Wednesday 11 November 2009

latihan ting 4 bab 9

BAB 9 : PERKEMBANGAN DI EROPAH



SOALAN OBJEKTIF

1.Keruntuhan empayar Rom menyebabkan golongan Baron menjadi sangat berkuasa terhadap para petani. Mengapakah wujud keadaan sedemikian? (hlm. 215)

A Golongan baron memberi petani modal pertanian
B Golongan baron memberi petani perlindungan
C Golongan baron merupakan wakil penasihat petani
D Golongan baron merampas tanah petani


2.Apakah implikasi daripada keadaan di atas? (hlm. 215)

I Mereka menyerahkan tanah kepada tuan tanah
II Mereka membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah
III Mereka mencari perlindungan daripada tuan tanah
IV Mereka mencari pekerjaan lain

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

3.Bagaimanakah bentuk tanggungjawab dan hubungan hubungan timbal balas yang diamalkan dalam struktur masyarakat feudal di Eropah? (hlm. 215)

I Tuan tanah berkongsi kuasa dengan petani
II Tuan tanah mendapat perlindungan raja
IIITuan tanah Membayar cukai kepada raja
IV Tuan tanah mendapat khidmat dari petani

A I, II dan II
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

4.Apakah peranan utama golongan tersebut? (hlm. 218)

A Menggalakkan pelayaran awal di kalangan orang Eropah
B Menjadi penaung kepada pelukis, sains, penulis dan pemuzik
C Menyediakan modal pembangunan ekonomi
D Menjadikan Itali pusat perdagangan antarabangsa

5.Berdasarkan rajah di atas, apakah yang menyebabkan seseorang petani menjadi hamba pada zaman pertengahan? (hlm. 215)

A Berkelakuan buruk terhadap majikan
B Tidak mampu membayar cukai kepada baron
C Tidak mempelajari ilmu amalan keagamaan
D Berupaya menderhaka kepada raja


6.Pada Zaman Pertengahan di Eropah, Gereja katolik merupakan institusi yang amat berkuasa dan memiliki hartanah yang banyak.
Apakah fokus kegiatan institusi tersebut? (hlm. 216)

A Kegiatan amalan keagamaan
B Kegiatan pembelajaran ilmu keduniaan
C Kegiatan perdagangan
D Kegiatan politik pemerintahan


7.Antara berikut yang manakah merujuk tentang ciri-ciri zaman gelap di Eropah? (hlm. 216)

I Kegiatan ekonomi yang meluas
II Kuasa pemerintahan yang lemah
IIIKegiatan masyarakat dikongkong gereja
IV Kelembapan perkembangan ilmu pengetahuan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


8.Apakah perubahan politik yang berlaku pada zaman kemuncak pertengahan?(hlm. 216)

A Parlimen mula diwujudkan
B Pembesar berkuasa mutlak
C Pentadbiran dikuasai oleh raja
D Pusat pentadbiran dimansuhkan

9.Pada Zaman Kemuncak Pertengahan, perubahan ekonomi sangat ketara disebabkan oleh…. (hlm. 216)

A Penggunaan sistem barter
B Pertambahan bilangan penduduk
C Peranan serangan orang gasar
D Pembelajaran ilmu keakhiratan

10.Mengapakah dikatakan sedemikian ? (hlm. 220)

A.Kemunculan pengajar berkebolehan
B Kebebasan menulis karya
C Kewangan negara bertambah kukuh
D Kekuasaan raja mulai berkurangan

11.Renaissance berasal dari perkataan “renisciment” yang bermaksud (hlm. 217)

A Perubahan ketamadunan
B Peralihan masa
C Kelahiran semula
D Kegelapan manusia

12.Antara berikut, apakah faktor yang mendorong berlakunya gerakan Renaissance di Eropah? (217)

I Perkembangan intelektual
II Perkembangan semangat inkuiri
III Perkembangan perdagangan
IV Perkembangan bandar baru

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

13.Maklumat di atas menjelaskan sesuatu keadaan yang pernah berlaku di Eropah. Maklumat tersebut menunjukkan…….. (hlm. 219)

A Kemerosotan sistem feudal
B Perpecahan agama kristian
C Perkembangan intelektual rakyat
D Kemerosotan perpaduan masyarakat Eropah

14.Apakah perubahan yang telah dialami oleh masyarakat Eropah dalam bidang ekonomi akibat zaman Renaissance?

A Kemunculan golongan baron
B Kegiatan ekonomi sara diri semakin pupus
C Kekuasaan raja terhadap ekonomi
D Kemerosotan ekonomi dagangan antarabangsa

15. Antara berikut, manakah yang dapat dikaitkan dengan zaman Renaissance? (hlm. 217)

I Penekanan unsur humanisme
II Penumpuan penghargaan semula ilmu
III Keupayaan mencari penyelesaiaan masalah
IV Kemunculan institusi Gereja sebagai institusi yang universal

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

16. Apakah kesan dari pencapaian Renaissance yang didorong oleh kesediaan masyarakat meneroka bidang baru? (hlm.219)

I Perkembangan keseniaan
II Perkembangan Ilmu
III Perkembangan perdagangan
IV Perkembangan agama

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

17.Antara berikut yang manakah merupakan kritikan beliau ? (hlm. 221)

A Perlaksanaan cukai
B Penggunaan Bible
C Penyalahgunaan kuasa oleh Paus
D Penyelewengan oleh Counter Reformation

18.Agama Kristian terpecah dua akibat gerakan Reformation. Mengapakah hal ini berlaku?
(hlm. 222)

A Kepincangan dalam pentadbiran gereja katolik
B Kegagalan paderi menghapuskan penyembahan berhala
C Penjualan indulgences secara terbuka kepada orang bukan kkristian
D Pengamalan riba dalam perniagaan

19.Gerakan Reformation di Jerman berpunca daripada …….. (hlm. 221)

A Perkembangan universiti
B Perkembangan inkuiri
C Perkembangan ekonomi
D Perkembangan mesin cetak

20.Berdasarkan nama-nama tokoh di atas, apakah yang diperjuangkan oleh mereka?
(hlm. 222)

A Kebajikan rakyat
B Kekuasaan raja
C Kewibawaan gereja
D Kesatuan sekerja

21.Mengapakah orang Eropah hanya berjaya keluar dari benua Eropah selepas kurun ke 15?
(hlm. 223)
A Galakan kerajaan
B Kemajuan perkapalan
C Peningkatan ilmu geografi
D Peningkatan semangat inkuiri

22.Apakah yang disarankan oleh Martin Luther dalam gerkan reformation? (hlm. 221)

A Amalan riba digalakkan jika berpatutan
B Amalan penyembahan keramat adalah baik
C Mengamalkan gaya hidup pemerintah
D Merujuk bible sebagai ajaran mutlak

23. Faktor manakah yang mendorong penjelajahan oleh kuasa-kuasa Eropah di atas?
(hlm. 224)

I Kestabilan politik
II Semangat pelayar Islam
III Semangat inkuiri yang meningkat
IV Keadaan ekonomi yang berkembang maju

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

24.Pada tahun 1453, Istanbul telah jatuh ke tangan kuasa Islam Turki. Apakah implikasinya terhadap orang Eropah? (hlm. 223)

A Hubungan perdagangan orang Islam dengan saudagar Islam terputus
B Kuasa-kuasa Eropah mulai bersatu padu untuk menentang kerajaan Turki
C Mereka terpaksa mencari jalan laut ke timur kerana jalan melalui Istanbul tidak selamat bagi mereka
D Orang Eropah terpaksa membeli barang dagangan daripada Kerajaan Turki dengan harga yang tinggi

25.Faktor utama orang Eropah memulakan penjelajahan ke Timur adalah untuk ……
(hlm. 223)

A Menyebarkan agama Kristian
B Menghapuskan agama Islam
C Meluaskan kawasan taklukan
D Mendapatkan barangan rempah ratus

26.Apakah sebab negara Portugal dan Sepanyol menjadi negara terawal melibatkan diri dalam aktiviti penjelajahan dan penerokaan dunia baru? (hlm. 223)

A Mendapat galakan daripada pemerintah
B Mempunyai bilangan tentera laut yang ramai
C Mempunyai kapal yang tahan angin monson
D Adanya ahli pelayaran yang berwibawa

27.Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah negara India dan China menjadi tumpuan orang Eropah pada kurun ke 16 dan ke 17?

I Mempunyai tamadun yang tinggi
II Mempunyai pengaruh yang kuat
IIIMempunyai penduduk yang ramai
IV Mempunyai barang dagangan yang mewah

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

28.Mengapakah agama menjadi unsur penting dalam penjelajahan Portugis dan Sepanyol?
(hlm. 225)

A Mereka ingin menghapuskan pengaruh Islam
B Mereka ingin menyebarkan agama Kristian
C Mereka ingin mendapatkan sokongan daripada Paus di Rom
D Mereka ingin memecah monopoli perdagangan Saudagar Islam

29.Mengapakah para tuan tanah mendesak parlimen Inggeris meluluskan akta untuk memudahkan pemagaran tanah awam? (hlm. 228)

A Para petani dapat memiliki tanah
B Para petani boleh menyewa tanah
C Pemilikan tanah awam dapat dijual beli
D Pertanian dapat dijalankan bagi tujuan perdagangan

30.Mengapakah sistem tanaman bergilir yang diperkenalkan pada akhir kurun ke 18 mendapat sambutan baik? (hlm.228)

I Mineral tanah dapat dikekalkan
II Pembaziran tanah dapat dielakkan
IIIPertanian campur dapat dijalankan
IV Tenaga manusia tidak perlu digunakan

A II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

31. Peralatan di atas banyak membantu dalam bidang pertanian. Apakah keistimewaannya?(hlm. 229)

A Membolehkan tanah digunakan secara maksimum
B Membolehkan penanaman bijih benih dilakukan dengan pantas
C Mengelakkan pembaziran tanah
D Menjadikan tanaman lebih subur

32.Antara berikut, faktor manakah yang mencetuskan revolusi perindusterian di Britain?
(hlm.230)

I Perkembangan bilangan pekerja
II Perkembangan revolusi pertanian
III Perkembangan sains dan teknologi
IV Perkembangan sistem pengangkutan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

33.Antara berikut, pernyataan manakah yang menjadi kesan Revolusi Perindustrian ke atas Eropah? (hlm.234)

I Penindasan golongan pekerja
II Penghidupan masyarakat yag mewah
III Kesihatan bertambah baik
IV Kemunculan bandar- bandar dan institusi kewangan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

34.Apakah sumbangan Revolusi Pertanian kepada Revolusi Perindustrian (hlm. 230)
Merintis usaha tanaman dagangan

A Merintis usaha tanaman dagangan
B Membolehkan penciptaan alatan Industri
C Menyediakan bahan mentah bagi keperluan industri
D Menampung keperluan makanan pekerja

35.Akta anti penggabungan diperkenalkan bagi menghalang para pekerja (hlm. 230)

A Bekerjasama dalam penghasilan barangan
B Bermuafakat dalam tuntutan gaji
C Berganding bahu dalam bidang pertanian
D Bergabung dalam pengeluaran modal

36.Kuasa-kuasa barat menggunakan slogan di atas sebagai alasan untuk….(hlm. 238)

A Meluaskan tanah jajahan
B Memperadabkan masyarakat Asia
C Membangunkan negara-negara asia
D Menyebarkan ilmu pengetahuan

37.Mengapakah Asia Tenggara menjadi sasaran kuasa-kuasa Eropah untuk menguasainya pada kurun ke 19? (hlm. 239)

A Kekayaan bahan mentah
B Keramaian tenaga buruh
C Kemunduran sebilangan besar penduduk
D Ketamadunan yang dicapai oleh masyarakatnya

38.Apakah yang telah dilakukan oleh kuasa barat bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga pekerja di negara yang dijajah? (hlm. 239)

A Menaikkan gaji pekerja
B Menggunakan lebih banyak mesin
C Memperbaiki keadaan hidup pekerja
D Mengimport buruh dari negara lain

39.Mengapakah kegiatan penanaman getah di Tanah Melayu dikomersialkan semasa penjajahan British? (hlm. 239)

A Membantu kilang tempatan berkembang
B Memberi pekerjaan kepada penduduk asing
C Memenuhi keperluan industri di Britain
D Mengatasi masalah pengimportan buruh

40.Pada masa penjajahan barat di Tanah Melayu, sistem pendidikan Inggeris adalah bertujuan untuk….. (hlm. 239)

A Memajukan ekonomi negara yang dijajah
B Melatih pentadbir rendahan untuk pentadbiran
C Memberi pendidikan kepada semua rakyat
D Memberi latihan ke arah bekerajaan sendiri

SOALAN STRUKTUR

Soalan 1

a)

Merujuk kepada rajah di atas, apakah yang anda faham dengan Zaman Gelap? (hlm. 215)

………………………………………………………………………………………………

(1 markah)

b)
Nyatakan TIGA ciri penting Zaman Gelap yang berlaku di Eropah. (hlm. 215-216)

i. …………………………………………………………………………… …..........
ii. ……………………………………………………………………………………..
iii. ..……………………………………………………………………………………
(3 markah)

c)
Nyatakan DUA bentuk hubungan timbalbalas antara golongan petani dengan golongan baron ( tuan tanah) pada Zaman Gelap? (hlm. 215)

i. ………………………………………………………………………….. …………
ii. ………………………………………………………………………………….....

(2 markah)

d)
Berikan EMPAT perubahan masyarakat eropah pada peringkat kemuncak Zaman Gelap? ……………………………………………………………………………………..
ii. …………………………………………………………………………………......
iii. ……………………………………………………………………………………..
iv. ……………………………………………………………………………………..

(4 markah)

Soalan 2

a) Bagaimanakah Akta Pemagaran Tanah dapat mempengaruhi bermulanya Revolusi Pertanian di Eropah ?

……………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………..

(2markah)
b) Nyatakan kesan daripada Akta Pemagaran Tanah kepada petani kecil ?

i. ……………………………………………………………………………
ii. ……………………………………………………………………………
iii. ……………………………………………………………………………

(3 markah)

c)

Nyatakan TIGA faktor yang mencetuskan Revolusi Pertanian di Eropah
i .…………………………………………………………………………………
ii. …………………………………………………………………………………
iii. …………………………………………………………………………………

(3 markah)

d)
Berikan DUA pengajaran penting pengenalan Akta Pemagaran Tanah ?

i.…………………………………………………………………………………….
ii……………………………………………………………………………………

(2 markah)

Soalan 3

Rajah di atas menunjukkan kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian

a) Nyatakan maksud bagi setiap perkara berikut :

i. Revolusi : ..………………………………………………………………………………
ii.revolusi Pertanian: ………………………………………………………………………………..
iii.Revolusi Perindustrian:………………………………………………………………………………..
(3 markah)

b)Apakah dua komponen penting dalam perdagangan antarabangsa ?

i.……………………………………………………………………………………
ii.……………………………………………………………………………………

(2 markah)

c)Berikan sumbangan revolusi perindustrian kepada revolusi pertanian ?
i. …………………………………………………………………………………
ii. …………………………………………………………………………………

(2 markah)

d)Nyatakan TIGA kesan positif dari Revolusi Perindustrian ?

i. …………………………………………………………………………………
ii. …………………………………………………………………………………
iii. ………………………………………………………………………………….

(3 markah)

Soalan 4

Peta: Penjelajahan orang-orang Eropah
a)Nyatakan DUA sebab berlakunya penerokaan dan penjelajahan ?
i. ……………………………………………………………………………………
ii.…………………………………………………………………………………… (2 markah)
b)Senaraikan kesan-kesan penjelajahan orang Eropah terhadap masyarakat
setempat berdasarkan aspek berikut:
Politik :
i.……………………………………………………………………………………
ii.……………………………………………………………………………………
Ekonomi
i.……………………………………………………………………………………
ii.……………………………………………………………………………………
Sosial
i.………………………………………………………………………………………
ii.……………………………………………………………………………………

(6 markah)

c)Apakah ikhtibar yang dapat diperolehi melalui perkembangan yang berlaku pada zaman penjelajahan dan penerokaan ?
i.…………………………………………………………………………………………..
ii.……………………………………………………………. …………………………..

(2 markah)

SOALAN ESEI

Soalan 1

a)Jelaskan pengertian Zaman Renaissance dan kemunculannya di Eropah ?

(6 markah)

b)Huraikan bukti-bukti bagi menyokong pendapat yang menyatakan Zaman Renaissance berpusat di Itali ?
(6markah)

c)Jelaskan perubahan-perubahan yang berlaku kesan dari kemunculan Zaman Renaissance?
(8 markah)

Soalan 2

a)Apakah yang anda faham mengenai Revolusi Perindustrian ?
(3markah)

b)Terangkan sumbangan revolusi-revolusi di atas kepada bidang pertanian sebagai punca ekonomi negara ?
(7 markah)

c)Jelaskan sebab-sebab Britain dapat menjalankan aktiviti perdagangan antarabangsa pada abad ke 18 dan ke 19 ?
(10 markah)

Soalan 3

a)Pada pandangan anda, apakah matlamat imperialisme Barat di Asia Tenggara?
(10 markah)

b)Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, huraikan kesan-kesan imperialisme Barat di Asia Tenggara?
(10 markah)

Soalan 4

Martin Luther John Calvin Raja Henry VIII


a)Pada pendapat anda, mengapakah muncul gerakan Reformation di Eropah?
(5 markah)

b)Huraikan gerakan Reformation yang diketuai oleh ketiga-tiga tokoh di atas ?
(15 markah)

6 comments: