Tuesday 10 November 2009

latihan ting 4 bab 4

BAB 4 : KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA


SOALAN OBJEKTIF

Perkembangan tamadun Islam tidak bergantung
kepada potensi lembah sungai seperti tamadun lain.


1. Keadaan ini berlaku kerana …..(hlm. 99)

A. kekuatan angkatan tentera.
B. Penggunaan konsep dewa-raja.
C. Pembinaan monumen dan kota pertahanan.
D. Kemantapan pemikiran dan ajaran agama.

2. Mengapakah keruntuhan Empangan Maarib dianggap simbolik kepada gambaran masyarakat Jahiliah di Tanah Arab?

A. Kegagalan mewarisi kepentingan ilmu.
B. Kesibukan dalam urusan perdagangan.
C. Kelalaian membaiki empangan
D. Perebutan dalam menguasai empangan.

3. Apakah faktor utama yang menyebabkan masyarakat Zaman Jahiliah gagal membina semula Empangan Maarib yang telah pecah? (hlm. 101)

A. Kehidupan mereka tidak bersatu
B. Tiada kemahiran yang mencukupi.
C. Terlalu sibuk dengan perdagangan
D. Gagal membiayai kos pembinaan yang tinggi.

4. Antara berikut pernyataan manakah berkaitan dengan maksud Zaman Jahiliah?

I. Zaman kegelapan, kejahilan, dan kebodohan.
II. Masyarakat Arab yang tidak menerima kebenaran.
III. Tiada kitab suci untuk panduan hidup.
IV. Nabi Muhammad s.a.w. belum menyebarkan Islam.

A. I, II, dan III
B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV

5. Antara berikut manakah ciri-ciri ekonomi masyarakat Arab Jahiliah? (Hlm. 101)

I. Eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin.
II Wanita hanya mewarisi harta peninggalan ibunya.
III Jual beli dilakukan dengan cara sistem tukar barang.
IV Merompak merupakan satu kewajipan dalam kabilah.

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

6. Mengapakah wujud diskriminasi yang jelas terhadap golongan wanita pada Zaman
Jahiliah? (Hlm. 101)

I. Bayi perempuan ditanam hidup-hidup.
II. Harta pusaka tidak boleh diwarisi.
III. Wanita menjatuhkan maruah keluarga.
IV. Perkahwinan sesama kabilah dihalang.


A. I, II, dan III
B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV


Kegiatan ekonomi bagi masyarakat Jahiliah mementingkan keuntungan dan kekayaan semata-mata.

7. Apakah kesan daripada situasi ini? (Hlm. 101)

A. Amalan riba tidak dibenarkan.
B. Masalah kemiskinan dapat diatasi.
C. Ramai golongan Quraisy menjadi kaya.
D. Rompakan tidak menjadi satu kesalahan.

8. Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan sistem Kabilah dengan semangat assabiah.
Apakah yang dimaksudkan dengan semangat assabiah? (Hlm. 102)

A Sifat sayangkan ahli keluarga.
B Perasaan kesukuan yang menebal.
C Semangat bantu-membantu antara ahli.
D Wujud kerjasama yang erat antara suku.

9. Mengapakah amalan sistem kabilah memberi implikasi yang buruk kepada kehidupan masyarakat Arab Jahiliah? (Hlm. 102)

I Ahli kabilah terpaksa tinggal dalam kelompok masing-masing.
II Budaya amalan masyarakat tradisi masyarakat Jahiliah terhapus.
III Berlaku peperangan yang berlanjutan walaupun sebab kecil.
IV Wujud semangat kesukuan yang menebal di kalangan masyarakat Arab Jahiliah.

A. I dan II
B. II dan II
C. III dan IV
D. I dan IV


Sistem kabilah berjaya menanamkan semangat kesukuan yang menebal di kalangan ahlnya semasa Zaman Jahiliah.

10. Bagaimanakah sistem kabilah berjaya memupuk semangat tersebut di kalangan ahli? (Hlm 102)

A Terikat dengan peraturan yang ditetapkan oleh kabilahnya.
B Berpeluang mendapat ganjaran yang besar jika setia.
C Mementingkan semangat persaudaraan antara kabilah.
D Mengenakan hukuman bunuh kepada ahli yang keluar kabilah.

