Monday, 9 November 2009

latihan ting 4 bab 1

BAB 1 KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA



SOALAN OBJEKTIF


1. Antara berikut yang manakah menerangkan Zaman Pra Sejarah ? (Hlm.2)

A Manusia masih belum mempunyai kepercayaan
B Manusia masih belum mengenali sistem tulisan
C Manusia masih belum mengenali alat batu
D Manusia masih belum mempunyai petempatan

2. Ciri-ciri yang terdapat pada masyarakat Paleolitik ialah (Hlm.2)

I Hidup secara nomad
II Berdagang secara system barter
III Membuat peralatan daripada logam
IV Bergantung kepada sumber makanan yang tumbuh liar

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

3. Apakah kegiatan utama masyarakat Zaman Paleolitik? (Hlm.2)

A Memburu binatang
B Menanam padi huma
C Menjual hasil-hasil hutan
D Membuat barangan tembikar


Manusia pada zaman Paleolitik berpindah randah

4. Berdasarkan pernyataan di atas, kenapakah mereka berpindah randah? (Hlm.2)

A Mereka berpegang teguh kepada kepercayaan
B Mereka bergantung kepada binatang buruan
C Mereka tidak tahu bercucuk tanam
D Mereka tidak mempunyai tanah

5. Apakah ciri yang membezakan masyarakat Neolitik daripada masyarakat sebelumnya? (Hlm.2)

I Bercucuk tanam
II Hidup bermasyarakat
III Tinggal di gua batu kapur
IV. Tahu menghasilkan tembikar

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

6. Apakah alat penting yang merupakan ciptaan masyarakat Neolitik? (Hlm.2)

A Alat Kayu
B Alat Batu
C Alat logam
D Alat tembikar

‘Civilization’ berasal daripada bahasa Greek dan
mempunyai kaitan dengan makna tamadun



7. Apakah makna sebenar ‘ civilization’ ? (Hlm.4)

A Bandar
B Daerah
C Kawasan
D Perkampungan

8. Menurut masyarakat Barat tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah.
Apakah unsur-unsur lahiriah yang dititikberatkan? (Hlm.5)

I Penulisan
II Kesenian
III Kepercayaan
IV Pembandaran

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

9. Mengapakah pandangan Islam tentang konsep tamadun dianggap lebih menyeluruh ? (Hlm.5)

A Berasaskan ilmu logik
B Menggalakkan persaingan ilmu
C Mengutamakan pembangunan lahiriah
D Mengimbangi pembangunan rohaniah dan fizikal

10. Apakah pandangan Syed Naquib al-Attas tentang sesebuah masyarakat yang bertamadun ?
(Hlm.5)

I Keunikan senibina
II Ketinggian tatasusila
III Keluhuran kebudayaan
IV Kemajuan perkampungan

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

11. Kawasan yang dipilih untuk petempatan tetap amat penting untuk memastikan…. (Hlm.6)

A kestabilan politik
B keluasan kawasan
C kepakaran penduduk
D kelangsungan bekalan makanan

12. Mengapakah lembah sungai menjadi pilihan kepada pengasasan sesuatu tamadun? (Hlm.8)

A Mengelakkan ancaman binatang
B Menyediakan sumber pengangkutan
C Kelangsungan bekalan makanan
D Mengalakkan perdagangan antarabangsa


Tamadun awal manusia terbentuk di kawasan lembah sungai



13. Manusia memilih kawasan lembah sungai kerana sungai (Hlm.8)

I dianggap keramat
II dijadikann jalan perhubungan
III digunakan untuk pertanian
IV digunakan untuk penternakan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

14. Antara berikut yang manakah ciri-ciri penting untuk mencapai ketamadunan? (Hlm.5-8)

I Persamaan taraf sosial
II Petempatan kekal
III Peningkatan ekonomi
IV. Kehidupan berorganisasi

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Peningkatan penduduk membawa kepada pembentukan masyarakat yang lebih besar

15. Apakah yang diperlukan dalam mengendalikan masyarakat besar yang dimaksudkan di atas ? (Hlm.6)

A Petani
B Pendeta
C Artisan
D Pemimpin


.Sumeria . Assyria
.Akkad . Chaldea



16. Apakah persamaan senarai di atas ? (Hlm.11)

A Tamadun awal dunia
B Kerajaan Mesopotamia
C Negara kota Mesopotamia
D Pelabuhan antarabangsa

17. Setiap Negara kota di Mesopotamia mempunyai kerajaan yang berasingan tetapi mereka saling bersatu tenaga untuk (Hlm.11)

A menentang musuh dari luar
B membina system pengairan
C memajukan perdagangan
D mengukuhkan kedudukan raja


Kish Nippur Lagash Ur


18. Apakah ciri-ciri yang terdapat pada Negara kota di atas ? (Hlm.11)

I Kawasan utama mempunyai pusat kota,tembok kota,luar kota dan pelabuhan
II Di dalam istana terdapat istana,rumah kediaman dan rumah kedai
III Rumah ibadat menjadi lambing kekayaan negara kota
IV Setiap Negara kota mempunyai kubu pertahanan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

19. Mengapakah Raja Narasmin dari kerajaan Akkad mengisytiharkan dirinya sebagai ‘Raja Empat Penjuru Alam’ (Hlm.13)

A Baginda wakil tuhan di bumi
B Baginda berjaya membina ziggurat
C Baginda berjaya menguasai wilayah yang luas
D Baginda berjaya membina Taman Tergantung Babylon

20. Antara berikut yang manakah berkaitan dengan epik Gilgamesh ? (Hlm.15)

A Falsafah hidup
B Kemajuan ekonomi
C Ramuan perubatan
D Kesan peperangan

Sistem pemerintahan beraja di Mesopotamia berbentuk teokrasi

21. Apakah yang dimaksudkan dengan teokrasi ? (Hlm.12)

A Raja berkuasa mutlak
B Raja dianggap sebagai tuhan
C Raja dilantik secara warisan
D Raja dibantu oleh golongan bangsawan

22. Apakah prinsip utama Undang-undang Hammurabi ? (Hlm.14)

A Hukuman yang sama untuk semua lapisan masyarakat
B Hukuman yang dikenakan setimpal dengan kesalahan
C Hukuman yang keras untuk mengawal tingkah laku manusia
D Hukuman dikenakan tanpa bukti yang sah

23. Apakah fungsi ziggurat ? (Hlm.13)

I Pusat ibadat
II Pusat perdagangan
III Pusat petempatan kerabat diraja
IV Pusat menyimpan khazanah Negara

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Zigurat Piramid

24. Apakah persamaan kedua-dua senarai di atas ? (Hlm.13)

A Kubu pertahanan
B Tempat tinggal raja
C Tempat pemujaan tuhan
D Tempat menyimpan khazanah Negara

25. Antara yang berikut ,manakah berkaitan dengan firaun ? (Hlm.19)

I Mempunyai kuasa mutlak
II Merupakan anak Tuhan Matahari
III Memegang jawatan di zigurat
IV Mewarisi jawatan secara turun temurun

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

26. Bagaimanakah perkembangan ilmu matematik dan astronomi membantu
masyarakat Mesir mengendalikan Sungai Nil ? (Hlm.22)

A Mengawal pelayaran kapal
B Meramalkan arah tiupan angin
C Dapat meramalkan kejadian banjir
D Membantu meningkatkan peningkatan petani

27. Mengapakah makam mayat orang Mesir purba dipenuhi dengan peralatan dan kelengkapan harian ?(Hlm.20)

A Percaya akan kekuasaan firaun
B Percaya akan kata-kata pendeta
C Percaya kehidupan selepas mati
D Percaya kewujudan banyak tuhan

Masyarakat Lembah Indus telah menjalin
Hubungan perdagangan dengan Mesopotamia


28. Bukti pernyataan di atas ialah penemuan (Hlm26)

A cap mohor
B gading gajah
C barangan logam
D barangan tembikar

29. Golongan atasan di Lembah Indus terdiri daripada (Hlm.25)

I pujangga
II petani
III pendeta
IV pedagang

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

30. Penemuan apakah yang membuktikan bahawa masyarakat tamadun Indus mempunyai amalan agama ? (Hlm.26)

A Cap mohor
B Gading gajah
C Barangan logam
D Patung proto-Siva

31. Bagaimanakah masyarakat Indus menghasilkan batu bata? (Hlm.27)

A Menggunakan ceper
B Menggunakan tanah liat
C Membakar dengan suhu tinggi
D Dijemur dengan panas matahari

32. Penempatan awal penduduk Hwang Ho bermula di tapak (Hlm.29)

A Banpo
B Loyang
C Teluk Bo Hai
D Selatan Sungai Kuning

33. Mengapakah Bandar Anyang dilengkapi dengan tembok? (Hlm.29)

A Mengawal banjir
B Menghalang pencerobohan musuh
C Menjadikan kawasan kediaman raja
D Mengasingkan kawasan kediaman dengan kawasan pertanian

34. Golongan hamba dalam dinasti Shang berfungsi sebagai (Hlm.30)

I pemilik kota
II pekerja buruh
III tentera paksaan
IV korban upacara penyembahan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

35. Mengapakah raja-raja Shang tidak perlu mendapat pengesahan politik untuk memerintah?
(Hlm.31)
A Berkuasa mutlak
B Bersikap adil
C Berkebolehan memerintah
D Berketurunan pemerintah agama

36. Apakah cara yang dilakukan oleh raja Dinasti Chou untuk memastikan pembesar setia kepadanya ?
(Hlm.31)
I Ikrar taat setia
II Pemberian hadiah
III Pengecualian cukai
IV Hak sebagai ketua agama

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Bandar X

 Bandar awal di China
 Wujud di tanah tinggi Sungai Huan


37. Apakah kepentingan Bandar X kepada Dinasti Shang ? (Hlm.29)

A Menjadi pusat ibadat
B Menjadi pusat kerajaan
C Menjadi kota pertahanan
D Merupakan tempat permulaan Tembok Besar


Dinasti Shang
v
Dinasti Chou


38. Dinasti Shang digantikan oleh Dinasti Chou.Menurut kepercayaan orang China penggantian dinasti tersebut adalah berasaskan kepada (Hlm.31)

A kekuatan dan pengaruh seseorang raja
B sokongan rakyat
C sokongan para bangsawan
D mandat tuhan


39. Fungsi tulang oracle ialah untuk (Hlm.31)

A mengubati penyakit
B menjamin kedaulatan raja
C meramal sesuatu keadaan
D menghasilkan barangan kayu


Falsafah perang Sun Tzu diamalkan sehingga hari ini



40. Falsafah yang dimaksudkan diaplikasikansebagai taktik dalam urusan (Hlm.33)

A perniagaan
B pengiraan tahun
C pemburuan binatang
D upacara perkahwinan

SOALAN STRUKTUR


1. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan zaman prasejarah ?

…………………………………………………………………………………………………..
[ 1 markah ]
(b) Nyatakan empat zaman prasejarah

(i)…………………………………………..

(ii)………………………………………….

(iii)………………………………………….

(iv)………………………………………….
[ 4 markah ]

( c ) Senaraikan kegiatan ekonomi masyarakat Paleolitik

(i)…………………………………………….

(ii)…………………………………………….

(iii)……………………………………………
[ 3 markah ]
(d) Di manakah petempatan masyarakat Paleolitik ?

(i)………………………………………………….

(ii)…………………………………………………
[ 2 markah ]

2 (a) Maksud tamadun mengikut

(i) bahasa Arab……………………………………………………..

(ii)bahasa Greek…………………………………………………….

(iii) pandangan sarjana Barat……………………………………………….

(iv)pandangan Islam………………………………………………………………
[ 4 markah ]
(b) Nyatakan ciri-ciri tamadun

(i)………………………………………………………………………………………

(ii)………………………………………………………………………………………

(iii)………………………………………………………………………………………

(iv)……………………………………………………………………………………….

(v)………………………………………………………………………………………..

(vi)……………………………………………………………………………………….
[ 6 markah ]

3. (a) Terangkan peranan raja Mesopotamia

(i)……………………………………………………………………………………………

(ii) ……………………………………………………………………………………………

(iii) ……………………………………………………………………………………………

(iv) ……………………………………………………………………………………………
[ 4 markah ]
(b) Apakah sumbangan penting tamadun Mesopotamia kepada peradaban dunia ?

(i)……………………………………………………………………………………………

(ii) ……………………………………………………………………………………………

(iii) ……………………………………………………………………………………………

(iv) ……………………………………………………………………………………………

(v) ……………………………………………………………………………………………

(vi) ……………………………………………………………………………………………
[ 6 markah ]



4. (a) Di manakah lahirnya tamadun Mesir Purba

……………………………………………………………………………………………
[ 1 markah ]

(b) Nyatakan empat pembahagian zaman dalam tamadun Mesir Purba


(i)……………………………………………………………………………………………

(ii) ……………………………………………………………………………………………

(iii) ……………………………………………………………………………………………

(iv) ……………………………………………………………………………………………
[ 4 markah ]


(b) Nyatakan sumbangan tamadun Mesir Purba


(i)…………………………………………………………………………………………….

(ii) ……………………………………………………………………………………………

(iii) ……………………………………………………………………………………………

(iv) ……………………………………………………………………………………………

(v)……………………………………………………………………………………………..
[ 5 markah ]


SOALAN ESEI

1. (a) Nyatakan ciri-ciri tamadun awal manusia
[ 10 markah ]
(b) Mengapakah petempatan kekal menjadi ciri penting dalam proses pembentukan
tamadun ?
[ 10 markah ]



2. (a) Apakah peranan raja dalam sistem pemerintahan beraja di Mesopotamia ?
[ 8 markah ]
(b) Huraikan Kod Undang-undang Hammurabi.
[ 12 markah ]



3. (a) Jelaskan peranan firaun dalam bidang pemerintahan dan agama
[ 8 markah ]

(b) Apakah keistimewaan Bandar Mohenjo-Daro dan Harappa dalam tamadun Indus ?
[ 12 markah ]


4. (a) Nyatakan fungsi tulisan ideogram
[ 8 markah ]
(b) Nyatakan sumbangan Dinasti Shang dalam bidang pertanian
[ 8 markah
(c ) Mengapakah Dinasti Shang mengalami kejatuhan ?
[ 4 markah ]


PANDUAN GURU

OBJEKTIF

NO SOALAN JAWAPAN NO SOALAN JAWAPAN
1 B 21 B
2 D 22 B
3 A 23 B
4 C 24 D
5 B 25 B
6 D 26 C
7 A 27 C
8 B 28 A
9 D 29 C
10 B 30 D
11 D 31 C
12 C 32 A
13 D 33 B
14 D 34 D
15 D 35 D
16 C 36 A
17 A 37 B
18 D 38 D
19 C 39 C
20 A 40 A

SKEMA SOALAN STRUKTUR.

1. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan zaman prasejarah
Zaman manusia belum mengenali sistem tulisan.

[ 1 markah ]

(b) Nyatakan empat zaman prasejarah

(i) Zaman Paleolitik

(ii) Zaman Mesolitik

(iii) Zaman Neolitik

(iv) Zaman Logam.

[ 4 markah ]

(c) Senaraikan kegiatan ekonomi masyarakat Paleolitik

(i) Memungut hasil hutan

(ii) Memburu binatang

(iii) Menangkap ikan

[ 3 markah ]

(d) Di manakah petempatan masyarakat Paleolitik ?

(i) Di tepi tasik

(ii) Di tepi sungai

[ 2 markah ]





2 (a) Maksud tamadun mengikut

(i) bahasa Arab : madana bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar

(ii)bahasa Greek : civitas bermaksud bandar.

(iii) pandangan sarjana Barat : dikaitkan dengan pembangunan lahiriah

(iv)pandangan Islam : merangkumi lahiriah dan rohaniah

[ 4 markah ]

(b) Nyatakan ciri-ciri tamadun

(i) Petempatan kekal

(ii) kehidupan berorganisasi

(iii) Sistem pemerintahan

(iv) Pengkhususan pekerjaan

(v) Agama dan kepercayaan..

(vi) Bahasa dan tulisan

[ 6 markah ]

3. (a) Terangkan peranan raja Mesopotamia

(i) Raja dianggap sebagai wakil tuhan

(ii) Raja pemilik Negara kota

(iii) Raja sebagai ketua petadbir,ketua tentera dan ketua pendeta

(iv) Raja berkuasa dalam soal tanah,cukai, hasil pertanian dan perniagaan.
[ 4 markah ]

(b) Apakah sumbangan penting tamadun Mesopotamia kepada peradaban dunia ?

(i) Memperkenalkan Kod undang-undang Hammurabi

(ii) Mengembangkan bidang astronomi dan matematik

(iii) Menghasilkan kalendar

(iv) Mengembangkan ilmu perubatan

(v) Mencipta roda

(vi) Mencipta kapal layer

[ 6 markah ]

4. (a) Di manakah lahirnya tamadun Mesir Purba
Di tebing sungai Nil
[ 1 markah ]

(b) Nyatakan empat pembahagian zaman dalam tamadun Mesir Purba

(i) Zaman Awal

(ii) Zaman Pertengahan

(iii) Zaman Empayar

(iv) Zaman Keruntuhan

[ 4 markah ]

(b) Nyatakan sumbangan tamadun Mesir Purba

(i) Seni bina

(ii) Penghasilan kertas

(iii) Tulisan terpahat

(iv) Ilmu perubatan

(v) Kalendar.
[ 5 markah ]

SKEMA SOALAN ESEI.

1. (a) Nyatakan ciri-ciri tamadun awal manusia


TEMA HURAIAN

Petempatan kekal Membawa kepada kehidupan yang sistematik
Kehidupan berorganisasi Memastikan kestabilan dan kemakmuran
Sistem pemerintahan Untuk menjadi panduan dalam menjamin kesejahteraan
Pengkhususan pekerjaan Membawa kepada peningkatan dan perkembangan ekonomi
Agama dan kepercayaan Manusia cuba memahami dan menyesuaikan diri dengan alam
Bahasa dan sistem tulisan Penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan dan pentadbiran

[6 x 2 = max 10 markah]

(b) Mengapakah petempatan kekal menjadi ciri penting dalam proses pembentukan tamadun ?

TEMA HURAIAN

Langkah Langkah permulaan untuk sesuatu masyarakat menumpukan kepada kegiatan pertanian, peternakan struktur pemerintahan yang lebih teratur

Dorong Mendorong kepada pertambahan penduduk akibat lebihan makanan dan hubungan dengan kawasan lain

Masa Membolehkan sesebuah masyarakat mempunyai masa untuk berfikir bagi menyesuaikan kehidupan mereka

Mencipta Manusia boleh mencipta pelbagai ciptaan untuk memudahkan kehidupan harian mereka.
Membina Membina sistem pengairan yang baik, mencipta roda dan sebagainya

[5 x 2 = 10 markah]


2. (a) Apakah peranan raja dalam sistem pemerintahan beraja di Mesopotamia ?
[ 8 markah ]

TEMA HURAIAN
Raja Raja sebagai tuhan atau wakil tuhan
Pemilik Raja pemilik negara kota
Ketua Raja sebagai ketua pentadbir, ketua pendeta
Agama Raja berkuasa dalam hal-hal keagamaan
Melantik Raja berkuasa melantik ahli keluarga untuk memegang jawatan di zigurat
Bentuk Raja berkuasa menentukan bentuk pentadbiran.
Berkuasa Raja berkuasa terhadap soal tanah, percukaian, hasil pertanian dan perniagaan
Menyembah Raja wakil tuhan tapi masyarakat Mesopotamia tidak meyembah raja

[8 x 2 = max 8 markah]

(b) Huraikan Kod Undang-undang Hammurabi. [ 12 markah ]

TEMA HURAIAN
Digubal Digubal semasa pemerintahan Raja Hammurabi
Teras Undang-undang berteraskan hak rakyat terhadap keadilan
Setimpal Hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza berbeza mengikut susun lapis masyarakat
Mengandungi Kod mengandungi 282 undang-undang
Dipahat Undang-undang di pahat pada tembok serta tiang besar
Berjaya Undang-undang berjaya mewujudkan perpaduan
Membantu Undang-undang ini membantu tamadun Mesopotamia bertahan lama

[7 x 2 = max 12 markah]

3. (a) Jelaskan peranan firaun dalam bidang pemerintahan dan agama [ 8 markah ]

TEMA HURAIAN
Mutlak Raja berkuasa mutlak dan dianggap suci
Ketua Ketua pendeta,pemilik semua tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan
Diwarisi Jawatan firaun diwarisi turun temurun
Dianggap Firaun dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus
Digelar Dianggap sebagai Raja Matahari kerana dipercayai anak tuhan matahari

[5 x 2 = max 8 markah]

(b) Apakah keistimewaan Bandar Mohenjo-Daro dan Harappa dalam tamadun Indus
[ 12 markah ]

TEMA HURAIAN
Terbahagi Bandar terbahagi kepada dua bahagian
Utama Bahagian utama merupakan pusat keagaman dan pentadbiran
Kedua Bahagian kedua bandar ialah kawasan perumahan
Tembok Dikelilingi oleh tembok-tembok
Disusun Bandar disusun rapi berasaskan blok-blok berbentuk segi empat
Blok Setiap blok dipisahkan oleh rangkaian jalan raya yang lurus
Kumbahan Sistem kumbahan yang terancang
Dihubungkan Bandar dihubungkan dengan sungai sebagai jalan perhubungan
Batu-bata Menggunakan batu-bata daripada tanah liat
Pengetahuan Pengetahuan mendalam dari aspek geometri, matematik dan kesenian

[10 x 2 = 12 markah]

4. (a) Nyatakan fungsi tulisan ideogram. [ 8 markah ]


TEMA HURAIAN
Bentuk Bentuk tulisan awal di China
Penilikan Pada awal digunakan dalam penilikan nasib
Asal Bentuk tulisan ini asalnya berbentuk symbol
Gambar Dengan gambar seperti kanak-kanak, bulan , matahari dan sungai
Berubah Tulisan ini berubah bentuk seperti yang terdapat pada hari ini
Diguna Digunakan dalam bidang tulisan harian

[6 x 2 = max 8 markah]

(b) Nyatakan sumbangan Dinasti Shang dalam bidang pertanian [ 8 markah ]


TEMA HURAIAN
Pengairan Membina sistem pengairan
Banjir Sistem kawalan banjir diperkenalkan
Terusan Sebuah terusan dibina di Szechuan untuk mengairi kawasan pertanian
Teknologi Petani menggunakan teknologi pembajakan
Cipta Mencipta cangkul dan sabit, batas-batas untuk pertanian mula digunakan
Peralatan Peralatan pertanian dibuat menggunakan logam besi bagi menggantikan peralatan daripada kayu

[2 x 6 = max 8 markah]

(c ) Mengapakah Dinasti Shang mengalami kejatuhan ? [ 4 markah ]


TEMA HURAIAN
Pemberontakan Pemberontakan yang dilancarkan oleh golongan hamba
Hamba Hamba tidak puas hati dengan kezaliman pemerintahan Dinasti Shang
Suku Suku kaum Chou mengambil kesempatan menjatuhan Dinasti Shang

[2 x 3 = max 4 markah]

4 comments:

  1. cikgu, kena buat semua latihan sebagai kmc ke??

    ReplyDelete
  2. cikgu,kene print semua soalan ke?

    ReplyDelete
  3. cikgu...banyaknya!=(

    ReplyDelete