Monday 9 November 2009

latihan ting 4 bab 2

BAB 2 PENINGKATAN TAMADUN.



SOALAN OBJEKTIF.

1. Tokoh sastera Yunani yang terkenal ialah Homer dan Hesiod. Apakah judul
epik terkenal yang dihasilkan oleh Homer? (Hlm 61)

A History of Persian War
B Theology dan Work and Days
C Iliad dan Odyssey
D Mahabrata dan Ramayana

2. Pendidikan semasa Tamadun Yunani, khususnya di Athens sangat dipentingkan.
Apakah teknik pengajaran yang digunakan untuk melahirkan pelajar yang petah
bercakap? (Hlm 53)

A Seni berpidato
B Mewarisi bahasa Yunani
C Mengadakan perbahasan umum
D Penghasilan

3. Berbanding sistem sosial di India, kelas sosial dalam masyarakat China lebih bersifat fleksibel kerana... (Hlm 63)

A Peluang pendidikan mengubah status sosial
B Kerjaya politik tidak terhad
C Perkahwinan mengubah status individu
D Rakyat bebas membantah penindasan sosial

4. Salah satu ajaran penting dalam tamadun China ialah Taoisme. Siapakah pengasas
ajaran tersebut? (Hlm 67)

A Confucius
B Lao Tze
C Shih Huang Ti
D SiddhartaGautama

5. Sistem peperiksaan awam di China adalah yang tertua di dunia dan dikawal selia secara ketat. Mengapa? (Hlm 55)

A Menggalakkan rakyatnya berdisiplin
B Untuk mengekalkan mandat pemerintahan
C Persaingan antara wilayah di China
D Melahirkan pegawai kerajaan yang berwibawa

6. Kewujudan masyarakat pagan di Eropah mendorong perkembangan meluas agama Kristian. Mengapa? (Hlm 66)

A Membuat petempatan disekitar tempat ibadat
B Membantu membina tempat ibadat di Eropah
C Menjalankan aktiviti penjelajahan untuk menyebar agama
D Merupakan masyarakat yang belum menganut sebarang agama
7. Athens, Sparta dan Corinth merupakan tiga kota yang penting dalam tamadun
Yunani.Apakah bentuk pemerintahan yang diberi penekanan di kota Sparta?
(Hlm 43)

A Masyarakat bersatu padu
B Kewujudan masyarakat monumen
C Persaingan ekonomi
D Pemerintahan tentera
8. Jalan sutera membuktikan hubungan erat diantara Tamadun India, dengan Alam Melayu, China, Timur Tengah dan Barat. Hubungan ini terjalin melalui… (Hlm 52)

A Hubungan perdagangan
B Hubungan diplomasi yang diwarisi
C Penyebaran agama Buddha
D Hubungan penjajah dengan tanah jajahan

9. Sistem pemerintahan tamadun Yunani sering bertukar ganti., sistem pemerintahan manakah yang memberi penguasaan kepada konsul di Yunani? (Hlm 42)

A Sistem oligarki
B Sistem teokrasi
C Sistem monarki


10. Bagaimanakah kod undang-undang Hammurabi dan Hukum Kanun 12 dapat difahami
umum? (Hlm 46)

A Melalui pendidikan sekolah
B Dipamerkan ditempat awam
C Memaksa rakyat menghafalnya
D Memasukkan nya kedalam ajaran agama


11. Pemerintahan Rom pada abad ke 2M telah mewujudkan majlis x yang menjalankan
pentadbiran dan kewujudannya membawa kemajuan dan keselesaan hidup. Apakah
Majlis x ? (Hlm 39)

A Majlis Perundangan
B Majlis Daerah
C Majlis Pembandaran
D Majlis bandaraya

12. Tahap baru ini telah diperkenalkan oleh orang Aryan kepada masyarakat Indus
yang telah melahirkan agama Hindu .Tahap ini dikenali sebagai (Hlm 40)

A Zaman Vedik
B Zaman Batu
C Zaman Gelap
D Zaman Empayar

13. Pengasas Dinasti Chin yang telah berjaya membentuk sebuah empayar melalui perluasan jajahan
takluknya ialah.. (Hlm 41)

A Maharaja Han Wu Ti
B Maharaja Min Chih
C Maharaja Shih Huang Ti
D Maharaja Han Fei Tzu

14. Dalam tamadun Yunani, terdapat sebuah badan yang membantu raja menjalankan pentadbiran. Badan
ini dipanggil...(Hlm 42)

