Monday 9 November 2009

latihan ting 5 bab 9

BAB 9 : MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA


SOALAN OBJEKTIF

1. Faktor politik dikaitkan dengan kemunculan nasionalisme dan pakatan negara-negara Eropah semasa Perang Dunia Pertama. Faktor ekonomi pula dikaitkan dengan…..(m/s 229)

A. Beban orang putih menyebarkan tamadun
B. Kuasa-kuasa besar menjalankan dasar
C. Persaingan kuasa-kuasa barat meluaskan pengaruh masing-masing
D. Persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi

2. Imperialisme baru bermaksud……(m/s 229)

A. Mewujudkan lingkungan pengaruh dengan memiliki lebih banyak tanah jajahan
B. Menyebarkan agama kristian ke timur
C. Menyebarkan tamadun barat ke timur
D. Merebut tanah jajahan untuk kepentingan ekonomi

3. Pakatan Bertiga atau Triple Entene yang dibentuk pada tahun 1907 terdiri daripada tiga buah negara iaitu……(m/s 229)

I. Austria
II. Britain
III. Rusia
IV. Perancis

A. I, II, dan III
B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV

4. Negara manakah yang menyokong Austria untuk menyerang Serbia ? (m/s 230)

A. Amerika syarikat
B. Jerman
C. Perancis
D. Rusia

5. Antara yang berikut manakah kesan politik akibat dari Perang Dunia Pertama (m/s 231)

I. Terbentuknya Liga bangsa
II. Tamatnya pemerintahan beraja di Eropah
III. Terbentuknya beberapa buah negara baru Eropah
IV. Terbentuknya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

A. I, II, dan III
B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV

6. Antara yang berikut pernyataan manakah yang berkaitan dengan Perang Dunia Kedua? (m/s 232-2340)

I. Runtuhnya sistem imperialisme
II. Wujudnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
III. Peta Eropah terbentuk
IV. Tertubuhnya negara-negara baru merdeka

A. I, II, dan III
B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV

7. Apakah kesan yang berlaku selepas Perang Dunia Kedua kepada masyarakat dunia? (m/s 234)

A. Kesedaran untuk bersatu
B. Kesedaran betapa pentingnya keamanan
C. Kesedaran menumpaskan musuh
D. Kesedaran untuk membelot pada negara

8. Apakah yang dimaksudkan “Blok Dunia”? (m/s 234)

A. Hubungan dengan negara-negara tertentu
B. Tidak memihak kepada mana-mana negara yang bertelingkah
C. Menjamin keselamatan dunia
D. Usaha negara-negara sehaluan untuk bersatu

9. Apakah yang dimaksudkan Perang Dingin? (m/s 234)

A. Terdapat perlumbaan senjata di kalangan dua kuasa Asia
B. Kebanyakan negara anggota terdiri daripada negara dunia ketiga
C. Kedua-dua blok tidak memiliki wilayah taklukan secara terbuka
D. Tiada konflik bersenjata secara terbuka tetapi melalui psikologi dan propaganda

10. Apakah sebab berlakunya Perang Dingin ? (m/s 234)

A. Ideologi dan fahaman politik yang berbeza
B. Perbezaan kemajuan persenjataan antara negara
C. Berlaku perebuatan kepentingan ekonomi dan politik
D. Blok mendominasi fahaman negara-negara dunia

11. Apakah cara yang digunakan negara-negara ‘blok dunia’ menyebarkan pengaruhnya di Asia? (m/s 235)

A. Perlumbaan senjata
B. Perjanjian damai dan kemerdekaan
C. Pembangunan warisan ekonomi penjajah
D. Propaganda dan bantuan ekonomi



12. Globalisasi merujuk kepada……… (m/s 260)

A. Dunia tanpa sempadan
B. Perkembangan teknologi komunikasi
C. Pemangkin peningkatan kos kehidupan
D. Dasar pembangunan K-Ekonomi


