Sunday 8 November 2009

latihan ting 5 bab 6

BAB 6 PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA


SOALAN OBJEKTIF

Perjanjian Persekutuan -> Kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu Tanah Melayu


1. Kesan daripada peristiwa di atas terhadap Sarawak dan Sabah ialah (hlm. 136)

A. kekal sebagai Tanah Jajahan Mahkota British.
B. digabungkan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu.
C. diberikan kemerdekaan secara berasingan.
D. kekal ditadbir oleh SBBU dan keluarga Brooke.

2. Apakah cadangan Lee Kuan Yew berkaitan dengan pembentukan Malaysia? (hlm.139)

A. Gagasan Malaysia meliputi Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura.
B. Singapura dimerdekakan dahulu sebelum bergabung ke dalam Malaysia.
C. Penggabungan hanya melibatkan Tanah Melayu dan Singapura sahaja.
D. Singapura diberikan hak yang sama menentukan pembentukan Malaysia.

3. Apakah cadangan Dato’ Onn Ja’afar berkaitan dengan Persekutuan Tanah Melayu yang
merdeka? (hlm.137)

A. Dinamakan Malaysia.
B. Ditadbir oleh orang tempatan.
C. Digabungkan dengan Sarawak dan Sabah.
D. Ditadbir secara berpusat di Kuala Lumpur.

Tarikh : 27 Mei 1961
Tempat : Hotel Adelphi, Singapura
Cadangan : Pembentukan Malaysia


4. Harapan Tunku Abdul Rahman daripada cadangan beliau di atas ialah (hlm.138)

I. lahir sebuah negara yang merdeka.
II. terbentuknya sebuah masyarakat berdaulat.
III. satu kedudukan politik yang kukuh.
IV. wujud kerjasama ekonomi dan sosial.

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

5. Dari sudut politik, tujuan pembentukan Malaysia ialah (hlm.139)

I. keselamatan.
II. kemerdekaan.
III. dekolonisasi.
IV. pembentukan kerajaan.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV


Pilihanraya Hong Lim -> Kemenangan Barisan Sosialis



6. Kesan kepada Singapura ialah (hlm.139)

A. kemerdekaan Singapura.
B. penggabungan dengan Malaysia dipersetujui.
C. kemerdekaan Singapura ditangguhkan.
D. Singapura menjadi negara sosialis.

7. Daripada sudut masa depan politiknya, mengapakah Lee Kuan Yew bersetuju untuk menyertai Malaysia? (hlm.139)

I. Kebangkitan golongan sosialis.
II. Ancaman komunis.
III. Kepentingan ekonomi.
IV. Janji kemerdekaan.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

8. Kesan penubuhan Malaysia ke atas Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei ialah (hlm.139)

I. kemerdekan mereka dipercepatkan.
II. penyeragaman sistem pentadbiran.
III. bebas daripada ancaman komunis.
IV. pembangunan sosioekonomi dan politik.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

9. Implikasi penubuhan Malaysia ke atas Asia Tenggara ialah (hlm.140)

A. kemajuan sosioekonomi.
B. mewujudkan kestabilan politik.
C. perpaduan di kalangan negara-negara..
D. bebas daripada pengaruh kuasa besar.

10. Penubuhan Malaysia dipersetujui oleh pihak British kerana (hlm.140)

I. membendung pengaruh komunis di Tanah Melayu.
II. memastikan kepentingan di Singapura terkawal.
III. menjayakan proses dekolonisasi British.
IV. menyatukan pentadbiran tanah jajahan.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

11. Kepentingan penubuhan Malaysia daripada sudut ekonomi ialah (hlm.140)

I. menggalakkan pelaburan.
II. perkembangan industri pertanian.
III. wujud pasaran yang lebih luas.
IV. kemajuan perdagangan antarabangsa.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

12. Dari sudut demografi, penggabungan Sarawak, Sabah dan Brunei ke dalam Malaysia
mengakibatkan (hlm.140)

A. jumlah dan kadar pertumbuhan kaum seimbang.
B. peningkatan jumlah penduduk negara.
C. taburan penduduk antara wilayah seimbang.
D. peningkatan jumlah kaum bumiputera.


• Parti Islam se-Tanah Melayu
• Barisan Sosialis



13. Persamaan kedua-dua parti di atas berhubung dengan penyertaan Singapura ke dalam
Malaysia ialah (hlm.141)

A. menolak penggabungan dengan Singapura.
B. pandangan rakyat Singapura diambil kira.
C. Singapura perlu dimerdekakan terlebih dahulu.
D. pandangan rakyat Tanah Melayu perlu diambil.

14. Apakah pandangan UMNO berkaitan dengan penubuhan Malaysia? (hlm.141)

A. Penubuhan tanpa Singapura.
B. Penyertaan Singapura bersyarat.
C. Penggabungan melibatkan Singapura.
D. Pengaruh Barisan Sosialis di Singapura disekat.


“kita perlu menyekat pengaruh Barisan Sosialis yang berhaluan kiri. Dari itu kita perlu menyertai Malaysia”


15. Pemimpin Singapura yang mengeluarkan pernyataan di atas ialah (hlm.141)

A. David Marshall
B. Ong Eng Guan
C. Malcom Mac Donald
D. Lee Kuan Yew

16. Mengapakah Barisan Sosialis Singapura menentang penggabungan Singapura ke dalam
Malaysia? (hlm.141)

A. Kemenangan mereka dalam pilihanraya tidak diiktiraf.
B. Pengaruh mereka akan berkurangan.
C. Malaysia dianggap sebagai neo-kolonialisme.
D. Singapura kehilangan kepentingan ekonomi.


• Parti Buruh
• Parti Rakyat Bersatu



17. Persamaan kedua-dua parti di atas berkaitan dengan penyertaan Singapura ke dalam Malaysia ialah (hlm.141)

A. menuntut hak pentadbiran yang sama.
B. mengesa referendum rakyat dijalankan.
C. Menentang pandangan Barisan Sosialis.
D. memerdekakan Singapura terlebih dahulu.

18. Mengapakah Sarawak dan Sabah ingin kekal di bawah pentadbiran British sewaktu cadangan pembentukan Malaysia? (hlm.142)

A. Pembangunan wilayah terjamin.
B. Pemimpin tempatan terlibat dalam pentadbiran.
C. Keselamatan negeri dijamin oleh pihak British.
D. Tidak berkeyakinan membentuk kerajaan sendiri.


• SUPP
• PANAS

19. Persamaan kedua-dua parti di atas berhubung dengan pembentukan Malaysia ialah (hlm.142)

A. menentang penubuhan Malaysia.
B. bersetuju bergabung ke dalam Malaysia.
C. Sarawak dimerdekaan terlebih dahulu.
D. ingin kekal di bawah pentadbiran British.


• Pemimpin SNAP
• Ketua Menteri Sarawak pertama



20. Tokoh yang berkaitan dengan maklumat di atas ialah (hlm.142)

A. Ong Kee Hui
B. Dato’ Bandar Abang Haji Mustapha
C. Stephen Kalong Ningkan
D. Temenggung Jugah Anak Barieng

21. Pembentukan Parti Perikatan Sarawak yang menggabungkan beberapa buah parti di Sarawak bertujuan (hlm.143)

A. menghalang penyatuan Sarawak
B. menuntut kemerdekaan daripada British.
C. mewujudkan parti politik tunggal di Sarawak
D. menyekat pengaruh SUPP di Sarawak


Parti Perikatan Sabah -> Tuntutan Perkara 20



22. Tujuan tuntutan di atas ialah (hlm.144)

A. melindungi hak dan kepentingan penduduk.
B. diberikan hak untuk berkerajan sendiri.
C. jaminan mengekalkan kuasa imigresen.
D. pembangunan wilayah yang seimbang.


Bertanggungjawab mengkaji dan memuatkan tuntutan
20 perkara ke dalam Perlembagaan Malaysia



23. Maklumat di atas merujuk kepada (hlm.144)

A. Jawatankuasa Antara Kaum.
B. Jawatankuasa Antara Kerajaan.
C. Jawatankuasa Tuntutan 20 Perkara.
D. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum.

24. Hak wilayah asing yang membezakan pembahagian kuasa antara Sarawak dan Sabah dengan negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu meliputi (hlm.144)

I. ketua negeri.
II. kebudayaan tempatan.
III. bahasa kebangsaan.
IV. agama Islam.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV


• PESAKA
• SNAP
• UNKO


25. Apakah isu yang sering dibawa oleh ketiga-tiga parti di atas berkaitan penubuhan
Malaysia? (hlm.144)

I. Sarawak dan Sabah menjadi wilayah penguasan Persekutuan Tanah Melayu.
II. Ekonomi Sarawak dan Sabah akan dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan pusat.
III. Orang bukan Melayu dan peribumi Sarawak dan Sabah kehilangan identiti.
IV. Penguasaan orang Melayu ke atas orang bukan Melayu dan peribumi.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV



Penubuhan Malaysia -> Pemberontakan di bawah Tentera Nasional Kalimantan Utara

26. Apakah tujuan pemberontakan di atas? (hlm.145)

A. Menubuhkan Persekutuan Borneo.
B. Menyekat pengaruh British.
C. Mewujudkan negara Brunei yang merdeka.
D. Menghalang kemerdekaan Sarawak dan Sabah.


X -> Penubuhan Malaysia yang berbentuk neo-kolonialisme akan mengancam kedudukan Indonesia


27. Pandangan di atas akhirnya mengakibatkan Indonesia menjalankan dasar konfrantasi ke atas Malaysia. X merujuk kepada (hlm.146)

A. Parti Komunis Indonesia
B. Parti Nasionalis Indonesia
C. Parti Rakyat Indonesia
D. Parti Kebebasan Indonesia

28. Menerusi konsep Ganyang Malaysia, apakah tindakan oleh Indonesia untuk menghalang pembentukan Malaysia? (hlm.146)

I. Menyerang kapal-kapal nelayan Malaysia.
II. Menceroboh wilayah-wilayah di Malaysia
III. Menghantar pengintip memusnahkan gagasan Malaysia
IV. Membantu parti poltik tempatan yang menentang pembentukan Malaysia.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

Indonesia bertindak memburukkan nama Malaysia
di negara-negara Afro-Afrika dan negara Dunia Ketiga.


29. Tindak balas Malaysia yang mengambarkan kebijaksanaan pemimpin negara ialah (hlm.147)

A. menghantar delegasi ke Afrika menjelaskan hubungan diplomatik Malaysia- Indonesia.
B. menghantar surat bantahan kepada kerajaan Indonesia.
C. mengadakan persidangan memulihkan nama baik Malaysia.
D. memutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan Indonesia.

30. Perbidalan yang sesuai bagi mengambarkan hubungan Malaysia-Indonesia kesan daripada pembentukan Malaysia ialah (hlm.147)

A. bagai aur dengan tebing.
B. seperti api dalam sekam.
C. seperti pinang pulang ke tampuk.
D. air dicincang tidak akan putus.

31. Mengapakah Filipina tidak bersetuju dengan penggabungan Sabah ke dalam Malaysia?
(hlm.148)

A. Rakyat Filipina di Sabah akan terpinggir.
B. Mendakwa Sabah masih milik Kesultanan Sulu.
C. Malaysia akan menjadi kuasa baru di Asia Tenggara.
D. Kepentingan Filipina di Sabah akan terancam.

32. Pertubuhan yang telah berjaya memulihkan hubungan Malaysia-Filipina dan seterusnya mengiktiraf penubuhan Malaysia ialah (hlm.148)

A. ASA
B. SEATO
C. MAPHILINDO
D. ASEAN


Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum


33. Apakah peranan jawatankuasa di atas? (hlm.149)

I. Memberi penerangan berkaitan gagasan Malaysia.
II. Mengumpul pandangan penduduk berkaitan gagasan Malaysia.
III. Membincangkan syarat-syarat penubuhan Malaysia.
IV. Menggalakkan usaha ke arah kewujudan Malaysia.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

34. Aspek yang menjadi tumpuan Jawatankuasa Antara Kerajaan bagi membuktikan Malaysia
bukannya neo-kolonialisme ialah (hlm.150)

I. penyertaan pemimpin Sarawak dan Sabah dalam pentadbiran Malaysia.
II. kewajaran kemasukkan Sarawak dan Sabah ke dalam gagasan Malaysia.
III. hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah diambil kira.
IV. pendapat penduduk Sarawak dan Sabah berkaitan penubuhan Malaysia.

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

Suruhanjaya ini berperanan meninjau pandangan rakyat Sarawak
dan Sabah berhubung gagasan Malaysia.


35. Rakyat Tempatan yang menganggotai suruhanjaya di atas ialah (hlm.150)

I. Tan Sri Ghazali Shafie
II. Tun Abdul Razak Dato’ Hussein
III. Tun Tan Siew Sin
IV. Dato’ Wong Pow Nee

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

36. Hasil daripada tinjauan United Nations Malaysia Mission ke atas penduduk Sarawak dan Sabah mendapati (hlm.152)

A. majoriti penduduk ingin kekal di bawah British.
B. penduduk inginkan kemerdekaan terlebih dahulu.
C. pemimpin parti bersetuju menyertai Malaysia.
D. rakyat bersetuju meyertai gagasan Malaysia.

37. Aspek yang membuktikan ketokohan pemimpin negara berkaitan dengan penubuhan
Malaysia ialah (hlm.152)

I. kejayaan mengatasi tekanan daripada pihak komunis.
II. kemampuan mengatasi tentangan negara jiran secara diplomasi.
III. kejayaan mewujudkan kerjasama serantau dan antarabangsa.
IV. kemampuan mendapatkan bantuan asing menghadapi konfrantasi.


A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

38. Jaminan terhadap hak dan kepentingan rakyat Sarawak dan Sabah dalam Malaysia
sebagaimana yang terkandung dalam Akta Malaysia meliputi (hlm.155)

I. kedudukan bahasa Inggeris.
II. hal ehwal imigresen.
III. perkhidmatan awam.
IV. sempadan wilayah.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV


Penubuhan Malaysia <--> Amalan Demokrasi


39. Bukti yang menyokong perkaitan di atas ialah (hlm.142)

A. referendum berhubung persoalan dan syarat penggabungan.
B. pilihanraya memilih pemimpin Malaysia.
C. pengundian bagi pemberian nama Malaysia.
D. kesepakatan menolak penyertaan Brunei.


40. Bukti Perjanjian Malaysia 1963 mengambil kira kepentingan Sarawak, Sabah dan Singapura ialah (hlm.155)

I. penglibatan dalam meluluskan perjanjian.
II. pemerolehan kerusi dalam kerajaan.
III. taraf yang sama bagi rakyat bumiputera.
IV. bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh digunakan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV


SOALAN STRUKTUR

1. Politik, ekonomi dan sosial adalah merupakan aspek yang diambil kira dalam cadangan penubuhan Malaysia. Walaupun terdapat pelbagai reaksi terhadap cadangan ini, melalui pelbagai usaha akhirnya pembentukan Malaysia diterima pada 16 September 1963.

a). Senaraikan DUA buah negara di Kepulauan Borneo yang dicadang penggabungannya
ke dalam Malaysia.

i. ………………………………………………………………………………………….

ii. ………………………………………………………………………………………….
( 2 markah )

b). Nyatakan TIGA sebab British bersetuju dengan pembentukan Malaysia.

i. ……………………………………………………………………………………….. …

ii. …………………………………………………………………………………………..

iii. …………………………………………………………………………………………..
( 3 markah )

c). Nyatakan TIGA alasan yang mendorong Singapura di bawah Lee Kuan Yew bersetuju menyertai Malaysia.

i. …………………………………………………………………………………………..

ii. …………………………………………………………………………………………..

iii. …………………………………………………………………………………………..
( 3 markah )

d). Kemukakan DUA faktor ekonomi yang mempengaruhi pembentukan Malaysia.

i. …………………………………………………………………………………………..

ii. …………………………………………………………………………………………..
( 2 markah )


2. Suruhanjaya Cobbold telah dibentuk oleh kerajan British bagi mengkaji memorandum yang telah dikemukakan oleh Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum berkaitan dengan penubuhan Malaysia.

a). DUA rakyat tempatan yang turut menjadi ahli suruhanjaya di atas ialah

i. …………………………………………………………………………………………..

ii. …………………………………………………………………………………………..
( 2 markah )
b). Nyatakan DUA peranan suruhanjaya di atas berkaitan dengan penubuhan Malaysia.

i. …………………………………………………………………………………………..

ii. …………………………………………………………………………………………..
( 2 markah )

c). Nyatakan TIGA hasil daripada tinjauan suruhanjaya di atas di Sarawak dan Sabah berkaitan dengan penubuhan Malaysia.

i. …………………………………………………………………………………………..

ii. …………………………………………………………………………………………..

iii. …………………………………………………………………………………………..
( 3 markah )

d).Kemukakan TIGA cadangan suruhanjaya di atas berkaitan dengan penubuhan Malaysia.

i. …………………………………………………………………………………………..

ii. …………………………………………………………………………………………..

iii. …………………………………………………………………………………………..
( 3 markah )


SOALAN ESEI


1. a). Bincangan cadangan-cadangan awal ke arah pembentukan Malaysia.
( 9 markah )

b). Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan Malaysia.
( 11 markah )


2. a). Huraikan reaksi dalam dan luar negeri terhadap cadangan penubuhan Malaysia.
( 11 markah )

b). Bincangkan langkah-langkah yang telah diambil oleh pemimpin tempatan untuk
menangani pelbagai reaksi terhadap pembentukan Malaysia.
( 9 markah )



PANDUAN GURU

OBJEKTIF

1. A 11. C 21. D 31. B
2. C 12. A 22. A 32. C
3. A 13. D 23. B 33. B
4. C 14. B 24. C 34. B
5. A 15. D 25. D 35. C
6. C 16. C 26. A 36. D
7. A 17. B 27. A 37. A
8. C 18. D 28. A 38. A
9. B 19. B 29. C 39. A
10. B 20. C 30. A 40. A


STRUKTUR

1.a). i. Sarawak
ii. Sabah
iii. Brunei
( 2 markah )

b). i. menjayakan proses dekolonisasi.
ii. selaras dengan usul PBB memerdekakan tanah jajahan.
iii. kestabilan politik di Asia Tenggara.
iv. menghalang penyebaran pengaruh komunis.
v. kepentingan mereka terutama di Singapura terkawal
( 3 markah )

c). i. kebangkitan pengaruh Barisan Sosialis di Singapura.
ii. kemenangan Barisan Sosialis melemahkan parti pimpinan beliau.
iii. pengaruh Barisan Sosialis mengugat kemerdekaan Singapura.
iv. bimbang terhadap ancaman komunis.
( 3 markah )

d). i. mengwujudkan pasaran yang luas.
ii. menggalakkan pelaburan dalam industri pertanian.
iii. mengwujudkan kerjasama ekonomi.
( 2 markah )


2.a). i. Tan Sri Ghazalie Shafie.
ii. Dato’ Wong Pow Nee.
( 2 markah )

b). i. meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah.
ii. mengemukakan cadangan kepada British berkaitan cadangan gagasan Malaysia.
iii. menerima memorandum daripada pelbagai pertubuhan berkaitan gagasan Malaysia.
( 2 markah )

c). i. 1/3 rakyat menyokong penggabungan tanpa syarat.
ii. 1/3 rakyat menyokong dengan syarat kepentingan mereka dilindungi.
iii. 1/3 rakyat hendakkan kemerdekakan terlebih dahulu.
( 3 markah )

d). i. perlembagaan Malaysia berasaskan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
ii. Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresen dan bahasa Melayu.
iii. jaminan hak dan kedudukan bumiputera di Sarawak dan Sabah.
iv. pemberian nama Malaysia.
v. penentuan tarikh penubuhan Malaysia.
( 3 markah )


ESEI

1.a). Cadangan-cadangan awal ke arah pembentukan Malaysia.

Brassey Lord Brassey mencadangkan kerajaan British menggabungkan Sarawak dan Sabah dengan Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat.
Mac Donald Malcom Mac Donal mencadangkan Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan.
Dato’ Onn Dato’ Onn mencadangkan Tanah Melayu yang merdeka dinamakan Malaysia.
Marshall David Marshall dan Lim Yew Hock turut mencadangkan pembentukan Malaysia.
Lee Lee Kuan Yew mendesak British berunding dengan Tunku Abdul Rahman untuk menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.
TAR Tunku Abdul Rahman tidak bersetuju dengan penggabungan kerana akan berlaku ketidakseimbangan penduduk.
Setuju akhirnya Tunku Abdul Rahman bersetuju dengan penggabungan.
7 isi x 2 markah = mak. 9 markah

b). Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan Malaysia.

Sosialis perkembangan pengaruh Barisan Sosialis yang mengugat kemerdekaan Singapura.
Komunis bimbang terhadap ancaman dan pengaruh Parti Komunis Malaya.
Benteng penyertaan Singapura, Sarawak dan Sabah dapat menjadi benteng
menghadapi ancaman komunis.
Kemerdekaan mempercepatkan kemerdekaan Sarawak, Sabah dan Singapura.
Dekolonisasi menjayakan proses dekolonisasi British di Asia Tenggara selaras dengan usul PBB.
Kestabilan dapat mewujudkan kestabilan politik di Asia Tenggara.
Kawal British dapat mengawal kepentingan mereka terutama pengkalannya di Singapura.
Pasaran mewujudkan pasaran yang lebih luas.
Galak menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian.
Kerjasama mewujudkan kerjasama ekonomi untuk memanfaatkan keistimewaan yang ada.
Imbang mengimbangi jumlah dan kadar pertumbuhan kaum di kalangan negara-negara anggota.
Kesepakatan mewujudkan kesepakatan dan semangat setiakawan antara negara anggota.
12 isi x 2 markah = mak. 11 markah

2.a). Reaksi cadangan penubuhan Malaysia.

Runding Parti Islam se-Tanah Melayu dan Barisan Sosialis mahukan cadangan ini dirunding terlebih dahulu dengan penduduk Persekutuan Tanah Melayu.
UMNO UMNO bersetuju dengan penggabungan tanpa Singapura.
PAP Parti Tindakan Rakyat pimpinan Lee Kuan Yew bersetuju.
Sosialis Barisan Sosialis menentang kerana menganggap Malaysia satu penjajahan bentuk baru.
Buruh Parti Buruh dan Parti Rakyat Bersatu menyokong pandangan Barisan Sosialis berkaitan dengan pendapat rakyat.
Tolak awalnya penduduk Sarawak dan Sabah menolak cadangan penggabungan kerana ingin kekal di bawah British.
Sokong Parti Negara, SNAP, PESAKA dan SCA menyokong penyertaan Sarawak ke dalam Malaysia.
Setuju kesemua parti politik di Sabah bersetuju dengan penggabungan.
Brunei awalnya Sultan Brunei bersetuju dengan penggabungan.
Tentang Parti Rakyat Brunei menentang kerana bercita-cita menubuhkan Persekutuan Borneo dan anggap Malaysia neo-kolonialisme
Lancar melancarkan pemberontakan di bawah Tentera Nasional Kalimantan Utara.
Indonesia Indonesia membantah pembentukan kerna menganggap Malaysia neo-kolonialisme.
Konfrantasi mengisytiharkan dasar konfrantasi terhadap Malaysia.
Filipina Filipina membantah kerana menuntut Sabah.
14 isi x 2 markah = mak 11 markah


b). Langkah menangani reaksi.

Jelas menjelaskan kepada penduduk Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
Tindak bertindak balas terhadap pencerobohan Indonesia ke atas Malaysia dengan bantuan tentera Komanwel.
Pelihara memelihara kedaulatan negara dan rakyat apabila Indonesia bertindak memburukkan nama Malaysia di negara-negara Afro-Afrika dan negara Dunia Ketiga.
Hantar menghantar deligasi ke Afrika untuk menjelaskan masalah hubungan diplomatik antara Malaysia-Indonesia.
MAPHILINDO menyertai pertubuhan MAPHILINDO untuk memulihkan hubungan dengan Filipina dan Indonesia.
JPPK menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum untuk
menerangkan tentang gagasan Malaysia.
JAK menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan untuk menerangkan tentang penubuhan Malaysia.
7 isi x 2 markah = mak 9 markah

3 comments:

  1. Cikgu Saya Cikgu Kumar, bagaimana saya boleh menghubungi CIkgu? cikgu ade whatsaapp ? email saya discoverbujangvalley@gmail.com

    ReplyDelete
  2. cikgu mohon CnP ye...

    ReplyDelete