Tuesday 10 November 2009

latihan ting 4 bab 5

BAB 5 : KERAJAAN ISLAM DI MADINAH


SOALAN OBJEKTIF

• Bani Quraizah
• Bani Nadir
• Bani Qainuqa’


1. Apakah persamaan golongan di atas? (Hlm. 118)

A Golongan Nasrani di Madinah
B Golongan Yahudi di Madinah
C Golongan Arab di Madinah
D Golongan umat Islam di Madinah

2. Apakah nama Madinah sebelum tahun 622 M.? (Hlm.118)

A Taif
B Syam
C Yathrib
D Madain

3. Antara yang berikut, yang manakah janji orang Arab Madinah kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Perjanjian Aqabah Pertama? (Hlm.118)

I. Beriman kepada Allah dan Rasul.
II. Taat setia kepada Rasulullah sepenuhnya.
III. Sanggup berperang dengan orang Arab Quraisy.
IV. Tidak melakukan amalan-amalan jahiliah.

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua ditandatangani antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan pemimpin kaum Aus dan Khazraj.

Soalan 4 dan 5 berdasarkan pernyataan di atas.

4. Apakah tujuan utama perjanjian tersebut diadakan? (Hlm. 118)

I Pengakuan golongan Muhajirin sebagai saudara.
II Pengakuan Madinah sebagai kerajaan Islam.
III Pengakuan taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w.
IV Pengakuan kepercayaan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan agama Islam.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV


5. Apakah kesan penting perjanjian ini? (Hlm. 118)

A Madinah menjadi pusat perdagangan.
B Madinah diserahkan kepada orang Islam
C Madinah diiktiraf oleh Quraisy
D Madinah menjadi tapak penyebaran agama Islam yang baru.
.

• Kami berjanji akan beriman kepada Allah dan rasul.
• Kami berjanji tidak akan mencuri, minum arak atau membunuh bayi perempuan.
• Kami berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.


6. Janji-janji di atas telah dilafaz di satu tempat yang bernama Aqabah.
Siapakah yang melafazkan janji-janji tersebut? (Hlm 118)

I Orang Aus
II Orang Khazraj
III Orang Yahudi
IV Orang Nasrani

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV


• Perjanjian Aqabah pertama – 621 M
• Perjanjian Aqabah Kedua –622 M



7. Mengapakah kedua-dua perjanjian di atas penting kepada sejarah Islam? (Hlm 119)

A Berlakunya gencatan senjata di antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan kaum Quraisy
B Kota Makkah ditawan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
C Agama Islam diterima oleh masyarakat Arab
D Kerajaan Islam yang pertama diasaskan

8. Mengapakah keadaan di Madinah tidak aman sebelum peristiwa Hijrah? (Hlm.118)

A Penyerangan orang Quraisy
B Pencerobohan orang Yahudi
C Penguasaan ekonomi orang Yahudi
D Pergaduhan suku Arab dan Yahudi

9. Maksud Hijrah dalam konteks tamadun Islam ialah………(Hlm 119)

A pembentukan negara Islam
B perpindahan Nabi Muhammad s.a.w. dari Makkah ke Madinah.
C perjuangan untuk menguatkan kedudukan Islam
D persetujuan dan jemputan penduduk Madinah

10. Bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. mengetahui niat dan pakatan orang Quraisy untuk membunuh baginda? (Hlm121)

A Melalui orang Aus dan Khazraj
B Melalui Abu Bakar al-Siddiq
C Melalui wahyu
D Melalui umat Islam Makkah

11. Faktor yang mendorong Nabi Muhammad s.a.w. dan Pengikut-pengikut baginda berhijrah ke Madinah? (Hlm 121)

I Penentangan Kaum Quraisy
II Ancaman penduduk Taif
III Jemputan kaum Aus dan Khazraj
IV Bimbingan wahyu

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

12. Apakah sebab penduduk Madinah menjemput Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah untuk memimpin mereka? (Hlm 118)