11. Apakah kesan peperangan al-Basus yang berlaku antara Bani Taghlib dengan Bani Bakar?(Hlm. 102)

A Berlaku perdamaian selama 10 tahun
B Kejatuhan kerajaan Arab Zaman Jahiliah.
C Pertikaian berlarutan sehingga 40 tahun.
D Tertubuhnya pasukan tentera yang kuat.

12. Apakah faktor kemunculan semangat assabiah? (Hlm 102)

I Struktur sistem kabilah yang berasaskan kesukuan.
II Kehidupan mereka terasing daripada kabilah yang lain.
III Semangat ingin memajukan kawasan masing-masing.
IV Keadaan geografi dan tempat tinggal mereka yang kering-kontang.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

13. Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mengakhiri zaman kegelapan masyarakat Arab.
Mengapakah kelahiran nabi atau rasul penting ketika itu?

A Memberi petunjuk kehidupan.
B Membina semula Empangan Maarib.
C Meningkatkan hak dan status wanita.
D Menjadi ketua kabilah kaum Quraisy.

• Abdul Manaf
• Qusai
• Hashim
• Abdul Muttalib


14. Tokoh yang disenaraikan di atas merupakan (hlm. 103)

A bapa saudara Nabi Muhammad s.a..w. yang memelihara baginda.
B sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang membantu dalam penyebaran Islam.
C keluarga Nabi Muhammad s.a.w. yang pernah memimpin kota Makkah.
D orang Quraisy yang menentang ajaran Islam dengan hebatnya.

15. Antara berikut pernyataan manakah mengenai latar belakang Nabi Muhammad s.a.w.? (Hlm.104)

I Disusui dan dibela oleh Halimatus Sa’diyah.
II Dilahirkan pada Tahun Gajah sempena serangan tentera bergajah.
III Mengikuti rombongan perniagaan datuknya ke Syam ketika berusia 12 tahun.
IV Mengembala kambing kepunyaan Abdul Muttalib ketika masih kecil.

A. I dan II
B II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

16. Pendeta Nasrani, Buhaira pernah menasihati Abu Talib menyelamatkan Nabi Muhammad s.a.w. daripada ancaman bunuh orang Yahudi ketika masih kecil. Bagaimanakah hal ini berlaku? (Hlm. 104)

A Pendeta melihat tanda kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
B Abu Talib mendapat maklumat daripada ketua suku Quraisy Arab.
C Abu Lahab menyuruh Buhaira membunuh Nabi Muhammad s.a.w.
D Nabi Muhammad s.a.w. menjadi ancaman Yahudi sejak dari kecil.

17. Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. digelar ‘al- Amin’? (Hlm. 104)

A Pemaaf dan pengampun
B Suka membantu golongan miskin
C Bersifat amanah dan dipercayai
D Bergaul dengan semua orang.



18. Perletakan semula Hajar Aswad ke tempat asalnya oleh Nabi Muhammad s.a.w. menunjukkan kebijaksanaan dan kepimpinan baginda dalam menangani masalah yang timbul.
Apakah kesan daripada tindakan baginda itu?. (Hlm. 106)

A Mengukuhkan perpaduan masyarakat Makkah.
B Masyarakat Makkah menerima ajaran Islam.
C Makkah menjadi tempat pertemuan penyair.
D Masjidil Haram mula diasaskan.

19. Surah al-Alaq ayat 1-5 memerintahkan umat Islam supaya membaca. Mengapakah membaca diwajibkan kepada umat Islam? (Hlm. 109)

A Menjadi asas pembentukan tamadun manusia.
B Menyaingi pencapaian tamadun Rom dan Yunani.
C Menamatkan kehidupan Jahiliah masyarakat Arab.
D Membolehkan masyarakat Arab membaca al-Quran.

“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan manusia dengan segumpal darah. Bacalah, Tuhanmu yang teramat mulia yang mengajar dengan pena. Yang mengajar manusia apa yang tidak diketahui”.
Surah al-Alaq: ayat 1 – 5


20. Apakah kesimpulan daripada ayat di atas?

I Pensel dan pena penting ketika menuntut ilmu.
II Pertumpahan darah diharamkan dalam Islam.
III Amalan membaca penting dan digalakkan dalam Islam.
IV Membuat kajian dan penyelidikan dituntut dalam Islam.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

21. Mengapakah perisytiharan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasulullah melalui surah al-Muddasir memberi rahmat kepada semua umat? (Hlm.108)

A Menyeru manusia supaya menunaikan haji di Makkah.
B Mewajibkan ajaran Islam disampaikan kepada manusia.
C Menggalakkan manusia mencari rezeki dengan perniagaan.
D Mewajibkan sembahyang fardu lima waktu kepada umat Islam.

Gua Hirak
- Terletak di puncak Bukit Nur, utara Makkah
- Jarak dengan kota Makkah kira-kira 6 km


22. Apakah yang berlaku di Gua Hirak seperti yang dinyatakan di atas? (hlm. 107)

I Tempat Nabi Muhammad s.a.w. bertahannuth.
II Turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w.
III Nabi bersembunyi daripada buruan orang Arab Quraisy.
IV Termeterai perjanjian antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan orang Quraisy.

A. I dan II
B. II dan III
C III dan IV
D I dan IV


23. Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu kedua daripada Allah di Makkah.
Antara berikut manakah perintah wahyu tersebut kepada baginda?

A Membasmi kejahilan.
B Menyebarkan ilmu pengetahuan untuk membina kemajuan
C Menyebarkan ajaran Islam termasuk memperluaskan ajaran al-Quran
D Mewujudkan kerjasama dengan orang bukan Islam

- Uthman bin Affan
- Zubair bin Awam
- Al-Arqam bin Abu Arqam


24. Apakah kaitan tokoh di atas dengan dakwah Islamiah di Makkah?

A Membantu Nabi s.a.w. berlindung di Gua Hirak
B Memberi sokongan awal kepada Nabi Muhammad s.a.w.
C Menolong Nabi s.a.w. melakukan Hijrah di Habsyah.
D Memberi modal kepada perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.

Dakwah secara rahsia dan terbuka

25. Mengapakah pendekatan dakwah Islam secara rahsia peringkat awal Nabi Muhammad sangat penting? (Hlm.109)

A Menghindari kewujudan nabi-nabi palsu
B Menjaga hati ketua-ketua kabilah
C Mengelakkan ancaman bunuh kaum Quraisy
D Mendapatkan sokongan daripada sahabat karib

26. Mengapakah dakwah Islamiah pada peringkat awal di Makkah dilakukan secara rahsia?(Hlm. 110)

I Bilangan umat Islam masih kecil.
II Ajaran Islam masih belum lengkap
III Orang ramai tidak dapat mengetahuinya.
IV Satu strategi dalam penyebaran Islam.

A. I dan II
B. II dan III
C III dan IV
D. I dan IV

27. Apakah peristiwa penting yang berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w. ketika dakwah Islamiah disampaikan di Bukit Safa? (Hlm. 109)

A Semua pembesar Quraisy memeluk Islam
B Pemuda Quraisy mengepung daan ingin membunuh Nabi s.a.w.
C Abu Lahab menghina baginda sehingga terganggu dakwah yang disampaikan.
D Sekumpulan orang Islam dibunuh dengan kejam oleh pemuda Quraisy Makkah.


28. Bagaimanakah cara Nabi menjalankan dakwah kepada golongan Quraisy dengan berkesan melalui pendekatan secara hikmah? (Hlm. 110)

A Menggunakan akal secara bijak
B Memujuk rayu supaya memeluk Islam
C Memberi layanan sekiranya memeluk Islam
D Merobohkan tempat-tempat penyembahan berhala.

- Bilal bin Rabah
- Amir bin Fuhairah
- Zunainah


29. Apakah persamaan tokoh di atas? (hlm. 110)

A Pembesar Quraisy yang kaya.
B Penentang kepada penyebaran Islam.
C Pernah diseksa oleh orang Arab Quraisy.
D Panglima tentera Islam yang terkemuka.

29. Antara yang berikut, pendekatan manakah yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika menyebarkan Islam? (hlm.111)

I Menunjukkan teladan yang baik
II Membaca ayat al Quran untuk menjawab pertanyaan sahabat.
III Memberi ganjaran lumayan kepada sesiapa yang memeluk Islam.
IV Membandingkan nilai akhlak masyarakat Jahiliah dengan Islam

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

31. Mengapakah orang Arab Quraisy Makkah menentang ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kepada mereka? (Hlm. 111)

I Menggugat pengaruh dan kedudukan mereka.
II Islam mengamalkan prinsip persamaan taraf.
III Sikap dan peribadi Nabi s.a.w. tidak disenangi.
IV Ajaran Islam menggugat perusahaan mengukir patung.

