Sunday 8 November 2009

latihan ting 5 bab 3

BAB 5: KESEDARAN PEMBINAAN BANGSA DAN NEGARA


SOALAN OBJEKTIF


1. Dalam masyarakat Melayu tradisional, raja bertanggungjawab menjamin keselamatan rakyatnya. Sebagai balasan rakyat akan (hlm. 65)

A bekerja di atas tanah raja
B berkhidmat untuk raja semasa perang
C menerima dan mengakui kekuasaan raja
D menyerahkan sebahagian hasil kepada raja

2. Apakah tanggungjawab raja : (hlm. 65)

A Memberi perlindungan politik dan keselamatan rakyat
B Mengubah konsep kerajaan dan negeri masyarakat melayu
C Membina negara dan bangsa
D Menjaga keamanan negara


3. Dalam masyarakat Melayu tradisional, kesetiaan rakyat kepada raja menjadi penentu
(hlm.65)

A keberkesanan raja
B kedaulatan raja
C kekuasaan raja
D kedudukan raja



Pembinaan negara dan bangsa Malaysia bermula sejak kemerdekaan dicapai pada tahun 1957 dan berterusan hingga ke hari ini.
‘Sejarah Malaysia’




4. Berdasarkan pernyataan di atas apakah syarat utama untuk merealisasikan sebuah negara dan bangsa Malaysia? (hlm. 73)

A Keadilan sosial dan kebebasan bersuara
B Kestabilan ekonomi dan politik negara
C Mencapai matlamat Wawasan 2020
D Perpaduan dan toleransi kaum


5. Apakah kesan Revolusi Inggeris 1688, Perang Kemerdekaan Amerika 1776 dan Revolusi Perancis 1789 ? (hlm. 67)

A Kedaulatan negara diiktiraf
B Munculnya kerajaan dan negeri
C Pembentukan negara moden Eropah
D Suruhanjaya bebas mengkaji perlembagaan


6. Matlamat utama kebangkitan nasionalisme di Eropah sebelum Perang Dunia Pertama menjurus kepada (hlm. 67)

A penyatuan negara-negara Eropah
B penyatuan dan pembentukan negara bangsa
C mendapatkan sebanyak mungkin tanah jajahan
D mendapatkan sokongan negara-negara serantau




- Penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri
- X


7. Maklumat di atas ialah cadangan Woodrow Wilson dalam Persidangan Damai Paris melalui Deklarasi Empat Belas Perkara. X ialah (hlm. 68)

A prinsip sempadan negara berasaskan bangsa
B prinsip sempadan negara berasaskan agama
C prinsip sempadan negara berasaskan budaya
D prinsip sempadan negara berteraskan teknologi


8. ‘Realpolitik’ ialah amalan yang mewajarkan semua cara untuk mencapai matlamat politik. Amalan ini diasaskan oleh (hlm. 68)

A Count Camillo Benso di Cavour
B Niccolo Machiavelli
C Otto von Bismark
D Woodrow Wilson


9. Bagaimanakah wilayah-wilayah di Itali disatukan ? (hlm. 68)

A Melalui Deklarasi Empat Perkara
B Melalui prinsip perikemanusiaan
C Melalui Persidangan Damai Paris
D Melalui amalan Realpolitik



10. Count Camillo Benso di Cavour berusaha menyatukan negara Itali dengan menyemarakkan semangat (hlm. 68)

A anti – Austria
B anti – Jerman
C anti – Perancis
D anti – Rom


11. Tokoh yang terlibat menyatukan Jerman ialah (hlm. 69)

A Hitler
B Woodrow Wilson
C Otto Eduard von Bismarck
D Count Camillo Benso di Cavour



12. Pembentukan kerajaan Islam di Madinah merupakan contoh penyatuan melalui prinsip Islam.
Nabi Muhammad s.a.w menyatukan penduduknya dengan cara (hlm. 71)

I diplomasi
II pemujukan
III musyawarah
IV permuafakatan

A I,II dan III
B I,II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV


NEGARA
l
Y - Negara dan Bangsa Malaysia - X
l
BANGSA



13. Berdasarkan gambarajah di atas X dan Y merujuk kepada (hlm. 73)

I Parlimen
II Kerajaan
III Perlembagaan
IV Yang di-Pertuan Agong

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV



14. Peranan utama sesebuah kerajaan adalah untuk (hlm. 74)

A memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat
B menggubal dan melaksanakan dasar negara
C merangka perlembagaan untuk panduan pemerintahan
D mewujudkan pemerintahan berasaskan suara majoriti



15. Wilayah pengaruh dalam zaman kesultanan Melayu Melaka bermaksud (hlm. 75)

A kawasan yang penduduknya menerima dan memperakui raja
B kawasan yang diterima dan diiktiraf oleh seseorang raja
C rakyat yang mengiktiraf dan menerima pemerintahan seseorang raja
D sempadan yang menentukan kekuasaan raja






16. Daulat dalam konteks Kesultanan Melayu merujuk kepada (hlm. 76)

A alat-alat kebesaran diraja
B negeri yang ditadbir oleh raja
C sistem pemerintahan beraja
D raja yang memerintah


17. Antara berikut yang manakah merujuk pada asas ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka. (hlm. 75)

I Bangsa
II Kerajaan
III Agama Islam
IV Keunggulan undang-undang

A I,II dan III
B I,II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV



18. Kedaulatan penting bagi sesebuah negara kerana (hlm. 76)

A bebas daripada campur tangan asing
B kerajaan berupaya menjalankan pemerintahan
C menjamin kestabilan negara
D rakyat setia kepada negara



19. Kerajaan Johor, Perak dan Pahang telah diasaskan oleh kerajaan diraja Melaka.
Apakah warisan yang dapat dilihat di negeri-negeri tersebut ? (hlm. 80)

I Pemerintah menggunakan gelaran Sultan
II Pewarisan takhta mengikut jurai sebelah bapa
III Kitab undang-undang disalin berdasarkan undang-undang Islam
IV Sistem Pembesar Empat Lipatan diamalkan

A I,II dan III
B I,II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV



20. Apakah ketetapan undang-undang Tubuh kerajaan Johor 1895 ? (hlm. 80)

I Islam sebagai agama negeri
II Keturunan sultan pewaris takhta
III Orang Melayu sebagai rakyat Johor
IV Sultan boleh serah negeri kepada kuasa lain

A I, II dan III
B I,II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV




UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR
1895




21. Mengikut perlembagaan di atas Majlis Mesyuarat Kerajaan akan dibahagikan kepada dua, iaitu (hlm. 82)

A Majlis Negeri dan Jemaah Menteri
B Majlis Negeri dan Mesyuarat Kerajaan
C Majlis Negeri dan Majlis Mesyuarat Negeri
D Majlis Kerajaan dan Jemaah Pangkuan Negeri


22. Apakah hak-hak raja dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor ? (hlm. 82-83)

I Raja berhak melantik menteri besar yang difikirkan layak
II Raja menjadi pengerusi Majlis Negeri yang juga badan perundangan
III Raja boleh meminta Jemaah menteri bersidang pada bila-bila masa
IV Raja tidak berhak menyerahkan wilayahnya kepada kuasa lain

A I,II dan III
B I,II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV


23. Badan jemaah Menteri di Kelantan dibahagikan kepada (hlm. 82)

A tujuh
B lapan
C sembilan
D sepuluh



Kelantan - Sistem Jemaah Menteri ( 1801-1836 )



24. Berdasarkan jadual di atas, setiap badan Jemaah Menteri di Kelantan terdiri daripada
(hlm.82)

A tiga orang pembesar
B empat orang pembesar
C lima orang pembesar
D enam orang pembesar


25. Jemaah Penasihat Raja dalam Sistem Jemaah Menteri ( 1801-1836 ) menjalankan tugas mengurus (hlm. 84)

A menjaga keamanan negeri
B istiadat diraja dan istiadat rasmi
C perkara dan urusan yang penting
D kemajuan dan pembangunan negeri


26. Tanggungjawab Sultan Muhammad I di Kelantan ialah (hlm. 82)

A melantik pembesar membantu pentadbiran
B melantik Yang di Pertuan Besar
C mengekalkan amalan monarki
D mempertahankan negeri



27. Antara berikut yang manakah merupakan cirri-ciri Sistem Jemaah Menteri di Kelantan ?
(hlm. 82-84)

I Terdapat lapan Jemaah Menteri dalam Sistem Jemaah Menteri
II Setiap jemaah Menteri dianggotai oleh empat orang pembesar
III Jemaah Menteri Istana menguruskan adat istiadat rasmi negeri
IV Ketua Menteri mengetuai setiap Jemaah Menteri

A I,II dan III
B I,II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV







28. Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu juga dikenali sebagai Ittiqan- ilmuluk bi- ta’dil il- suluk.
Apakah prinsip yang jelas ditekankan dalam undang-undang tersebut ? (hlm. 84)

A Keadilan
B Kecekapan
C Kemakmuran
D Kesederhanaan



• Beragama Islam
• Lelaki
• Waris Sultan
• X



29. Maklumat di atas menunjukkan syarat-syarat menjadi sultan Terengganu. X ialah (hlm. 85)

A berpelajaran
B orang Melayu
C rakyat Terengganu
D fasih berbahasa ibunda


30. Apakah tujuan Sultan Terengganu memperkenalkan perlembagaan bertulis pada tahun 1911 ?
(hlm. 84)

A Memastikan keamanan negeri
B Menetapkan peraturan negeri
C Menyekat perluasan kuasa British
D Mewjudkan pemerintahan berkesan


31. Seseorang yang ingin menjawat jawatan menteri dalam Jemaah Menteri di Terengganu mestilah (hlm. 85)

I beragama Islam
II berbangsa Melayu
III taat setia kepada Sultan
IV golongan bangsawan

A I,II dan III
B I,II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV



Johor - Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895

Terengganu - Ittiqan il muluk bi-ta’dil il-suluk 1911



32. Berdasarkan maklumat di atas apakah persamaan kedua-dua perlembagaan tersebut?
(hlm.84)

A Digubal berasaskan perlembagaan Islam
B Menteri Besar dilantik oleh Jemaah Menteri
C Penggantian sultan berdasarkan sistem pewarisan
D Menghalang British menguasai negeri


33. Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu yang diwujudkan pada tahun 1911 berasaskan
(hlm. 84)

A Hukum Kanun Melaka
B Perlembagaan Johor 1895
C Undang-undang 99 Perak
D Undang-undan Laut Melaka


34. Tanggungjawab ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Terengganu termasuklah adalah membantu Sultan dan Jemaah Menteri (hlm. 86)

I mentadbir negeri
II menjaga keamanan
III menggubal undang-undang
IV melantik pewaris raja

A I,II dan III
B I,II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV



35. Mengikut hierarki pemerintahan Adat Perpatih, perlantikan pemimpin dibuat bermula dari peringkat (hlm. 87)

A tertinggi
B terbawah
C pertengahan
D kedua tertinggi





36. Berikut ialah senarai tugas Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan iaitu (hlm. 88)

I melantik para pembesar
II sebagai raja pemerintah
III ketua utama dalam adat istiadat
IV simbol keadilan

A I,II dan III
B I,II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV




Negeri Sembilan merupakan satu-satunya negeri yang mengamalkan sistem demokrasi berdasarkan Adat Perpatih




37. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah ciri-ciri demokrasi dalam sistem pentadbiran
Adat Perpatih (hlm.87-88)

I Kuasa pemerintahan dikongsi oleh pemimpin dari peringkat tertinggi hingga terendah
II Pemimpin-pemimpin di semua peringkat pentadbiran dipilih secara demokrasi
III Rakyat jelata terlibat dengan pemilihan pemimpin semua peringkat
IV Setiap keputusan Yang di-Pertuan Besar berdasarkan perbincangan dengan Undang

A I,II dan III
B I,II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV



38. Dalam Adat perpatih, golongan yang berkuasa untuk memilih Undang ialah (hlm. 88)

A Buapak
B Lembaga
C Anak Buah
D Ketua Perut


Alam beraja
Luak berpenghulu
Suku berlembaga
Anak buah berbuapak



39. Perbilangan adat di atas membuktikan Negeri Sembilan mengamalkan sistem pemerintahan
(hlm. 88)

A aristokrasi
B demokrasi
C raja berkuasa mutlak
D raja berpelembagaan


40. Negeri Sembilan muncul sebagai negeri pertama bercorak persekutuan sebelum tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu.
Bagaimanakah terbentuknya persekutuan Negeri Sembilan ? (hlm.87)

A Keputusan Yang di-Pertuan Besar melalui perundingan
B Perlantikan pemimpin dibuat daripada peringkat bawah
C Perlantikan Yang di-Pertuan besar melalui pemilihan
D Penggabungan sembilan buah Negeri

SOALAN STRUKTUR



1. Konsep negara bangsa merujuk kepada pembentukan negara moden di Eropah yang wujud pada penghujung abad ke-18. Pembentukan negara bangsa di Eropah berasaskan amalan Realpolitik yang menjadi asas kepada penyatuan Itali dan Jerman.

(a) Nyatakan TIGA peristiwa yang berlaku sehingga mencetuskan idea negara bangsa (hlm.67)

(i) …………………………………………………………………………….

(ii) …………………………………………………………………………….

(iii) …………………………………………………………………………….
[3 markah]


(b) Apakah TIGA amalan yang dibenarkan oleh ‘Realpolitik’ untuk mencapai matlamatnya? (hlm.69)

(i) ……………………………………………………………………………..

(ii) ……………………………………………………………………………..

(iii) ……………………………………………………………………………..
[3 markah]


(c) Nyatakan TIGA peperangan yang dilancarkan oleh Otto von Bismarck dalam
usahanya menyatukan Jerman. (hlm.70)

(i) ……………………………………………………………………………..

(ii) ……………………………………………………………………………..

(iii) ……………………………………………………………………………..
[3 markah]


(d) Apakah isu yang sering digunakan oleh Otto von Bismarck untuk membangkitkan semangat rakyat Jerman ? (hlm.69)

……………………………………………………………………………………..
[1 markah ]


Ciri-ciri Negara
dan Bangsa
-Negara
-X
-Y
-Perlembagaan


2. Carta di atas menunjukkan ciri-ciri utama negara dan bangsa.

(a) Namakan X dan Y (hlm. 73)

(i) ………………………………………………………………………….

(ii) ………………………………………………………………………….
[2 markah]

(b) Nyatakan TIGA peranan utama kerajaan (hlm.74)

(i) ………………………………………………………………………….

(ii) ………………………………………………………………………….

(iii) ………………………………………………………………………….
[3 markah]

(c) TIGA badan pemerintahan dalam kerajaan Malaysia adalah (hlm.74)

(i) …………………………………………………………………………..

(ii) …………………………………………………………………………..

(iii) …………………………………………………………………………..
[3 markah]


(d) Mengapakah idea bangsa Malaysia sering diperkatakan di negara kita (hlm.74)

(i) ……………………………………………………………………………

(ii) ……………………………………………………………………………
[2 markah]



3. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor telah digubal pada tahun 1895. Ianya juga dikenali sebagai Perlembagaan Johor.

(a) Nyatakan TIGA perkara utama yang terdapat dalam perlembagaan tersebut.
(hlm.80)
(i) ………………………………………………………………………………

(ii) ………………………………………………………………………………

(iii) ………………………………………………………………………………
[3 markah]


(b) Nyatakan TIGA syarat yang membolehkan seseorang dilantik sebagai sultan mengikut perlembagaan di atas. (hlm.81)

(i) ………………………………………………………………………………

(ii) ………………………………………………………………………………

(iii) ………………………………………………………………………………
[3 markah]


(c) Namakan DUA badan yang terdapat dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor .
(hlm.82)

(i) ………………………………………………………………………………

(ii) ………………………………………………………………………………
[2 markah]


(d) Jelaskan DUA kesan perisytiharan perlembagaan di atas. (hlm.82)

(i) ………………………………………………………………………………

(ii) ………………………………………………………………………………
[2 markah]



Z
l
UNDANG
l
Y
l
BUAPAK
l
X

HIERARKI PEMERINTAHAN DI NEGERI SEMBILAN

4. Rajah di atas menunjukkan sistem hierarki pemerintahan di Negeri Sembilan.

(a) Sistem pemerintahan ini adalah mengikut adat (hlm.87)

………………………………………………………………………………………
[1 markah]

(b) Lengkapkan X,Y dan Z (hlm.87)

X ……………………………………………………………………………………

Y ……………………………………………………………………………………

Z ……………………………………………………………………………………
[3 markah]

(c) Namakan DUA luak utama di Negeri Sembilan (hlm.88)

………………………………………………………………………………………
[2 markah]
(d) Nyatakan tugas utama Undang (hlm.88)

(i) ………………………………………………………………………………

(ii) ………………………………………………………………………………
[2 markah]

(e) Berikan DUA tugas Lembaga ? (hlm.88)

(i) ………………………………………………………………………………

(ii) ………………………………………………………………………………
[2 markah]


SOALAN ESEI



1. (a) Jelaskan faktor-faktor pembinaan negara bangsa di Eropah.
( 12 markah )

(b) Mengapakah usaha pembinaan negara Islam Madinah berbeza daripada pembinaan negara bangsa di Eropah ?
( 8 markah )



2. (a) Jelaskan maksud negara, bangsa, kerajaan dan perlembagaan

(12 markah )

(b) Nyatakan peranan kerajaan dalam sesebuah negara
(8 markah )



3. (a) Huraikan ciri-ciri negara dan bangsa yang terdapat dalam kesultanan
Melayu Melaka .
( 12 markah )

b) Jelaskan perkara-perkara yang diperuntukkan dalam Undang-undang
Laut Melaka.
( 8 markah )


PERLEMBAGAAN BERTULIS

Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895

Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu 1911



4. (a) Berdasarkan maklumat di atas, huraikan persamaan yang terdapat dalam
kedua-dua undang-undang tersebut.
( 10 markah )

(b) Apakah kepentingan perlembagaan bertulis di negeri Johor dan Terengganu ?
( 10 markah )







PANDUAN GURU BAB 3

OBJEKTIF


1. C 11. C 21. A 31. A
2. A 12. C 22. C 32. D
3. C 13. B 23. B 33. B
4. D 14. B 24. B 34. A
5. C 15. A 25. C 35. B
6. B 16. D 26. A 36. D
7. A 17. B 27. A 37. B
8. A 18. A 28. A 38. D
9. D 19. B 29. B 39. B
10. A 20. A 30. C 40. D


STRUKTUR


1. (a) (i) Revolusi Inggeris 1688
(ii) Perang Kemerdekaan Amerika 1776
(ii) Revolusi Perancis 1789

(3 markah)

(b) (i) Tipu helah
(ii) Kekerasan bersenjata
(iii) Peperangan
(iv) Pemalsuan dokumen
(v) Provokasi
(vi) Penipuan
(vii) Ugutan
(3 markah)

(c) (i) Denmark
(ii) Austria
(viii) Perancis
(3 markah )

(d) Membenci kuasa asing

(1 markah)


2. (a) (i) Negara
(ii) Bangsa

(2 markah)

(b)(i) Menggubal dasar
(ii) Melaksana dasar
(iii) Mentafsir dasar
(iv) Membuat dasar
(v) Pengaman kehidupan masyarakat
(vi) Penentu arah kehidupan masyarakat

(3 markah)

(c) (i) Badan Perundangan
(ii) Badan Pelaksana
(ii) Badan Kehakiman

(3 markah)

(d) (i) Memupuk perasaan bersatu padu
(ii) Membentuk bangsa Malaysia yang kukuh

(2 markah)

3. (a) (i) Keturunan sultan
(ii) Orang Melayu
(iii) Agama Islam

(3 markah)

(b) (i) Melayu
(ii) Lelaki
(iii) Waris Sultan
(iv) Beragama Islam

(3 markah)

(c) (i) Majlis Negeri
(ii) Jemaah Menteri

(2 markah)

(d) (i) Memantapkan sistem pentadbiran
(ii) Menghalang British menguasai Johor

(2 markah)

4. (a) Adat Perpatih

(1 markah)

(b) X Anak buah
Y Lembaga
Z Yang Dipertuan Besar

(3 markah)

(c) (i) Rembau
(ii) Sungai Ujong
(iii) Jelebu
(iv) Johol
(2 markah)

(d) (i) Menjadi Ketua Luak
(ii) Melantik Yang Dipertuan Besar
(2 markah)

(e) (i) Ketua Suku
(ii) Memilih Undang
(iii) Bertanggungjawab terhadap suku
(2 markah)

ESEI

1. (a) Jelaskan faktor-faktor pembinaan negara bangsa di Eropah.
( 12 markah )


Revolusi Idea negara bangsa wujud selepas tercetusnya Revolusi Inggeris, Perang Kemerdekaan Amerika dan Revolusi Perancis
Hak
Kemunculan konsep hak rakyat, kerajaan berperlembagaan dan ciri-ciri negara bangsa moden
Bangkit Kebangkitan nasionalisme di Austria,Rusia dan Turki yang mempunyai penduduk berbilang bangsa
Matlamat Matlamat para nasionalis adalah penyatuan dan pembentukan negara bangsa
Unsur Unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa yang digunakan oleh para nasionalis
Jerman Kekalahan Jerman dan sekutunya dalam Perang Dunia Pertama menyebabkan termeterai Deklarasi 14 perkara
Deklarasi Melalui Deklarasi 14 perkara, Woodrow Wilson mencadangkan dua prinsip iaitu penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri dan prinsip sempadan berasaskan negara

(7 x 2m mak = 12 markah)




(b) Mengapakah usaha pembinaan negara Islam Madinah berbeza daripada pembinaan negara bangsa di Eropah ?
( 8 markah )


Islam Kerajaan Islam di Madinah dibentuk oleh Nabi Muhammad s.a.w menggunakan agama Islam
Muafakat Politik Islam mengutamakan kerjasama dan permuafakatan
Ikatan Islam tidak mengutamakan rumpun bangsa tetapi ikatan ummah
Tentang Islam menentang sebarang bentuk paksaan dalam penyatuan ummah kecuali untuk mempertahankan kedaulatan Negara
Etika Islam mementingkan etika
Moral Islam mementingkan moral
Susun Perlembagaan disusun terlebih dahulu sebelum mengasaskan Kerajaan Islam Madinah

(7 x 2m mak=8 markah)


2. (a) Jelaskan maksud negara, bangsa, kerajaan dan perlembagaan

(12 markah )

Negara Wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan,dan pemerintah yang berwibawa
Institusi Institusi pemerintahan yang tersusun yang bertanggungjawab membuat dan melaksanakan keputusan politik serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan
Bangsa Sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah
Persamaan Mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian dan pengalaman sejarah
Kerajaan Institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal, mentafsir dan melaksanakan dasar sesebuah Negara
Pengaman Kerajaan juga bertindak sebagai pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat sesebuah negara
Badan Terdiri daripada tiga badan pemerintahan iaitu Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman
Perlembagaan Peraturan tertinggi sama ada bertulis atau tidak bertulis yang menjadi rujukan dan panduan bagi mentadbir dan memerintah negara

(8 x 2m=12 markah)

(b) Nyatakan peranan kerajaan dalam sesebuah negara
(8 markah )

Gubal Menggubal dasar Negara
Laksana Melaksana dasar Negara
Pengaman Menjadi pengaman masyarakat
Arah Penentu arah kehidupan masyarakat
Tafsir Mentafsir dasar Negara

(5 x 2m mak=8 markah)

3. (a) Huraikan ciri-ciri negara dan bangsa yang terdapat dalam kesultanan
Melayu Melaka .
( 12 markah )


Kawasan Kawasan lingkungan pengaruh yang luas walaupun sempadan tidak ditetapkan
Kedaulatan Kedaulatan merujuk terus kepada raja yang memerintah
Undang2 Terdapat dua undang-undang iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka
Lambang Kesultanan Melayu Melaka mempunyai lambang negara seperti bahasa Melayu, alat-alat regalia,nobat warna dan lain-lain
Rakyat Rakyat bertanggungjawab mentaati raja
Sedia Sebagai tanda ketaatan, rakyat sedia mempertahankan negara, menghadiri adapt istiadat kerajaan, gotong-royong, kerahan tenaga dan sebagainya.
Kerajaan Mempunyai kerajaan yang mengurus pentadbiran, menjaga keamanan, mempertahankan kedaulatan negara dan menjalin hubungan diplomatik
dengan negara lain.
Bantu Sultan dibantu oleh pembesar seperti Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.

(8 x 2m mak= 12markah)


c) Jelaskan perkara-perkara yang diperuntukkan dalam Undang-undang
Laut Melaka.
(8 markah)

Pelayaran Tatacara pelayaran laut
Pengawal Tanggungjawab pengawal kapal
Aturcara Aturcara pelayaran
Perniagaan Perniagaan
Nakhoda Bidangkuasa nakhoda
Hukuman Hukuman kesalahan jenayah

(6 x 2m mak=8 markah)


4. (a) Berdasarkan maklumat di atas, huraikan persamaan yang terdapat dalam
kedua-dua undang-undang tersebut.
( 10 markah )


Sultan Berbangsa Melayu, lelaki, beragama Islam dan berketurunan pemerintah
Serah Sultan dan Menteri dilarang menyerahkan kuasa kepada kuasa lain
Islam Islam menjadi agama negeri
MB Raja berhak memilih Menteri Besar
NMB Jawatan Naib Menteri besar ditentukan oleh Jemaah Menteri
Menteri Berbangsa Melayu, beragama Islam dan rakyat negeri berkenaan

(6 x 2m mak=10 markah)



(b) Pada pendapat anda apakah kepentingan perlembagaan bertulis di negeri Johor dan Terengganu ?
( 10 markah )


Demokrasi Membentuk kerajaan demokrasi
Mantap Memantapkan sistem pentadbiran
Bijaksana Menggambarkan kebijaksanaan pemerintah
Cekap Meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran
Kekal Mengekalkan kedaulatan negeri
Elak Mengelak negeri dari dikuasai British

(6 x 2m mak=10 markah)

2 comments:

  1. 38ialah B, undang dipilih lembaga bukankah

    ReplyDelete
  2. Soalan 8 tu salah.. spatutnya niccolo machiavelli

    ReplyDelete