13. Mengapakah Perang Dunia Kedua dianggap sebagai perang dunia yang terbesar? (m/s233-234)

A. Melibatkan pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
B. Perang berlaku di Eropah dan Asia
C. Penglibatan Amerika Syarikat
D. Semua negara Eropah dan Asia terlibat


14. Apakah tindakan Jepun setelah berjaya memusnahkan kedudukan Amerika Syarikat di
lautan pasifik? (m/s 233)

A. Menjadi Ketua Paksi
B. Menerima Jerman dan Itali sebagai sekutu
C. Menguasai keseluruhan Asia Tenggara
D. Menerang kepentingan Barat di Asia Tenggara


15. Blok dunia yang terbentuk semasa Perang Dingin berasaskan..… (m/s 234)

A. Geopolitik
B. Pengaruh politik
C. Pegangan kewangan
D. Gabungan kepimpinan

v- Negara Dunia Ketiga -v
Blok kapitalis <--> Blok Komunis


16. Pendirian Negara-negara Dunia Ketiga dalam hubungan di atas ialah.. (m/s 235)

A. Bersikap dasar berkecuali
B. Menyokong negara blok komunis
C. Berbaik-baik dengan kedua-duanya
D. Menyokong negara blok kapitalis

17. Berikut merupakan peranan Malaysia dalam Pertubuhan Komanwel: (m/s243-44)

I. Menganjurkan persidangan ketua negara-negara Komanwel
II. Menganjurkan sukan Komanwel
III. Menentang dasar Apartheid
IV. Menubuhkan pusat intelek

A. I, II, dan III
B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV

Deklarasi Langkawi 1989

18. Deklarasi di atas merupakan persetujuan dan pencapaian CHOGM 1989 berkaitan dengan isu …..
(m/s 244)

A. Isu pendidikan
B. Isu pembangunan
C. Isu alam sekitar
D. Isu ekonomi

Asas Penggubahan Dasar Luar Malaysia
-Faktor sejarah
-Faktor ekonomi
-X



19. Berdasarkan rajah di atas, Faktor X ialah? (m/s 240)

A. Geogarafi
B. Demokrasi
C. Demografi
D. Politik

MAPHILINDO
 MALAYSIA
 FILIPINA
 INDONESIA



20. Mengapakah pertubuhan ini di wujudkan? (M/S 254)

A. Untuk bersatu menentang penjajah
B. Untuk mengeratkan lagi hubungan ketiga-tiga negara
C. Untuk melindungi Malaysia yang baru ditubuhkan
D. Untuk menyelesaikan pertilangkahan ketiga-tiga negara tersebut


21. Hubungan luar Malaysia pada awal kemerdekaan bercorak pro-Barat dan anti-komunis. Dasar ini ditentukan oleh…..(m/s 240)
A. keupayaan pertahanan
B. pernah dijajah Barat
C. keberkesanan pentadbiran
D. pengekalan sistem perundangan Barat


Hubungan Multilatera

22. Pertubuhan manakah yang disertai Malaysia yang merujuk kepada bentuk hubungan di atas? (m/s237)

I. Pertubuhan Negara-Negara Islam
II. Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Eropah
III. Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara
IV. Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV 23.

23. Dasar Pandang ke Timur mula mengubah corak hubungan luar Malaysia .Apakah tujuan penggubahan dasar ini? (m/s242)

A. Memastikan tidak terlalu bergantung kepada Barat
B. Mempelajari etika pengurusan kerja yang baik
C. Menggalakkan kemasukan pelabur dari Timur
D. Menjalin hubungan dengan negara-negara Timur


24.Rancangan Colombo yang dibentuk oleh Komanwel berkaitan dengan aspek…..(m/s 244 )

A. pendidikan
B. ekonomi
C. penyelidikan
D. pembangunan

25. Blok Sterling memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain dalam bidang ekonomi.. Ianya merujuk kepada (m/s 241)