A Untuk mempertahankan Madinah daripada serang musuh.
B Untuk mengamankan masyarakat Madinah yang sentiasa bermusuhan
C Untuk menghapuskan orang Yahudi
D Untuk meredakan permusuhan mereka dengan orang Quraisy

13. Apakah faktor yang menyebabkan orang Islam Makkah berhijrah ke Habsyah? (Hlm 121)

A Jemputan dan sokongan penduduk Habsyah terhadap mereka
B Nabi ingin berdakwah ke luar Makkah
C Raja Habsyah ialah muslim yang baik
D Penindasan orang Arab Quraisy terhadap Islam

14. Apakah kepentingan Hijrah dalam perkembangan Islam? (Hlm 122)

I Penyebaran agama Islam dijalankan secara aman
II Penyebaran agama Islam dijalankan secara terbuka
III Penyebaran agama Islam dijalankan tanpa paksaan
IV Memberi taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w.

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

• Muhajirin
• Ansar


15. Apakah ciri persamaan kedua-dua golongan di atas? (Hlm 122)

I Berasal dari Makkah
II Berasal dari Madinah
III Memeluk agama Islam
IV Memberi taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w.

A I dan II
B III dan IV
C II dan III
D I dan IV

16. Apakah peranan orang Ansar terhadap Muhajirin di Madinah? Hhlm 122/123)

I Menyebarkan agama Islam kepada mereka
II Menjaga keselamatan mereka
III Menyediakan tempat tinggal
IV Menyediakan modal untuk berniaga

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

17. Hijrah telah membawa banyak perubahan penting.
Apakah perubahan penting yang berlaku? (Hlm.122)

I Masjid Quba’ didirikan
II Agama Islam disebar tanpa halangan
III Masyarakat Islam disatukan di bawah satu akidah
IV Semenanjung Arab dikuasai oleh orang Madinah

A I dan II
B III dan IV
C II dan III
D I dan IV

18.. Menurut pandangan Islam, apakah tujuan Hijrah? (Hlm.121)

A Memenuhi Perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua
B Membentuk kerajaan Islam
C Mendirikan masjid yang pertama
D Meneruskan penyebaran Islam

19. Orientalis Barat mentakrifkan Hijrah sebagai suatu pelarian. (Hlm 120)
Mengapakah takrifan ini tidak dipersetujui oleh umat Islam?

I Kerana penghijrahan berlaku berdasarkan jemputan dan persetujuan orang Madinah
II Kerana Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikutnya dari Makkah diberi tempat istimewa di Madinah
III Kerana Nabi Muhammad s.a.w dan pengikutnya pergi ke Madinah secara terbuka
IV Kerana Nabi Muhammad s.a.w. ingin menyebarkan agama Islam di Madinah

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

20. Di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. telah membentuk sebuah kerajaan Islam. Apakah peranan Nabi Muhammad s.a.w.? (kbkk)

I Ketua pentadbir
II Ketua tentera
III Ketua pendidik
IV Ketua agama

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

• Abdullah bin Abu Bakar
• Asma binti Abu Bakar
• Amir bin Fuhairah


21. Apakah sumbangan tokoh-tokoh di atas dalam peristiwa Hijrah? (Hlm.120)

A Mewakili orang Aus dan Khazraj dalam perjanjian Aqabah
B Bersembunyi di Gua Thur bersama-sama Nabi Muhammad s.a.w.
C Memberi bantuan kepada Nabi Muhammad s.a.w. semasa baginda bersembunyi di Gua Thur
D Mengiringi Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah

Hijrah telah menyatu-padukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama.

22. Mengapakah perkara di atas penting kepada kerajaan Madinah? (Hlm 122)

I Membentuk masyarakat yang harmoni
II Memakmurkan kehidupan masyarakat
III Mewujudkan kesejahteraan hidup
IV Melahirkan budaya kebangsaan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

23. Masjid Al Nabawi merupakan masjid yang pertama dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah. Apakah peranan masjid tersebut pada masa itu? (Hlm 123)

I Tempat ibadat
II Tempat belajar
III Tempat pertemuan dan perbincangan umat Islam
IV Tempat berurus niaga

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

24. Pada setiap tahun negara kita menyambut “Maal Hijrah”.
Apakah tujuan diadakan sambutan ini? (Hlm 123)

A Mengingati kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
B Mengingati perjuangan umat Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.
C Mengingati permulaan pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.
D Mengingati kejayaan pembentukan kerajaan Islam yang pertama

Soalan 25 dan 26 berdasarkan maklumat yang berikut.

Selepas Hijrah, Nabi Muhammad s.a.w. menukarkan nama Yathrib kepada Madinah al-Munawarah.


25. Antara berikut, pernyataan manakah dapat menerangkan maksud kota tersebut? (Hlm 123)

A Kota perdagangan
B Kota pentadbiran Islam
C Kota bercahaya
D Kota bertamadun

26. Apakah tujuan Nabi Muhammad s.a.w mengubah nama tersebut? (Hlm 123)

A Menjadikan Madinah
B Menjadikan Madinah pusat tamadun Islam
C Menjadikan Islam agama rasmi di Madinah
D Mengukuhkan kedudukannya di Madinah

Soalan 27 dan 28 berdasarkan maklumat yang berikut.

Golongan X
• Mereka memberikan tempat tinggal untuk umat Islam Makkah.
• Mereka menyediakan makanan dan keperluan asas untuk umat Islam Makkah
• Mereka menerima umat Islam Makkah sebagai saudara


27. Berdasarkan maklumat di atas, siapakah golongan X? (Hlm 122)
A Orang Ansar
B Orang Muhajirin
C Orang Yahudi
D Orang Quraisy

28. Apakah nilai murni yang ditunjukkan oleh golongan X? (kbkk)

I Bertoleransi
II Bekerjasama
III Berhemah tinggi
IV Sedia berkorban

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


Abu Bakar al-Siddiq
Ali bin Abu talib
Abdul Rahman bin Auf


29. Tokoh-tokoh di atas telah banyak membantu Nabi Muhammad s. a.w. dalam usaha menyebarkan agama Islam. Apakah sumbangan Abdul Rahman bin Auf? (Hlm 123)

A Sanggup tidur di katil Nabi Muhammad s.a.w. pada malam penghijrahan.
B Sanggup menyamar diri sebagai Nabi Muhammad s.a.w. semasa rumah baginda dikepung oleh orang Quraisy
C Sanggup mengiringi Nabi Muhammad s.a.w. semasa berhijrah
D Sanggup menyumbangkan harta benda untuk membantu umat Islam.

• Menghantar makanan dan minuman
• Menyampaikan berita tentang gerakan orang Quraisy


30. Antara berikut, siapakah yang telah membantu Nabi Muhammad s.a.w. seperti di atas semasa baginda bersembunyi di gua Thur sebelum bertolak ke Yathrib? (Hlm 120)

I Abu Bakar al-Siddiq
II Amir bin Fuhairah
III Abdullah bin Abu Bakar
IV Asma’ binti Abu Bakar

A I,II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

31. Apakah sifat-sifat yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam perjalanan dari Makkah ke Madinah? H(hlm 120)

I Gigih
II Bijaksana
III Tabah
IV Kepimpinan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

32. Piagam Madinah merujuk kepada kanun, piagam atau perjanjian bertulis tentang hak dan bertanggungjawab pemerintah dengan orang yang diperintah.
Mengapakah Piagam Madinah dibentuk? (Hlm 124)

I Untuk melahirkan sebuah pemerintahan yang stabil
II Untuk melahirkan sebuah masyarakat yang adil
III Untuk melahirkan sebuah negara yang maju
IV Untuk melahirkan sebuah masyarakat yang berbilang kaum

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III danIV
D II, III dan IV

33. Antara berikut, yang manakah benar tentang Piagam Madinah? (hlm 125)

I Mengandungi 47 fasal
II Isinya berdasarkan wahyu
III Dijadikan dasar undang-undang kerajaan Madinah
IV Semua anggota piagam beragama Islam

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

34. Antara berikut, prinsip yang manakah berkaitan dengan anggota Piagam Madinah yang bukan Islam? (Hlm 127)

I Mereka dianggap bersaudara
II Mereka diberi hak dan kebebasan beragama
III Mereka diberi jaminan keselamatan Madinah
IV Mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan Madinah

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

35. Apakah kandungan Piagam Madinah dari aspek agama yang patut dipatuhi oleh semua penduduk Madinah? (Hlm 127)

A Menghormati agama orang lain
B Kepercayaan dan adat resam tradisi dihapuskan
C Agama Islam tidak boleh disebar secara terbuka
D Semua penduduk mepertahankan Islam

36. Perlembagaan Madinah mengakui kedudukan orang Yahudi sebagai rakyat Madinah dan keselamatan mereka juga terpelihara. Apakah tanggungjawab orang Yahudi kepada kerajaan Madinah sebagai balasannya? (Hlm 126)

A Memeluk agama Islam
B Membantu dalam pentadbiran kerajaan
C Meninggalkan adat tradisi
D Mematuhi Piagam Madinah

37. Antara berikut, apakah faktor-faktor Uthman bin Affan dipilih untuk ke Makkah setelah orang Islam disekat di Hudaibiyah? (Hlm 132)

I Mempunyai harta kekayaan yang banyak
II Mempuyai ramai saudara mara di Makkah
III Merupakan sahabat yang matang dan tua berbanding sahabat lain
IV Sifatnya yang lemah lembut dan bertolak ansur

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

38. Antara berikut, yang manakah merupakan faktor-faktor penting pembukaan semula Kota Makkah pada tahun 630 M. (Hlm 135)

I Pengislaman Abu Sufian dan Abbas.
II Jaminan keselamatan kepada mereka yang terkepung
III Pembunuhan musuh Islam
IV Sifat pemaaf Nabi Muhammad s.a.w.



A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

39. Apakah pusaka yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak akan menjadikan manusia sesat? (Hlm137)

A Pembentukan kerajaan Islam Madinah
B Al-Quran dan sunnah
C Sistem pemerintahan Islam
D Tamadun Islam

Cara Nabi Muhammad s.a.w. Mendirikan kerajaan berbeza daripada cara yang dilakukan oleh pemimpin dunia yang lain

40. Mengapakah dikatakan sedemikian? (kbkk)

I Sistem pemerintahannya meletakkan Allah sebagai kuasa yang paling tinggi.
II Perlembagaan negara disusun terlebih dahulu sebelum mengasaskan kerajaan
III Agama Islam dijadikan agama rasmi
IV Mengakui dirinya bersifat ketuhanan

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV



SOALAN STRUKTUR

1 Pertemuan antara penduduk Madinah dengan Nabi Muhammad s.a.w. di Aqabah pada tahun 621 M. telah membuka lembaran baru dalam sejarah Madinah (hlm.118)

(a) Namakan dua suku orang Arab Madinah yang mengadakan perjanjian dengan Nabi Muhammad s.a.w.

(i)……………………………………………………………………….

(ii) ………………………………………………………………….
(2 Markah)
(b) Nyatakan TIGA isi perjanjian Aqabah Pertama

(i) ……………………………………………………………………

(ii) ……………………………………………………………………

(iii) ……………………………………………………………………
(3 Markah)
(c.) Nyatakan EMPAT isi perjanjian Aqabah Kedua

(i) ……………………………………………………………………

(ii) ……………………………………………………………………

(iii) ……………………………………………………………………

(iv) ……………………………………………………………………
(4 markah)
(d) Namakan suku Yahudi yang pertama berhijrah ke Madinah.

……………………………………………………………………………
(1 markah)

2. Peristiwa “Hijrah” sangat penting dalam sejarah perkembangan agama Islam. (Hlm 119-124)
(a) Apakah maksud Hijrah ?

…………………………………………………………………………
(1 Markah)
(b) Apakah maksud Hijrah dalam konteks tamadun Islam?

………………………………………………………………………….
(1 Markah)
(c) Namakan gua yang menjadi tempat persembunyian Nabi Muhammad s.a.w sebelum berhijrah ke Madinah.

…………………………………………………………………………..
(1 Markah)
(d) Nyatakan TIGA sebab berlakunya Hijrah.

(i) …………………………………………………………………

(ii) …………………………………………………………………

(iii) …………………………………………………………………
(3 Markah)

(e) Nyatakan EMPAT kepentingan Hijrah dalam perkembangan masyarakat Islam.
(i) …………………………………………………………………

(ii) .............................................................................
.......................

(iii) …………………………………………………………………

(iv) ………………………………………………………………… (4 Markah)

3. Piagam Madinah menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah yang terdiri daripada masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam. (Hlm 124-129)

(a) Apakah maksud Piagam Madinah?
…………………………………………………………………………….. (1 Markah)
(b) Nyatakan Lima isi kandungan Piagam Madinah .

(i) ………………………………………………………………………

(ii) ………………………………………………………………………

(iii) ………………………………………………………………………

(iv) ………………………………………………………………………

(v) ………………………………………………………………………
(5 Markah)
(c) Nyatakan EMPAT kepentingan Piagam Madinah .
(i) ………………………………………………………………………

(ii) ………………………………………………………………………

(iii) ………………………………………………………………………

(iv) ………………………………………………………………………
(4 Markah)

4. Perjanjiann Hudaibiyah telah mewujudkan perdamaian dan misi perjuangan Islam dapat dilaksanakan. (Hlm 131-133)

(a) Mengapakah orang Islam bercadang untuk menziarahi Makkah pada tahun 628M?

……………………………………………………………………………. (1 Markah)
(b) Nyatakan DUA Peristiwa penting ke arah termeterainya Perjanjian Hudaibiyah.

(i) ……………………………………………………………………

(ii) ……………………………………………………………………
(2 Markah)

(c) Nyatakan EMPAT kandungan Perjanjian Hudaibiyah.

(i) ……………………………………………………………………

(ii) ……………………………………………………………………

(iii) ……………………………………………………………………

(iv) ……………………………………………………………………
(4 Markah)

d) Nyatakan TIGA kepentingan Perjanjian Hudaibiyah.

(i) ……………………………………………………………………

(ii) ……………………………………………………………………

(iii) ……………………………………………………………………
(3 markah)

SOALAN ESEI

1. Peristiwa “Hijrah” sangat penting dalam sejarah perkembangan Islam.

(a) Bincangkan sebab-sebab berlakunya peristiwa Hijrah
(10 markah)
(b) Pada pandangan anda, mengapakah peristiwa Hijrah dikatakan sangat penting
dalam sejarah perkembangan Islam?
(10markah)

2. “Piagam Madinah lengkap, menyeluruh dan mengambil kira kepentingan semua pihak”.

(a) Bincangkan kandungan Piagam Madinah.
(10 markah)
(b) Apakah kepentingan Piagam Madinah kepada seluruh umat Islam?
(10 markah)

3. (a) “Islam tersebar berasaskan kekuatan dan dakwah Islamiah bukan kerana
peperangan”, Berikan alasan-alasan anda.
(10 markah)

(b) Apakah kepentingan Perjanjian Hudaibiyah?
(10 markah)

SOALAN OBJEKTIF bab 5

1. B 11. C 21. C 31. A
2. C 12. B 22. A 32. A
3. B 13. B 23. A 33. A
4. C 14. A 24. B 34. D
5. D 15. B 25. C 35. A
6. A 16. D 26. B 36. D
7. C 17. C 27. A 37. D
8. D 18. D 28. B 38. B
9. B 19. A 29. D 39. B
10. C 20. B 30. D 40. A


SOALAN STRUKTUR

1. a) i) Aus
ii) Khazraj

b) i) Beriman kepada Allah dan Rasul
ii) Berjanji membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.
iii) Tidak akan melakukan amalan jahiliah

c) i) Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam
ii) Mengukuh taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w.
iii) Menjemput Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam Makkah berhijrah ke Madinah
iv) Menyediakan tempat tinggal
v) Menjanjikan keselamatan Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam Makkah
vi) Bersedia mempertahankan Islam

d) Yahudi Qainuqa’

2. a) Perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain.

b) Perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah.

c) Gua Thur

d) i) Perintah Allah menerusi wahyu
ii) Ancaman orang Arab Quraisy Makkah
iii) Jemputan masyarakat Arab Madinah
iv) Meneruskan penyebaran Islam

e) i) Dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan aman.
ii)Mendamaikan suku Arab Madinah yang sering bersengketa.
iii) Menjalin hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan Madinah
iv) Menyatupadukan penduduk Madinah.
v) Wujud kiraan tahun hijrah dalam takwim Islam
vi) Dapat menunjukkan sikap toleransi kaum

3. a) Perlembagaan bertulis yang telah dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622 M, berpandukan wahyu Allah.

b) i) Nabi Muhammad s.a.w. pemimpin di Madinah
ii) Bebas mengamalkan agama masing-masing
iii)Masyarakat Madinah dianggap sebagi satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama.
iv) Undang-undang Islam diguna secara menyeluruh.
v) Penipuan dan riba dihapuskan dalam sistem perniagaan.
vi) Menjamin keselamatan orang bukan Islam.
vii) Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesama sendiri


c) i) Model kerajaan Islam yang unggul sebagai panduan.
ii) Kepintaran Nabi Muhammad s.a.w. dikagumi.
iii) Amalan riba, penipuan, rasuah tidak dibenarkan.
iv) Masyarakat hidup bersatu padu dan aman.
v) Perundangan ini boleh diikuti oleh semua masyarakat.
vi) Sistem pemerintahan meletakkan Allah sebagai kuasa tertinggi.
vii) Menyusun kehidupan masyarakat lebih sistematik.

4. a) i) Kerana di situ letaknya kaabah yang menjadi pusat ibadat orang Islam
ii)Mekah merupakan tempat asal orang muhajirin

b) i) Pada tahun 628 M, rombongan orang Islam pergi ke Makkah untuk menunaikan
umrah.
ii) Disekat di Hudaibiyah dan Nabi Muhammad menghantar Uthman bin Affan sebagai utusan menerangkan tujuan mereka.
iii) Orang Islam bersumpah setia “Baiah al-ridwan”.
iv) Nabi Muhammad s.a.w bersedia mengadakan perjanjian

c) i) Bersetuju mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun
ii) Kabilah Arab yang lain bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah atau orang Quraisy Makkah.
iii) Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan.
iv) Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula.
v) Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya (7H)

d) i) Orang Islam boleh mengerjakan haji pada tahun berikutnya.
ii) Tempoh perdamaian membolehkan Nabi Muhammad s.a.w. merangka program dakwah.
iii)Islam dapat tersebar dengan aman.
iv) Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin yang unggul dan dikagumi.
v) Orang Arab Quraisy mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah.

SOALAN ESEI

1. (a) Bincangkan sebab-sebab berlakunya peristiwa Hijrah
Tema Huraian
Wahyu Perintah Allah menerusi wahyu Allah s.w.t.
Penentangan Penentangan yang dilakukan oleh orang Arab Quraisy terhadap Islam.
Strategi Strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk menyebarkan Islam.
Jemputan Jemputan orang Arab madinah terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam
Sesuai Mencari tempat baru dan sesuai untuk menyebarkan Islam
Seksaan Menyelamatkan orang Islam daripada seksaan orang Arab Quraisy.
Keamanan Ingin mewujudkan keamanan dan keharmonian.
Kerajaan Untuk mendirikan sebuah kerajaan Islam

(b) Pada pandangan anda, mengapakah peristiwa Hijrah dikatakan sangat penting dalam sejarah perkembangan Islam?
Tema Huraian
Dakwah Dakwah dapat dilaksanakan dengan aman dan tanpa berselindung lagi
Bersengketa Mendamaikan suku arab di Madinah yang sering bersengketa iaitu Aus dan Khazraj.
Penduduk Menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama
Membina Membina Masjid al-Nabawi sebagai tempat untuk beribadat, belajar dan berbincang
Takwim Wujud kiraan tahun Hijrah dalam takwim Islam
Nama Menukarkan nama Yathrib kepada Madinah al-Munawarah
Tolong-menolong Hijrah membuktikan sikap tolong menolong dalam sebuah Negara Islam perlu diamalkan
Peranan Hijrah membuktikan wanita juga memainkan peranan dalam kemajuan sesebuah neagara.



