Wednesday 18 November 2009

soalan spm 2009

SPM 2009 SEJARAH
KERTAS SATU



1 Dalam karyanya Muqaddimah,Ibnu Khaldun menekankankan ciri kehidupan
bandar yang bertamadun.
Apakah ciri kehidupan tersebut?

A kebebasan beragama
B kesejahteraan hidup
C kemajuan ekonomi
D ketinggian moral

2 Perkembangan yang pesat dalam perancangan Bandar berlaku pada sekitar tahun 2000 S.M.dalam Tamadun Indus.
Apakah faktor yang mendorong perkembangan tersebut?

A kemahiran ilmu geometri
B kejayaan kegiatan penerokaan
C keluasan kawasan pemerintahan
D kegiatan keagamaan

3 Mengapakah Tembok Besar China dibina?
A menandakan sempadan negeri
B menjamin keselamatan wilayah
C menjadi benteng penghalang banjir
D melambangkan keagungan kerajaan

4 Mengapakah bidang berikut diberi penekanan dalam pendidikan di Athens?

• Sukan
• Seni berpidato
• Kesusasteraan

A menanam sikap keberanian
B melatih pemimpain berwibawa
C melahirkan individu seimbang
D mengukuhkan semangat patriotisme

5 Mengapakah konsep berikut diamalkan oleh oleh kerajaan awal di Asia Tenggara?

• Konsep dewa-raja
• Konsep orde kosmos

A mempelbagaikan istiadat istana
B mengekalkan pentadbiran yang adil
C menggambarkan upacara keagamaan
D memperkukuh kedudukan perintah

6 Pada zaman pemerintahan Raja Indravarman 1,kerajaan Angkor berjaya menghasilkan beras yang mencukupi untuk menampung keperluan rakyat.
Apakah faktor kejayaan tersebut?

A pembinaan baray
B kemasukan buruh luar
C penerokaan tanah baru
D pengenalan kaedah penggiliran tanaman

7 Peperangan Al-Basus berlaku selama 40 tahun antara Bani Bakar dan Bani Taghlib semasa zaman Jahiliah di TAnah Arab.
Mengapakah peperangan tersebut berlaku?

A perebutan harta rampasan perang
B pemmbunuhan anggota kabilah
C perselisihan tentang hak perniagaan
D pencerobohan kawasan penempatan

8 Tokoh berikut telah memberi sumbangan kepada penyebaran Islam pada peringkat awal di Makkah.

Al-Arqam bin Abu Arqam

Bagaimanakah beliau menyumbang untuk membantu penyebaran Islam?
A membantu mengumpul ayat Al-Quran
B mengetuai kumpulan penghijrah ke Habsyah
C mewakafka rumah sebagai pusat kegiatan dakwah
D merisik maklumat penentangan daripada musyrikin Quraisy

9 Selepas dua tahun perjanjian Hudaibiyah dimeterai,orang Quraisy Makkah mencabuli perjanjian tersebut dengan menyokong Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuza’ah.
Apakah kesan daripada pencabulan tersebut?

A penyebaran Islam tergendala
B pembukaan semula Kota Makkah
C penduduk Madinah semakin terancam
D penghijraan nabi Muhammad s.a.w tergendala

10 Orang Mawali ialah orang bukan Arab yang memeluk Islam.
Antara yang berikut,yang manakha berkaitan dengan mereka?

A diwajibkan menyertai kerahan tenaga
B dikenakan bayarn cukai tambahan
C dilantik mengetuai pentadbiran wilayah
D dipertanggungjawabkan membina terusan

11 Apakah sumbangan Khalifah Uthman bin Affan kepada kemajuan sistem pertahanan Negara islam Madinah?

A membina markas tentera
B mewujudkan pasukan tentera tetap
C menubuhkan angkatan tentera laut
D melantik panglima tentera sebagai gabenor

12 Apakah sumbangan Turki Uthmaniyah dalam bidabg kesenian yang kekal sehingga ke hari ini?
A seni teater
B seni arca
C seni bina
D seni tari

13 Tokoh berikut memainkan peranan penting membantu melaka menyebarkan agama Islam di Asia Tenggara.

• Bendahara Tun Perak-Melaka

Bagaimanakah beliau melaksanakannya?
A menyertai para ulama
B menjalankan peluasan kuasa
C melalui kegiatan perdagangan
D menerusi kegiatan kesusasteraan

14 Senarai berikut merupakan teori kedatangan Islam di Asia Tenggara.
• Islam dari Arab
• Islam dari India
• Islam dari China

Apakah persamaan penyebaran Islam berdasarkan ketiga-tiga teori tersebut?

A menerusi kegiatan peluasan kuasa
B melalui pertukaran kebudayaan
C melalui kegiatan perdaganga
D menerusi kegitan kesusasteraan

15 Undang-undang berikut dilaksanakan dalam kerajaan Melayu sebelum kedatangan penjajah Barat.

• Hukum Kanun Melaka
• Undang-undang Perak
• Undang-undang Pahang

Apakah kepentingan undang-undang tersebut?
A menetukan corak pemerintahan kerajaal
B menyekat peluasan pengaruh kerajaan luar
C menetapkan sempadan antara negeri
D mengehadkan bidang kuasa raja

16 Mengapakah institusi baitulmal diperkenalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka?
A menetapkan kadar cukai
B menguruskan harta kerajaan
C mengendalikan adat istiadat istana
D menentukan bidang tugas pembesar

17 Apakah kesan penaklukan Sepanyol terhadap kawasan berikut pada abad ke- 15?
• Mexico
• Peru
A tamadun tempatan tergugat
B pemerintahan tempatan dikekalkan
C taraf hidup masyarakat meningkat
D perdagangan antarabangsa berkembang

18 Perjanjian Tordesillas telah dtandatangani oleh Sepanyol dan Portugal pada tahun 1494.
Apakah kesan perjanjian tersebut terhadap kedua-dua buah negara?

A pengukuhan intitusi gereja
B wujud kerjasama ketenteraan
C perkongsian pelabuhan di Timur
D pembahagian kawasan penjelajahan

19 Jadual menunjukkan nilai eksport getah Tanah Melayu antara tahun 1930-1932.
Tahun Nilai(Paun Sterling)
1930 28 208 000
1931 13 806 000
1932 9 077 000

Mengapakah nilai eksport getah Tanah Melayu merosot dalam tempoh tersebut?
A kekurangan buruh mahir
B kekurangan sumber modal
C penumpuan kepada perlombongan
D pergantungan kepada pasaran dunia

20 Bagaimanakah Akta Tanah Simpanan Melayu yang diperkenalkan oleh British pada 25 November 1913 memanfaatkan orang Melayu?
A memperkenalkan siste perladangan
B mengekalkan hak milik
C mempelbagaikan jenis tanaman
D meneruskan ekonomi tradisional

21 Jadual 2 menerangkan perubahan dalam bidang pentadbiran yang berlaku di Thailand pada abad ke-15.

Tokoh Perubahan yang dibuat
Raja Mongkut Melantik 80 orang penasihat British
Raja Chulalongkorn Memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah

Mengapakah perubahan tersebut dilakukan?
A memperkukuh sistem pemerintahan beraja
B memantapkan pentadbiran kerajaan
C memelihara kedaulatan Negara
D memenuhi tuntutan rakyat

22 Pertubuhan Muhammadiyah merupakan pertubuhan penting dalam pergerakan nasionalisme tahap pertama di Indonesia.
Apakah matlamat perjuangan pertubuhan tersebut?
A mempertahankan kuasa pemimpin tempatan
B meningkatkan kerjasama dengan kerajaan
C memperjuangkan kemajuan ekonomi
D menghindari ancaman sekularisme

23 Dialog di bawah mungkin berlaku di Naning semasa pentadbiran Penghulu Dol Said pada kurun ke-19.

A.Tok, British minta cukai.
B.Berapa banyak?
A.Satu persepuluh daripada hasil kita.
B.Jangan bayar walau sedikit pun.


Apakah tindakan British setelah arahannya diingkari?
A menduduki Naning
B membunuh Dol Said
C merampas hasil penduduk
D memulau wilayah Naning

24 Apakah idea yang diketengahkan oleh Kaum Muda pada awal abad 20?
A penjanaan ajaran Islam untuk kemajuan
B pembentukan Negara yang merdeka
C penubuhan syarikat kerjasama
D pemeliharaan tradisi bangsa

25 Majalah Guru memainkan peranan penting dalam memajukan bidang pendidikan pada awal abad ke-20 di Tanah Melayu.
Apakah isu yang difokuskan dalam majalah tersebut?
A menghargai warisan bangsa
B memperjuangkan hak wanita
C memajukan bidang kesusasteraan
D mengekalkan nilai murni masyarakat

26 Kata perbilangan adat berikut diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan.

Alam beraja
Luak berpenghulu
Suku berlembaga
Anak buah berbuapak


Apakah corak pentadbiran yang digambarkan oleh kata perbilangan adat tersebut?

A teokrasi
B demokrasi
C autokrasi
D birokrasi

27 Tokoh berikut mengamalkan konsep realpolitik serta politik darah dan besi semasa memerintah Jerman pada abad ke-19.

Otto Eduard von Bismarck

Mengapakah beliau mengamalkan konsep tersebut?

A menyatukan Negara
B melicinkan pentadbiran
C menghapuskan sistem beraja
D menggubal perlembagaan moden

28 Apakah kesan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap system pemerintahan beraja di Tanah Melayu?
A pelaksanaan system penasihat
B penubuhan Majlis Raja-raja
C penyelarasan system pewarisan takhta
D pengenalan system Raja Berpelembagaan

29 Apakah muslihat British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu pada tahun 1946?
A menyekat pengaruh dan campur tangan luar
B mendapatkan sokongan penduduk tempatan
C mengurangkan kemasukan orang dagang
D menghapuskan Negara dan bangsa Melayu

30 Jadual 3 menunjukkan keputusan pilihan raya Majlis Perundangan Persekututan 1955.

Parti Bilangan Kerusi Yang Dimenangi
Perikatan 51
PAS 1
Jadual 3

Apakah manifesto Parti Perikatan sehingga membawa kepada kemenangan tersebut?
A peningkatan taraf kesihatan penduduk
B pengekalan system pentadbiran Barat
C peluang pekerjaan kepada rakyat
D perjuangan kemerdekaan tanah air

31 Tunku Abdul Rahman diarak di Bandar Hilir,Melaka pada 20 Februari 1956

Mengapakah peristiwa ini penting kepada masyarakat Tanah Melayu?

A pengisytiharan tarikh kemerdekaan
B kunjungan pemimpin Negara
C kempen pilihan raya umum
D pembentukan Persekutuan Malaysia

32 Jawatankuasa berikut ditubuhkan pada Julai 1961.
Jawatankuasa Pengerusi
Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum Donald Stephens

Apakah peranan jawatankuasa tersebut?
A merangka perlembagaan Negara
B menetapkan tarikh pilihan raya umum
C menjelaskan tentang gagasan Malaysia
D merintis kerjasama pelbagai parti politik

33 Apakah hak keistimewaan Sarawak dan Sabah pabila menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963?
A menentukan agama rasmi negeri
B mengawal hal ehwal imigresen
C menentukan dasar luar negeri
D mengawal sumber kewangan negeri

34 Sejak tahun 1957,Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali.
Mengapakah perlembagaan tersebut dipinda?

A perubahan ekonomi semasa
B mengelak tekanan pihak luar
C memastikan kelancaran pentadbiran
D mematuhi perintah Majlis Raja-raja

35 Apakah perkara yang terkandung dalam Akta Malaysia yang diisytiharkan pada 26 Ogos 1963?
1 Hak Sabah mengawal perkhidmatan awam
11 Hal ehwal luar negeri tanggungjawab negeri
111 Pertahanan di bawah kawalan kerajaan negeri
1V Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
A 1 dan 11
B 1 dan 1V
C 11 dan 111
D 111dan 1V

36 Parti Rakyat Brunei pimpinan A.M. Azahari telah melancarkan Pemberontakan Brunei menentang gagasan Malaysia.

A menjaga hak peribumi
B tekanan penjajah British
C mengawal sumber ekonomi
D berhasratmenubuhkan persatuan Borneo

37 Rajah 1 menerangkan langkah kerajaan untuk memajukan ekonomi Negara.

1 Mac 1966
Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) digantikan dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Bank Bumiputera ditubuhkan


Apakah kesan langkah tersebut?
A pembukaan tanah pertanian secara besar-besaran
B perkembangan pesat kemudahan asas
C peningkatan produktiviti sector perkilangan
D penglibatan bumiputera dalam sector perusahaan

38 MAPHILINDO yang ditubuhkan pada tahun 1963 adalah pertubuhan serantau yang dianggotai oleh Malaysia,Filipina dan Indonesia
Mengapakah pertubuhan tersebut ditubuhkan?
1 meningkatkan hubungan persahabatan
11 menyelesaikan pertelingkahan
111 menggalakkan kerjasama pendidikan
1V mewujudkan kerjasama dalambidang ketenteraan
A 1dan 11
B 1dan 1V
C 11 dan 111
D 111 dan 1V

39 Malaysia menentang dasar Apartheid yang diamalkan oleh Afrika Selatan.
Apakah tindakan Malaysia terhadap Negara tersebut?
A menamatkan perlindungan politik
B menghalang hubungan perdagangan
C memutuskan hubungan diplomatik
D menyekat bantuan kemanusiaan

40 Apakah matlamat penubuhan Liga Bangsa 1919?
A memupuk keamanan dunia
B mengeratkan hubungan perdagangan
C menggalakkan kerjasama pendidikan
D meningkatkan kerjasama kebudayaan

No comments:

Post a Comment