Sunday 8 November 2009

latihan ting 5 bab 8

BAB 8 : PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN


SOALAN OBJEKTIF

1. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah termaktub di dalam (hlm 216)

A. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
B. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka
C. Akta Bahasa Kebangsaan
D. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia

2. Antara langkah yang telah diambil oleh kerajaan dalam usaha menggalakkan penggunaan bahasa Melayu (hlm 216)

I Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka
II Pelancaran “Minggu Bahasa” dan “Bulan Bahasa”
III Pelancaran slogan “Bahasa Jiwa Bangsa”
IV Penggunaan Bahasa Melayu di sekolah vernakular

A. I, II dan III
B. II, III dan IV
C. I, II dan IV
D. I, III dan IV

3. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah memartabatkan bahasa Melayu. Selain itu, ia juga mampu bertindak sebagai (hlm 216)

A. bahasa komunikasi
B. bahasa perpaduan
C. bahasa ilmu
D. bahasa pengantar

4 Akta Bahasa Kebangsaan 1967 ditubuh dengan tujuan berikut, iaitu (hlm 216)

A. menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
B. memajukan bahasa Melayu.
C. mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu.
D. menggalakkan penggunaan bahasa Melayu.

5 “Bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris telah ditukarkan kepada bahasa kebangsaan secara berperingkat-peringkat.” Tindakan ini mula dilakukan pada tahun (hlm 216)

A. 1957
B. 1960
C. 1967
D. 1970

6 Pada tahun 1977 pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu telah dibuktikan dengan (hlm 216)

A. penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka
B. penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia
C. penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah
D. penggunaan bahasa Melayu di mahkamah

7 Apakah langkah pengiktirafan yang telah kerajaan lakukan untuk mendaulatkan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan. Pengiktirafan kerajaan dapat digambarkan melalui …

I Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia
II Menjadikan bahasa pengantar di semua sekolah
III Mata pelajaran wajib pada peringkat sekolah menengah rendah
IV Syarat lulus untuk ke peringkat pendidikan menengah atas

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

8 Apakah matlamat yang ingin dicapai melalui penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan ? (hlm 217)

A. rakyat menerima dan seterusnya mengamalkan satu kebudayaan
B. sebagai panduan pembentukan dan pengekalan identiti negara
C. ke arah pembentukan satu bentuk kebudayaan nasional
D. garis panduan ke arah pelaksanaan kebudayaan kebangsaan

9 “Dasar Kebudayaan Kebangsaan mempunyai tiga prinsip utama.”
Tiga prinsip utama yang dimaksudkan itu ialah (hlm 217)

I kebudayaan Melayu sebagai tunjang
II unsur kebudayaan lain yang sesuai diterima
III Islam sebagai elemen yang penting
IV unsur budaya Barat ditolak

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV


10 Apakah dasar yang bertujuan memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan dan kerohanian seimbang dengan pembangunan sosioekonomi

A. Dasar Sukan Negara
B. Dasar Pendidikan Kebangsaan
C. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
D. Dasar Bahasa Kebangsaan

11 Mengapakah aktiviti sukan yang diadakan di negara ini amat penting dalam memupuk semangat perpaduan antara kaum ?

I rakyat bebas memilih acara yang ingin disertai
II aktiviti sukan tidak mengehadkan penyertaan kepada sesuatu kaum
III penyertaan aktiviti ditentukan mengikut ideologi seseorang
IV keutamaan untuk mewakili negara berdasarkan bakat dan kecemerlangan

A. I,II, dan III
B. I,II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

12 Di Malaysia, Majlis Sukan Sekolah-sekolah ditubuhkan pada peringkat berikut, kecuali

A. sekolah
B. daerah
C. negeri
D. kebangsaan



13 Temasya Sukan Malaysia ( SUKMA )

Temasya sukan ini diadakan

A. dua tahun sekali
B. tiga tahun sekali
C. setahun sekali
D. empat tahun sekali

14 Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) kini telah menjadi salah satu temasya sukan yang popular di Malaysia. Apakah kepentingannya diadakan temasya sukan sebegini?

A. Memupuk perpaduan antara kaum dan integrasi nasional
B. Membuka peluang kepada belia untuk terlibat dalam aktiviti sukan
C. Mencungkil bakat baru yang boleh mewakili negara
D. Mewujudkan suasana persaingan sihat di kalangan generasi muda

15 Wawasan 2020 merupakan gagasan negara untuk menjadi sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Gagasan ini menggariskan sebanyak

A. 6 cabaran
B. 7 cabaran
C. 8 cabaran
D. 9 cabaran


16 Menjelang tahun 2020, Malaysia merupakan sebuah negara maju yang mempunyai kelebihan berbanding negara maju lain di Barat. Kelebihan itu merujuk kepada

A. kemajuan kerohanian
B. kemajuan berkesinambungan
C. kemajuan terancang
D. kemajuan bersepadu


17 “Negara Malaysia yang maju sepenuhnya tidak akan wujud sehingga kita dapat mengatasi cabaran yang telah di kenal pasti.”
Mengapakah cabaran dalam Wawasan 2020 itu perlu diatasi?

A. Memastikan kedaulatan Malaysia dipertahankan
B. Menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara
C. Menjadikan Malaysia sebagai negara berdaulat
D. Malaysia mampu wujud sebagai negara maju sepenuhnya


18 Cabaran ketiga dalam Wawasan 2020 ialah memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang. Cabaran ini mempunyai kaitannya dengan

A. keperibadian dan etika seimbang dengan kemajuan fizikal
B. keperluan memahami prinsip-prinsip demokrasi
C. keperluan berfikir secara rasional dan tidak bertindak melulu
D. perpaduan sebagai asas kekuatan sesebuah negara

19 Cabaran kelima Wawasan 2020 ialah ingin mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi. Cabaran ini dapat dicapai melalui

I Perlembagaan negara
II Semangat tolak ansur
III Kewujudan parti politik
IV Pengamalan sistem demokrasi

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

20 Ciri-ciri masyarakat makmur mengikut wawasan 2020 ialah

A. mempunyai taraf hidup yang tinggi
B. menikmati keadilan ekonomi
C. dan menyumbang kepada pendapatan negara
D. memberi bantuan kepada golongan miskin

21. Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap kedua (1971-1990) dikenali juga sebagai Rangka Rancangan Jangka Panjang 1 dan dilaksanakan di bawah:

A. Dasar Pembangunan Nasional
B. Dasar Ekonomi Baru
C. Rancangan Malaya Pertama
D. Rancangan Malaya Kedua

22. Berdasarkan tahun yang dinyatakan manakah tempoh yang tepat mengenai Rancangan Malaysia Keempat:

A. 1971-1975
B. 1976-1980
C. 1981-1985
D. 1986-1990


“Dasar Ekonomi Baru atau DEB(1970-1990)
diteruskan dengan Dasar Pembangunan Nasional atau DPN(1991-2000)”


23. Mengapakah berlakunya demikian:

A. Perlaksanaan DEB ternyata berkesan untuk perpaduan negara
B. Matlamat DEB perlu diteruskan walaupun telah tamat tempohnya
C. Beberapa program DEB masih belum dilaksanakan sepenuhnya
D. Peruntukan kewangan DEB hanya digunakan sebahagian sahaja

Rancangan Lima Tahun
Tahap pertama Tahap kedua
Rancangan Malaya Pertama Rancangan Malaysia Kedua
Rancangan Malaya Kedua Rancangan Malaysia Ketiga
Rancangan Malaysia Pertama Rancangan Malaysia Keempat
Rancangan Malaysia Kelima


24. Mengapakah Rancangan Pembangunan Lima Tahun terdiri daripada dua tahap

A. Tahap sebelum dan selepas penubuhan Malaysia
B. Tahap sebelum dan selepas pemerintahan darurat
C. Tahap sebelum dan semasa Dasar Ekonomi Baru
D. Tahap sebelum dan semasa Dasar Pembangunan Nasional


“Rancangan Malaya Pertama merupakan rancangan pembangunan yang bersepadu yang memberikan penekanan dan perhatian yang serius terhadap sektor ekonomi, sosial dan awam”
25. Berikut manakah matlamat utama Rancangan Malaya Pertama

A. Mengurangkan kadar kemiskinan penduduk luar bandar
B. Mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan sumber pendapatan negara
C. Membangunkan kawasan luar bandar supaya jurang perbezaan pendapatan luar bandar dapat dirapatkan
D. Menggalakkan penyertaan penduduk luar bandar dalam semua aktiviti ekonomi

26. Agensi yang memainkan peranan penting dalam perlaksanaan Rancangan Malaya Pertama adalah

A. RIDA
B. MIDA
C. FAMA
D. FELCRA

27. Antara berikut yang manakah menjadi kepentingan utama RIDA:

A. Menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam sektor perniagaan
B. Memberi pinjaman kepada petani
C. Membangunkan masyarakat luar bandar
D. Memajukan masyarakat luar bandar

28. Fama atau Federal Agricultural Marketing Authority ditubuhkan pada tahun 1965 berperanan mendokong hasrat kerajaan untuk:

A. Mengeksport hasil dengan harga yang tinggi
B. Membekalkan bijih benih yang bermutu
C. Mempelbagaikan hasil jualan petani
D. Membantu petani mengatasi masalah pemasaran hasil

29. Rural Industrial Development Authority pada tahun 1966 telah diganti dengan:

A. MARDI
B. MARA
C. PERNAS
D. MIDA

Matlamat utamanya adalah untuk menyelesaikan
masalah ekonomi dan sosial antara kaum, kawasan dan wilayah
(Rancangan Pembangunan Lima Tahun)

30. Berdasarkan pernyataan di atas Rancangan Pembangunan yang dimaksudkan ialah:

A. Rancangan Malaysia Pertama
B. Rancangan Malaysia Kedua
C. Rancangan Malaysia Ketiga
D. Rancangan Malaysia Keempat


“Perbadanan Industri Berat Malaysia(HICOM) ditubuhkan pada tahun 1980”


31. Apakah peranan penubuhannya

A. Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat
B. Memberikan tumpuan kepada industri berat dan sederhana
C. Menggiatkan perindustrian di bandar dan luar bandar
D. Mengurus projek industri dengan cekap



• Dasar Pertanian Negara (DPN) pada 12 Januari 1984
• Bermatlamat memaksimumkan pendapatan sektor pertanian disamping memajukan komoditi utama yang berpotensiuntuk dieksport


32. Apakah penekanan DPN di atas dalam usaha mencapai matlamatnya:

A. Pengurusan sumber ekonomi negara yang cekap
B. Penyediaan infrastruktur dengan cekap
C. Penyampaian maklumat pertanian yang terkini
D. Penggunaan teknologi yang canggih


“Laporan ini mencadangkan semua sekolah vernakular Melayu , Cina dan Tamil
dibubarkan serta digantikan dengan satu jenis sekolah sahaja iaitu Sekolah Kebngsaan”


33. Laporan yang dimaksudkan ialah:

A. Laporan Fenn-Wu 1951
B. Laporan Rahman Talib 1960
C. Laporan Razak 1956
D. Laporan Barnes 1950



• Jasmani
• Emosi
• Rohani
• Intelek


34. Keempat-empat aspek perkembangan diri pelajar dalam senarai di atas ditekankan dalam

A. Penyata Razak 1956
B. Penyata Rahman Talib 1960
C. Kurikulum Baru Sekolah Rendah
D. Akta Pelajran 1961

• KEJORA
• DARA
• KESEDAR
• KETENGAH


35. Semua agensi di atas adalah di bawah:

A. Program pembukaan tanah negara
B. Program kemajuan penduduk termiskin
C. Program pembangunan wilayah
D. Program perbadanan ekonomi negeri


36. Antara yang berikut yang manakah benar strategi dilaksanakan oleh MARA:
membantu usahawan bumiputera

I membantu usahawan bumiputera
II manambah guna tenaga bumiputera
III meningkatkatkan ekuiti bumiputera
IV menyediakan kemudahan asas kepada bumiputera

A. I,II dan III
B. I,II dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III dan IV

37. Padankan fungsi agensi yang benar berdasarkan di bawah:

I Lembaga Beras dan Padi Negara(LPN) berfungsi menstabilkan harga padi
II Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM) berfungsi membangukan dan memodenkan industri perikanan serta meningkatkan taraf hidup nelayan
III Perbadanan Pembangunan Bandar(UDA)1971 berfungsi menggalakkan perindustrian dan perdagangan dengan menyediakan tapak aperindustrian, perumahan,ruang pejabat dan kedai
IV Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri berfungsi membangunkan bandar

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

38. Pencapaian Rancangan Malaysia Pertama kurang menggalakkan ,mengapakah berlakunya demikian:

I Ancaman komunis semasa zaman darurat
II Pelabur British yang kembali ke negara mereka
III British masih berpengaruh dalam ekonomi mereka
IV Kejatuhan harga komoditi getah

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV


39. Apakah strategi kerajaan untuk meningkatkan sektor perindustrian dalam Rancangan Malaysia Kelima

I Melonggarkan peraturan hak milik syarikat swasta
II Melonggarkan syarat penggunaan tanah pertanian
III Melonggarkan peraturan perlesenan sektor swasta
IV Melonggarkan syarat pelaburan modal asing

A. I,II dan III
B. I,II dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III dan IV


“Dasar Penswastaan merupakan satu dasar yang memindahkan
perkhidmatan, perusahaan, kepentingan, pelaburan dan kuasa tertentu
daripada kerajaan kepada sektor swasta.”
40. Mengapakah dasar tersebut diperkenalkan

I Mengurangkan keuntungan badan kerajaan
II Mengurangkan beban kewangan kerajaan
III Menambahkan produktiviti
IV Meningkatkan kualiti

A. I,II dan III
B. I,II dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III dan IV

SOALAN STRUKTUR

1. Teliti jadual di bawah dan jawab soalan-soalan berikut:

Rancangan Pembangunan Lima Tahun
Tahap Pertama (1956-1970) Tahap Kedua (1971-1990)
Rancangan Malaya Pertama Rancangan Malaysia Kedua
Rancangan Malaya Kedua Rancangan Malaysia Ketiga
Rancangan Malaysia Pertama Rancangan Malaysia Keempat
Rancangan Malaysia Kelima


a) Nyatakan DUA matlamat Rancangan Malaysia Pertama. (4 markah)

i) ----------------------------------------------------------------------------- -------------

ii) ----------------------------------------------------------------------------- -------------

b) Berikan TIGA agensi yang diwujudkan untuk merialisasikan pembangunan ekonomi negara Tahap Pertama. (3 markah)

i) -------------------------------------------------------------------------------- --------------

ii) -------------------------------------------------------------------------------- --------------

c) Senaraikan TIGA daripada strategi Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk membantu Bumiputera dalam perdagangan dan perindustrian. (3 markah)

i) --------------------------------------------------------------------------------- --------------

ii) -------------------------------------------------------------------------------- --------------

iii) ------------------------------------------------------------------------------- ---------------

2. a) Apakah peristiwa yang membawa kepada penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ? (2 markah)

------------------------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------------------------


b) Apakah fungsi utama MAGERAN ? ( 2 markah)

----------------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------------


c) Majlis Perundingan Negara (MPN) menekankan pembentukan ideologi negara yang dikenali sebagai Rukan Tetangga. Berikan 2 daripada matlamat Rukun Negara ?
(2 markah)
i) -----------------------------------------------------------------------------------------------

ii) -----------------------------------------------------------------------------------------------


d) Senaraikan EMPAT daripada LIMA prinsip Rukun Negara. (4markah)
i) --------------------------------------------------------------

ii) -------------------------------------------------------------

iii) -------------------------------------------------------------

iv) ------------------------------------------------------------




3. a) Nyatakan ENAM agensi kerajaan yang telah ditubuhkan dalam Rancangan
Pembangunan Malaysia Kedua. (6 markah)

i) --------------------------------------------------------------------

ii) --------------------------------------------------------------------

iii) --------------------------------------------------------------------

iv) --------------------------------------------------------------------

v) ---------------------------------------------------------------------

vi) --------------------------------------------------------------------


b) Pembukaan Tanah secara besar-besaran telah dilaksanakan dalam Rancangan
Malaysia Ketiga. Nyatakan tempat-tempat yang telah dibangunkan. (4 markah)

i) -----------------------------------------------------------------------------------------------

ii) ---------------------------------------------------------------------------------------------

iii) ----------------------------------------------------------------------------------------------

iv) ----------------------------------------------------------------------------------------------

4. a) Dasar Pertanian Negara (DPN) yang dilancarkan tahun 1984 mengandungi strategi-strategi untuk mencapai matlamatnya. Antara strategi-strategi itu ialah..
(4 markah)

i) -----------------------------------------------------------------------------------------------

ii) ----------------------------------------------------------------------------------------------

iii) ----------------------------------------------------------------------------------------------

iv) ---------------------------------------------------------------------------------------------


b) Apakah yang dimaksudkan dengan Dasar Penswastaan ? (2 markah)

------------------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------------------

c) Di antara tujuan Dasar Penswastaan ialah… (4 markah)

i) -----------------------------------------------------------------------------------------------

ii) ----------------------------------------------------------------------------------------------

iii) ---------------------------------------------------------------------------------------------

iv) ---------------------------------------------------------------------------------------------

ESEI


1 a) Rancangan Malaya Pertama diperkenalkan sejak sebelum merdeka lagi. Jelaskan
tujuan utama Rancangan Malaya Pertama diperkenalkan? (6 markah)

b) Huraikan kelebihan Dasar Penswastaan Negara? (8 markah)

c) Nyatakan matlamat Dasar Pertanian Negara? (6 markah)


2 a) Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun
semula masyarakat. Nilaikan kesan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang
berakhir pada tahun 1990. (10 markah)

b) Dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai, nyatakan peranan agensi-
agensi kerajaan dalam menjayakan Rancangan Malaysia Kedua (1970-1975)
(10 markah)

3 a) Huraikan prinsip-prinsip Rukun Negara? (8 markah)

b) Huraikan langkah-langkah ke arah mendaulatkan bahasa Melayu sejak negara
mencapai kemerdekaan? (12 markah)


4 Wawasan 2020 merupakan gagasan negar kita untuk menjadi sebuah negara
maju. Huraikan kesemua cabaran yang disebut oleh Tun Dr. Mahathir bin
Mohamad bagi merealisasikan Wawasan 2020. (20 markah)

PANDUAN GURU

OBJEKTIF

1. A 11. C 21. B 31. D
2. A 12. A 22. D 32. B
3. B 13. A 23. B 33. D
4. C 14. A 24. C 34. C
5. D 15. D 25. C 35. C
6. B 16. D 26. A 36. D
7. D 17. D 27. C 37. A
8. B 18. B 28. D 38. D
9. A 19. C 29. B 39. C
10. C 20. A 30. B 40. D


STRUKTUR

1. a) i) membangunkan kawasan luar bandar supaya jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar dapat dirapatkan.
ii) mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan penduduk luar bandar.
iii) mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan sumber pendapatan negara supeya tidak bergantung kepada getah dan bijih timah.

Pilih 2 jawapan sahaja (4 markah) m.s 198

b) i) Lembaga Pembangunan Industri Desa ( RIDA)
ii) Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA
iii) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA )
iv) Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA )
v) Majlis Amanah Rakyat (MARA)
vi) Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI)
vii) Lembaga Kemajuan Perundustrian Malaysia (MIDA)

Pilih 3 jawapan sahaja (3 markah) m.s 198-201

c) i) membantu usahawan bumiputera
ii) menambah guna tenaga bumiputera
iii) meningkatkan ekuiti bumiputera
iv) menyediakan kemudahan asas kepada bumiputera

Pilih 3 jawapan sahaja (3 markah ) m.s 201

2. a) i) Peristiwa 13 Mei 1969 ( 2 markah ) m.s 210

b) Mengambil alih pentadbiran negara (kerajaan Malaysia)
(2 markah) m.s 210

c) i) mengukuhkan perpaduan
ii) memelihara cara hidup demokratik
iii) mencipta sebuah masyarakat adil
iv) menjamin sikap liberal
v) membina masyarakat progresif yang menggunakan sains dan teknologi

Pilih 2 jawapan sahaja ( 2 markah) m.s 211


d) i) Kepercayaan kepada Tuhan
ii) Kepercayaa kepada raja dan Negara
iii) Keluhuran perlembagaan
iv) Kedaulatan undang-undang
v) Kesopanan dan kesusilaan (4 markah ) m.s 211


3. a) i) Lembaga Beras dan Padi negara (LPN )1971
ii) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia ( LKIM ) 1971
iii) Perbadanan Pembangunan Luar Bandar (UDA ) 1971
iv) Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah ( RISDA ) 1973
v) Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 1973
vi) Petroleum Nasional Berhad ( PNB ) 1973
vii) Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri

Pilih 4 jawapan sahaja ( 6 markah ) m.s 202

b) i) Lembaga Kemajuan Johor Pengguna ( KEJORA)
ii) Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah ( KETENGAH )
iii) Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)
iv) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR )

( 4 markah ) m.s 201

4. a i) menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru di bawah rancangan Felda
ii) program pembangunan In-Situ untuk memulihkan kawasan produktiviti rendah
iii) menyediakan perkhidmatan sokongan kepada sektor seperti pemasaran, kredit, subsidi dan penyelidikan
iv) projek penswastaan pertanian di bawah Kementerian Pertanian juga diperkenalkan.

(4 markah) m.s 206

b) Dasar Penswastaan ialah kerajaan memindahkan perkhidmatan, perusahaan, kepentingan, pelaburan dan kuasa tertentu kepada sektor swasta.

(2 markah ) m.s 207

c) i) mengurangkan beban kewangan kerajaan
ii) meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan
iii) mempercepatkan pembangunan ekonomi negara
iv) menggalakkan pelaburan modal

(4 markah) m.s 207

ESEI

1 a) Tujuan utama Rancangan Malaya Pertama (m/s 198)


TEMA HURAIAN
Bangun Membangunkan kawasan luar bandar
Jurang Merapatkan jurang perbezaan pendapatan penduduk luar Bandar dengan penduduk bandar
Miskin Mengurangkan kadar kemiskinan penduduk luar bandar
Pelbagai Mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan sumber pendapatan negara
Bergantung Supaya negara tidak terlalu bergantung kepada getah dan bijih timah

(5 X 2: Maksimum 6 Markah)


1 b) Kelebihan Dasar Penswastaan Negara (m/s 207)

TEMA HURAIAN
Swasta Memberi peluang kepada sector swasta membuat pelaburan/mengeluarkan produk/menyediakan perkhidmatan
Beban Mengurangkan beban kewangan kerajaan
Produktiviti Meningkatkan produktiviti
Kualiti Meningkatkan kualiti barangan atau perlhidmatan
Bangun Mempercepatkan pembangunan ekonomi negara melalui pelaburan sektor swasta

(5 X 2: Maksimum 8 Markah)


1 c) Matlamat Dasar Pertanian Negara (m/s 206)

TEMA HURAIAN
Pendapatan Meningkatkan pendapatan sector pertanian menerusi pengurusan sumber ekonomi negara yang cekap/berkesan
Pekebun Memaksimakan pendapatan pekebun kecil dengan menggunakan segala sumber yang ada.
Komoditi Memajukan komoditi utama yang berpotensi untuk dieksport/menyediakan perkhidmatan sokongan dan penyelidikan

(3 X 2 :Maksimum 6 Markah)


2 a) Kesan Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) m/s 205-206

TEMA HURAIAN
Jurang DEB berjaya merapatkan jurang antara kaum/wilayah
Kadar Kadar kemiskinan menurun/dari 49.3% (1970) kepada 17.1% (1990)
KDNK Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat/dari RM21,548j
(1970) kepada RM59,155j (1990)
Perkapita Pendapatan perkapita meningkat/dari RM1,109 (1970) kepada RM6,180 (1990)
Modal Peningkatan hak milik modal (ekuiti) bumiputera dari 2.4% (1970) kepada 20.3 % (1990)
Sasaran Sasaran hak milik modal bumiputera sebanyak 30% menjelang tahun 1990 masih belum berjaya
Asing Mengurangkan hak milik modal saham orang asing kepada 33.5%
BB Hak milik modal saham bukan bumiputera meningkat sebanyak 6.2%
Kaum DEB memberi manfaat kepada semua kaum

(9 X 2: Maksimum 10 Markah)

2 b) Peranan agensi kerajaan dalam menjayakan Rancangan Malaysia Kedua
(1970-1975) m/s 202

TEMA HURAIAN
LPN Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) 1971
Stabil Menstabilkan harga padi
LKIM Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) 1971
Perikanan Memaju dan memodenkan industri periknan/meningkatkan taraf hidup nelayan
RISDA Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) 1973
Getah Membantu pekebun kecil getah dari segi penyelidikan/tanaman semula getah
LPP Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 1973
Petani Membantu golongan petani dalam kegiatan koperasi
PETRONAS Petroleum Nasional Berhad (Petronas) 1974
Petrol Memajukan perindustrian/ perniagaan terutama dalam bidang petroleum
UDA Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) 1971
Bandar Membangunkan bandar
PKEN Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri
Galak Menggalakkan perindustrian/perdagangan dengan menyediakan tapak perindustrian/perumahan/ruang pejabat/kedai
(14 X 2: Maksimum 10 Markah)


3 a) Huraikan prinsip-prinsip Rukun Negara? (m/s 211-212)

TEMA HURAIAN
Agama Agama mendorong kebaikan
Warga Rakyat yang beragama mudah menjadi warganegara yang baik
Raja Raja sebagai simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi
Derhaka Penderhakaan merupakan kesalahan besar terhadap raja dan negara
Perlembagaan Meletakkan perlembagaan di tempat yang tinggi, agung dan suci
Pertahan Rakyat mesti menerima dan mempertahankan perlembagaan
Undang2 Rakyat perlu menghormati dan tidak melanggar undang-undang
Daulat Rakyat bertanggungjawab mendaulatkan undang-undang
Sopan Sopan santun dan tatasusila perlu dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian


(9 X 2 : Maksimum 8 Markah)

3 b) Langkah-langkah ke arah mendaulatkan Bahasa Melayu sejak negara
mencapai kemerdekaan. (m/s 216)

TEMA HURAIAN
DBP Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan (1956)
Perlembagaan Termaktub dalam perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan (1957)
Lancar Pelancaran “Minggu Bahasa”/”Bulan Bahasa”/ dan slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” (1960)
Pengantar Penubuhan sekolah menengah dengan bahasa pengantarnya bahasa Melayu seperti Sekolah Alam Shah (1960)
Akta Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan (1967)
Rendah Bahasa pengantar semua sekolah rendah Inggeris ditukar ke bahasa kebangsaan
UKM Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia
Sekolah Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah
Mahkamah Bahasa Melayu mula digunakan di mahkamah

(9 X 2: Maksimum 12 Markah)

4 Huraikan kesemua cabaran bagi merealisasikan Wawasan 2020? (m/s 220-222)

TEMA HURAIAN
Sembilan Wawasan 2020 mempunyai sembilan cabaran
Maju Malaysia menjadi negara maju setanding negara maju yang lain
Acuan Kemajuan Malaysia dengan acuan sendiri
Pertama Cabaran pertama membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
Perpaduan Perpaduan menjadi asas kekuatan Malaysia
Kedua Cabaran kedua, membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan
Bangsa Bangsa yang kuat dapat memajukan negara
Ketiga Cabaran ketiga, memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang
Demokrasi Perlu memahami prinsip-prinsip demokrasi
Keempat Cabaran keempat, mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
Moral Keperluan mempunyai moral dan etika yang seimbang
Kelima Cabaran Kelima, mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan toleransi
Rasional Masyarakat yang berfikir secara rasional
Keenam Cabaran Keenam, membina masyarakat yang maju dan saintifik
Progresif Masyarakat maju yang progresif
Ketujuh Cabaran Ketujuh, mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang
Kelapan Cabaran kelapan, menjamin masyarakat adil dan saksama ekonominya
Kesembilan Cabaran kesembilan, membina masyarakat makmur

(18 X 2: Maksimum 20 Markah)

No comments:

Post a Comment