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

32. Mengapakah konsep persamaan taraf sesama manusia dalam ajaran Islam ditentang keras oleh masyarakat Arab Jahiliah? (Hlm. 111)

A Bertentangan dengan sistem sosial jahiliah.
B Melenyapkan sistem politik berasaskan kabilah.
C Menjejaskan sumber pendapatan pengukir patung.
D Persamaan hak terhadap kaum wanita tidak wajar.

33. Bagaimanakah suruhan menyembah Allah Yang Maha Esa telah menggugat ekonomi orang Quraisy? (Hlm.112)

A Menghalang amalan riba.
B Menutup ekonomi pengukir patung.
C Mengharamkan perniagaaan dalam Islam.
D Menyekat kegiatan rompakan sebagai sumber rezeki.

34. Pelbagai usaha dilakukan oleh Arab Quraisy untuk menyekat dakwah Nabi Muhammad s.a.w tetapi gagal. Antara pernyataan berikut yang manakah cara dakwah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w.? (Hlm. 112)


A Menunjukkan sifat sedia berkorban dan bantu-membantu .
B Menanamkan keimanan yang kukuh di jiwa umat Islam.
C Mempunyai sabar ketika menghadapi cabaran dan halangan.
D Menjanjikan tempat tinggal dan kedudukan ekonomi yang baik.

- Ejekan
- Ugutan
- Pemulauan


35. Bentuk-bentuk penentangan di atas dilancarkan oleh orang Quraisy terhadap Islam.Mengapakah tindakan pemulauan tidak berjaya sepenuhnya? (Hlm.112)

A Orang Quraisy yang tidak mematuhi peraturan.
B Bekalan makanan orang Islam mencukupi.
C Semangat kabilah menggalakkan kerjasama.
D Orang Islam bertindak memerangi orang Quraisy.

36. Semasa berdakwah di Makkah, Nabi Muhammad dan keluarga baginda pernah dipulaukan.Antara pernyataan berikut manakah bentuk pemulauan yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w.? (Hlm.112)

I melarang jual beli dengan keluarga baginda.
II menegah berkahwin dengan anggota keluarga baginda.
III menghalau baginda bersama keluarga keluar dari kota Makkah.
IV menghalang sebarang pertolongan diberikan kepada keluarga baginda.

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Aisyah binti Abu Bakar merupakan Srikandi Islam yang ulung dalam sejarah perkembangan Islam.

37. Apakah keistimewaan yang terdapat pada Aisyah binti Abu Bakar? (Hlm. 112)

I merupakan wanita yang bijak dan kuat ingatan.
II menjadi sumber rujukan hukum-hukum Islam.
III mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang Islam.
IV menjalankan perniagaan bersama Nabi Muhammad s.a.w.

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D. II, III dan IV

38. Apakah strategi yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam menyebarkan Islam setelah menerima tentangan daripada orang Quraisy Makkah? (Hlm. 113)

I meminta orang Islam berhijrah ke Habsyah.
II mengarahkan sekumpulan orang Islam berhijrah ke Taif.
III memberi latihan ketenteraan yang secukupnya kepada orang Islam.
IV melakukan penghijrahan ke Madinah selepas mendapat keizinan daripada Allah.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

39. Tindakan Nabi Muhammad s.a.w tidak bersama pengikutnya ketik penghijrahan ke Habsyah mencerminkan rasa tanggungjawab baginda kepada pengikutnya. (Hlm.113)
Buktikan pernyataan ini.

A Khuatir akan kehilangan pengaruh di Makkah
B Menjamin keselamatan pengikutnya di Makkah.
C Bimbang ancaman bunuh oleh kaum Quraisy terhadapnya.
D Mengelakkan kebencian masyarakat Habsyah terhadap ajaran Islam.

40. Apakah faktor yang mempengaruhi Nabi Muhammad s.a.w. dan umat Islam berhijrah ke Madinah pada tahun 622 Masihi? (Hlm.113)

I. Desakan para sahabat
II. Perintah dari Allah.
III. Jemputan suku Aus dan Khazraj.
IV. Kedudukan Madinah yang strategik.

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

SOALAN STRUKTUR



1. Masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai masyarakat Jahiliah. Zaman ini dianggap sebagai Zaman Kegelapan.

a. Apakah yang dimaksudkan dengan Jahiliah?

…………………………………………………………………………………………………. (1 markah)

b. Nyatakan sebab-sebab zaman ini dianggap sebagai Zaman Kegelapan.

i. ………………………..…………………………………………………………………

ii. …………………………………………………………………………………………..

iii. ………………………………………………………………………………………….

iv. …………………………………………………………………………………………
(4 markah)

c. Senaraikan ciri-ciri kegiatan ekonomi masyarakat zaman Jahiliah.

i. ……………………………………………………………………………………………

ii. ……………………………………………………………………………………………

iii. ………… ……………………………………………………………………………….
(3 markah

d. Apakah kesan amalan sistem kabilah?

i. …………………………………………………………………………………………...

ii. ……………………………………………………………………………………………
(2 markah)

2. Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai budi pekerti yang mulia dan seorang pemimpin yang berkaliber.


a. Nyatakan 4 sifat terpuji Nabi Muhammad s.a.w.

i. ………………………………………………………………………………………

ii. ………………………………………………………………………………………….

iii ………………………………………………………………………………………….

iv. ………………………………………………………………………………………….
(4 markah)
b. Nyatakan peristiwa penting yang membuktikan Nabi Muhammad digelar al- Amin.

i. ………………………………………………………………………………………..
(2 markah)
c. Senaraikan peristiwa yang menunjukkan kewibawaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin yang unggul sebelum dilantik menjadi rasul.

i. ………………………………………………………………………………………….
(2 markah)

d. Nyatakan sifat-sifat kepimpinan yang ada pada Rasulullah yang perlu dicontohi oleh pemimpin lain.

i. ………………………………………………………………………………………….

ii. …………………………………………………………………………………………
(2 markah)

3. Penyebaran Islam di Makkah dilakukan secara rahsia dan kemudiannya secara terbuka.

a. Siapakah sasaran utama dakwah Islamiah secara sulit?

i. ……………………………………………………………………………………………

ii. ……………………………………………………………………………………………...
(2 markah)
b. Namakan tokoh-tokoh yang berjaya diislamkan oleh Rasulullah di peringkat awal.

i. ………………………………………………………………………………………………

ii. ……………………………………………………………………………………………..

iii. …………………………………………………………………………………………...

iv. ……………………………………………………………………………………………
(4 markah)
c. Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. menggunakan strategi secara rahsia di peringkat awal semasa menyebarkan dakwah Islamiah?

i. ……………………………………………………………………………………………..

ii. ……………………………………………………………………………………………..
(2 markah)

d. Apakah peristiwa yang menyebabkan Nabi menjalankan dakwah Islamiah secara terbuka?

i. ……………………………………………………………………………………………
(2 markah)


4. Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. ialah Surah
al-Alaq dan wahyu kedua pula adalah Surah al-Muddasir.

a. Apakah kepentingan Surah al Alaq ayat 1 – 5 kepada umat Islam?

i. ………………………………………………………………………………………………

ii. ……………………………………………………………………………………………..
(4 markah)

b. Mengapakah Islam menggalakkan umatnya membaca dan membuat kajian?

i. ……………………………………………………………………………………………...
(2 markah)

c. Apakah kepentingan Surah al-Muddasir ayat 1-7?

i. ……………………………………………………………………………………………..

ii. …………………………………………………………………………………………….
(2 markah)

d. Nyatakan perkara utama yang diberi penekanan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam
menyebarkan syiar Islam pada tahap awal?

i. ……………………………………………………………………………………………..

ii. …………………………………………………………………………………………….
(2 markah)

SOALAN ESEI

1. Masyarakat Arab Jahiliah wujud antara tahun 300 M hingga hingga turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w.

a) Huraikan cirri-ciri masyarakat Arab Jahiliah. (10 markah)
b) Jelaskan keperibadian Nabi Muhammas sebelum dilantik menjadi rasul. (10 markah)


2. Penyebaran Islam di Makkah telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakatnya. Ada yang menerima Islam dan ada yang menolaknya.

a) Mengapakah dakwah Islamiah dapat diterima oleh orang ramai pada peringkat awal? (10 markah)
b) Mengapakah pula sebahagian masyarakat Arab tidak dapat menerima ajaran Islam? (10 markah)

3. Nabi Muhammad s.a.w. bukan sahaja seorang pemimpin yang bijaksana, malah seorang pedagang yang berjaya.

a) Jelaskan bukti-bukti yang menunjukkan kebijaksanaan baginda dalam menyebarkan Islamiah kepada orang ramai.
(10 markah)
b) Huraikan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w. dalam bidang perdagangan.
(10 markah)

4. Pelbagai tentangan telah dilakukan oleh orang Arab Quraisy termasuk pemulauan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarganya.

a) Apakah bentuk pemulauan yang dilakukan oleh orang kafir Quraisy terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga baginda?
(6 markah)
b) Mengapakah pemulauan ini tidak bertahan lama?
(8 markah
c) Jelaskan langkah yang diambil oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk mengurangkan tekanan dan penindasan orang-orang kafir Quraisy.
(6 markah)


PANDUAN GURU

SOALAN OBJEKTIF


1 D 11 C 21 A 31 B
2 A 12 D 22 B 32 A
3 A 13 A 23 C 33 B
4 A 14 C 24 B 34 B
5 D 15 A 25 D 35 A
6 A 16 A 26 D 36 B
7 D 17 C 27 C 37 A
8 B 18 A 28 A 38 D
9 C 19 A 29 C 39 B
10 A 20 C 30 B 40 B


SOALAN STRUKTUR

1. a) Maksud Jahiliah
Jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan

b) Sebab-sebab dianggap zaman gelap

i. Tidak menyembah Allah Yang Maha Esa.
ii. Menyembah berhala dan mempercayai animisme.
iii. Tiada Nabi dan rasul
iv. Tiada kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk.
v. Berakhlak rendah seperti kejam, angkuh dan degil.

c) Ciri-ciri ekonomi masyarakat Arab Jahiliah

i. Aktiviti perniagaan berasaskan riba dan penindasan.
ii. Mementingkan keuntungan dan kekayaan semata-mata.
iii. Merompak dan merampas barangan daripada kafilah.
iv. Eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin.

d) Kesan amalan sistem kabilah

i. Muncul amalan assabiah/ kesukuan yang melampau.
ii. Tercetus peperangan walaupun sebab yang kecil.
iii. Tiada perpaduan di kalangan masyarakat arab.
iv. Kehidupan tidak aman.


2. a) 4 sifat terpuji Nabi Muhammad s.a.w.

i. Siddiq (berkata benar)
ii Amanah (dipercayai)
iii Tabliq (menyampaikan)
iv Fatanah (bijaksana)

b) Peristiwa penting membuktikan Nabi digelar al-Amin

i. Siti Khadijah bt Khuwailid menyerahkan modal yang besar kepada baginda untuk diperniagakan.
ii. Menyampaikan ajaran Islam dengan bersungguh-sungguh walaupun menghadapi pelbagai rintangan.
c) Peristiwa menunjukkan kewibawaan kepimpinan Nabi s.a.w. sebelum jadi rasul.

i. Peristiwa perletakan Hajarul Aswad / menyelesaikan masalah persengketaan di kalangan kabilah Quraisy.



d) Sifat kepimpinan Nabi s.a.w. yang patut dicontohi.

i. Ketua keluarga yang pengasih
ii. Bertimbang rasa
iii. Mengamalkan cara hidup yang sederhana
iv. Merendah diri.
v. Bersifat penyayang kepada orang tua dan kanak-kanak
vi. Pemaaf
vii. Bijaksana dalam menyelesaikan masalah
viii. Sabar dan tabah

3. a) Sasaran utama dakwah secara sulit

i. ahli keluarga
ii. sahabat yang rapat
iii. kaum kerabat

b) Tokoh yang berjaya diislamkan oleh Rsulullah peringkat awal.
i. Khadijah bt Khuwailid
ii. Ali bin Abi Talib
iii. Zaid bin Harithah
iv. Abu Bakar al-Siddiq

c) Sebab stategi dakwah secara rahsia di peringkat awal

i. Islam masih baru diperkenalkan.
ii. Bilangan penganut Islam masih sedikit.
iii. Mengelakkan penentangan yang membolehkan asas Islam hancur.


d) Sebab Nabi menjalankan dakwah secara terbuka

i. Turunnya wahyu yang memerintahkan Rasulullah brbuat demikian iaitu Surah al-Hijr ayat 94.


4.a) Kepentingan Surah al-Alaq

i. Wahyu yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
ii. Memerintah umat Islam supaya membaca.
iii. Menjadi tanda pemisah antara Zaman Jahiliah dengan Zaman Islam/ menjadi titik tolak dalam perkembangan tamadun masyarakat Jahiliah dengan umat Islam.
iv. Islam mementingkan membaca dan membuat kajian tentang sesuatu.

b) Sebab Islam menggalakkan umatnya membaca.

i. Sesuatu bangsa akan berilmu dan dengan ilmu dapat mencapai kejayaan yang cemerlang.
ii. Meningkatkan tamadunnya.

c) Kepentingan Surah al-Muddasir.

i. Pengisytiharan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pesuruh Allah.
ii Mewajibkan Rasulullah menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia.
iii Ajaran Islam disampaikan dengan bijaksana dan terancang.


d) Perkara utama yang diberi penekanan oleh Rasulullah

i. Membetulkan akidah masyarakat Arab.
ii. Menanamkan keimanan kepada Allah Taala.
iii. Menggesa masyarakat meninggalkan amalan yang keji.



SKEMA SOALAN ESEI

1. a) Ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah
Tema Huraian
Golongan Dapat dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan Hadari dan golongan Badwi
Amalan Mengamalkan amalan yang tidak bermoral seperti judi, minum arak dan berzina.
Wanita Golongan wanita dipandang rendah dan menjatuhkan maruah.
Tanam Bayi perempuan ditanam hidup-hidup.
Berkahwin Lelaki boleh berkahwin dengan beberapa wanita yang disukai sekaligus.
rompak Merompak adalah stu kegiatan ekonomi.
Riba Perniagaan yang dijalankan adalah berasaskan riba dan penindasan
Eksploitasi Berlaku eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin.
Kepercayaan Mengamalkan beberapa kepercayaan seperti menyembah berhala, pokok dan tilik nasib.
Agama Ada 4 bentuk kepercayaan agama iaitu wathani, animisme, samawi dan kepercayaan.
Hanif Sebilangan kecil menganut agama Hanif.
Kabilah Hidup alam sistem kabilah / berpuak-puak / bersuku-suku.
Assabiah Semangat assabiah / kesukuan yang tinggi.
Perang Sering berperang antara kabilah / suku kerana semangat assabiah.
(14 isi x 2m=10markah)

b) Keperibadian nabi Muhammad s.a.w. sebelum menjadi rasul
Tema Huraian
Sifat Mempunyai empat sifat terpuji iaitu benar, dipercayai, menyampaikan dan bijaksana.
Al-Amin Digelar al-Amin kerana dipercayai dan tidak pernah berbohong.
Amanah Amanah terhadap tanggungjawab yang diberikan seperti mengendalikan perniagaan Siti Khadijah.
Kepimpinan Mempunyai sifat kepimpinan seperti menyelesaikan peristiwa Hajarul Aswad.
Ketua Ketua keluarga yang boleh dicontohi seperti membantu isteri.
Teladan Menjadi teladan kepada anak-anak seperti dalam soal pendidikan agama.
Merendah Sikap merendah diri seperti suka bergaul dengan semua orang.
Sederhana Mengamalkan cara hidup yang sederhana
Usaha Berusaha mencari cara untuk mengubah corak hidup masyarakatnya yang terikat dengan cirri-ciri Jahiliah.
Sabar Sabar dan tabah dalam pekerjaan seperti mendaki Bukit Nur untuk mencari tempat beribadah.
Berserah Sentiasa berserah sepenuh jiwa dan raga kepada Allah s.w.t.
Penyayang Bersifat penyayang kepada kanak-kanak dan orang tua.
Bertahannuth Suka bertahannuth (mengasingkan diri unruk beribadat)
(13 isi x 2m=10markah)

2. a) Sebab Islam dapat diterima.
Tema Huraian
Murni Kemurnian ajaran Islam
Sama Konsep persamaan taraf yang dianjurkan oleh ajaran Islam
Bijaksana Kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah, misalnya tidak memaksa orang ramai memelik Islam.
Peribadi Sifat dan keperibadian Nabi s.a.w. yang terpuji / ketinggian akhlak Nabi s.a.w.
Pembaharuan Pembaharuan-pembaharuan yang diperkenalkan oleh Islam.
(5 isi x 2m = 10 markah)
b. Sebab masyarakat Arab menentang ajaran Islam.
Tema Huraian
Kepercayaan Kepercayaan tradisi dan agama mereka berbeza daripada ajaran Islam.
Taraf Islam menyarankan prinsip persamaan taraf sesama manusia, sedangkan mereka mementingkan taraf dan kelas dalam masyarakat.
Persaudaraan Islam memekankan konsep persaudaraan sedangkan masyarakat arab pentingkan konsep assabiah.
Akhlak Amalan dan akhlak yang keji seperti mencuri dan menindas yang menjadi kebiasaan mereka dilarang sama sekali dalam Islam.
Tanggapan Beranggapan sekiranya menerima Islam, mereka mesti menerima Nabi s.a.w. sebagai pemimpin masyarakat Arab sedangkan mereka sering bersaing untuk menjadi ketua / tanggapan salah terhadap tugas Nabi s.a.w.
Gugat Islam menggugat ekonomi orang Arab- menjejaskan perniagaan pengukir patung berhala kerana Islam mewajibkan penganutnya menyembah Allah Yang Esa.
( 6 isi x 2m = 10 markah)


3. a) Bukti kebijaksanaan Nabi s.a.w. menyebarkan Islam.
Tema Huraian
Lembut Baginda menyampaikan dakwah secara lemah-lembut dan berhikmah.
Memaksa Tidak memaksa/ memujuk dengan menggunakan akal.
Banding Menggunakan pendekatan membandingkan nilai akhlak masyarakat Arab Jahiliah dengan nilai akhlak yang disarankan oleh Islam.
Baca Membacakan ayat al-Quran semasa menjawab prtanyaan para sahabat.
Teladan Beri penerangan / penjelasan dan menunjukkan contoh teladan yang baik.
(5 isi x 2m = 10 markah)

b) Pengalaman Nabi Muhammad s.a.w. dalam perdagangan.
Tema Huraian
Kongsi Baginda pernah menjalankan perniagaan secara perseorangan dan berkongsi dengan teman baginda.
Abu Talib Semasa berumur 12 tahun, baginda telah mengikuti rombongan perniagaan bapa saudara baginda, Abu Talib ke Syam.
Khadijah Baginda berkebolehan menjalankan perniagaan Khadijah dengan memperoleh keuntungan yang berlipat ganda.
Cara Cara baginda berniaga adalah dengan menunjukkan sifat jujur, tutur kata yang baik dan memberikan layanan yang sewajarnya kepada pelanggan.
Contoh Seorang pedagang yang dihormati dan menjadi contoh kepada masyarakat
(5 isi x 2m = 10 markah)

4. a) Bentuk pemulauan yang dilakukan oleh orang kafir Quraisy.
Tema Huraian
Jual Orang Arab Quraisy tidak menjalankan aktiviti jual beli dengan keluarga Nabi .
Tolong Tidak memberi sebarang bentuk pertolongan kepada keluarga Nabi.
Kahwin Tidak berkahwin dengan ahli keluarga Nabi.
(3 isi x 2m = 6 markah)

b) Sebab pemulauan tidak bertahan lama.
Tema Huraian
Pelindung Abu Talib (bapa saudara Nabi sentiasa memberi perlindungan kepada baginda.
Bantuan Terdapat orang Quraisy yang tidak mematuhi peraturan pemulauan dengan memberikan bantuan kepada orang Islam.
Mampu Golongan Islam yang berkemampuan membantu golongan kurang berada.
Khadijah Pengorbanan kaum wanita seperti Khadijah, Aisyah dan Ummu Salamah banyak membantu seperti korbankan harta.
(4 isi x 2m = 8 markah)

c) Langkah yang diambil oleh Nabi untuk mengurangkan tekanan dan penindasan.
Tema Huraian
Benar Membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah untuk mendapat pelindung.
Rancang Baginda dan Zaid bin Harithah mrancang ke Taif untuk menyebarkan Islam.
Tidak berputus asa Tidak berputus asa terhadap dugaan dan rintangan yang ditempuhi.
Sabar Bersabar, cekal hati dansifat tidak pernah mengalah.
Hijrah Nabi dan pengikutnya berhijrah ke Madinah setelah mendapat perintah dari Allah.
((5 isi x 2 m = 6 markah)

1 comment: