bahasa rasmi Negara
F3 - Tanda bunyi dan baris diperkenalkan pada tulisan al-Quran
F4 - Pusat pengajian tinggi ditubuhkan di Cordova
F5 - 17 buah pusat pengajian dibina dibina di Andalusia
F6 - Cardova menjadi pusat keilmuan dan kemudian berkembang ke Seville, Toledo dan Granada
F7 - Terbinanya 70 buah perpustakaan di Andalusia
F8 - Toledo menjadi pusat penterjemahan karya tokoh Yunani ke dalam bahasa Arab
F9 - Masyarakat kerajaan Bani Umaiyah berpeluang mempelajari pelbagai ilmu
F10 - Cordova menjadi jambatan ilmu antara dunia Islam dengan Eropah
F11 - Orang Islam dapat menimba ilmu daripada karya Eropah


3 (a). Apakah yang dimaksudkan dengan Gerakan Islah?(ms.49)
[1 markah]

F1 - Gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap Islam
F2 - Golongan yang dikenali sebagai Kaum Muda

(b). Senaraikan dua tokoh yang mendorong perkembangan Kaum Muda.(ms.49)
[2 markah]

F1 - Sheikh Tahir Jalaludin
F2 - Syed Sheikh al Hadi
F3 - Dr Burhanudin al-Helmy

(c). Nyatakan tiga idea perjuangan Kaum Muda.(ms.49)
[3 markah]

F1 - Menjana Islam dari sudut kemajuan dunia
F2 - Memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial
F3 - Menanam sikap mengkritik penjajah
F4 - Mengkritik raja dan pembesar kerana tidak berperanan dalam
memajukan orang Melayu

(d). Pada pendapat anda, apakah halangan yang dihadapi oleh Kaum Muda dalam perjuangan mereka?(ms.50)
[4 markah]

F1 - Penentangan Kaum Tua yang telah menguasai pemikiran masyarakat
F2 - Masyarakat yang telah sebati dengan pemikiran lama bahawa Islam itu adalah tentang akhirat/menekankan fardu ain sahaja
F3 - Undang-undang di Negeri-Negeri Melayu menghalang pengaruh Kaum Muda
F4 - Kegiatan dakwah Islam perlu mendapat kebenaran sultan
F5 - Risalah/buku Kaum Muda tidak dibenarkan dibawa masuk ke
Negeri-Negeri Melayu

4 (a). Senaraikan dua Jemaah Menteri yang terdapat di Kelantan pada kurun ke-19.
(ms.84) [2 markah]

F1 - Jemaah Penasihar Raja
F2 - Jemaah Menteri Istana
F3 - Jemaah Menteri Keadilan dan Kehakiman
F4 - Jemaah Menteri Dalam Negeri
F5 - Jemaah Menteri Luar
F6 - Jemaah Menteri Perbendaharaan
F6 - Jemaah Menteri Peperangan
F7 - Jemaah menteri Pentadbiran dan Pengimarahan Negeri

(b). Berikan dua perkara yang terdapat dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor.(ms.80)
[2 markah]

F1 - Pewaris tahkta / Raja berbangsa Melayu, beragama islam dan lelaki
F2 - Orang Melayu sebagai rakyat Johor
F3 - Agama islam sebagai agama negeri
F4 - Raja berhak memilih Menteri Besar manakala Naib Menteri Besar dipilih oleh Jemaah Menteri dengan perkenan raja
F5 - Majlis Mesyuarat Kerajaan dibahagi kepada dua iaitu Majlis Negeri dan Jemaah Menteri

(c). Berikan tiga persamaan syarat pewaris takhta kerajaan menurut UndangUundang Tubuh Kerajaan Terengganu dan Johor.(KBBK Rujukan asas ms.81&85)
[3 markah]

F1 - Berbangsa Melayu
F2 - Beragama Islam
F3 - Waris pemerintah
F4 - Lelaki

(d). Apakah kepentingan Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu? (ms.86)
[3 markah]

