Monday 9 November 2009

latihan ting 4 bab 3

BAB 3: TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

SOALAN OBJEKTIF

1. Manakah antara berikut BENAR berkaitan dengan kewujudan tamadun awal Asia Tenggara. (Hlm 72)

I G.Coedes – Funan kerajaan Melayu tertua di Asia Tenggara
II Sumber China – raja Funan ialah Houen-Tien
III G.Coedes – Champa wujud tanpa kerajaan sebelum Funan
IV Sumber China – lawatan utusan China tidak diterima di Funan

A I dan II
A I dan IV
C II dan III
D III dan IV

2. Antara berikut manakah kenyataan yang berkaitan dengan seni arca di Amaravati. (Hlm. 73)

I Seni pahat arcanya berkembang di India.
II Sukar diterima seni arcanya di Asia Tenggara
III Seni arca di sini tidak sama dengan alam Melayu
IV Menumpukan arca agama Buddha

A I dan II
B I danIV
C II dan III
D III dan IV


X diperbuat daripada batu, tulang ikan dan kac. Ia menjadi hiasan,
lambang dan status. Ia juga berperanan untuk tujuan agama dan
sosial.

3. Apakah yang paling sesuai dengan X. (Hlm 74)

A Arca
B Tembikar
C Mata wang
D Manik

4. Antara berikut manakah petempatan awal yang wujud di sungai-sungai utama
Asia Tenggara semenjak Zaman Logam. (Hlm 75)

I Beikhtha-no
II Chasen
III Lembah Sungai Musi
IV Lembah Bernam
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

5.Di manakah sekam dan bijian padi Zaman Neolitik di Asia Tenggara ditemui oleh ahli arkeologi. (Hlm 75)

I Ban Kao dan Spirit Cave di Thailand
II Lembah Tembeling dan Gua Cha di Semenanjung Malaysia
III Gua sireh di Sabah
IV Dongson di Vietnam

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III daqn IV
6. Kegiatan tanaman padi kerajaan agraria terbahagi kepada dua iaitu tanaman padi sawah dan padi huma. Mengapakah tanaman padi huma di tanah tinggi dan bukit dibuat teres dan relung. (Hlm 75)

A Mengekalkan kesuburan tanah
B Kekurangan bekalan air
C Menambahkan kepelbagaian nutrien tanah
D Arahan pakar pertanian

7. Letakan berikut paling tepat berkait rapat dengan kerajaan maritim di Asia Tenggara. (Hlm 75)
A Pesisiran pantai dan kepulauan
B Delta dan tasik
C Pedalaman dan hutan
D Tanjung dan selat

8. Kegiatan ekonomi kerajaan agraria ialah. (Hlm 75)

I pertanian
II penternakan
III perdagangan di laut
IV pemungutan hasil hutan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV



Petempatan agraria



Kawasan Lembah Kawasan
Sungai X


9. Pada pendapat kamu, apakah kegiatan ekonomi masyarakat kawasan X (Hlm 75)

A Memungut hasil laut
B Memungut hasil hutan
C Menangkap ikan di laut
D Menjalankan perdagangan
10. Antara berikut kerajaan yang manakah tergolong dalam kerajaan maritim? (Hlm 75)

I Kerajaan Srivijaya di Sungai Musi
II Kerajaan Tiumah di Pulau Tioman
III Kerajaan Dvaravati di Sungai Menom
IV Kerajaan Kedah Tua di Sungai Merbok

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

11. Apakah faktor utama Funan berubah daripada kerajaan agraria dan kemudiannya berkembangmenjadi kerajaan maritim. (Hlm 76)

A Perkembangan pelabuhan Oc-Eo
B Makanan yang mencukupi
C Usaha pihak kerajaan
D Desakan pedagang antarabangsa
12. Ekonomi pertanian kerajaan agraria bermula dengan ekonomi sara diri, kemudiannya terdapat lebihan hasil pertanian untuk perdagangan. Siapakah pembeli utama hasil lebihan tersebut. (Hlm 76)

A Pedagang asing
B Kerajaan
C Orang tengah
D Penduduk bandar

Perkembangan kerajaan agraria disebabkan
Terdapatnya sistem pengairan

13. Mengapakah sistem pengairan dapat dilaksanakan dengan baik. (Hlm 76)
I Bomoh mmemainkan peranan menjampi
II Raja terlibat dalam pembinaan sistem pengairan
III Kerajaan terlibat dalam pengurusan sistem
IV Rakyat mempunyai kemahiran membina tasik
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D IIIdan IV

14. Kegiatan pertanian kerajaan Angkor pesat berkembang dengan adanya usaha-usaha berikut (Hlm 76-77)

I Meningkatkan perdagangan hasil pertanian
II Mengutamakan ekonomi sara diri
III Membina dan mengurus baray
IV Menambah hasil padi untuk keperluan makanan

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

15. Apakah peranan utama Tasik Tople Sap sehingga ia menjadi nadi perkembangan ekonomi kerajaan Angkor. (Hlm 77)

I Pusat rekreasi dan lawatan
II Sumber bekalan air minuman
III Membekalkan lumpur lanar subur
IV Menampung bekalan air untuk tanaman padi

A I,II dan III
B I,II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV

16. Manakah antara berikut paling tepat mengenai pelabuhan kerajaan awal. (Hlm 78-79)

I Pelabuhan pembekal-membekalkan bahan logam tempatan
II Pelabuhan kerajaan-berkembang dan menjadi sebuah negeri
III Pelabuhan entreport-membekalkan hasil tempatan dan membeli barangan antarabangsa
IV Pelabuhan sungai-menjadi pembekal hasil-hasil dari sungai
A I,II dan III
B I,II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV

17. Apakah yang dimaksudkan dengan bahasa Lingua franca. (Hlm 79)

A Dituturkan oleh golongan istana
B Dituturkan secara meluas dalam pelbagai urusan
C Dituturkan dengan penuh protokol dan adat istiadat
D Dituturkan oleh pedagang antarabangsa



18. Pelabuhan entreport muncul kerana kedudukannya strategik contohnya kedah Tua dan Srivijaya yang terletak di Selat Melaka dan Selat Sunda. Mengapakah tempat ini dikatakan strategik. (Hlm 79)

A Menjadi pusat pertahanan penting
B Menjadi laluan perdagangan antara China dan India
C Menjadi tempat pedagang berehat
D Menjadi lokasi tamadun awal

19. Antara berikut yang manakah merupakan pelabuhan pembekal (Hlm 79)

I Srivijaya
II Kuala Berang
III Jenderam Hilir
IV Kuala Selinsing

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV



Semenanjung Tanah Melayu dan
Sumatera dikenali sebagai Suvarnadvipa
Dan Suvarnabhumi.

20. Barang apakah yang dikaitkan dengan pernyataan di atas (Hlm 79)

I Emas
II Timah
III Hasil laut
IV Hasil hutan

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

21.Sekiranya kamu ingin mengembangkan kerajaan maritim, kemahiran apakah yang sangat diperlukan di kawasan kamu? (Hlm 80)

I Membuat perahu
II Membuat kapal layar
III Mampu belayar ke kawasan lain
IV Mampu membina sistem pengairan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


Tinggalan perahu layar dipamerkan di
muzium-muzium seperti muzium negeri
Pekan Pahang


22. Unsur apakah yang ingin diserapkan kepada generasi sekarang melalui pameran ini? (Hlm 80)

A Berbangga diri
B Semangat gigih
C Bersikap berani
D Semangat meneroka

Kerajaan Agraria mendapat
barangan mewah negara luar
daripada kerajaan Maritim.
. Kerajan Maritim mendapat
keperluan makanan daripada
kerajaan Agraria