A Kehakiman
B Ketenteraan
C Keagamaan
D Konsul

15. Semua warga negara lelaki dewasa Athens diberi peluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan
antara enam bulan hingga setahun. Sistem ini ialah.... (Hlm 43)

A Beraja mutlak
B Monarki
C Republik
D Demokrasi

16. Nama buku yang ditulis oleh Plato yang mengutarakan tentang kepentingan undang-undang. Tajuk
buku tersebut ialah….. (Hlm.46)

A Democratics
B Republic
C Veda
D Dictator

17. Nama undang-undang pertama yang dikenali sebagai Papan 12 dan diletakkan di tempat awam untuk
tatapan rakyat ialah...(Hlm.46)

A . Hukum Kanun 12
B. Hukum Kanun Rom
C. Undang-undang Justinian
D. Kod Undang-undang Rom

18. Nama tiang batu yang di letakkan di tepi jalan terukir segala titah
perintah di raja pada zaman Dinasti Mourya ialah ... (Hlm 46-47)

A. Gurkha
B. Asoka
C. Maurya
D. Dharma sastra

19. Ahli falsafah Han Fei Tzu pada Zaman dinasti Chin telah memperkenalkan undang-undang yang dapat mengawal tingkah laku manusia. Undang-undang ini dipengaruhi oleh falsafah. (Hlm 47)

A Legalisme
B Liberalisme
C Sosialisme
D Demokrasi

20. Shih Huang Ti pada zaman Dinasti Chin menghapuskan golongan bangsawan dan melantik gabenor
dan panglima untuk mentadbir.Beliau menjalankan pemerintahan secara (Hlm 49)

A Monarki
B Demokrasi
C Auatokratik
D Birokrasi

21. Tertubuhnya Persatuan Perdagangan dan Perusahaan disebabkan oleh perkembengan sektor ekonomi
yang pesat dalam tamadun Indus.Persatuan ini dipanggil (Hlm 51)

A Lethin
B Sresthin
C Legalisma
D Liberalisme

22. Medium jual beli yang digunakan pada Zaman Dinasti Maurya dan Gupta ialah (Hlm 51)

A. Cukai
B Mata wang
C Sutera
D Logam

23. Pada Zaman Gupta perdagangan Maritim antara India dengan alam Melayu berkembang dan
meningkat.Hasil yang diperolehi daripada alam Melayu ialah … (Hlm 52)

I. rempah
II. Sutera
III. bedak wangi
IV. emas

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

24. Dalam tamadun China, diperingkat sekolah rendah tertumpu kepada kegiatan mengenal dan
menghafal tulisan …. (Hlm 55)

A Ideogram
B Hiegrolif
C.Cuneiform
DHieratik

25. Pada abad ke-4M. lahir sebuah universiti agama Buddha iaitu…… (Hlm 54)

A Nalanda
B Kolej Brahman
C Parishad
D Taxila

26. “Negara harus diperintah oleh ahli falsafah kerana mereka cekap , terbaik dan berupaya menggubal Undang –undang “
Petikan di atas menceritakan megenai kepentigan undang-undang. Siapakah yang mengutarakan hal
tersebut ? (Hlm 56)

A Maharaja Justinian
B Plato
C Augustus Caesar
D Asoka

27. Bermula pada tahun 27 s.m , empayar Rom semakin meluas berikutan kejayaan pemerintahan Augustus Caeser. Berikut adalah kawasan-kawasan di bawah empayar Rom kecuali. (Hlm 49)

A Britian
B Sepanyol
C Turkistan
D Macedonia

28. Aspek sosial yang terkandung dalam sesebuah tamadun meliputi pekara seperti pendidikan, falsafah,kesenian, kesusasteraan, senibina serta sains dan teknologi. Antara aspek-aspek tersebut yang manakah menjadi asas kepada peningkatan sosial dikalangan rakyat? (Hlm 53)

A Kesenian
B Senibina
C Kesusasteraan
D Pendidikan
• Herodotus
• Socrates
• Aristotle
• Plato

29. Nama-nama di atas menunjukkan ahli-ahli falsafah yang dimiliki oleh tamadun (Hlm 55)

A Tamadun Yunani
B Tamadun Rom
C Tamadun India
D Tamadun China

30. Pembinaan bangunan di atas oleh manusia tamadun awal membuktikan bahawa (Hlm 59)

A Mereka sangat mementingkan seni bina
B Mereka mempunyai tamadun yang paling maju
C Mereka mahir dalam bidang pembinaan dan kejuruteraan
D Mereka mempunyai satu sistem kepercayaan dan upacara yang teratur

