Wednesday 11 November 2009

latihan ting 4 bab 8

BAB 8: PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM SEBELUM KEDATANGAN BARAT



SOALAN OBJEKTIF

1. Pertapakan Islam di Tanah Melayu telah bermula sekitar abad ke-13 dan ke-14. Pengaruh Islam dalam ekonomi, politik dan sosial menjadi lebih ketara pada zaman kerajaan (hlm. 196)

A. Melaka
B. Perlak
C. Pasai
D. Aceh

2. Institusi pemerintahan beraja yang dipengaruhi unsur Hindu-Buddha merupakan sistem pentadbiran yang diamalkan di Tanah Melayu sebelum kedatangan Islam dikenali dengan konsep (hlm. 196)

A. maha-raja
B. dewa-raja
C. maha-dewa
D. maha-rani

3. Apakah istilah yang digunakan oleh institusi beraja kesan daripada penerimaan Islam? (hlm. 197)

A. Zillullah fil-Alam
B. Zillullah fil-Najah
C. Zillullah al-Muslim
D. Zillullah al-Mukminin

4. Undang-undang tidak bertulis dalam masyarakat Melayu lebih dikenali sebagai (hlm. 198)

A. hukum adat
B. kitab pegangan
C. jurai keturunan
D. kebudayaan rakyat

5. Masyarakat Melayu Minangkabau mengamalkan Adat Pepatih yang mengutamakan nasab keturunan sebelah ibu. Hal ini berlaku kerana anak perempuan diberi hak (hlm. 198)

A. menjadi ketua
B. mewarisi harta
C. menentu wasiat
D. memilih pasangan

6. Hukuman denda atau ganti rugi dibayar dalam bentuk harta yang dikenakan kepada pembunuh tanpa sengaja dinamakan (hlm. 198)
A. diat
B. qisas
C. tulah
D. hudud

7. Konsep daulat dalam masyarakat Melayu bertujuan untuk (hlm. 197-98)

I. menzahirkan kesaktian raja
II. mendewa-dewakan seorang raja
III. mengangkat kedudukan seorang raja
IV. menimbulkan penghormatan rakyat terhadap raja

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

8. Antara berikut, manakah kitab perundangan yang menentukan corak pemerintahan dan pentadbiran kerajaan kesan daripada kedatangan Islam? (hlm. 200)

I. Undang-Undang Pahang
II. Hukum Kanun Melaka
III. Undang-Undang Perak
IV. Hukum Kanun Johor

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

• Nahkoda dalam sebuah kapal diertikan sebagai imam
• Anak buah kapal sebagai makmun

9. Pernyataan di atas merujuk kepada (hlm. 202)

A. Undang-Undang Johor
B. Undang-Undang Perak
C. Undang-Undang Laut Melaka
D. Undang-Undang Pelabuhan Kedah

10. Perkembangan pesat bidang pendidikan Islam di Melaka dipengaruhi kewujudan ramai (hlm. 202)

A. ulama
B. mualaf
C. musafir
D. pedagang

Kitab al-Dur al-Manzun (Mutiara Tersusun)

11. Kitab Tasawuf di atas adalah hasil karangan (hlm. 202)

A. Maulana Abu Bakar
B. Maulana Abdul Aziz
C. Maulana Sadar Jahan
D. Maulana Ahmad Jailani

12. Antara berikut, manakah karya yang disimpan di istana Melaka? (hlm. 202)

I. Hikayat Seri Rama
II. Hikayat Abu Nawas
III. Hikayat Amir Hamzah
IV. Hikayat Muhamad Ali Hanafiah

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

• Masjid
• Surau


13.Senarai tempat di atas dijadikan pusat pendidikan fomal kerana kedua-duanya merupakan (hlm. 203)

A. tempat selesa dan bersih
B. pusat akitiviti keagamaan
C. tersedia semua kemudahan
D. pusat perkumpulan masyarakat

Tempat Sistem Pendidikan
Tanah Melayu Sistem X
Aceh Rangkang
Jawa Pesantren

14. Sistem X dalam rajah di atas merujuk kepada (hlm. 202)

A. tarbiah
B. halakah
C. pondok
D. sekolah

15. Sultan Melaka yang berminat kepada pengajian ilmu tasawuf ialah (hlm. 202)

A. Sultan Mansur Shah
B. Sultan Mahmud Shah
C. Sultan Muzaffar Shah
D. Sultan Alaudin Riayat Shah

16. Antara berikut, manakah yang menunjukkan ciri-ciri sistem madrasah sebagai sistem pendidikan formal di Tanah Melayu ? (hlm. 202-03)

I. mengikut tahap
II. mempunyai sukatan
III. mempunyai batasan waktu
IV. dilaksana secara kelas

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

• Sebuah Lembaga
• Jawatankuasa Kewangan


17. Apakah tugas badan di atas kepada perjalanan sesebuah madrasah? (hlm. 203)

A. menyelia
B. melatih guru
C. mencetak buku
D. menyediakan pondok

18. Pengaruh Islam yang paling ketara dalam bidang bahasa dan kesusateraan Melayu ialah (hlm. 204)

A. kata bidalan
B. tulisan jawi
C. tulisan rumi
D. karya jenaka

19. Antara berikut, manakah perbendaharaan kata bahasa Melayu yang berasal daripada bahasa Arab? (hlm. 204)

I. adil
II. daulat
III. hakim
IV. puasa

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

• Hikayat Nur Muhammad
• Hikayat Bulan Berbelah
• Hikayat Amir Hamzah

20. Apakah persamaan senarai karya di atas? (hlm. 204-05)

A. Berbentuk syair
B. Berbentuk prosa
C. Berbentuk seloka
D. Berbentuk gurindam

21.Hikayat Abu Nawas dan Hikayat Hassan Damsyik merupakan hasil karya saduran dari (hlm. 205)

A. India-Arab
B. Arab-Parsi
C. Rom-Mesir
D. Mesir-Parsi

22. Avalokitesvara ialah hasil seni yang berkaitan dengan (hlm. 205)

A. arca
B. candi
C. tampak
D. piramid

23.Berdasarkan kepada beberapa kajian, manakah masjid tertua di Tanah Melayu (hlm. 206)

I. Masjid Peringgit
II. Masjid Tengkera
III. Masjid Kampung Laut
IV. Masjid Kampung Keling

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

24.Setelah kedatangan Islam, motif pada seni ukiran Melayu kebanyakannya berasaskan (hlm. 204)

I. geometri
II. bunga-bungaan
III. binatang-binatang
IV. tumbuh-tumbuhan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

• Batu bersurat
• Batu nisan

Senarai di atas ialah satu bentuk kesenian (hlm. 206)

A. kufi
B. arca
C. gambus
D. epigrafi

25. Seni tulisan Islam yang banyak digunakan sebagai hiasan di masjid ialah (hlm. 206)

A. demotik
B. kaligrafi
C. hieroglif
D. ideogram

27.Tarian dabus terkenal di Perak mengandungi unsur keagamaan yang dikaitkan dengan kepahlawanan (hlm. 207)

A. Saidina Ali
B. Saidina Umar
C. Amir Hamzah
D. Saidina Hamzah

28.Sejenis puisi Arab yang memuji-muji kebesaran Islam berkembang di Johor ialah (hlm. 207)

A. nazam
B. ghazal
C. gurindam
D. marhaban

29. Bagi tujuan melicinkan pentadbiran di pelabuhan, kerajaan Melaka telah wujudkan jawatan (hlm. 209)

A. Kiwi
B. Nahkoda
C. Syahbandar
D. Laksamana

30.Sistem bahara adalah satu sistem timbangan yang digunakan di Melaka untuk menimbang (hlm. 209)

I. emas
II. perak
III. buah pala
IV. bunga cengkih

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

31.Dalam urusan perdagangan di Melaka terdapat dua kaedah digunakan, iaitu (hlm. 209)

I. kaedah pawah
II. kaedah jual beli
III. kaedah bertukar barang
IV. kaedah pinjam-meminjam

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

32. Mata wang di Johor diperbuat daripada timah berbentuk bulat dikenali sebagai wang (hlm. 210)

A. rial
B. petis
C. katun
D. soldos

• Diperbuat daripada emas
• Digunakan pada abad ke-16 di Kedah dan Johor

33.Berdasarkan pernyataan di atas, nama gelaran Islam yang tercatat di bahagian belakang mata wang ini dimaksudkan kepada (hlm. 210)

A. sultan
B. jajahan
C. kerajaan
D. syahbandar

34.Pedagang-pedagang dari China, India, dan Arab kebanyakannya menggunakan mata wang yang diperbuat daripada (hlm. 210)

A. emas
B. timah
C. perak
D. tembaga

• Disebut mata wang Kijang
• Diperbuat daripada emas

35. Negeri manakah yang menggunakan mata wang di atas? (hlm. 210)

A. Johor
B. Kedah
C. Melaka
D. Kelantan

36.Aktitiviti perdagangan yang pesat turut memperkembangkan bidang percukaian di Melaka. Sebanyak 6 peratus cukai dikenakan kepada pedagang dari (hlm. 211)

I. Siam
II. Jepun
III. Ceylon
IV. Tanah Arab

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

37. Terdapat beberapa jenis barang yang dikecualikan cukai oleh kerajaan Melaka iaitu (hlm. 211)

A. teh dan tembikar
B. beras dan senjata
C. rempah dan sutera
D. makanan dan beras

38.Tempat yang disediakan untuk urusan jual beli dijalankan di sepanjang sungai Melaka dikenali (hlm. 211)

A. gudang
B. pasar
C. bazar
D. kedai

39.Apakah jenis cukai dikenakan ke atas orang asing yang menetap di Melaka? (hlm. 211)

A. cukai kepala
B. cukai tetap
C. cukai diraja
D. cukai labuh batu

40.Golongan berada dan berkemampuan dikehendaki membayar zakat dan hasil kutipan ini akan di simpan di (hlm. 211)

A. baitulmal
B. balairung
C. masjid
D. istana

SOALAN STRUKTUR

1.
(a) Nyatakan dua jenis undang-undang yang diamalkan oleh masyarakat Melayu tradisional di Tanah Melayu.

(i) .........................................................................................................................................
(ii) .........................................................................................................................................
(2 markah)

(b)
Di manakah adat Perpatih dan adat Temenggung diamalkan di Tanah Melayu?

Adat Perpatih - ........................................................................................................................

Adat Temenggung - ................................................................................................................ (4 markah)

(c) Nyatakan perkara utama yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka.

(i) .........................................................................................................................................

(ii) .........................................................................................................................................
(2 markah)

(d) Terangkan 2 kepentingan undang-undang dalam masyarakat Melayu sebelum kedatangan British.

(i) .........................................................................................................................................

(ii) .........................................................................................................................................
(2 markah)

2. Pendidikan merupakan aspek sosial yang sangat penting.

(a) Nyatakan cara ibu bapa menyampaikan pendidikan kepada anak-anak mereka.

(i) .........................................................................................................................................
(ii) .........................................................................................................................................
(iii) .........................................................................................................................................
(iv) .........................................................................................................................................
(4 markah)

(b)Bagaimanakah proses pendidikan tidak formal berlaku dalam masyarakat Melayu tradisional?
(i) .....................................................................................................................................
(ii) .....................................................................................................................................
(iii) .....................................................................................................................................
(3 markah)

(c) Pendidikan formal dilaksanakan di sekolah pondok.
Senaraikan 3 buah sekolah pondok yang wujud di Tanah Melayu sebelum kedatangan British.
(i) .....................................................................................................................................
(ii) .....................................................................................................................................
(iii) .....................................................................................................................................
(3 markah)

3. Kedatangan Islam membawa kesan terhadap bahasa dan kesenian Melayu.

(a) Namakan hasil karya yang mendapat pengaruh Islam dalam bahasa Melayu.

(i) .....................................................................................................................................
(ii) .....................................................................................................................................
(iii) .....................................................................................................................................
(3 markah)

(b) Nyatakan bahagian pada binaan masjid yang bercirikan Islam.

(i) ....................................................................................................................................
(ii) ....................................................................................................................................
(iii) ....................................................................................................................................
(3 markah)
(c) Apakah fungsi surau dan masjid.
.....................................................................................................................................................
.....................................................................................................................................................
(2 markah)

(d) Apakah maksud pondok?
.....................................................................................................................................................
.....................................................................................................................................................
(2 markah)

4.Islam membawa kesan kepada sistem ekonomi di Tanah Melayu.

(a) Terangkan ciri-ciri Islam yang terdapat pada mata wang negeri Johor.

(i) .....................................................................................................................................
(1 markah)

(b) Apakah yang dimaksudkan dengan konsep cukai dalam sistem ekonomi di Tanah Melayu sebelum kedatangan British?

.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
(2 markah)

(c) Nyatakan jenis cukai yang wujud dalam sistem ekonomi tradisional Melayu.
(i) .....................................................................................................................................
(ii) .....................................................................................................................................
(iii) .....................................................................................................................................
(3 markah)

(d) Nyatakan peranan baitulmal.

.....................................................................................................................................
(2 markah)

(e) Nyatakan maksud riba.

.....................................................................................................................................
(2 markah
)
SOALAN ESEI


1.Dua jenis undang-undang yang diamalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.

(a)Mengapakah undang-undang digubal oleh pemerintah Melaka?
(b)Analisis kandungan fasal-fasal Hukum Kanun Melaka yang mempunyai pengaruh Islam.

2.Sistem pendidikan dititikberatkan dalam perkembangan pengaruh Islam di Tanam Melayu.

(a) Bagaimanakah istana berfungsi sebagai pusat pendidikan di Tanah Melayu?
(b) Jelaskan peranan masjid, surau dan madrasah di Tanah Melayu.

3.Sistem pendidikan di Tanah Melayu terbahagi kepada pendidikan secara formal dan tidak formal.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan tidak formal?
(b) Jelaskan pendidikan formal di Tanah Melayu sebelum kedatangan Barat.

4.Terangkan nilai-nilai amalan hidup berkeluarga dan bermasyarakat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu.


BAB 7: ISLAM DI ASIA TENGGARA

SKEMA SOALAN OBJEKTIF

1 A 11 D 21 B 31 D
2 C 12 B 22 A 32 B
3 C 13 A 23 D 33 A
4 D 14 B 24 C 34 B
5 C 15 C 25 C 35 D
6 A 16 A 26 B 36 B
7 A 17 B 27 C 37 A
8 D 18 D 28 D 38 A
9 D 19 C 29 B 39 C
10 A 20 B 30 B 40 C


SKEMA SOALAN STRUKTUR

Soalan 1

a) Wilayah Gujerat dan Koromandel
b) Snouck Hurgronje
c) i. Batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa
ii. Batu nisan Malik al-Salih di Pasai
d) Pemerintahan Alaudin Khilji di India
e) Kedatangan Islam melalui perdagangan

Soalan 2

a) i. Perdagangan
ii. Perkahwinan
iii. Pengislaman raja dan golongan bangsawan
iv Kelahiran kerajaan Islam
v. Peranan pusat kebudayaan
vi. Peranan mubaligh
vii.Keistimewaan Islam
b)
i. Mudah difahami
ii. Mengutamakan keadi
iii. Menganjurkan akhlak mulia
iv. Pengaruh pembesar atau raja

c) Syahbandar

d) i. Hamzah al-Fansuri
ii. Abdul Rauf Singkel
iii Syamsuddin Sumaterani

e) Persinggahan umat Islam sebelum ke Makkah

Soalan 3
a) i. Dinamakan dayah
ii. Terbahagi kepada 3 peringkat iaitu rendah, menengah dan tinggi
iii. Wanita juga digalakkan belajar di dayah

b)
i. Istana- tempat ulama berbicara hukum Islam dengan sultan dan pembesar
ii. Surau- tempat pengajaran al-Quran secara tidak fomal dan guru mengajar tidak tetap
iii. Madrasah- tempat melaksanakan sistem pendidikan formal


c) i. Wujudnya institusi kesultanan
ii. Mufti dilantik sebagai penasihat sultan
iii. Undang-undang syariah diamalkan
iv. Kadi dan pemungut zakat dilantik
v. Islam sebagai agama rasmi kerajaan Islam

d) i. Rajin bekerja
ii. Mencari rezeki yang halal
iii. Mengelakkan riba
iv. Berjimat-cermat
v. Amalan zakat dan sedekah

Soalan 4
a) i. Islam datang dari Arab oleh John Crawford
ii. Islam datang dari China oleh Emanuel Gadinho Eredia
iii. Islam datang dari Arab oleh Snouck Hurgronje

b)
i.Pedagang Arab singgah di pelabuhan Asia Tenggara dalam perjalanan ke China
ii.wujudnya perkampungan Arab di Sumatera Utara
iii.Orang Arab berkahwin dengan penduduk tempatan
iv.Adat resam dan kebudayaan Melayu terpengaruh dengan budaya Arab
v.Persamaan bahan penulisan kesusasteraan Asia Tenggara dengan yang terdapat di Arab

c)
i. Pedagang berdagang ketika menjalankan perdagangan
ii. Pedagang menunjukkan sikap dan akhlak yang baik
iii. Pedagang berhubung baik dengan pemerintah tempatan
iv. Pedagang berkahwin dengan gadis tempatan

d) W- Patani
X- Acheh
Y- Brunai
Z- Demak

SKEMA SOALAN ESEI

1. (a)
Tokoh
Teori ini dikemukakan oleh tokohnya iaitu Emanuel Godinho Eredia dan S. Q. Fatimi
Pusat Peniaga Arab mula mengunjungi Canton sebagai pusat perniagaan sejak abad ke 19 Masihi
Peniaga
Peniaga China yang berdagang ke Asia Tenggara menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara
Pindah
Berlaku perpindahan beramai-ramai pedagang Islam yang tinggal di Canton ke Asia Tenggara sekitar 876 Masihi
BBT
Penemuan Batu Bersurat Terengganu mengukuhkan dakwaan teori ini
Nisan Sepasang batu nisan bertarikh 1928M ditemui di Pekan, Pahang menunjukkan Islam dibawa oleh mubaligh Cina Islam menerusi Laut China Selatan ke Indo China sebelum sampai ke Pahang
Senibina
Terdapat persamaan unsur senibina di China dengan unsur senibina pada masjid-masjid di Nusantara seperti Kelntan, Melaka dan Pulau Jawa
( 7 X 2 = 12 markah)
1. (b)
Perdagangan
Pedagang dari Arab, China dan India berperanan menyebarkan Islam di Asia Tenggara melalui kegiatan perdagangan di pelabuhan utama di Asia Tenggara seperti pelabuhan di Selat Melaka, Teluk Siam dan Indo-China
Amalan
Kepercayaan dan amalan baru oleh golongan pedagang menjadi ikutan masyarakat setempat
Bincang
Perkampungan pedagang Islam dijadika pusat perbincangan tentang Agama Islam di kalangan pedagang yang tinggal di situ
Dakwah
Kedatangan ulama yang menjalankan kegiatan dakwah di bandar pelabuhan Asia Tenggara
Mahmudah
Sifat mahmudah di kalangan pedagang menarik lebih ramai penduduk memeluk Islam
Hubungan

Hubungan baik pedagang dengan pemerintah tempatan memudahkan kegiatan dakwah kepada masyarakat tempatan
Kejujuran
Pedagang menyandang jawatan syahbandar dibeberapa pelabuhan Asia Tenggara kerana sifat jujur dan amanah
(2 X 7 = 8 m)
2.
(a)
Berpengaruh
Peranan yang dimainkan oleh Tun Perak sebagai bendahara Melaka amat berpengaruh sekali
Menguasai
Beliau telah berjaya menguasai beberapa kawasan baru seperti kawasan pesisir pantai Sumatera Utara iaitu Aru, Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri menerusi penaklukan
Istimewa
Rakyat yang ingin mendapat keistimewaan dari raja Melaka telah mendorong mereka memeluk Agama Islam
Ulama
Beberapa ulama telah dihantar ke kewasan tersebut untuk mengajar mereka tentang Agama Islam
Sebar
Melaka telah muncul sebagai pusat penyebaran Islam yang terkenal
Luas
Tun Perak telah meluaskan kuasa dan penyebaran Islam di kawasan-kawasan baru
(6 X 2 = 10 m)

2. (b)
Sekat
Kerajaan Acheh semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam berusaha menyekat kehadan barat dan pengaruh Kristian
Kristian
Agar Agama Kristian tidak berkembang di Asia Tenggara
Menaungi
Menaungi beberapa negeri kecil di Sumatera Utara
Takluk Menakluki negeri-negeri di Tanah Melayu
Kukuh
Menjadikan kerajaan Acheh sebagai sebuah kerajaan yang kukuh
Perdagangan
Merupakan sebuah pusat perdagangan yang terpenting di Asia Tenggara
Serambi Makkah Telah digelar sebagai Serambi Makkah kerana kebanyakan Orang Islam dari Asia Tenggara akan singgah di Acheh dalam perjalanan ke Makkah untuk menunaikan haji
(7 X 2 = 10 m)

3. (a)
Sultan
Sistem pemerintahan berasaskan Islam, institusi kesulatanan diperkenalkan
Waris
Institusi kesultanan diwarisi daripada kerajaan Abbasiyah dan Turki Uthmaniyah
Gelaran
Gelaran seperti “Zillulah Fil’Alam” atau “Bayangan Allah di dalam alam dan “Pemimpin Orang Mukmin” diberi kepada raja-raja Melaka
Wakil
Sultan dianggap khalifah Allah / wakil Allah di bumi
Ganti
Unsur-unsur Islam telah menggantikan sistem pemerintahan beraja Hindu / konsep dewaraja
Mufti
Mufti dilantik sebagai penasihat sultan dalam hal ehwal agama Islam dan pentadbiran negara
Pegawai
Pegawai dan petugas lain dalam pentadbiran negara Islam spt kadi, khatib, bilal, pemungut zakat
Rasmi
Islam dijadikan agama rasmi
Kerajaan
Unsur-unsur Islam terdapat pada nama kerajaan seperti Acheh
Nama
Nama raja menggunakan Islam seperti Sultan Mansur Syah
Undang-undang
Undang-undang Syariah diperkenalkan

(11 X 2 mak = 12m)

3.
(b)
Asimilasi
Cara hidup Islam telah diasimilasikan ke dalam budaya masyarakat Asia Tenggara
Pakaian
Lahir cara hidup yang berorientasikan Islam spt cara berpakaian - bertudung kepala dan bersongkok
Sama
Islam telah mengubah sistem sosial masyarakat daripada sistem kelas kepada konsep persaudaraan dan persamaan taraf
Akhlak
Nilai-nilai akhlak Islam telah dijadikan panduan dalam kehidupan harian
Kerjsama Sifat tolong menolong , hormat-menghormati dan bekerjasama menjadi budaya masyarakat
Gotong-royong
Cara hidup Islam diamalkan seperti amalan gotong-royong di kampung-kampung
Bersatu-padu
Siap dan amalan bersatu-padu di kalangan masyarakat kampung dapat dipupuk dan diperkukuh

(7 X 2 mak 8 m)

4.
(a)
Terhad
Sebelum Islam, pendidikan terhad kepada golongan bangsawan sahaja
Peluang
Orang awam tidak berpeluang mendapat pendidikan khususnya pendidikan formal
Penting
Sikap mementingkan ilmu ditanam di dalam jiwa semua ahli masyarakat
Wajib
Setiap orang Islam wajib menuntut ilmu
Formal
Wujud institusi pendidikan formal seperti istana, pondok, madrasah, surau
Perlak Pusat pendidikan Islam formal yang terawal di Asia Tenggara ialah di Perlak, Sumatera Utara Pusat Sebuah pusat penterjemahan karya agama muncul di Samudera–Pasai
Luas
Pendidikan pondok yang bermula di Perlak berkembang meluas ke negara-negara

A.Tenggara lain
Peringkat
Pendidikan Di Acheh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu rendah, menengah dan tinggi
Makkah
Pada abad ke 16 dan 17, ramai pelajar bertumpu di Acheh untuk mendalami ilmu pengetahuan dan digelar serambi Makkah

(10 X 2 mak 10m)

4.
(b)

Seni khat
Khat
Antara jenis khat termasuklah khat thuluth, diwani, kufi, faris dan sebagainya.
Guna
Digunakan sebagai hiasan di masjid dan madrasah, batu nisan, barang tembikar, mata wang, pakaian dll
Quran
Kebanyakan tulisan khat ini merupakan petikan ayat Al-Quran
Sukai
Jenis tulisan khat yang disukai oleh orang Melayu adalah jenis kufi dan nasakh
Seni bina
Kegunaan
Menonjolkan wajah binaan yang sesuai dengan kegunaannya cth masjid untuk solat dan aktiviti sosial.Berbeza Sesuatu binaan berbeza dengan binaan lain. Contohnya masjid dibina berbeza dengan binaan lain melambangkan rasa seni yang tinggi
Indah Binaan seperti istana raja dibina dengan indah dilengkapi balairung, tempat bersemayam dan sebagainya.Hiasan Setiap binaan dilengkapi hiasan ukiran
Motif Hiasan bermotifkan tumbuh-tumbuhan, bunga dan geometri
Jenis Binaan rumah orang Melayu dibahagikan kepada beberapa jebis seperti rumah perabung panjang, rumah tiang 12, rumah perabung 5, rumah Melaka, rumah Minangkabau dan rumah limas.

No comments:

Post a Comment