23.Pada pendapat kamu, apakah kesimpulan yang boleh dibuat mengenai kerajaan
Agraria dan Maritim. (Hlm 83)

A Saling melengkapi
B Bantu membantu
C Berusaha menghasilkan barangan
D Bergantung pada kegiatan perikanan

Pendapat sejarawan berbeza mengenai
Kedatangan pengaruh agama Hindu
dan Buddha ke Asia Tenggara

24. Berdasarkan pernyataan di atas, mengapakah ada yang berpendapat bahawa pengaruh India dibawa oleh golongan Ksyatria?(Hlm 84)

A Golongan ini berpengaruh dalam agama
B Golongan ini mengamalkan kebudayaan Asia Tenggara
C Golongan ini mempunyai kaitan dengan golongan Brahmin
D Golongan ini telah membentuk tanah jajahan di Asia Tenggara

25. Manakah antara candi berikut hasil campuran ciri tempatan dan pengaruh India yang ditemui di Jawa. (Hlm. 84)

A Candi Prambanan
B Candi Angkor Wat
C Candi Lembah Bujang
D Candi Padang Lawas

Raja yang terpengaruh sistem Hindu/Buddha membina kompleks kota yang melambangkan alam semesta (orde kosmos ). Negara dianggap alam semesta, raja dan ibu kota ialah pusat alam ( pusat pemerintahan ).
26. Mengapakah raja memegang kepercayaan yang disebutkan di atas. (Hlm. 86)

A untuk mengatur kesejahteraan negara dan rakyat
B untuk menindas pemimpin negara dan rakyat
C untuk menjaga sistem sosial negara dan rakyat
D untuk membina garis pemisah antar pemerintah negara dan rakyat

27. Apakah peranan golongan Brahmin dalam sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara? (Hlm. 86)

A Menjaga keamanan
B Menggubal undang-undang
C Memutuskan jenis hukuman
D Mengetuai upacara keagamaan

Dalam upacara angkat sumpah di Srivijaya, Datu akan meminum air yang disiram pada
Batu bersurat.

28. Apakah tujuan utama upacara di atas? (Hlm. 86)

A Menguji kekuatan pembesar
B Menghapuskan dosa-dosa pembesar
C Menanam nilai taat setia pembesar terhadap raja
D Menekan nilai ketahanan diri dikalangan pembesar



29. Antara berikut siapakah yang tidak boleh dilantik menjadi raja Srivijaya? (Hlm. 87)

A Yuvaraja
B Raja Putra
C Raja Kumara
D Pratiyuvaraya

30. Maklumat berikut berkaitan dengan pengaruh Hindu Buddha di Sumatera.(Hlm. 87)

I Telaga Batu
II Inskripsi Srivijaya
III Candi Prambanan
IV Candi Lembah Bujang

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

31.Apakah ciri yang terdapat dalam arca Budhha yang ditemui di tapak Lembah Bujang? (Hlm.89)

A Campuran adunan tiga agama
B Campuran unsur agama
C Campuran antara seni China dengan India
D Campuran tamadun India dengan tempatan

32. Apakah bukti Candi Borobodor dibina untuk agama Buddha Mahayana. (Hlm. 90)

I Mempunyai menara pada setiap sudut
II Tahap kehidupan seperti agama Buddha
III Setiap tingkat mempunyai patung Buddha
IV Mempunyai ukiran cerita Gautama Buddha

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I,III dan IV
D. II, III dan IV

33.Andaikan kamu hidup pada abad ke-3 Masihi dan ingin membuat sebuah patung Hindu. Patung yang dihasilkan akan mempunyai pengaruh apa? (Hlm. 90)

A Sailendra
B Amaravati
C Ramayana
D Mahabrata

34.Candi Borobodur dibina untuk agama Buddha Mahayaana. Bukti kepada pernyataan di atas ialah (Hlm. 90)

I Sila
II Panna
III Samadhi
IV Ramayana

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III daan IV
Panna
Samadhi
Sila
35. Apakah agama yang berkaitan dengan tiga konsep di atas. (Hlm. 90)

A Hindu
B Sikh
C Bahai
D Buddha

36. Muzium Arkeologi Lembah Bujang dibina untuk (Hlm. 91)

A Menyimpan rekod pemerintahan
B Mempamerkan patung-patung keagamaan
C Menyimpan bahan tinggalan lama
D Memperkenalkan negeri Kedah kepada orang ramai

Candi Bukit Batu Pahat
Candi Kampung Pandiat
Candi Permatang Pasir

37. Dimanakah candi-candi yang tersebut di atas telah ditemui. (Hlm.92)

A Kuala Selinsing
B Borobudur
C Lembah Bujang
D Angkor Wat

38. Candi-candi di Lembah Bujang dinamai berdasarkan (Hlm. 92)

A Penomboran
B Kepentingan
C Masa kewujudan
D Zaman keruntuhan

39. Bahasa Sanskrit banyak digunakan dalam kosa kata Bahasa Melayu. Antara berikut perkataan bahasa Melayu yang manakah berasal daripada bahasa Sanskrit? (Hlm. 93)

I Dosa
II Duka
III Garpu
IV Pahala

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II , III dan IV

40.Kemunculan kerajaan-kerajaan awal sdi Asia Tenggara bergantung kepada hubungan yang terjalin dengan tamadun yang lebih besar seperti tamadun India dan China. Mengapa ? (Hlm.94)

A Mengalakkan perkahwinan politik
B Mengelakkan acaman daripada kuasa luar
C Mengelakkan dasar monopoli perdagangan
D Membantu meningkatkan hubungan perdagangan

SOALAN STRUKTUR

(a) Berikan maksud kerajaan Maritim

…………………………………………………………………………….
[ 1 markah ]
(b) Di manakah letaknya kerajaan maritime ?

i. …………………………………………………………………….

ii. …………………………………………………………………….

iii …………………………………………………………………….
[ 3 markah ]
(c) Senaraikan DUA contoh kerajaan Maritim.

i. ……………………………………………………………………

ii ……………………………………………………………………
[2 markah]
(d) Nyatakan DUA ciri pelabuhan pembekal?

i. ……………………………………………………………………

ii. ……………………………………………………………….......
[2 markah]
(e) Nyatakan DUA faktor perkembangan kerajaan maritim.

i. ……………………………………………………………………

ii ……………………………………………………………………
[ 2 markah ]
2.
(a) Dari segi geografi, Asia Tenggara terbahagi kepada dua iaitu

i. …………………………………………………………………….

ii. …………………………………………………………………….
[2 markah]
(b) Apakah kepentingan sumber bertulis dan artifak arkeologi kepada sejarawan tempatan.

……………………………………………………………………………
[1 markah ]
(c) Nyatakan DUA bukti kewujudan kerajaan Funan pada abad ke-3 M.

i. …………………………………………………………………….

ii .………………………………………………………………........
[ 2 markah ]

(d) Senaraikan DUA buah Negara yang telah menjalin hubungan perdagangan dengan kerajaan awal.

i. ……………………………………………………………………

ii ……………………………………………………………………
[2 markah ]
(e) Nyatakan TIGA kerajaan awal di Tanah Melayu.

i. …………………………………………………………………..

ii …………………………………………………………………..

iii …………………………………………………………………..
[ 3 markah ]
3. (a) Senaraikan EMPAT pendapat berhubung kedatangan agama Hindu dan
Buddha ke Asia Tenggara.

i. ……………………………………………………………………

ii. ……………………………………………………………………

iii. ……………………………………………………………………

iv. ……………………………………………………………………
[4 markah ]

(b) Senaraikan EMPAT pengaruh Hindu dalam sistem pemerintahan.

i. ……………………………………………………………………

ii. ……………………………………………………………………

iii. ……………………………………………………………………

iv. ……………………………………………………………………
[ 3 markah ]

(c) Siapakah golongan Brahmin?

i. ……………………………………………………………………

ii. ……………………………………………………………………
[ 3 markah ]

4. Terdapat banyak warisan keseniaan yang ditinggalkan kerajaan awal di seluruh Asia Tenggara yang mempunyai pengaruh Hindu terutama dalam kesusasteraan dan bahasa Sanskrit.

(a) Apakah TIGA maklumat yang terdapat pada batu bersurat di tapak-
tapak sejarah awal Asia Tenggara.

i. …………………………………………………………………….

ii. …………………………………………………………………….

iii. …………………………………………………………………….
[3 markah]

b) Senaraikan DUA karya epik kesusasteraan India yang menyumbang kepada unsur mitos kesusasteraan klasik Asia Tenggara.

i. ……………………………………………………………………

ii. …………………………………………………………………...
[2 markah]

c) Nyatakan DUA contoh karya puisi dan prosa Jawa yang dipengaruhi hasil kesusasteraan India.

i. …………………………………………………………………..

ii. …………………………………………………………………..
[2 markah]

d) Namakan DUA karya unsur tempatan yang dipengaruhi oleh epik Mahabrata.

i. …………………………………………………………………..

ii. …………………………………………………………………..
[2 markah]


e) Namakan karya tempatan yang dipengaruhi epik Ramayana.

…………………………………………………………………………….

[1 markah]
SOALAN ESEI

Arahan : Jawab soalan-soalan yang berikut.

1.
(a) Huraikan perkembangan petempatan dalam kerajaan maritim
(8 markah)

(b) Apakah yang anda faham dengan pelabuhan kerajaan dalam kontek kerajaan awal Asia Tenggara ? (12 markah)

2.
(a) Huraikan bukti-bukti kewujudan kerajaan Kedah Tua.
(12 markah)

(b) Anda sebagai pengkaji kerajaan Kedah Tua. Anda dapati pelabuhannya berkembang pesat. Mengapa ? (8 markah)
3. Andaikan anda ialah raja kerajaan Angkor pada abad kesembilan.

(a) Huraikan langkah-langkah anda untuk memajukan pertanian padi sawah.
(12 markah)

(b) Huraikan bagaimanakah kerajaan Angkor menjadi kerajaan agraria yang
kuat dan agung.
(8 markah)
4. (a) Huraikan cara-cara kedatangan agama Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara.
(8 markah)

(b) Nyatakan kesan kedatangan agama Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara. (12 markah)
BAB 3: TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA.

SKEMA SOALAN OBJEKTIF


1. A
2. B
3. D
4. B
5. A
6. B
7. A
8. B
9. B
10. B
11. A
12. D
13. B
14. D
15. D
16. A
17. D
18. B
19. D
20. B
21. A
22. D
23. A
24. D
25. A
26. A
27. D
28. C
29. B
30. A
31. D
32. D
33. B
34. A
35. D
36. C
37. C
38. A
39. B
40. D

SKEMA SOALAN STRUKTUR

1. a. Maksud kerajaan maritim
kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan perdagangan dan
kelautan

b. Letak kerajaan maritim
i) pesisiran pantai
ii) lembah sungai
iii) kepulauan

c. Senarai dua contoh kerajaan maritim
i) Srivijaya
ii) Kedah Tua

d. Ciri pelabuhan pembekal
i) disinggahi pedagang pelbagai keturunan
ii) mendapat bekalan hasil tempatan

e. Faktor perkembangan kerajaan maritim
i) semangat untuk meneroka
ii) pandai menggunakan kapal layar


2. a Dari segi greografi, Asia Tenggara terbahagi kepada
i) Tanah Besar Asia Tenggara
ii) Kepulauan Asia Tenggara

b. Apakah kepentingan sumber bertulis dan artifak arkeologi kepada sejarawan
tempatan.
i) membuktikan jangka masa kemunculan kerajaan-kerajan awal.

c. Dua bukti kewujudan kerajaan Funan pada abad ke-3 M
i) sumber dari China
ii) data arkeologi

d. Kerajaan awal telah menjalin hubungan dengan
i) China
ii) India

e. Senarai kerajaan awal di Tanah Melayu
i) Kedah Tua
ii) Gangga Negara
iii) Langkasuka
3.a. Empat pendapat berhubung kedatangan agama Hindu dan Buddha.
1 dibawa oleh golongan Ksyatria
ii) dibawa oleh golongan Vaisya
iii) dibawa oleh golongan Brahmin
iv) melalui asimilasi amalan aspek-aspek kebudayaan India

b. Senarai tiga pengaruh Hindu dalam sistem pemerintahan
i) raja sebagai ketua
ii) raja dianggap dewa raja
iii) raja berkuasa mutlak
iv) upacara pertabalan

c. Golongan Brahmin
i) upacaraq keagamaan
ii) memimpin upacara pertabalan
iii) berperanan menonjol kesaktian raja melalui cerita mitos

4. Warisan kesenian di Asia Tenggara.
a.
i) raja
ii) pemerintahan
iii) agama
b.
i) Ramayana
iii) Mahabrata

c.
i) sutasomo
ii) Arjunwiwaha
iii) Kunjarkarna
iv) Negarakertagama


d.
i) Hikayat Pendawa Lima
ii) Hikayat Pendawa Jaya
iii) Hikayat Sang Samba

e.
i) Hikayat Seri Rama


SKEMA SOALAN ESEI

Soalan 1 (a)
Tema Huraian
Kegiatan menjalankan kegiatan menangkap ikan dan memungut hasil laut
Perkampungan petempatan berkembang menjadi perkampungan nelayan
Bijih ada petempatan berfungsi sebagai pengeluar bijih timah dan emas
Ekonomi aktiviti ekonomi membawa lebihan hasil dan ini didagangkan
Perdagangan petempatan telah berkembang sebagai tempat berdagang
Pelabuhan pembekal seterusnya menjadi pelabuhan pembekal
[6 X 2 = maksimum 8 markah]

Soalan 1 (b)
Maju
Pelabuhan pembekal berkembang maju dan mendapat Status pelabuhan kerajaan, contoh Champa, Kedah Tua, Langkasuka dan Srivijaya
Peranan
berperanan sebagai pelabuhan pembekal dan tempat berdagang
Luar
pelabuhan ini dikunjungi pedagang dari pesisir pantaiTeluk Siam, Kemboja, Vietnam, China Selatan, India dan Barat.
Strategik
berperanan sebagai pelabuhan pembekal dan tempat berdagang
laluan
kedudukan di laluan perdagangan antara India dan China
Berjaya
Berjaya muncul sebagai pelabuhan entreport

Hasil
memperdagangkan hasil bumi seperti logam, hasil hutan, dan hasil laut serta hasil dari kerajaan sekitar.

Tertarik
pedagang asing tertarik untuk datang ke pelabuhan kerana galian logam dan emas.

Terkenal
semenanjung Tanah Melayu terkenal dengan emas sehingga digelar bumi emas oleh orang India dan Golden Khersonse oleh Ptolemy

[9 X 2 = markah12markah]
Soalan 2 (a)
China
sumber China mengenali sebagai Chieh-cha, sumber dari India menyebut sebagai Kataha
Terletak
terletak dilembah Bujang
Perkembangan
berlaku sekitar abad 5 hingga 13 masihi
Kemunculan
kemunculan berkait dengan Srivijaya
Pelabuhan
pelabuhan berperanan sebagai pelabuhan entreport sebelum Kerajaan Melaka
Jumpaan
jumpaan seperti pelita tembaga dan tembikar dari Timur Tengah abad ke 9 dan 10 Masihi
Manik
Pelbagai jenis manik dari India, Sri Lanka dan Burma
Agama
Penduduk Kedah Tua menganut agama Hindu dan Buddha dengan terjumpanya 9 buah candi berunsur Hindu dan Buddha
[7 X 2 = mak 12 markah]
Soalan 2(b)

Gunung
Gunung Jerai menjadi panduan kapal dagang
Strategik
kedudukan strategic di laluan Selat Melaka terlindung daripada tiupan angin monsun barat daya dan timur laut
Kemudahan
kemudahan yang lengkap seperti mernyimpan barang, tempat berniaga dan sebagainya
Kaya
kaya dengan hasil hutan seperti damar, rotan, kapur barus, bijih timah dan emas
Barang
barang dagangan diperolehi dari luar seperti kain kapas, sutera, tembikar, kaca dan manik.

[5 X 2 = maksimum 8 markah]

Soalan 3 (a)

Sistem
Membina sistem pengairan yang baik untuk membekalkan air ke kawasan pertanian
pemerintah
peranan pemerintah yang cekap- memastikan tanah yang
subur/tanah lanar dapat digunakan dengan maksimum
Lebihan
Memastikan lebihan tanaman dieksport ke kawasan lain
Bangun
Mendapatkan hasil bagi membangunkan kawasan-kawasan tanaman padi yang lebih luas
Petani
Memastikan petani dapat mengusahakan tanaman padi dengan menggunakan benih padi yang bermutu /mengeluarkan hasil lebih banyak
Berterusan
Memastikan petani dapat menanam padi secara berterusan sepanjang tahun dengan menentukan bila/masa yang sesuai untuk tanam padi
Bantuan
Memberikan bantuan nasihat kepada petani tentang cara-cara menanam padi dengan sistematik supaya pengeluaran dapat dipertingkat
Baja
Menggunakan baja organik/semulajadi yang sesuai untuk tanaman Padi
[8 X 2 = maksimum 12 markah]
Soalan 3 (b)
Kedudukan
Kedudukannya yang berhampiran dengan Tasik Tonle Sap
Subur
Tanah di sekitar sangat subur
Iklim
Mempunyai iklim panas dan lembap sepanjang tahun
Sumber
Sumber ikan air tawar yang banyak diperoleh dari Tasik Tonle Sap
Mengairi
Tasik Tonle Sap menjadi punca air utama untuk mengairi sawah
Minuman
Menjadi punca bekalan air minuman
[6 x 2 = maksimun 8 markah]

Soalan 4 (a)
Ksyatria
disebarkan oleh golongan Ksyatria atau tentera semasa penaklukan
Vaisya
penyebaran oleh vaisya atau pedagang semasa aktiviti perdagangan
Brahmin
penyebaran oleh golongan Brahmin atau pendeta
Sesuai
penyesuaian budaya India yang menarik sahaja dengan budaya tempatan (Kedah Tua Buddha), Dieng di Indonesia (Hindu)
Serentak
pengaruh Hindu / Buddha berlaku serentak dengan perdagangan
Henti
Rom menghentikan perdagangan emas dengan India maka India beralih ke Asia Tenggara
[6 X 2 = maksimum 8 markah]

Soalan 4 (b)

Gelaran
gelaran raja bermula selepas kedatangan pengaruh sistem beraja di India
Mutlak
Raja berkuasa mutlak dalam semua hal
Perintah
semua perintah raja adalah undang-undang
Derhaka
rakyat yang engkar dianggap penderhaka
Konsep
konsep dewa-raja iaitu raja mempunyai kuasa sakti
Kukuh
unsur mitos dan lagenda digunakan untuk memperkuat kedudukan
Pertabalan
upacara pertabalan dipimpin oleh golongan Brahmin bertujuan membezakan kedudukan raja dan rakyat
Alam semesta
raja membina kompleks kota yang melambangkan alam semesta (orde kosmos)
Pusat
raja, ibu kota raja adalah pusat alam, maka raja perlu mengatur kesejahteraan rakyat
[9 x 2 = maksimun 12]




No comments:

Post a Comment