31. Acropolis, aqueduct, colloseum, Parthenon,dan Tembok Besar China. Perkara-perkara di atas
menggambarkan peningkatan sosial sesebuah tamadun dalam bidang (Hlm 59)

A Sains dan teknologi
B Seni bina
C Bahasa dan kesusasteraan
D Pendidikan

32.“Epik Mahabharata mencerita peperangan antara dua tentera iaitu yang baik dan yang jahat manakala epik Ramayana pula menceritakan inkarnasi Dewa Vishnu sahaja. Rama dan pergaduhannya dengan raja Sri Lanka yang melarikan isterinya, Sita.”. Kedua-dua epik tesebut merupakan Sastera agama Hindu dan Buddha yang dimiliki oleh tamadun (Hlm 61)

A Tamadun Rom
B Tamadun India
C Tamadun Yunani
D Tamadun China

33. Prinsip demokrasi yang telah diperkenalkan oleh Tamadun Yunani dari segi politik adalah
(Hlm 42-43)

A. Rakyat asing dibenarkan bergiat aktif dalam politik Yunani
B. Hanya rakyat lelaki yang berhak mengambil bahagian dalam politik
C. Semua rakyat lelaki dan wanita diberikan hak untuk mengambil bahagian politik
D. Penduduk di sesebuah empayar dibenarkan menyuarakan pendapat dan tentangan mereka terhadap raja.

34. Dalam sistem pemerintahan Rom,dua orang konsul dilantik untuk mengetuai sistem pentadbiran .Ini adalah untuk(Hlm.43-44)

I. menjamion kedaulatan
II. menjaga kebajikan rakyat
III mengelakkan pemusatan kuasa mutlak
IV mewujudkan pentadbiran yang cekap dan teratur

A I,II,dan III
B I,II,dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV
35. Tokoh Y dimaksudkan ialah (Hlm.56)

A Plato
B Sulon
C Aristotle
D Archimedes

36.Antara berikut , yang manakah merupakan cirri-ciri kegunaan Colloseum? (Hlm.59)

I Gelaggangnya besar bagi pelbagai jenis permainan .
II Memuatkan peninton lebih daripada 45,000 orang.
III Mementaskan pertunjukan seperti pertandingan di antara pahlawan Rom.
IV Tempat persidangan peminpin kerajaan Rom untuk menyelesaikan masalah
Kerajaan .

A I, II dan III
B I, II dan IV
CI, III dan IV
DII, III dan IV

Setiap penganut agama Hindu berusaha mencapai Moksha

37. Apakah yang akan berlaku kepada mereka yang telah mencapai tahap persebut ? (Hlm.65)

A Akan bebas daripada system kasta .
B Tindakan lahir semula selepas kematian.
C Akan menikmati kehidupan yang selesa du akhirat.
D Berkelayakan menjadi sami dan menduduki pangkat yang paling tinggi .
38. “Masyarakat China dibahagikan kepada 4 kelas utama. Kelas tertinggi ialah golongan sarjana, kelas
kedua ialah golongan petani, kelas ketiga ialah tukang dan kelas paling bawah ialah pedagang”.
Siapakah yang membahagikannya (Hlm. 63)

A Confucius.
B Plato
C Aristotle
D. Tu-Fu

39. Apakah sumbangan tamadun Yunani dari segi politik kepada dunia secara umum, dan Malaysia
khususnya? (Hlm. 42)

A Prinsip demokrasi Confucius.
B Perancangan negara kota
C Penggubalan perlembagaan
D. Pembentukan jemaah menteri

40. Seni bina yang teragung dalam sejarah ialah Tembok Besar China. Pembinaan tembok tersebut
bertujuan (Hlm. 59)

A Menunjukan keagungan seni bina China.
B Sebagai hukuman kepada pesalah-pesalah .
C Sebagai tembok pertahanan yang menjamin keamanan China
D Sebagai sempadan yang memisahkan China dengan Manchuria



SOALAN STRUKTUR

1. Peningkatan tamadun merupakan kemampuan manusia menggunakan pemikiran mengawal dan
menggunakan alam persekitaran untuk membentuk kehidupan yang lebih maju dan kompleks.

a. Nyatakan 4 kemudahan yang disediakan dalam pembinaan Bandar bagi tamadun rom

i. …………………………………………………………………………………………………
ii. …………………………………………………………………………………………………
iii. …………………………………………………………………………………………………
iv. ………………………………………………………………………………………………….
[ 4 markah ]
b. Namakan 2 bentuk kerajaan dalam tamadun India.

i. …………………………………………………………………………………………………
ii. …………………………………………………………………………………………………
[ 2 markah ]
c. Nyatakan 2 keistimewaan sistem saliran di bandar Pompei?

i. ………………………………………………………………………………………………..

ii. ……………………………………………………………………………………………….
[ 4 markah ]

2. Aspek-aspek dalam peningkatan tamadun merangkumi bidang politik, ekonomi dan sosial.








a) Berdasarkan sistem perubahan perintahan diatas, nyatakan tamadun yang melalui perubahan tahap-
tahap berikut.

……………………………………………………………………………………………………….
[1 markah ]
b) Apakah yang dimaksudkan dengan republic?

………………………………………………………………………………………………………
[1 markah ]

(c) Nyatakan 2 buah benua di bawah pemerintahan Augustus bagi tamadun Rom.

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………
[2 markah ]




(d) Nyatakan ciri-ciri sistem demokrasi di Athens.

i. …………………………………………………………………………………………………….

ii. …………………………………………………………………………………………………….

iii. ……………………………………………………………………………………………………

iv. ……………………………………………………………………………………………………
[4 markah ]

(e) Nyatakan 2 prinsip undang-undang Rom.

i. …………………………………………………………………………………………………….

ii. …………………………………………………………………………………………………….
[2 markah ]
3. a) Dalam tamadun China, masyarakatnya menghargai pendidikan, perniagaan dan
kesusasteraan dengan matlamat utama pendidikannya adalah untuk lulus peperiksaan
awam kerajaan. Terdapat tiga peringkat pendidikan iaitu:

i. ……………………………………………………………………………………………………

ii. ……………………………………………………………………………………………………

iii. ……………………………………………………………………………………………………
[6 markah ]

b) Kitab Veda di India terdiri daripada:

i. …………………………………………………………………………………………………..

ii. ………………………………………………………………………………………………….

iii. …………………………………………………………………………………………………..

iv. …………………………………………………………………………………………………..
[ 4 markah ]

4. a) Sumbangan tamadun daru segi politik yang paling keatas ialah sistem pemerintahan tersebut ialah:

i. ……………………………………………………………………………………………………

ii. ……………………………………………………………………………………………………
( 4 markah )
b) Jelaskan maksud hukum karma dalam agama Hindu.

………………………………………………………………………………………………………
( 2 markah )

c) Antara asas ajaran Buddha termasuklah empat kebenaran mulia yang dapat dicapai melalui Lapan
Jalan.Empat kebenaran mulia tersebut ialah:

i. ………………………………………………………………………………………………….

ii. ………………………………………………………………………………………………….

iii. ………………………………………………………………………………………………….

iv. …………………………………………………………………………………………………
( 4 markah )



SOALAN ESEI

1. Majlis perbandaraan Rom telah wujud pada abad ke 2 masihi

a) Jelaskan peranan majlis perbandaraan dalam tamadun Rom. (10 markah)

b) Nyatakan ciri-ciri sistem demokrasi yang diperkenalkan oleh Athens (10 markah)


2. a).Jelaskan perbezaan prisip undang-undang berasaskan Falsafah legalisme dengan prinsip undang-
undang berasaskan Confuciis dalam tamadun china . (10 markah)

b).Bincangkan kepentigan sistem undang-undang Rom (10 markah)


3. a) Bincangkan perkembangan sistem perundangan dalam zaman Dinasti Chin. (10 markah)

b) Terangkan usaha-usaha yang dilakukan oleh Shih Huang Ti untuk mengukuhkan
pemerintahannya. (10 markah)


4. a) Apakah kepentigan bahasa Sanskrit pada zaman vedik dalam tamadun India (5 markah)

b).Jelaskan maksud Hukum karma dalam agama Hindu. (5 markah)

c).Mengapakah berlakunya keruntuhan Dinasti Muarya . (10 markah)


BAB 2: PENINGKATAN TAMADUN

JAWAPAN SOALAN OBJEKTIF.