A. Hubungan dua hala kedua-dua negara
B. Rangkaian perdagangan dan pertahanan
C. Hubungan diplomatik dengan Britain
D. Urusan perdagangan dalam nilai mata wang Britain


26. Hubungan Bilateral di atas merujuk kepada…(m/s 237)

A. hubungan secara terus
B. hubungan secara berperingkat-peringkat
C. hubungan dakam bentuk kumpulan
D. hubungan dua hala


27. Dasar Pandang ke Timur merujuk kepada……..(m/s 242)

A. Jepun dan Korea Selatan rakan dagang utama negara
B. Tumpuan eksport Malaysia ialah Jepun dan Korea Selatan
C. Penggalakkan kemasukan rakan dari Jepun dan Korea Selatan
D. Jepun dan Korea Selatan model pembangunan negara


28. Apakah matlamat penubuhan Komanwel? (m/s 243)

I. Mewujudkan kerjasama dalam semua bidang
II. Menggabungkan negara bukan tanah Jajahan British
III. Mempertahankan perpaduan di kalangan negara anggota
IV. Mewujudkan semangat setiakawan di kalangan negara anggota

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

29. Pada Persidangan NAM ke-8, Apakah usul dari delegasi Malaysia …….(m/s 249-250)

A. menjaga keamanan di Palestin
B. mengadakan kerjasama ekonomi
C. menghapuskan dasar Apartheid
D. membela kepentingan negara membangun

30. Persidangan di atas mencatatkan kehadiran tertinggi negara anggota dan berjaya mendaftarkan dua negara anggota baru. Negara tersebut ialah? (m/s 250)

A. Timur Leste dan Guyana
B. Malawi dan Mauritius
C. Timur Leste dan Pulau Catalina
D. Yugoslavia dan Zimbabwe

31. Apakah faktor utama yang menyebabkan Malaysia menganggotai pertubuhan NAM? (m/s 249)
A. Hasrat Malaysia untuk mengekalkan keamanan dunia
B. Untuk mengelakkan campur tangan asing dalam negara
C. Pertukaran dasar luar Malaysia kepada berbaik-baik dengan semua negara
D. Untuk membela kepentingan negara-negara membangun


32. Berikut manakah faedah yang diterima Malaysia sebagai ahli pertubuhan di atas…..(m/s 250)
I. penghormatan daripada negara anggota
II. pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam
III. kelebihan untuk menggunakan wang pertubuhan
IV. bantuan untuk menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa

A. I, II, dan III
B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV

Usul Malaysia Dalam Persidangan
Negara-negara Berkecuali (NAM) ke 7
-Isu Palestine
-X


33. X merujuk kepada usul? (m/s 249)

A. Dasar Apartheid
B. Kerjasama pertahanan
C. Kerjasama ekonomi
D. Hak asasi manusia


34. Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) mempunyai Bank Pembangunan Islam untuk membantu negara anggotanya dalam bidang……(m/s 252)
A. Pertanian
B. Perindustrian
C. Penyelidikan
D. Pendidikan


35. AFTA atau ASEAN Free Trade Area telah diumumkan sidang kemuncak ASEAN di Singapura tahun 1992. Apakah tujuan penubuhan AFTA ? (m/s 258)

I. Meningkatkan pelaburan luar ke ASEAN
II. Menghalang kemasukan barangan luar daripada ASEAN
III. Menghapuskan sekatan dagangan di kalangan negara ASEAN
IV. Menggalakkan kerjasama ekonomi di kalangan negara ASEAN

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV

36. Apakah tujuan Perjanjian Pertahanan dengan British (AMDA) semasa perkembangan dasar luar Malaysia pada tahap pertama? (m/s 240)
A. Menjalin hubungan dengan Barat
B. Untuk menghadapi ancaman komunis
C. Untuk dasar Pro-Barat
D. Berbaik dengan negara jiran

37. Apakah matlamat kewujudan Koridor Raya Multimedia? (m/s 261)

A. Melahirkan masyarakat bermaklumat
B. Memajukan negara melalui teknologi maklumat
C. Menjalankan pembangunan teknologi maklumat
D. Menyediakan maklumat ke arah pembangunan negara

38. Negara yang terikat dalam konsep di atas selain daripada negara-negara ASEAN dan… (m/s 259)

I. Jepun
II. China
III. Taiwan
IV. Korea Selatan

A. I, II, dan III
B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV

39. Maklumat kewujudan Sekolah Bestari adalah untuk melahirkan…..(m/s 263)
A. Pelajar mahir dengan aplikasi teknologi maklumat
B. Sistem pedidikan yang berasaskan teknologi maklumat
C. Pelajar yang kreatif, dinamis, dan berfikiran kritis
D. Sistem pendidikan yang setanding dengan negara maju


40. Apakah cadangan Malaysia kepada negara-negara OIC berkaitan dengan bidang ekonomi? (m/s 252)
A. Penubuhan tabung kewangan OIC
B. Mewujudkan kerjasama perdagangan
C. Penyelarasan cukai dalam perdagangan
D. Penggunaan mata wang dinar dalam perdagangan

SOALAN STRUKTUR


Perang Dunia Pertama -> Perjanjian Versailles -> Jerman tidak puas hati -> Perang Dunia Kedua



1. ( a ) Nyatakan DUA sistem pakatan negara-negara Eropah yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama

i) ……………………………………………………………………….
ii) ………………………………………………………………………
[2 markah]

( b ) Berikan DUA syarat Perjanjian Versailles yang menimbulkan rasa tidak puas hati di pihak Jerman
i) ……………………………………………………………………..
ii) ……………………………………………………………………..
iii)
[3 markah]

( c ) Berikan TIGA kesan perang dunia petama dari sudut ekonomi

i) ……………………………………………………………………….
ii) ………………………………………………………………………
iii) ……………………………………………………………………..
[2 markah]

( d ) Nyatakan TIGA kesan perang dunia kedua dari sudut politik

i) ……………………………………………………………………….
ii) ………………………………………………………………………
iii) ………………………………………………………………………

[3 markah]


2. Dasar luar Malaysia yang diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan hingga kini telah banyak mengalami perubahan. (m/s 237-242 )

( a ) Nyatakan TIGA matlamat dasar luar Malaysia .

i. ………………………………………………………………………..
ii. ………………………………………………………………………..
iii. ………………………………………………………………………
[3 markah]

( b ) Nyatakan TIGA faktor sejarah yang menjadi asas penggubahan dasar luar Malaysia.

i. ………………………………………………………………………..
ii. ………………………………………………………………………..
iii. ………………………………………………………………………
[3 markah]

( c ) Kemukakan DUA alasan yang mendorong perubahan dasar luar Malaysia kepada bentuk berkecuali.

i. ………………………………………………………………………..
ii. ………………………………………………………………………..
[2 markah]

( d ) Nyatakan tujuan Dasar pandang ke timur diperkenalkan.

……………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………....
[2 markah]


BLOK DUNIA

-BLOK KOMUNIS -> DIKTATOR
-BLOK KAPITALIS -> DEMOKRATIK

3. ( a ) Apakah yang anda faham dengan ‘blok dunia’

………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………
[4 markah]

( b ) Berikan TIGA bentuk persaingan ideologi dan politik antara kedua-dua blok tersebut.

i. ………………………………………………………………………..
ii. ………………………………………………………………………..
iii. ………………………………………………………………………
[3 markah]

( c ) Berikan TIGA kesan perang dingin

i. ………………………………………………………………………..
ii. ………………………………………………………………………..
iii. ………………………………………………………………………
[3 markah]


SOALAN ESEI

1. Penggubalan dasar luar oleh Malaysia mengambil kira banyak faktor bagi mengekalkan hubungan diplomatik, keserasian, dan mengelakkan pertikaian.

(a) Berdasarkan petikan di atas, apakah pertimbangan yang digunakan oleh Malaysia semasa menggubal dasar luarnya. Huraikan.
[12 markah ]

(b) Menjelang 1970-an dasar luar Malaysia mulai berubah kepada dasar berkecuali. Jelaskan
[8 markah]


2. Pembahagian dunia kepada blok Komunis dan anti Komunis mewujudkan perasaan
curiga dan ketegangan politik serta lengkap melengkapi melengkapi dari segi persenjataan untuk menghadapi perang dingin.

(a) Bagaimanakah kedua-dua blok tersebut melengkapkan diri untuk menghadapi Perang Dingin?
(10 markah)

(b) Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh Negara Dunia Ketiga untuk tidak terlibat dalam Perang Dingin tersebut.
(10 markah)


PANDUAN GURU

1. OBJEKTIF

1. D 11. D 21. A 31. C
2. A 12. A 22. D 32. B
3. D 13. B 23. B 33. C
4. B 14. C 24. A 34. D
5. A 15. A 25. D 35. D
6. B 16. A 26. A 36. B
7. B 17. A 27. D 37. A
8. D 18. C 28. D 38. B
9. D 19. C 29. A 39. C
10. A 20. D 30. C 40. D


2. STRUKTUR

Soalan 1

(a) i. Perikatan kuasa tengah
ii. Pakatan bertiga
[2x1=mak. 2M]

(b) i. Hilang tanah jajahan
ii. Membayar pampasan perang yang tinggi
iii. Di arah mengurangkan saiz angkatan tentera
[3x1=mak. 2M]

(c) i. Negara terlibat alami inflasi
ii. Negara terlibat tanggung hutang yang tinggi
iii. AS dan Jepun kuasai pasaran dunia
iv. Britain alami kemerosotan pandangan luar
[4x1=mak. 3M]

(d) i. Negara-negara Eropah berpecah
ii. Runtuhnya sistem imperialisme
iii. Muncul negara-negara baru yang merdeka
iv. Meletusnya perang dingin

[4x1=mak. 3M]

Soalan 2

(a) i. Menjamin keselamatan rakyat dan negara
ii. memelihara kepentingan nasional
iii. mengekalkan kedaulatan negara
iv. mengekalkan keamanan sejagat
v. menjadi warga global bertanggungjawab
vi. Menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi
[6x1=mak. 3M]
(b) i. Hubungan dagang sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
ii. Hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu
iii. Hubungan dengan Britain dan Komanwel
iv. Ancaman fahaman komunis
v. Ketidakupayaan pertahanan megara
[5x1=mak. 3M]

(c ) i. AMDA kurang berperanan
ii. Kemorosotan pengaruh British di timur
iii. pergolakan politik di Vietnam
[3x1=mak. 2M]

(d) Mengambil dan menerima pakai nilai-nilai baik seperti semangat mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik
[1x1=mak. 2M]

Soalan 3

(a) i. Negara-negara yang sehaluan yang berusaha untuk bersatu
ii. Bertindak secara bersama bagi menjaga kepentingan ahli
iii. Tampil dalam pelbagai bentuk iaitu berdasarkan aspek politik, ekonomi dan politik.
[3x2=mak. 4M]

(b) i. Kedua-dua blok ingin membuktikan kekuatan
ii. Berusaha menyebarkan pengaruh
iii. Memajukan kepentingan masing-masing di eropah
iv. Propaganda dan bantuan ekonomi
[4x1=mak. 3M]

(c) i. Pembentukan blok dunia
ii. Penubuhan NATO
iii. Pakatan Warsaw
iv. Pertubuhan perjanjian Asia Tenggara
v. Perlumbaan senjata
[5x1=mak. 3M]


ESEI

SOALAN 1
Jawapan

(a) Berdasarkan petikan di atas, apakah pertimbangan yang digunakan oleh Malaysia semasa menggubal dasar luarnya. Huraikan.

TEMA HURAIAN
Pembeli ….Hubungan yang berterusan dengan Amerika Syarikat dan Britain sebagai pembeli utama bahan mentah negara
Labur …Amerika mampu melabur modal yang besar kepada pertumbuhan ekonomi negara kerana menjadi negara yang kaya
Komunis …Pengalaman menentang komunis oleh kerajaan dan penderitaan rakyat, juga mengelak hubungan dengan negara komunis
Agama …Kebanyakan penduduk Tanah Melayu beragama Islam mudah menerima hubungan dengan negara-negara Islam
TAR …Kepimpinan Tunku Abd. Rahman yang anti-komunis
PBB …Hormati Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mengekalkan keamanan dunia
Komanwel …Keanggotaan dalam komanwel menggalakkan hubungan sesama anggota
Kecuali …Dasar berkecuali yang diamalkan Tanah Melayu mendorong dasar luar yang lebih terbuka
Apartheid …Penentangan terhadap dasar tersebut menggalakkan hubungan egen negara-negara Afrika lain
Israel …Sentimen keagamaan tamadun Israel menghadkan hubungan dengan Israel

[ 10 isi x 2 Markah = Maksimum 12 Markah ]

(b) Menjelang 1970-an dasar luar Malaysia mulai berubah kepada dasar berkecuali. Jelaskan

AMDA Kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA
Britain Kurangnya pengaruh Britain di timur
Vietnam Pergolakan yang berlaku di Vietnam
ZOPFAN Konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali
Komunis Hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis
Jiran Jalinan persahabatan dengan semua negara khususnya dengan negara jiran
[
[ 6 isi x 2 Markah = Maksimum 8 Markah ]


SOALAN 2

(a) Bagaimanakah kedua-dua blok tersebut melengkapkan diri untuk menghadapi Perang Dingin?

TEMA HURAIAN
Tentera …tubuhkan pakatan tentera
NATO …Blok Barat tubuhkan NATO yang disertai AS, bersama 15 negara Eropah Barat seperti Britain, Perancis dan Jerman Barat.
WARSAW …Blok Timur tubuhkan Pakatan WARSAW yang di ketui Rusia dan Negara-Negara Eropah Timur
SEATO …Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO) di tubuhkan bersifat antikomunis
Pakatan …Pakatan ini disertai oleh AS, Britain, Australia, Filipina, Pakistan, N. Zealand dan Thailand
Blok …Setiap blok cuba menarik negara-negara baru menyertai blok tertentu.
Senjata …memperkuatkan persenjataan setiap blok
Nuklear …setiap blok ada senjata nuklear
Blok …Kedua blok sentiasa berhati-hati untuk elak tercetusnya peperangan
Subversif …Setiap blok melakukan aktiviti pengintipan dan subversif untuk kepentingan masing-masing.

[10 x 2 = 10 Markah Maksimum ]

(b) Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh Negara Dunia Ketiga untuk tidak terlibat dalam Perang Dingin tersebut.

TEMA HURAIAN
Sebelah …Tidak menyebelahi mana-mana blok
Jauhi …menjauhi sebarang pakatan ketenteraan
Bebas …Berusaha menyuarakan pendirian secara bebas
Forum …membentuk satu forum persidangan bagi negara-negara membangun seperti membentuk Negara-Negara Berkecuali
Kerjasama …mewujudkan kerjasama antara negara sedang membangun dalam politik, ekonomi dan sosial
Peranan …memainkan peranan aktif dalam pelbagai agensi antarabangsa
ASEAN …mewujudkan kawasan serantau yang bebas daripada pengaruh kuasa besar, seperti ASEAN yang isytihar Asia Tenggara kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali (20PFAN) 1970

[ 7 x 2 = 10 Markah Maksimum ]

No comments:

Post a Comment