F1 - Menjamin pentadbiran yang berkesan
F2 - Menggambarkan kebijaksanaan pemerintah
F3 - Meningkatkan kecekapan pentadbiran
F4 - Benteng untuk mengekalkan kedaulatan negeri Terengganu

SOALAN ESEI

Bahagian B

5 (a) i). Nyatakan maksud kerajaan Agraria. (ms 75 )
[2 markah]

F1 - Kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian dan penternakan
F2 - pemungutan hasil hutan dan sungai
F3 - Terbentuk di kawasan pertanian yang subur
F4 - Terbentuk di lembah sungai
F5 - Terbentuk di kawasan pedalaman
F6 - Terbentuk di kawasan berbukit
F7 - Terbentuk di lereng tanah gunung berapi

ii). Nyatakan maksud kerajaan Maritim.
[2 markah]

F1 - Kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan perdagangan
F2 - Menjalankan kegiatan kelautan
F3 - Berfungsi sebagai pelabuhan
F4 - Terletak berhampiran dengan kawasan di pesisir pantai/lembah sungai
F5 - Kepulauan

(b). Terangkan kegiatan ekonomi masyarakat agraria dan maritim.(ms. 75-80)
[10 markah]

Agraria

F1 - Mengusahakan tanaman padi di lembah sungai
H1a - mendapat bekalan air yang mencukupi
H1b - untuk penanaman padi sawah

F2 - Mengusahakan tanaman padi huma
H2a - ditanam di kawasan tanah tinggi/bukit
H2b - dibuat teres
H2c - relung

F3 - Tanaman sampingan turut diusahakan
C3a - jagung/pisang/keledek/sayur-sayuran

F4 - Menghasilkan pelbagai jenis rempah
C4a - cengkih/lada hitam

F5 - Mengumpulkan hasil hutan
C5a - kayu gaharu/kapur barus/tanduk/gading/damar/kayu cendana
C5b - pelbagai jenis buah-buahan

F6 - Sarang burung dari gua untuk perdagangan

F7 - Kegiatan menangkap ikan di sawah/paya/sungai

F8 - Mendapatkan kulit kura-kura

F9 - Menternak binatang
C9a - lembu/kerbau/kambing/ayam

F10 - Lebihan hasil ternakan dan tanaman dipasarkan/dibekalkan
H10a - memenuhi keperluan penduduk yang tidak terlibat dalam pertanian
H10b - masyarakat bandar/penduduk kerajaan Maritim

Maritim

F11 - Menjalankan kegiatan menangkap ikan

F12 - Memunggut hasil laut

F13 - Pengeluar bijih logam
C13a - emas/timah

F14 - Lebihan hasil diperdagang dalam kalangan petempatan tersebut
H14a - berkembang sebagai tempat berdagang
H14b - menjadikan kawasan tersebut pelabuhan pembekal

F15 - Pelabuhan pembekal yang berkembang dan maju mendapat status sebagai pelabuhan kerajaan
H15a - Champa / Kedah Tua / Langkasuka / Srivijaya

F16 - Kedudukan yang strategik menyumbang kepada pelabuhan enterepot
H16a - menjalin hubungan perdagangan dengan kerajaan besar

F17 - Pelabuhannya memperdagangkan hasil bumi
C17a - logam /hasil hutan / laut
C17b - hasil dari kerajaan lain

F18 - Orang Melayu menjadi pelaut / pedagang / peneroka yang terulung

F19 - Mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan
H19a - kedudukan yang strategik

F20 - Mampu belayar dan berdagang ke kawasan yang jauh

F21 - Mempunyai kemahiran membuat perahu dan kapal layar
H21a - perahu digunakan untuk perdagangan jarak dekat
H21b - kapal layar untuk perdagang jarak jauh
H21c - berpandukan bintang di langit

(c). Pada pendapat anda, mengapakah kedua-dua kerajaan di atas saling bergantung antara satu sama lain?(ms.83)
[6 markah]

F1 - Penduduk yang ramai membekalkan tenaga kerja yang mencukupi

F2 - Sistem pertanian yang baik dapat menghasilkan sumber makanan utama
H2a - bekalan beras kepada kerajaan Maritim yang lain
H2b - beras menjadi dagangan utama antara kerajaan Maritim dan kerajaan Agraria

F3 - Kerajaan Agraria mendapatkan barangan mewah
H3a - dari China dan India
H3b - barangan mewah dijadikan simbol kekayaan
H3c - simbol keagungan kerajaan Agraria
C3a - tembikar asing khususnya tembikar China
C3b - tekstil dari India dan China
C3c - pelbagai jenis gelas
C3d - manik

F4 - Sebagai tukarannya kerajaan Agraria membekalkan keperluan makanan

F5 - Hasil hutan kepada kerajaan Maritim

F6 - Kerajaan Maritim mendapatkan bahan mentah dari kerajaan Agraria
C6a - kayu dari kerajaan Pegu di Burma
C6b - binatang kenderaan seperti gajah dari Burma dan Siam

F7 - Kerajaan Maritim mendapatkan tukang kayu dari kerajaan Agraria

F8 - Tukang batu juga diperoleh dari kerajaan Agraria

6 (a). Bagaimanakah kegiatan perdagangan mempengaruhi penyebaran Islam di Asia Tenggara? (ms. 179)
[6 markah]

F1 - Pedagang Arab, India dan China telah menjalinkan perdagangan dengan pelabuhan utama di Asia Tenggara
C1a - Maluku/Makasar

F2 - Kemurniaan sikap dan tingkah laku pedagang menjadi ikutan

F3 - Petempatan pedagang menjadi pusat perbincangan tentang agama di kalangan pedagang

F4 - Semangat dakwah di kalangan pedagang

F5 - Pedagang membawa bersama mereka ulama untuk menyebarkan Islam

F6 - Cara pedagang berdakwah secara berhemah
C6a - sifat mahmudah/sopan santun/ikhlas/lemah lembut

F7 - Hubungan baik pedagang dengan pemerintah

F8 - Pedagang mendapat keistimewaan tertentu daripada sultan

F9 - Pedagang dianugerahi jawatan syahbandar oleh pemerintah kerana sifat kejujuran dan amanah

F10 - Islam disebar oleh syahbandar

(b). Terangkan kepentingan Bahasa Melayu sebagai lingua franca dalam aktiviti perdagangan.(ms 188-189)
[7 markah]

F1 - Bahasa Melayu berkembang menjadi lingua franca bagi kawasan kepulauan Melayu
H1a - Bahasa Melayu mampu bersaing dengan bahasa dunia lain pada masa itu

F2 - Bahasa Melayu meningkat sebagai bahasa ilmu yang berkesan

F3 - Bahasa Melayu mantap dengan kedatangan Islam
C3a - cerita panji ditulis dalam Bahasa Melayu

F4 - Hasil kesusasteraan Melayu terpengaruh dengan gaya dan bahasa Arab
H4a - bentuk Bahasa Melayu dipengaruhi bentuk sastera Islam
C4a - fungsi sastera telah berubah daripada tujuan berhibur kepada mengkritik

F5 - Bahasa Melayu berperanan penting dalam perdagangan
H5a - kedudukan Asia tenggara yang strategik iaitu persimpangan jalan perdagangan
H5b - kebanyakan pedagang dari Asia Tenggara ialah pedagang Melayu
H5c - Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara di kalangan pedagang timur dan barat
H5d - satu kekurangan pada ketika itu jika tidak mampu berbahasa Melayu

(c). Huraikan peranan Acheh sebagai kuasa yang kuat di Asia Tenggara.(ms.181-183)
[7 markah]

F1 - Zaman Sultan Iskandar Muda Mahkota alam, Acheh merupakan kuasa kuat di Asia Tenggara
H1a - Acheh menyekat kehadiran barat dan pengaruh Kristian
H1b - Acheh menaungi negeri kecil di Sumatera dan Tanah Melayu bagi mengelakkan pengaruh Kristian tidak berkembang di kawasan pedalaman