1C
2A
3A
4B
5D
6D
7D
8A
9A
10B
11C
12A
13C
14B
15D
16B
17A
1B
19A
20C



21B
22B
23B
24A
25A
26B
27C
28D
29A
30D
31B
32B
33B
34C
35C
36A
37B
38A
39A
40C
JAWAPAN SOALAN STRUKTUR.

1. a) i. Bekalan air
ii. Sistem pemanas
iii. Rumah ibadat
iv. Teater
v. Sarkas
vi. Tempat dialog
vii. Rumah mandi awam
viii. Istana (Hlm 40)

b) i. Janapada atau kerajaan kecil
ii. mahajanapada atau kerajaan besar (Hlm 40-41)

c) i. sistem saliran bawah tanah yang menyalurkan air melalui paip sejauh 165km yang
melibat 14 buah saliran terusan.
ii. bekalan air dapat diberikan kepada penduduk pada waktu aman dan semasa
peperangan selain untuk tujuan perindustrian dan pengangkutan. (Hlm 40)

2. a) i. Tamadun Yunani (Hlm 42)

b) Negara yang ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya dan diketuai
oleh presiden (Hlm 43)

c) i. Asia
ii. Afrika
iii. Eropah (Hlm 44)

d) i. Terdapat dewan perhimpunan dan majlis.
ii. Semua warga Negara lelaki diberi peluang menjadi anggota dewan perhimpunan
antara 6 bulan hingga 1 tahun
iii. Dewan perhimpunan bersidang 3 kali sebula
iv. Keputusan dewan dikendalikan oleh majlis
v. Ahli majlis, mejistret dan juri dilantik oleh dewan (Hlm 43)
e) i. Semua manusia sama di sisi undang-undang
ii. Seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah
iii. keadilan terhadap setiap individu
iv. hukum berasakan bukti yang kukuh (Hlm 46)

3. a) i. Pendidikan rendah
ii. Pendidikan menengah
iii. Pemdidikan tinggi (Hlm 5)
b) i. Rig veda
ii. Yajur veda
iii. Sama veda
iv. Atharra veda (Hlm 56)

4. a) i. Sistem pemerintahan demokrasi
ii. Sistem pemerintahan republic (Hlm 63)

b) kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati (Hlm 65)

c) i. Dukka atau penderitaan.
ii. Samudaya atau sebab penderitaan.
iii. Nirodha-nafsu yang membawa penderitaan.
iv. Marga-cara memadamkan nafsu dan keinginan. (Hlm 66)

JAWAPAN ESEI

1. (a)
Kuasa
Majlis mempunyai kuasa tersendiri dalam menjalankan urusan pentadbiran tanpa diganggu oleh pentadbiran pusat Rom.
Selesa
Memberi kehidupan yang lebih selesa kepda penduduk Bandar.
Terancang
Memastikan pengurusan dan perancangan Bandar yang lebih terancang dan sistematik
Sedia
Menyediakan kemudahan bekalan air, sistem pemanas, rumah Ibadat, sarkas, rumah mandi awam dan istana.
Majlis perbandaran
Segala keperluan penduduk Bandar disediakan oleh Majlis Perbandaran bagi memberikan keselesaan kepada penduduk bandar.
(5 x 2 = 10 markah)
1. (b)
Dewan
Terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis.
Lelaki
Semua warganegara lelaki dewasa Athens diberi peluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan antara 6 bulan hingga setahun.
Bersidang
Dewan Perhimpunan bersidang sebanyak 3 kali dalam sebulan.
Kemuka
Setiap ahli Dewan Perhimpunan boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan.
Keputusan
Segala keputusan Dewan Perhimpunan dikendalikan oleh Majlis.
Dilantik
Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh Dewan Perhimpunan.
Kuasa penuh
Dewan Perhimpunan mempunyai kuasa penuh ke atas Majlis , Majistret dan Juri.
(7 x 2 = 10 markah)
2. (a)
Penguatkuasaan
Legalisme berasaskan penguatkuasaan undang-undang yang tegas bagi menjamin keharmonian .
Kawal
Undang-undang yang tegas dan kukuh dapat mengawal tingkah laku manusia.
Pelihara
Undang-undang dan penguasaannya harus dipelihara tidak kira dalam apa jua keadaan.
Menekankan
Confucius menekankan keperluan membentuk budi pekerti.
Jaga
Menjaga keharmonian manusia dan masyarakat serta tidak mementingkan kekerasan.
(5 x 2 = 10 markah )
2. (b)
Seragam
Mewujudkan keseragaman undang-undang bagi membentuk kehidupan yang aman dan sejahtera.
Jamin
Menjalin keadilan undang-undang terhadap semua rakyat Rom.
Hukuman
Hukuman berasaskan bukti yang kukuh .
Mengetahui
Memastikan semua rakyat Rom mengetahui undang-undang yang kuatkuasa kan dan diketahui di tempat awam untuk tatapan rakyat.
Rujukan
Membentuk undang-undang bertulis yang boleh dijadikan sumber rujukan kepada hadirin-hadirin.
(5 x 2 = 10 markah)







3. (a)
Kawal
Mengawal tingkah laku manusia.
Teras
Hukuman berteraskan 2 prinsip iaitu hukuman berat dan bersifat kolektif.
Falsafah
Undang-undang berteraskan falsafah legalisme.
Gubal
Digubal dan diperkenalkan oleh alhi falsafah Han Fei Tzu di zaman Dinasti Chin
Tekan
Menekankan penguatkuasaan undang-undang yang tegas bagi mengawal tindak tinduk manusia dan tidak harus menjadi belas kasihan.
Belas
Dalam melaksanakan undang-undang tidak harus wujud belas kasihan
Undang-undang
Undang-undang confucius tekankan raja perlu menpunyai pekerti yang baik bagi menjaga keharmonian masyarakat.
Pelihara
Penguatkuasaan undang-undang harus dipelihara dalam apa juga keadaan.
Utuh
Raja harus memiliki kuasa yang utuh dalam melaksanakan undang-undang.
(9 x 2 = markah)
3. (b)
Hapus
Golongan bangsawan telah dihapuskan
Ganti
Diganti 2 orang pegawai kerajaan dilantik untuk mentadbir wilayah dalam empayar
Sistem feudal
Sistem feudal cuba dihapuskan dan sokongan bangsawan dilumpuhkan.
Mantap
kuasa pusat semakin mantap.
Bakar
Buku-buku Confusius dibakar kerana bertentangan dengan amalan legalisme.
Bendung
Penguatkuasaan undang-undang dan peraturan tegas bagi membendung kebangkitan rakyat.
Lantik
Melantik pemerintah diraja.
Ancaman
Membina Tembok Besar China bagi menghalang ancaman luar.
Perkenal
Memperkenalkan sistem kakitangan awam yang dilatih dan dilantik serta sistem peperiksaan awam .
Bantu
Maharaja dibantu oleh kaunselor Marshall.
(10 x 2 = 10 markah)
4. (a)
Pengaruh
Mempengaruhi perkembangan dalam bidang penulisan dan kesusasteraan.
(Kitab Veda, Epik, Sejarah , Sajak)
Sastera
Menpengaruhi sistem agama hindu dan Buddha (Epik Ramayana , Mahabrata.)
lahir
melahirkan bahasa lain seperti Hindi, Urdu, Punjabi dan Kasmiri.
(3 x 2 = 5 markah)

4. (b)
Kait
Berkaitan dengan kelakuan manusiasemasa hidup dan kelahiran semula selepas mati.
Karma
Kelahiran semula bergantung kepada karma.
Moksya
Tujuan hidup adalah untuk mencapai moksya (kebebasan Mutlak)
Bersatu
Sesiapa yang mencapai tahap ini akan bersatu dengan tuhan dan tidak akan lahir ke dunia.
Buat baik
seseorang perlu berbuat baik semasa hidupnya agar dapat mencapai moksya.
(5 x 2 = 5markah)

4. (c)
Kematian
Merosak selepas kematian Asoka tahun 232 sebelum masihi masyarakat berpecah belah akibat ketidakcekapan pemerintah dan perebutan kuasa.
Bebas
Wilayah-wilayah yang jauh dari pusat pemerintahan membebaskan diri daripada penguasaan kerajaan pusat.
Pemberontakan
Berlaku banyak pemberontakan oleh ketua-ketua tempatan.
Brahmin
Tentangan daripada golongan Brahmin yang tidak berpuas hati dengan dasar pemerintan Asoka.
Kacau
Berlaku kekacauan akibat kelemahan kerajaan pusat.
Cukai
Kerajaan pusat tidak memperoleh cukai dari wilayah-wilayah.
Pembunuhan
Empayar Maurya berakhir dengan pembunuhan Maharaja Birhadratha
(7 x 2 = 10 markah)

1 comment: