Wednesday 11 November 2009

latihan ting 4 bab 7

BAB 7: ISLAM DI ASIA TENGGARA



SOALAN OBJEKTIF

1. Apakah faktor penting yang membolehkan Melaka muncul sebagai pusat pertemuan pedagang secara tetap mengikut jangka waktu tertentu? (hlm. 174)

A. Tiupan angin monsun mengikut musim
B. Kedudukannya di tengah-tengah jalan perdagangan
C. Menyediakan kemudahan perdagangan yang mencukupi
D. Melaka menjalinkan hubungan perdagangan dengan semua kawasan

2. Tiupan angin monsun memberi manfaat kepada kemakmuran pelabuhan Asia Tenggara kerana (hlm. 174)

A. Mengelakkan ancaman lanun
B. Mengelakkan bencana di laut
C. Menentukan waktu kedatangan pedagang
D. Menggalakkan kemudahan membaiki kapal

3. Selat Melaka berperanan penting sebagai jalan penghubung antara China dan India. Ini telah membangunkan bandar pelabuhan lain seperti (hlm. 174)

I. Srivijaya
II. Cheribon
III. Pattani
IV. Jambi

A. I, II dan IV
B. I, III dan IV
C. I, II dan III
D. II, III dan IV

4. Sebelum kemunculan agama Islam, masyarakat Asia Tenggara menganut agama (hlm. 174)

I. Confucius
II. Buddha
III. Hindu
IV. Kristian

A. I dan II
B. III dan IV
C. I dan IV
D. II dan III

5.Apakah persamaan pandangan kedua-dua tokoh di atas mengenai teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara? (hlm. 175)

A. Islam datang dari India
B. Islam datang dari China
C. Islam datang dari Tanah Arab
D. Islam datang dari Asia Tengah

6. Pendapat John Crawford diperkukuhkan oleh bukti (hlm. 174)

A. Catatan China
B. Catatan Ibn Battuta
C. Sumber senibina Arab
D. Kesusasteraaan Nusantara

7. Pendapat sejarawan mengatakan Islam telah sampai ke Asia Tenggara menerusi Tanah Arab Antara berikut manakah bukti yang mengukuhkan pendapat di atas? (hlm. 176)

I. Alat Tarian Zapin
II. Amalan menghormati tetamu
III. Persamaan bahan penulisan sastera
IV. Jumpaan batu nisan di Asia Tenggara

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II,III dan IV

8. X merujuk kepada

A. Annam
B. Yunnan
C. Pattani
D. Champa

9. Pendapat bahawa Islam datang dari China dikemukakan oleh (hlm. 177)

I. S.Q. Fatimi
II. John Crawford
III. Snouck Hurgronje
IV. Emanuel Gadinho Eredia

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

10. Emanuel Gadinho Eredia telah mengemukan pendapat bahawa Islam datang ke Asia Tenggara menerusi China. Apakah bukti kukuh yang terdapat di dalam teori tersebut (hlm. 177)

A. Batu Bersurat Terengganu
B. Beijing adalah pusat perdagangan
C. Wujudnya ramai ulama di Negeri China
D. Terdapat sebuah kerajaan Islam di China

11. Sumber utama di atas membuktikan? (hlm. 177)

A. Ramai pedagang China-Islam berpindah ke Asia Tenggara
B. Menetapkan bahawa Canton adalah pusat perdagangan penting
C. Menunjukkan bahawa Islam sampai ke Terengganu pada abad ke 13
D. Sebuah kerajaan tua yang bergantung kepada perdagangan telahpun muncul di Terengganu.

12. Antara berikut manakah hujah dan bukti dikemukakan untuk menyokong teori Islam datang dari India? (hlm.178)

I. Batu nisan di Gerisik dan Pasai yang mirip dengan batu nisan India
II. Hubungan kebudayaan antara masyarakat Asia Tenggara dengan India
III. Perkampungan India Muslim di Sumatera dan Pantai Barat Tanah Melayu
IV. Perdagangan antara India dengan Asia Tenggara sudah lama wujud sejak abad ke-13

A. I, II, III
B. I, II dan IV
C. I , III dan IV
D. II, III dan IV

13. Dalam Hikayat Raja-Raja Pasai menyebut tokoh di atas memberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan Islam di Asia Tenggara.

Apakah sumbangan beliau? (hlm. 176)

A. Tokoh yang mengIslamkan raja
B. Dimakamkan di dalam Istana Pasai
C. Berperanaan sebagai ulama berpengaruh
D. Banyak Menghasilkan karya Islam di Pasai

14. Teori Kedatangan Islam dari Arab China dan India

Apakah persamaan ketiga-tiga teori di atas?

A. Dilakukan melalui usaha penaklukan
B. Disebarkan melalui kegiatan perdagangan
C. Raja menjadi penyebar utama dalam negaranya
D. Peranan mubaligh dan ahli sufi sebagai penyebar utama

15. Antara berikut manakah unsur membolehkan pedagang Islam menyebarkan agama Islam dengan berkesan? (hlm.179)

I. Sifat mahmudah (terpuji) yang dimiliki
II. Kebanyakan mereka terdiri daripada ulama
III. Pembinaan perkampungan perdagangan Islam
IV. Hubungan baik mereka dengan pemerintah tempatan

A. I ,II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

16. Bagaimanakah sifat mahmudah (terpuji) yang dimiliki pedagang memberi kesan ke atas penyebaran agama Islam di Asia Tenggara? (hlm.179)

A. Pedagang berhemah dan lemah lembut
B. Agama Islam tersebar ke negara China
C. Islam menjadi agama rasmi di Asia Tenggara
D. Ramai pemerintah tempatan menolak agama Islam

17. Para pedagang Islam yang berada di Asia Tenggara diberikan beberapa keistmewaan oleh pemerintahan tempatan.
Apakah keistimewaan tersebut? (hlm.180)

A. Dilantik sebagai pembantu raja
B. Diberi jawatan sebagai syahbandar
C. Diberi pangkat dan hadiah yang banyak
D. Dikahwinkan dengan anak raja tempatan

18. Antara cara agama Islam tersebar luas di rantau Asia Tenggara adalah melalui proses perkahwinan siasah.
Perkahwinan siasah tersebut biasanya melibatkan (hlm.180)

A. Kerabat diraja dengan rakyat biasa yang berpengaruh
B. Pedagang Islam dari Arab dan India dengan kerabat diraja
C. Ulama Islam dari India dan Arab dengan penduduk tempatan
D. Kerabat diraja negara Islam dengan kerabat diraja negara lain

19. Mengapakan pengislaman raja dan golongan bangsawan memainkan peranan penting dalam proses penyebaran Agama Islam di Asia Tenggara? (hlm.180)

A. Rakyat dikongkong oleh konsep dewaraja
B. Kuasa mutlak yang dimiliki oleh golongan pemerintah
C. Masyarakat Asia Tenggara amat mentaati golongan pemerintah
D. Kehidupan harian elaun sumber ekonomi dikuasai oleh golongan pemerintah.

20. Penyebaran agama Islam di kepulauan Melayu turut mendapat saingan dari agama Kristian. Bagaimanakah sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Aceh menanganinya? (hlm.181)

I. Menakluki kerajaan Johor – Riau
II. Menakluki negeri-negeri di Tanah Melayu
III. Menaungi negeri-negeri kecil di Sumatera Utara
IV. Melancarkan peperangan terhadap penganut Kristian

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

21. Apakah perkara yang dibincangkan dalam kitab ini. (hlm.183)

A. Membincangkan budaya Melayu
B. Membincangkan sifat-sifat Allah
C. Membincangkan keindahan kerajaan
D. Membincangkan asal-usul orang Melayu

22 Antara sumbangan terbesar Hamzah Fansuri ialah mengarang prosa dan puisi tentang? (hlm.183)

A. pemikiran Islam
B. tokoh ilmuan Islam
C. keistimewaan Islam
D. kedatangan Islam ke Asia Tenggara

.Pusat penterjemahan di Kepulauan Melayu
•Ulamanya menjadi pakar rujuk kepada Melaka

23. Tempat yang dimaksudkan ialah (hlm.183)

A. Acheh
B. Perlak
C. Riau Lingga
D. Samudera-Pasai

• Pusat kebudayaan Islam pada abad ke-18
• Menghasilkan kitab Tuhfat al-Nafis

24. Pernyataan-pernyataan di atas merujuk kepada (hlm.183)

A. Kesultanan Acheh
B. Kesultanan Demak
C. Kesultanan Johor-Riau
D. Kesultanan Samudera-Pasai

25. Antara berikut, manakah tokoh mubaligh, ulama dan ahli sufi yang memainkan peranan secara langsung dalam penyebaran Islam di Asia Tenggara? (hlm.183)

I. Syeikh Ismail, Fakir Muhammad – Asia Tenggara
II. Malik Al-Salleh, Sheikh Syamsudin al-Sumaterani – Sumatera
III. Syarif Amir, Sayyid al-Syirazi, Tajuddin al-Asfahami – Pasai
IV. Syeikh Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Maulana Yusof – Melaka

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

26. Antara tokoh-tokoh ulama Islam terkenal di Acheh yang menghasilkan banyak karya puisi seperti syair dan juga tulisan bentuk prosa ialah (hlm.184)

I. Hamzah al-Fansuri
II. Abdul Rauf Singkel
III. Tajuddin al-Asfahani
IV. Syeikh Nurudin al-Raniri

A. I, II, dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

27. Cara berdakwah yang digunakan oleh Wali Songo di Jawa ialah (hlm.184)

A. Menghapuskan penduduk bukan Islam
B. Menggembara untuk menyebarkan Islam
C. Menimbulkan kesedaran dan menanam semangat Islam
D. Bertolak ansur terhadap golongan yang malas dan hidup mewah

28. Institusi Kesultanan telah diperkenalkan di Asia Tenggara setelah kedatangan agama Islam. Penggunaan gelaran sultan penting kerana ia boleh (hlm.186)

I. memastikan taat setia yang sepenuhnya daripada rakyat
II. mengukuhkan kedudukan dan menjamin kewibawaan raja
III. memupuk semangat persaudaraan di kalangan umat Islam
IV. meletakkan mereka setaraf dengan pemerintah kerajaan Islam yang lain

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, II dan IV
D. II, III dan IV

• Khalifatul Mukminin
• Zillulah Fil’Alam

29. Gelaran-gelaran di atas digunakan oleh sultan untuk menonjolkan konsep raja sebagai (hlm.186)

A. jelmaan tuhan di muka bumi
B. pemimpin yang berkuasa mutlak
C. wakil dan pemegang amanah Allah
D. ulama yang bertanggungjawab menyebarkan Islam

• menerangkan tanggungjawab raja sebagai pemerintah
• mencatat adat istiadat dan peraturan tradisi Acheh

30. Pernyataan di atas berkaitan dengan (hlm.186)

A. Kanun Wali Songo
B. Kanun Mahkota Alam
C. Undang-undang Kanun
D. Kitab Al-Dur Al-Manzum

31. Menurut agama Islam, semangat jihad merangkumi (hlm.186)

I. usaha menentang kemiskinan
II. penentangan terhadap penjajah barat
III. penentangan terhadap orang bukan Islam
IV. usaha untuk mencapai kehidupan yang sempurna

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. I, III dan IV

32. Syeikh Daud al-Pattani banyak menulis tentang kelebihan berjihad dalam karya-karya beliau. Antara usaha beliau ialah (hlm.187)

A. menggalakkan penduduk Siam menentang penjajahan Barat
B. menulis surat kepada pelajarnya di Pattani supaya menentang Siam
C. meningkatkan pendidikan penduduk Siam untuk membasmi kemiskinan
D. memimpin gerakan menghalau penjajah Portugis dan Belanda dari Pattani

33. Aspek pendidikan merupakan kesan utama kemunculan Islam di Asia Tenggara. Ini kerana (hlm.187)

A. peluang pendidikan terbuka kepada semua golongan masyarakat
B. kemajuan pendidikan dicapai oleh golongan raja dan bangsawan
C. istana menjadi pusat pendidikan utaman di rantau Asia Tenggara
D. tertubuhnya Universiti Islam dengan tumpuan kepada pendidikan agama

34. Senarai maklumat di atas merujuk kepada (hlm.187)

A. Pusat dakwah
B. Institusi pendidikan formal
C. Pusat penterjemahan karya agama
D. Tumpuan gerakan jihad di Asia Tenggara

35. Apakah yang anda faham tentang sistem pendidikan pondok berdasarkan pernyataan di atas? (hlm.187)

I. Menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar
II. Mengajar mata pelajaran fekah, usuluddin, tasauf, hadis dan tafsir
III. P elajar menyediakan sendiri keperluan asas seperti makan dan minum
IV. Pelajarnya terdiri daripada masyarakat tempatan dan pelajar negeri-negeri lain
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

36. Antara pernyataan berikut, manakah yang berkaitan dengan Acheh? (hlm.188)

I. Acheh seringkali disebut sebagai serambi Makkah
II. Sistem pendidikan di Acheh terbahagi kepada tiga peringkat
III. Institusi pendidikan pondok di Acheh dikenali sebagai Pesantren
IV. Jamiah Bait al-Rahman merupakan pusat pengajian tinggi di Acheh
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

37. Senarai maklumat di atas menerangkan kedudukan wanita di Acheh pada zaman
pemerintahan (hlm.188)

A. Sultanah Safiafudin
B. Sultan Iskandar Thani
C. Permaisuri Mahkota Alam
D. Sultan Iskandar Mahkota Alam

38. Antara berikut manakah yang menunjukkan pengaruh tulisan jawi dalam kehidupan masyarakat Asia Tenggara? (hlm.188)

I. Menjadi tulisan rasmi dalam pentadbiran
II. Melahirkan istilah bahasa Arab dalam bahasa Melayu
III. Menggunakan huruf jawi untuk membaca dan menulis
IV. Kesemua pedagang di pelabuhan Asia Tenggara menggunakan tulisan jawi
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, II dan IV
D. II, III dan IV

• Terdapat tulisan syair puisi
• Permukaannya dilukis dengan pola hiasan daun

39. Pernyataan di atas merujuk kepada makam (hlm.190)

A. Malik Ibrahim
B. Malik al Salleh
C. Naina Hisham al-Din
D. Sultan Iskandar Mahkota Alam

40. Antara berikut manakah merupakan sumber-sumber Baitulmal? (hlm.191)

I. Harta sumber kekayaan alam
II. Hasil kutipan derma dan sedekah
III. Pelaburan saham kepada umat Islam
IV. Harta yang diperolehi daripada zakat

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, II dan IV

SOALAN STRUKTUR

1 (a) Peta di atas berkaitan dengan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara. Namakan wilayah X ?

………………………………………………………………………
(1markah)
(b) Siapakah pengasas teori ini ?

……………………………………………………………………….
(1 markah)
(c) Apakah bukti yang menyokong teori di atas?

i. …………………………………………………………………….
……………………………………………………………………….
ii. …………………………………………………………………….
……………………………………………………………………….
(4 markah)
(d) Siapakah yang memerintah pada masa wilayah X menjadi wilayah yang penting?

………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………..
(2 markah)
(e) Apakah persamaan pendapat para sarjana Barat tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara?

……………………………………………………………………….
………………………………………………………………………..
(2 markah)
2. (a) Sebutkan cara penyebaran Islam di Asia Tenggara?

i. ……………………………………………………………….
ii. ……………………………………………………………….
iii. ………………………………………………………………
(3 markah)
(b) Islam mudah diterima oleh masyarakat tempatan kerana?

………………………………………………………………………

………………………………………………………………………
(2 markah)

(c) Siapakah nama pentadbir pelabuhan yang memainkan peranan dalam penyebaran Islam?

………………………………………………………………………...
(1 markah)


(d) Namakan 2 tokoh dalam bidang kesusasteraan di Acheh?

i. …………………………………………………………………
ii. …………………………………………………………………
(2 markah)
(e) Mengapakah Acheh terkenal sebagai “Serambi Mekah”?

…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
(2 markah)


Sikap terhadap kepentingan ilmu mula ditanam
dalam jiwa golongan masyarakat selepas kedatangan Islam.

3. (a) Nyatakan 3 aspek berkenaan sistem pendidikan pondok di Acheh?

i. ……………………………………………………………………
ii. ……………………………………………………………………
iii. …………………………………………………………………...
(3 markah)
b) Jelaskan peranan institusi-institusi pendidikan di bawah

i. Istana - …………………………………………………………..
ii. Surau - …………………………………………………………...
iii. Madrasah - ……………………………………………………..
(3markah)

Kedatangan agama Islam telah mempengaruhi
aspek kehidupan masyarakat Asia Tenggara

(c) Nyatakan pengaruh Islam dalam sistem pemerintahan

………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………..
(2 markah)
(d) Apakah yang dianjurkan oleh Islam untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran
ekonomi negara?

…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
(2 markah)
4 (a) Nyatakan 3 teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dan tokoh yang mengemukakan teori tersebut

i. ……………………………………………………………………
ii. ……………………………………………………………………
iii. ……………………………………………………………………
(3 markah)
(b) Berikan 2 bukti menunjukkan Islam datang dari Tanah Arab.

i. ………………………………………………………………………..
ii.…………………………………………………………………………
(2 markah)

(c) Nyatakan 3 cara digunakan pedagang untuk menyebarkan Islam di Asia Tenggara

i. …………………………………………………………………..
ii. …………………………………………………………………..
iii. …………………………………………………………………..
(3 markah)
(d) Namakan pusat kerajaan Islam yang bertanda W, X, Y dan Z

i. W- …………………………………………………………………
ii. X - …………………………………………………………………
iii. Y - …………………………………………………………………
iv. Z - …………………………………………………………………
(2 markah)

SOALAN ESEI

1. a. Huraikan bukti teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara melalui China
(12 markah)

b. Bagaimanakah faktor perdagangan mempengaruhi penyebaran Agama Islam di Asia Tenggara
( 8 markah)

2. Kelahiran kerajaan-kerajaan Islam seperti Melaka, Acheh, Demak dan lain-lain telah menambahkan penguasaan kerajaan Islam di Asia Tenggara.

a. Terangkan bagaimanakah peranan yang dimainkan oleh Tun Perak dalam penyebaran Islam di Asia Tenggara
(10 markah)

b. Nyatakan usaha-usaha yang dijalankan oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam untuk menjadi kuasa yang kuat di Asia Tenggara
(10 markah)

3 a. Huraikan pengaruh Islam dalam bidang politik dan pemerintahan di Asia Tenggara.
(12 markah)

b. Bincangkan konsep “Islam sebagai ad-Din” (Cara hidup yang lengkap dan menyeluruh) ialah
salah satu perubahan yang dibawa oleh Islam dalam kehidupan masyarakat.
(8 markah)

4. a. Pendidikan di rantau Asia Tenggara berkembang maju dengan kedatangan Islam. Setujukah anda
dengan pernyataan ini?
(10 markah)

b. Kesenian Islam telah meresap dalam kehidupan masyarakat Asia Tenggara khususnya dalam seni
khat dan seni bina. Bincangkan.

BAB 8: PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM SEBELUM KEDATRANGAN BARAT

SKEMA SOALAN OBJEKTIF
1 A 11 A 21 B 31 B
2 B 12 C 22 A 32 C
3 A 13 D 23 A 33 A
4 A 14 C 24 B 34 A
5 B 15 A 25 D 35 D
6 A 16 D 26 B 36 C
7 C 17 A 27 A 37 D
8 A 18 D 28 B 38 C
9 C 19 A 29 C 39 C
10 A 20 B 30 C 40 A


SKEMA SOALAN STRUKTUR
1.
(a) i. Undang-undang bertulis
ii. Undang-undang tidak bertulis


(b) i. Adat Perpatih digunakan oleh orang melayu Minangkabau di Negeri Sembilan
ii. Adat Temenggung digunakan oleh orang Melayu di negeri-negeri lain

(c) i. Mewujudkan keamanan
ii. Mengawal tingkah laku

(d) Tanggungjawab raja :
i. Undang-undang keluarga
ii. Hukuman jenayah
iii. Masalah ibadat

2. (a)
i. Kelakuan
ii. Adat resam agama
iii. Sopan santun
iv. Menjaga maruah
v. Cara berkawan

(b) i. Melalui perundangan
ii. Melalui penglihatan
iii. Melalui pemerhatian
iv. Melalui percakapan

(c) i. Pondok Pulau Condong, Kelantan
ii. Pondok Pulau Manis, Terengganu
iii. Pondok Langgar, Kedah

3.
(a) i. Hikayat Nabi Muhammad
ii. Hikayat Bulan Berbelah
iii. Hikayat Nabi Yusof
iv.Hikayat Nabi Musa
v.Hikayat Muhamad Ali Hanafiah
vi.Hikayat Amir Hamzah

(b) i. Mihrab
ii. Mimbar
iii. Bumbung
iv. Telaga

(c) Masjid ialah tempat untuk menunaikan solat dan tempat perjumpaan sosial.

(d) Asal bahasa Arab “al-Funduq” iaitu rumah tumpangan.

4.
(a) i. Mempunyai tulisan Jawi/Arab

(b) Bayaran yang dikenakan oleh pemerintah terhadap aktiviti atau barangan tertentu

(c)
i. Cukai tetap (cukai import)
ii. Cukai diraja

(d)
i. Menyelenggarakan harta kerajaan
ii. Menyimpan pungut zakat

(e) Faedah atau pertambahan bayaran dalam urusan perjanjian hutang piutang.


SKEMA SOALAN ESEI
1.
(a)
TEMA
Tingkah laku
Undang-undang digubal untuk mengawal tingkah laku masyarakat
Jenayah
Undang-undang digubal untuk mengawal dan mencegah jenayah dalam masyarakat
Pentadbiran
Undang-undang digubal untuk memastikan pentadbiran berjalan dengan tersusun

(b) Kandungan fasal-fasal Hukum Kanun Melaka yang mempunyai pengaruh Islam dapat dilihat dalam hukuman jenayah dimana hukuman dikenakan berdasarkan kesalahan yang dilakukan oleh masyarakat.
Pengaruh Islam dapat dilihat dalam aspek undang-undang keluarga dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan masalah ibadat.

2.
(a)
TEMA
Istana
Sejarah Melayu mencatatkan peranan istana Melaka sebagai pusat pengajian agama
Peranan Sultan Mansor Shah
menerima pendidikan Islam daripada Maulana Abu Bakar
Ramai pendakwah dan ulama’ asing dari Arab, Parsi dan Gujarat menetap di Melaka.
Pemerintah

Pemerintah Melaka menaruh minat kepada ilmu pengetahuan. Sultan Mahmud Shah berminat kepada Pengajian Tasawuf.
Istana
menjadi tempat menyimpan buku Hikayat Amir Hamzah & Hikayat Muhammad Ali Hanafiah

b)
TEMA
Masjid & Surau
Tempat untuk mengembangkan ilmu pengetahuan.
Tempat mengajar ilmu lebih formal seperti Fiqah,Tajwid, dan sembahyang kepada kanak-kanak.
Madrasah
Melaksanakan pendidikan berdasarkan sukatan pelajaran yang tertentu didalam kelas pendidikan merangkumi tahap pelajar.
Mudir bertindak sebagai guru besar Madrasah

3.
(a) Pendidikan tidak formal yang berlaku di peringkat keluarga yang menekankan pengajaran nilai-nilai moral serta pembelajaran melalaui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian.

TEMA
Definisi
Pendidikan yang berkaitan dengan keagamaan secara langsung melalui institusi yang tertentu
Golongan Atasan
Pendidikan formal hanya diberikan kepada golongan istana dan golongan atasan kerana istana menjadi pusat pengajian
Pengajaran
Tenaga pengajar terdiri daripada pendeta dan guru yang bertugas memberi pengajaran kepada pemerintah dan pembesar negeri

4.
TEMA
Kekeluargaan Hubungan antara individu dengan keluarga yang rapat dengan panggilan tertentu seperti Pak Long dan Mak Long.
Adab
menziarah Islam menyanjungkan orang yang berziarah memberi salam kepada tuan rumah manakala tuan rumah menjawab salam.
Para tetamu diberikan hidangan dengan makanan dan minuman.
Hormat
/kesopanan Orang muda becakap dengan suara lemah lembut dan suara rendah.
Ketika bersalam kanak-kanak dikehendaki mencium tangan yang lebih tua.
Bismillah
Membaca bismillah mestilah di baca semasa hendak makan dan minum.
Bergotong-royong
Dalam majlis perkahwinan dan berkhatan semangat bergotong-royong di kalangan anggota masyarakat.

4 comments:

  1. asal jawapan x kene ngan soalan?

    ReplyDelete
  2. Ini jawapan bab 8. Jawapan bab 7 di bawah latihan bab 8.

    ReplyDelete
  3. rubbish jawapan bodoh

    ReplyDelete