Sunday 8 November 2009

latihan ting 5 bab 1

BAB 1 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA


SOALAN OBJEKTIF

1. Aspek geografi yang menyebabkan Asia Tenggara menjadi tumpuan imperialisme
Barat ialah

I. kedudukannya di laluan antara China dan India
II. kesuburan tanah dan iklim yang sesuai untuk pertanian
III. keluasan tanah untuk kegiatan pertanian
IV. keadaan muka bumi yang rata untuk kawasan petempatan

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I adan IV

2. China dan India menjadi sasaran imperialisme Barat kerana

A. keluasan tanah untuk pertanian
B. ketamadunan yang dimilki oleh penduduk tempatan
C. penduduk yang ramai untuk pasaran
D. kekayaan hasil bumi

3. Apakah peristiwa yang berlaku di Eropah yang mengubah dasar imperialisme Barat
di Asia Tenggara?

A. Keruntuhan sistem feudal
B. Kemunculan sistem birokrasi moden
C. Revolusi perindustrian
D. Kejayaan perluasan kuasa di Eropah

Adalah menjadi tanggungjawab kita mentamadunkan orang Timur


Kuasa X-Adalah menjadi tanggungjawab kita mentamadunkan orang



4. Kuasa X merujuk kepada

A. Sepanyol
B. Belanda
C. British
D. Perancis


5. Slogan “Beban Orang Putih” dalam dasar imperialisme Barat di Asia Tenggara
merujuk kepada kuasa

A. Sepanyol
B. British
C. Perancis
D. Amerika Syarikat



6. Sewaktu penjajahan Sepanyol, barangay-barangay disatukan menjadi encomienda.
Kesan daripada tindakan di atas ialah

A. kemajuan dalam kegiatan ekonomi
B. kemerosotan sistem pemerintahan tradisional
C. sistem pentadbiran barat diperkenalkan
D. kawasan penguasaan Sepanyol semakin luas


Penjajahan Belanda-Wujud dua bentuk
di Indonesia pentadbiran






7. Dua bentuk pentadbiran yang dimaksudkan ialah

I. pentadbiran pusat
II. pentadbiran daerah
III. pentadbiran kampong
IV. pentadbiran tempatan

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

8. Mengapakah Parti Sarekat Islam mendesak Belanda menubuhkan Volksraad?

A. Peluang kepada penduduk tempatan terlibat dalam pentadbiran.
B. Menyekat penularan pengaruh asing di kalangan penduduk tempatan.
C. Mendesak Belanda mengadakan pilihanraya membentuk kerajaan.
D. Langkah awal ke arah kemerdekaan Indonesia.

Hluttaw , Wun , Myothugyi , Athi



9. Maklumat di atas merujuk kepada pentadbiran tradisional di

A. Thailand
B. Vietnam
C. Filipina
D. Burma

10. Sewaktu menguasai Burma, British telah memperkenalkan Akta Kampung Ulu
Burma dan Akta Perkampungan Burma.
Kesan kepada pengenalan kedua-dua akta di atas ialah

A. sistem pentadbiran tradisional lenyap
B. pengekalan sistem pentadbiran peringkat kampung
C. kewujudan kampung dapat dipertahankan
D. pengenalan sistem birokrasi barat di peringkat kampung


11. Mengapakah pengaruh golongan agama di Burma merosot zaman penjajahan British?

A. Golongan agama tidak dibenarkan terlibat sebagai pentadbir.
B. Rakyat tidak lagi menghormati golongan agama.
C. Sami Buddha berada di bawah naungan undang-undang Barat.
D. Golongan agama kehilangan kuasa ekonomi.

12. Golongan Mandrin yang menduduki pentadbiran di Vietnam sebelum kedatangan
Perancis dipilih melalui

A. perlantikan oleh pihak raja
B. peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan China
C. undian oleh pihak rakyat
D. penguasaan mereka dalam bidang ekonomi


Pembesar Berempat
Pembesar Berlapan
Pembesar Enambelas
Pegawai Kerajaan Tiga Puluh Dua


13. Maklumat di atas merujuk kepada

A. Sistem Pembesar Bergelar
B. Sistem Pembesar Berganda
C. Sistem Pembesar Berjawatan
D. Sistem Pembesar Empat Lipatan


14. Antara langkah yang diambil oleh Raja Thai untuk mengekalkan kemerdekaan Thai
ialah

I. melantik penasihat Barat
II. memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah
III. sistem Raja Berperlembagaan Barat diperkenalkan
IV. mengukuhkan sistem pertahanan negara

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

15. Imperialisme Barat menjalankan perubahan sistem politik di negara yang dijajah
bertujuan

A. memperkenalkan birokrasi barat kepada penduduk tempatan
B. melicinkan perjalanan sistem pentadbiran
C. menghapuskan pengaruh pentadbir tempatan
D. menguasai ekonomi tanah jajahan



Diperkenalkan untuk menampung dana kerajaan
Satu perlima tanah ditanam dengan tanam eksport sebagai cukai
Rakyat tidak bertanah dikenakan kerahan tenaga selama 66 hari


16. Maklumat di atas merujuk kepada

A. Sistem Polo
B. Sistem Tanaman Paksa
C. Sistem Ekonomi Perdagangan
D. Sistem Kerahan Tenaga

17. Penjajah Barat melonggarkan kemasukan imigran ke Asia Tenggara.
Kesan daripada tindakan ini ialah

A. penduduk Asia Tenggara bertambah
B. buruh mudah diperolehi dengan murah
C. ekonomi tempatan dikuasai oleh pendatang
D. berlaku keseimbngan jumlah penduduk tempatan dan pendatang

18. Bukti ketidakjujuran imperialsime Barat dalam tugas mentamadunkan penduduk Asia
Tenggara ialah

I. tanah jajahan tidak ditadbir penjajah seperti negara asal
II. diskriminasi dan eksploitasi terhadap penduduk tempatan
III. hasil tempatan dikuasai untuk kepentingan mereka
IV. peribumi tidak dilibatkan dalam pentadbiran negara

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV


Pengenalan agama Kristian-Penduduk Filipina bersatu
oleh Sepanyol menentang Sepanyol



19. Mengapakah ini boleh terjadi?

A. Mengugat kedudukan agama tempatan
B. Ramai penduduk Filipina menganut agama Kristian
C. Pemimpin agama tempatan kehilangan kuasa
D. Penganut Kristian tempatan dianggap kelas kedua


Nasionalis yang sederhana
Penulis novel Noli Me Tangere
Berjuang melalui akhbar La Solidaridad

20. Tokoh yang dimaksudkan ialah

A. Jose Rizal
B. Andres Bonifacio
C. Emilio Aguinaldo
D. Sergio Osmena

21. Pengnalan sistem pendidikan Barat turut membangkitkan semangat nasionalisme
di kalangan penduduk tempatan. Mengapa?

I. Sikap pilih kasih penjajah dalam menyediakan kemudahan pendidikan.
II. Peluang pendidikan kepada penduduk tempatan hanya pada peringkat rendah.
III. Pendidikan terhad kepada golongan elit dan penduduk dandar.
IV. Pendidikan barat telah menghakis kepentingan pendidikan tradisional.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

22. Tindakan penjajah Belanda mengasingkan anak golongan priyayi daripada anak
orang kebanyakan dalam pemberian pendidikan bertujuan

A. mendapat sokongan daripada golongan priyayi
B. golongan priyayi adalah golongan berpengaruh
C. mengekalkan status golongan priyayi
D. memecahkan perpaduan rakyat tempatan


Dipimpin oleh Jose Rizal
Gerakan nasionalis terawal di Asia Tenggara
La Solidaridad menjadi akhbar rasmi


23. Maklumat di atas merujuk kepada

A. Liga Filipina
B. Katipunan
C. Gerakan Dakyah
D. Parti Nasional

24. Apakah peranan sistem pengangkutan dan perhubungan dalam perkembangan
gerakan nasionalisme di Asia Tenggara?

I. Memudahkan perhubungan di kalangan nasionalis.
II. Mempercepatkan penghantaran akhbar yang menyiarkan idea perjuangan
III. Pertemuan pemimpin dapat dijalankan di merata tempat.
IV. Pemimpin mudah bertemu untuk membincangkan idea nasionalisme.

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

25. Negara-negara di Asia Tenggara merasakan mereka mampu mengalahkan kuasa
Barat. Perasaan ini muncul kesan daripada

A. kemampuan Thailand mengekalkan kemerdekaannya.
B. kejayaan Jepun mengalahkan China dan Rusia
C. lahirnya golongan yang berpendidikan Barat.
D. penentangan terhadap British di India.

26. Ciri persamaan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara dalam tahap pertama ialah

I. penentangan bersifat setempat
II. gerakan tidak berorganisasi
III. menekankan kesedaran politik
IV. dipimpin oleh golongan bangsawan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

27. Matlamat perjuangan gerakan nasionalisme tahap kedua ialah

A. menempatkan orang tempatan dalam pentadbiran
B. memberi peluang pendidikan kepada anak tempatan.
C. mempastikan golongan tempatan menguasai ekonomi.
D. membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat.

28. Isu yang diperjuangkan oleh Gerakan Dakyah di Filipina ialah

I. menuntut Filipina dijadikan wilayah Sepanyol
II. bangsa Filipina diberi tempat dalam pentadbiran.
III. hak bersuara diberikan kepada bangsa Filipina
IV. bangsa Filipina berhak sama seperti bangsa Sepanyol

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV


Tokoh X
Saya pemimpin Katipunan
Akhbar rasmi kami ialah Kayalan


29. Tokoh X merujuk kepada

A. Jose Rizal
B. Andres Bonifacio
C. Emilio Aguinaldo
D. Sergio Osmena

30. Mengapakah isu pendidikan menjadi tumpuan di kalangan nasionalis di Indonesia
pada tahap pertama?

A. Masih ramai penduduk Indonesia yang buta huruf.
B. Peluang pendidikan di Indonesia hanya untuk golongan elit.
C. Pengenalan pendidikan Barat menyebabkan pendidikan tradisional terabai.
D. Pendidikan dapat mengubah nasib rakyat Indonesia.

Habis Gelap Terbitlah Terang
Penulisan Seorang Puteri Jawa


31. Penulis karya di atas yang telah berjaya mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia
ialah

A. Raden Adjeng Kartini
B. Omar Said Tjokroaminoto
C. Chairil Anuar
D. Hamka

32. Muhammadiyah merupakan pertubuhan penting dalam gerakan nasionalisme tahap
pertama di Indonesia. Matlamat pertubuhan ini ialah

I. menerapkan nilai Islam dalam kehidupan
II. mempertahankan nilai kehidupan Islam
III. menyebarkan Islam yang sebenar
IV. menghindari ancaman sekularisme barat

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

33. Gerakan nasionalisme oleh golongan bangsawan dan pegawai Mandrin di Vietnam
bermatlamat

A. mengekalkan kedudukan mereka dalam pentadbiran
B. memulihkan sistem pemerintahan beraja
C. mempertahankan penguasaan ekonomi
D. menjamin pengekalan nilai hidup tradisional

34. Perjuangan gerakan nasionalisme di Burma pada tahap pertama berkisar di sekitar

I.pengekalan tradisi Buddha
II. memajukan pendidikan
III. penerusan pemerintahan beraja
IV. isu kasut

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV


Laporan Montagu-Chelsford
Muncul gerakan nasionalisme bersifat radikal di Burma


35. Intipati laporan di atas ialah

A. Burma perlu terus berada dibawah penjajahan British
B. ketidaksediaan Burma mentadbir sendiri negaranya
C. pentadbiran beraja di Burma perlu dipertahankan
D. perlu ada pegawai British dalam pentadbiran Burma


36. Mengapakah muncul gerakan menentang pemisahan Burma dengan India?

A. Rakyat Burma belum mampu mentadbir sendiri.
B. Burma akan ditadbir secara berasingan .
C. Melewatkan kemerdekaan Burma.
D. Burma akan kehilangan punca ekonomi.


1932
Revolusi Thai yang diketuai oleh Parti Rakyat




37. Kesan daripada peristiwa di atas ialah

A. Thai memperolehi kemerdekaannya
B. ekonomi Thai dikuasai penduduk tempatan.
C. pengaruh golongan bangsawan merosot.
D. sistem raja berkuasa mutlak tamat.


38. Thailand telah bekerjasama dengan Jepun. Hasil daripada kerjasama ini ialah

A. Thailand tidak dijajah oleh Jepun.
B. Jepun berjanji membantu Thailand daripada ancaman barat.
C. Thailand berjaya mendapatkan semula wilayahnya di Indochina dan
Tanah Melayu.
D. Jepun bersedia memajukan Thailand.

Majlis Am Sangha Sametggi
Katipunan
Parti Komunis Indonesia
Viet Nam Quoc Dang Dang


39. Ciri-ciri persamaan parti politik di atas ialah

I. kemerdekaan melalui revolusi
II. penubuhan kerajaan berbentuk republik
III. pemimpin berhaluan sederhana
IV. bekerjasama dengan penjajah

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

40. Gerakan nasionalisme di Asia Tenggara telah berubah kepada gerakan bercorak
radikal pada tahap kedua. Perubahan ini berlaku kerana

A. pertambahan bilangan nasionalis yang berpendidikan tinggi.
B. penjajah bertindak menangkap pemimpin nasionalis.
C. terpengaruh dengan gerakan radikal di luar negara.
D. gerakan tahap pertama tidak meninggalkan kesan kepada penjajah.


SOALAN STRUKTUR


1. Revolusi Perundustrian yang berlaku di Eropah telah mengubah dasar imperialisme
Barat di Timur.

a) Apakah yang dimaksudkan dengan konsep imperialisme?

………………………………………………………………………………
(1 markah)

b). Barat sering mengaitkan konsep tamadun dengan dasar imperialisme
mereka.
i). Nyatakan slogan yang digunakan oleh British dan Belanda.

……………………………………………………………………………
(1 markah)

ii). Nyatakaan dakwaan tanggungjawab Perancis.

…………………………………………………………………………...
(1 markah)

c) Nyatakan DUA keperluan perindustrian yang mendorong kepada
perluasan imperialisme.

i) …………………………………………………………………………..

ii) …………………………………………………………………………..
(2 markah)

d) Nyatakan DUA kesan pembukaan Terusan Suez terhadap perluasan
imperialisme Barat.

i)……………………………………………………………………………..

ii) …………………………………………………………………………….
(2 markah)

e) Nyatakan TIGA langkah yang diambil pemerintah Thailand untuk kekalkan
kemerdekaannya.

i) ………………………………………………………………………………

ii). ………………………………………………………………………………

iii) ……………………………………………………………………………….
(3 markah)






2. Sikap penjajah telah mengwujudkan perasaan benci membenci yang akhirnya mencetuskan nasionalisme di kalangan bangsa yang dijajah.

a) Apakah Nasionalisme?

……………………………………………………………………………………….
(1 markah)

b) Nyatakan TIGA peranan sistem pengangkutan dan perhubungan le arah kemunculan
gerakan nasionalisme.

i) ………………………………………………………………………………………

ii) ………………………………………………………………………………………

iii) ………………………………………………………………………………………
(3 markah)

c) Nyatakan TIGA isu yang diberikan tumpuan dalam gerakan nasionalisme Tahap
Pertama di Asia Tenggara.

i) ………………………………………………………………………………………

ii) ………………………………………………………………………………………

iii) ………………………………………………………………………………………
(3 markah)

d) Senaraikan TIGA iktibar yang dapat diperolehi daripada gerakan nasionalisme
di Asia Tenggara.

i) ………………………………………………………………………………………

ii) ………………………………………………………………………………………

iii) ………………………………………………………………………………………
(3 markah)


SOALAN ESEI




1. a) Apakah yang anda faham dengan konsep imperialisme?
(4 markah)

b) Bincangkan keistimewaan yang dimiliki oleh Asia Tenggara yang menarik
minat imperialisme Barat. (6 markah)

c) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi imperialisme Barat ke Asia
Tenggara. (10 markah)


2. Penjajah telah memperkenalkan perubahan di kawasan yang mereka kuasai.
Perubahan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk
tempatan yang akhirnya mencetuskan semangat nasionalisme.

a) Bincangkan kesan perubahan politik yang diperkenalkan oleh penjajah Barat.
(8 markah)

b) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan gerakan nasionalisme
di Asia Tenggara. (12 markah)


PANDUAN GURU


SOALAN OBJEKTIF

1. A 11. C 21. A 31. A
2. C 12. B 22. D 32. D
3. C 13. D 23. C 33. B
4. D 14. A 24. B 34. B
5. B 15. D 25. B 35. B
6. B 16. B 26. A 36. C
7. B 17. C 27. D 37. D
8. D 18. B 28. C 38. C
9. D 19.D 29. B 39. A
10. A 20. A 30. D 40. D


SOALAN STRUKTUR

1. a) Dasar sebuah negara meluaskan wilayah pengaruhnya. (1 markah)

b) i). Beban Orang Putih (1 markah)
ii). Mentamadunkan orang Timur (1 markah)

c) i). Bahan mentah
ii). Pasaran terhadap keluaran industri (2 markah)

d) i). Jarak antara Barat dan Timur semakin pendek
ii). Pelayaran selamat dan menjimatkan kos (2 markah)

e) i). Melantik penasihat Barat
ii). Sistem raja berperlembagaan diperkenalkan
iii). Pemodenan pentadbiran (3 markah)


2 a) Perasaan cintakan bangsa dan negara / gerakan membebaskan tanah air.
(1 markah)

b). i). Memudahkan perhubungan di kalangan nasionalis
ii). Kawasan-kawasan terpisah dapat dihubungkan.
iii). Pemimpin dapat bertemu untuk membincangkan idea perjuangan.
(3 markah)

c) i). Kesedaran politik
ii). Kebudayaan dan keagamaan
iii). Hak peribumi
iv). Taraf hidup (3 markah)

d) i). Perjuangan mestilah berorganisasi
ii).Pemimpin mestilah berpendidikan
iii). Kesepakatan menjamin kejayaan perjuangan ( 3 markah)



SOALAN ESEI


1. a) Konsep imperialisme

Luas dasar meluaskan pengaruh dan wilayah
Jajah secara menjajah wilayah lain
Kuasa mengenakan kuasa pemerintahannya
3 isi x 2 markah = mak 4 markah

b) Keistimewaan yang dimiliki Asia Tenggara

Strategik berada di kedudukan yang strategik iaitu di laluan antara China
dan India.
Penduduk penduduknya yang ramai menyebabkan pasaran barangan kilang luas.
Ramai penduduknya yang ramai boleh mejayakan citi-cita Barat untuk
meramaikan penganut agama Kristian.
Tanah tanahnya yang subur yang sesuai untuk pelbagai tanaman komersial.
Kaya kekayaan sumber bahan mentah.
5 isi x 2 markah = mak 6 markah

c) Faktor-faktor yang mempengaruhi imperialisme Barat ke Asia Tenggara

R.Perindustrian perkembangan Revolusi Perindustrian mengubah dasar imperialisme
Barat.

Bahan keperluan terhadap bahan mentah untuk penuhi keperluan industri.
Pasaran mencari pasaran baru untuk memasarkan barangan keluaran industri.
Pengangkutan perkembngan sistem pengangkutan dan perhubungan seperti
pembukaan Terusan Suez dan penciptaan telegraf.
Persaingan persaingan di antara kuasa-kuasa Barat untuk mendapatkan tanah
jajahan / menaikkan imej.
Tamadun dakwaan tanggungjawab mentamadunkan orang Timur.
Agama tanggungjawab menyebarkan agama Kristian di timur di kalangan
mubaligh.
7 isi x 2 markah = mak 10 markah




2. a) Kesan daripada perubahan politik di Asia Tenggara

Birokrasi sistem birokrasi Barat diperkenalkan untuk menggantikan sistem
pemerintahan tempatan.
Undang undang-undang Barat diperkenalkan.
Merosot kuasa pemimpin tempatan mula merosot
Satu kawasan pentadbiran yang terpisah sebelum kedatangan Barat disatukan
di bawah satu pentadbiran seperti di Filipina, Indonesia dan Tanah
Melayu.
Singkir tersingkirnya sistem pemerintahan bercorak dinasti seperti di Burma.
5 isi x 2 markah = mak 8 markah


b) Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara

Dasar dasar yang diperkenalkan oleh penjajah Barat menyebabkan
rakyat tempatan berasa tidak puas hati seperti dasar politik,
ekonomi dan pendidikan.
Agama pengaruh agama tempatan yang telah berjaya menyatukan rakyat dan
muncul pemimpin di kalangan golongan agama.
Sastera hasil-hasil karya sastera yang memuatkan mesej kekecewaan dan
keazaban telah mebangkitkan kesedaran.
Pendidikan pemberian pendidikan oleh Barat yang terhad dan tidak seragam yang
akhirnya menimbulkan rasa tidak puas hati.
Intelektual kemunculan golongan intelektual berpendidikan Barat dan Timur
Tengah yang bekesedaran tinggi memimpin perjuangan.
Media pengaruh media massa seperti akhbar dan majalah yang menyiarkan
idea perjuangan dan menanam perasaan antipenjajah.
Pengangkutan perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan memudahkan
pertemuan dan perhubungan di kalangan pemimpin untuk
membincangkan ide-idea perjuangan.
Luar pengaruh luar seperti kejayaan Jepun mengalahkan China dan Rusia
serta perjuangan Mathatma Ghandi memberikan inspirasi kepada
nasionalis.
8 isi x 2 markah = mak 12 markah

No comments:

Post a Comment