F2 - Acheh juga merupakan pusat perdagangan dan kerajaan yang kukuh

F3 - Acheh dikenali sebagai Serambi Makkah
H3a - orang Islam singgah di acheh dalam perjalanan ke Makkah
H3b - terdapat institusi yang menjadi tumpuan pelajar luar menuntut ilmu

F4 - Terdapat banyak puisi dan syair penulis tempatan utnuk menarik pembaca menghayati Islam
C4a - contohnya Bustanus Salatin

F5 - Terdapat ramai ulama Islam di Acheh
H5a - karya mereka telah memperkaya pemikiran dan kebudayaan Asia Tenggara
C5a - Hamzah Fansuri, Syekh Nuruddin al-Raniri, Syeikh Syamsuddin al-Sumaterani

F6 - Terdapat institui pondok dikenali Dyah di Acheh
H6a - kelahiran ramai ulama tempatan dari institusi pondok
C6a - contohnya Hamzah Fansuri
H6b - pemerintahan Acheh menjadikan ulama sebagai penasihat raja dalam pentadbiran
C6b - terdapat 22 ulama membantu pemerintahan kerajaan Acheh

7 (a). Nyatakan ciri-ciri Zaman Gelap di Eropah.(ms.215-216)
[6 markah]

F1 - Kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan/perdagangan/kehidupan perbandaran

F2 - Tiada kuasa pusat yang boleh mentadbir/kemusnahan kuasa pusat untuk mentadbir wilayah

F3 - Muncul golongan Baron/tuan tanah

F4 - Petani terpaksa mencari perlindungan Baron/tuan tanah

F5 - Petani membayar cukai yang tinggi untuk mendapatkan perlindungan

F6 - Petani yang tidak mampu menyerahkan tanah kepada golongan Baron/tuan tanah

F7 - Petani menjadi hamba

F8 - Baron/tuan tanah mendapat perlindungan daripada raja

F9 - Baron/tuan tanah memberikan khidmat/membayar cukai kepada raja

F10 - Jalinan ikatan antara rakyat, Baron/tuan tanah dengan raja dikenali sebagai sistem feudal

F11 - Raja menjadi penaung utama dalam negara

F12 - Gereja Katolik merupakan institusi yang amat berkuasa

F13 - Pihak gereja memiliki hartanah yang banyak

F14 - Gereja memberi fokus kepada kegiatan amalan agama

F15 - Menekankan pembelajaran ilmu keakhiratan

F16 - Gereja mengongkong kehidupan masyarakat

F17 - Kegiatan perdagangan tidak meluas/diganggu oleh orang gasar Viking/Magyar

F18 - Tidak dapat berdagang ke Timur jauh kerana kawasan Mediteranean dikuasai oleh orang Islam/tidak berupaya menyaingi orang Islam dalam bidang perdagangan

F19 - Sektor ekonomi tertumpu kepada pertanian

F20 - Pernigaan barangan pertanian menerusi sistem tukaran barang kerana mata wang amat terhad


(b). Mengapakah Zaman Renaissance bermula di Itali?(ms 217-219)
[10 markah]

F1 - Wujud Bandar-bandar terkenal sebagai pusat perdagangan
C1a - Venice/Genoa/Florence/Rom/Milan

F2 - Kedudukan Itali strategik dikelilingi Laut Mediterranean menjadikan Itali sebagai persimpangan utama

F3 - Itali menjadi pusat perdagngan antarabangsa

F4 - Bandar pelabuhan terkenal
C4a - Venice dan Genoa

F5 - Pertembungan budaya, bahasa dan agama berlaku

F6 - Itali pusat perkembangan idea baru

F7 - Aktiviti perdagangan membawa kepada kemunculan golongan pedagang kaya
C7a - menggunakan kekayaan untuk mengindahkan bandar

F8 - Menjadi tumpuan para seniman dan cendekiawan

F9 - Golongan pedagang kaya menjadi patron/penaung kepada pelukis, ahli muzik,saintis dan penulis
C9a - keluarga Medici di Florence merupakan patron terkenal

F10 - Golongan patron berusaha menarik seniman dan cendekiawan terbaik dalam pelbagai bidang ke bandar masing-masing

F11 - Persaingan antara bandar-bandar untuk mendapatkan tokoh cendekiawan Renaissance

F12 - Para seniman dan cendekiawan saling berkunjung dari bandar ke bandar untuk menyiapkan tugasan/kerja

F13 - Menyebarkan idea Renaissance ke merata tempat di Itali

F14 - Paus di Rom turut menjadi penaung kepada seniman dan cendekiawan kerana cemburu terhadap pencapaian bandar Florence/kuasa yang dipegang oleh keluarga Medici
C14a - berhasrat menjadikan Rom cantik dan menarik

F15 - Tumpuan diberi kepada kegiatan seni lukis dan seni ukir
C15a - Paus Julius II mengupah pelukis dan pengukir terkenal seperti Leonardo da Vinci, Rapheal dan Michelangelo untuk mencantik dan menghiasi gereja dan katedral

F16 - Katedral St. Peter yang terkenal di bina/pusat seni Renassaince telah berpindah dari Florence ke Rom

F17 - Para seniman berusaha menonjolkan karya mereka yang bersifat Individualistik
C17a - Leonardo da Vinci/Raphael/Michaelangelo

F18 - Bakat mula dapat dilihat secara jelas/kemahiran mula dihargai dari nilai kesenian

F19 - Keupayaan individu membawa perubahan kepada konsep pendidikan dengan mengalakkan kemahiran dalam aspek intelektual dan fizikal

(c). Jelaskan kesan Zaman Reformation di Eropah.(ms.222)
[4 markah]

F1 - Negara Eropah berpecah

F2 - Berperang mengikut mazhab
C2a - perang keagamaan di Peranchis
C2b - perang 30 tahun melibatkan Sepanyol, Jerman, Bohemia, Denmark dan Sweden

F3 - Perbalahan agama mengakibatkan kemusnahan dan peperangan

F4 - Agama Kristian berpecah
C3a - Mazhab Katolik
C3b - Mazhab Protestan

F5 - Masyarakat Eropah tidak lagi dikuasai oleh satu mazhab sahaja

F6 - Timbul sikap toleransi antara pengikut mazhab
C6a - dari segi mempergiatkan pendidikan
C6b - menyebarkan fahaman mereka

F7 - Kuasa gereja telah dicabar secara terbuka

F8 - Kuasa gereja terhadap monarki berkurangan

F9 - Ingin membebaskan diri daripada penguasaan Paus di Rom
C9a - Raja Henry VIII ketua kerohanian gereja Protestan Anglican

8 (a). Jelaskan maksud warna-warna yang terdapat pada Bendera kebangsaan.(ms.189)
[6 markah]

F1 - Warna merah melambangkan keberanian

F2 - Jalur merah dan putih melambangkan gabungan negeri di Malaysia

F3 - Bulan sabit berwarna kuning melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi
F4 - Warna kuning melambangkan kedaulatan raja-raja Melayu

F5 - Warna biru melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara kita

F6 - Warna putih melambangkan kesucian

(b). Terangkan kepentingan Jalur Gemilang kepada rakyat negara ini. (ms.189-190)
[8 markah]

F1 - Menimbulkan rasa bangga terhadap negara

F2 - Jalur Gemilang sentiasa dikibarkan dalam majlis

F3 - Adat istiadat rasmi

F4 - Hari kebangsaan

F5 - Hari keputeraan DYMM Yang dipertuan Agong

F6 - Tanda ketaatan kepada raja dan negara

F7 - Dikibarkan di semua bangunan kerajaan

F8 - Menjadi lebih patriotik
C8a - apabila Jalur Gemilang dikibarkan

F9 - Menjadi lebih bersemangat/jiwa merdeka
H4a - setiap rakyat menjadikan bendera kebangsaan sebagai simbol perpaduan/ kebanggaan/ kedaulatan

F10 - Menjadi warga berdaulat

F11 - Bukti ketaatan

F12 - Amalan murni rakyat Malaysia

F13 - Menuju wawasan

F14 - Pembentukan identiti

F15 - Mengukuhkan bangsa Malaysia

(c). Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan cara kita menunjukkan kesetiaan melalui lagu kebangsaan? (KBKK- Rujukan asas)
[6 markah]

F1 - Menjadi rakyat yang setia akan negara

F2 - Perasaan tidak berbelah bagi kepada tanah air

F3 - Sentiasa bersyukur

F4 - Taat kepada raja

F5 - Sanggup berkorban demi mempertahankan negara

F6 - Membangkit semangat patriotik

F7 - Cinta akan tanah air

F8 - Melahirkan kebanggan terhadap negara

F9 - Mana-mana jawapan yang sesuai


Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia telah bergiat secara aktif dalam pertubuhan antarabangsa seperti Komanwel, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kumpulan Negara-Negara Selatan.


9 (a). Nyatakan faedah yang diperoleh oleh Malaysia sebagai ahli pertubuhan Komanwel.
(ms 243-244)
[6 markah]

F1 - Komanwel membantu Malaysia memelihara keamanan dan kedaulatan negara

F2 - Membantu menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM)

F3 - Perjanjian pertahanan antara Malaysia dengan Britain/Australia/New Zealand

F4 - Menjanjikan bantuan semasa Malaysia berkonfrontasi dengan Indonesia

F5 - Tuan rumah Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel(CHOGM) di Malaysia 1989

F6 - Deklarasi Langkawi mengenai pencemaran/alam sekitar

F7 - Menegakkan hak asasi manusia dengan menentang dasar aparteid

F8 - Eksport Malaysia ke negara komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang rendah

F9 - Rancangan Colombo menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan

F10 - Menganjurkan Sukan Komanwel tahun 1998

(b). Jelaskan peranan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).(ms.246-248)
[10 markah]

F1 - Menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB
C1a - Perang Saudara di Congo/Zaire

F2 - Mewakili pasukan pengaman PBB
C2a - kemerdekaan Namibia/Bosnia

F3 - Menghantar pasukan pemerhati
C3a - sempadan Iran-Iraq/Kampuchea

F4 - Menentang dasar aparteid
C4a - di Afrika Selatan

F5 - Menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia yang diletakkan di bawah hak milik atau kuasa semua negara

F6 - Menjadi ahli Bank Dunia

F7 - Memerangi gejala penyalahgunaan dadah
C7a - usul Malaysia mengadakan persidangan di Vienna/Austria/Perdana Malaysia menjadi Yang Dipertua Persidangan

F8 - Bekerjasama dan menyertai agensi PBB
C8a - FAO/WHO/UNESCO

F9 - Menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB

F10 - Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB

F11 - Tan Sri Razali Ismail menjadi wakil khas PBB menyelesaikan konflik di Myanmar

F12 - Mendesak PBB menyelesaikan masalah Palestin
C12a - menganjurkan Persidangan Antarabangsa di Kuala Lumpur

(c). Apakah persamaan negara kita dengan Negara-Negara Selatan yang lain?(ms.250)
[4 markah]

F1 - Negara-negara Dunia Ketiga

F2 - Pernah dijajah oleh kuasa Barat

F3 - Bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah

F4 - Tidak mempunyai kepakaran/modal memproses bahan mentah menjadi barangan siap

F5 - Syarat perdagangan tidak adil

F6 - Kawalan terhadap harga bahan mentah

F7 - Pengenaan kadar faedah pinjaman tinggi terhadap pinjaman yang diberikan

F8 - Bersama-sama mengatasi masalah harga eksport bahan mentah

F9 - Meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal negara anggota tanpa bergantung kepada negara maju.

No comments:

Post a Comment