2 (a) Bincangkan kandungan Piagam Madinah.
Tema Huraian
Pemimpin Nabi Muhammad s.a.w. pemimpin di Madinah
Agama Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing
Tanggungjawab Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara
Menyeluruh Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh
Ekonomi Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi memajukan ekonomi Negara.
Ancaman Semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinah daripada ancaman luar
Terjamin Keselamatan orang bukan Islam (Yahudi) terjamin selagi mereka mematuhi perlembagaan Madinah.

(b) Apakah kepentingan Piagam Madinah kepada seluruh umat Islam
Tema Huraian
Model Kerajaan Islam di Madinah merupakan model kerajaan Islam yang unggul.
Dikagumi Kepintaran Nabi Muhammad s.a.w menggubal satu piagam sangat dikagumi kerana berjaya mengatur sebuah pemerintahan yang lengkap.
Ekonomi Ekonomi Islam mementingkan keadilan dan ketelusan dalam perniagaan.
Ummah Berjaya membentuk masyarakat baru berdasarkan ummah, iaitu masyarakat yang hidup bersatu padu dan aman.
Perundangan Masyarakat Madinah daripada pelbagai keturunan, budaya dan agama dapat mendiami negara yang mempunyai perundangan yang lengkap dan sempurna.
Tertinggi Sistem pemerintahan diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang meletakkan Allah sebagai kuasa yang tetinggi.
Kehidupan Piagam Madinah berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik.

3 (a) “Islam tersebar berasaskan kekuatan dan dakwah Islamiah bukan kerana
peperangan ”
, Berikan alasan-alasan anda.
Tema Huraian
Memeluk Nabi Muhammad s.a.w. tidak memaksa mereka memeluk Islam
Diplomasi Menggunakan diplomasi dan menunjukkan nilai-nilai yang baik
Peperangan Dalam Islam peperangan tidak dibenarkan kecuali untuk mempertahankan diri, agama dan bangsa
Wahyu Peperangan hanya boleh dilakukan dengan izin Allah setelah wahyu diturunkan oleh Allah
Perdamaian Islam ialah agama yang menganjurkan perdamaian, oleh itu orang Islam harus memilih perdamaian
Toleransi Islam berkembang secara sukarela dan toleransi, misalnya dalam Perang Badar, walaupun Islam beroleh kemenangan, Nabi Muhammad s.a.w. mengamalkan dasar pengampunan kepada tawanan Arab Quraisy.
Membunuh Tentera Islam yang berjuang di medan peperangan juga dilarang membunuh sesuka hati.
Aman Kandungan Perjanjian Hudaibiyah menggambarkan bahawa Islam tersebar dengan aman

(b) Apakah kepentingan Perjanjian Hudaibiyah?
Tema Huraian
Haji Orang Islam berpeluang menunaikan haji pada tahun berikutnya (629M)
Kebebasan Memberi kebebasan kepada orang Islam untuk memasuki Makkah dan melakukan ibadat di Kaabah
Dakwah Nabi Muhammad s.a.w. dapat merangka program dakwah Islamiah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab secara aman
Penganut Selepas dua tahun Perjanjian Hudaibiyah ini dimeterai, bilangan penganut Islam bertambah
Pengislaman Pengislaman tokoh-tokoh penting Arab Quarisy seperti Khalid bin al-Walid, Amru bin al-As dan Uthman bin Talhah menjadi ikutan kepada orang Arab Quraisy yang lain
Dikagumi Melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin yang dikagumi.
Mengiktiraf Menunjukkan orang Arab Quraisy mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah

3 comments: