Wednesday 11 November 2009

trial spm sbp 2008

SEKTOR SEKOLAH BERASRAMA PENUH
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA(SPM) 2008


KERTAS 1

SOALAN OBJEKTIF

1 Bukti berlakunya hubungan perdagangan antara masyarakat Indus dengan Mesopotamia adalah penemuan

A jalan perhubungan
B alat penyukat
C syiling emas
D cap mohor

2 Karya falsafah perang Sun Tzu, The Art of War membincangkan selok-belok perang telah diaplikasikan sebagai

A keagamaan
B pendidikan
C perniagaan
D perkahwinan

3 Mengapakah sistem peperiksaan awam di China telah dikendalikan secara ketat?

A Mengelakkan penipuan
B Mengekalkan mandat pemerintah
C Meningkatkan imej pentadbir
D Menjamin taat setia

4 Perdagangan Maritim antara India dengan Alam Melayu berkembang pada Zaman Gupta.
Antara berikut, barangan manakah diperlukan oleh pedagang India dari Alam Melayu?

I Rempah
II Sutera
III Emas
IV Bedak wangi

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

5 Apakah kepentingan Tasik Tonle Sap kepada kerajaan Angkor?

I Membekalkan sumber air
II Membekalkan sumber protein
III Menyediakan tempat rekreasi
IV Mewujudkan kawasan yang subur

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Dalam upacara angkat sumpah di Srivijaya, Datu akan meminum air yang disiram pada batu bersurat.

6 Berdasarkan pernyataan di atas, apakah tujuan upacara tersebut?

A Menguji kekuatan pembesar
B Menghapuskan dosa-dosa pembesar
C Menanam nilai taat setia pembesar kepada raja
D Menanamkan nilai ketahanan diri pembesar


Zaman Jahiliyah l Zaman Islam
v
Peristiwa Pemisah



7 Berdasarkan rajah di atas, yang manakah peristiwa pemisah kedua-dua zaman tersebut?
A Peperangan al-Basus
B Turunnya surah al-Alaq
C Perletakan batu Hajar Aswad
D Serangan tentera bergajah Abrahah


8 Wahyu pertama telah diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. ialah surah al-Alaq.
Apakah kepentingan wahyu tersebut?

A memiliki pemikiran yang dinamik
B menguasai ilmu melalui membaca
C sentiasa bersedia menerima perubahan
D membuang adat lama yang mengongkong

9 Antara berikut, kriteria manakah yang perlu dipenuhi oleh seseorang calon khalifah?

I Beragama Islam
II Lelaki yang merdeka
III Memiliki rupa paras menarik
IV Mempunyai akhlak yang baik

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

10 Apakah kepentingan proses syura dan baiah yang dijalankan semasa perlantikan khalifah?

A Memastikan bakal pentadbir daripada keturunan baik-baik
B Mendapatkan taat setia pegawai
C Memenuhi kehendak masyarakat
D Menjamin pelantikan bakal pentadbir yang tepat

11 Apakah strategi yang digunakan oleh golongan penentang Kerajaan Bani Umaiyah untuk mendapatkan sokongan ?

A Menjalankan kempen atas nama Ahlul Bait
B Mengisytiharkan orang ramai supaya tidak membayar cukai
C Menggalakkan orang ramai supaya ingkar perintah kerajaan
D Membenarkan pegawai Bani Umaiyah memasuki wilayah mereka

12 Antara berikut yang manakah bukti yang dikemukakan oleh John Crawford tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara?

I Penemuan Batu Bersurat Terengganu
II Perkampungan Arab di Sumatera Utara
III Pengaruh budaya Arab dalam adat resam Melayu
IV Persamaan ciri-ciri batu nisan dengan buatan India

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

13 Antara pernyataan berikut, yang manakah menunjukkan ciri-ciri pengajian pondok?

I Pengajian tidak mempunyai batasan waktu
II Pihak pengurusan akan menyediakan keperluan asas
III Mengambil masa yang lama untuk menamatkan pengajian
IV Mata pelajaran yang diajar ialah fikah, usuludin, tasawuf, dan lain-lain

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

14 Apakah bukti yang menunjukkan tulisan jawi telah mendapat pengiktirafan yang tinggi dalam pentadbiran kerajaan Islam di Asia Tenggara ?

A Digunakan dalam penulisan karya
B Diwajibkan dalam bidang pendidikan
C Dijadikan tulisan rasmi dalam pentadbiran
D Diiktiraf sebagai institusi untuk memajukan tulisan jawi

15 Mengapakah pihak gereja dianggap mengongkong masyarakat Eropah pada Zaman Pertengahan?

A Mementingkan aspek duniawi dan keduniaan
B Memfokuskan ilmu pembelajaran keakhiratan
C Menentang pengenalan sistem feudal
D Mengubah undang-undang untuk kepentingan mereka

16 Pada tahun 1494, Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani di antara Portugis dan Sepanyol bagi menyelesaikan pertikaian.
Apakah punca pertikaian tersebut?

A Perang Salib
B Berlaku perang saudara
C Keruntuhan sistem gereja
D Persaingan mendapatkan tanah jajahan

17 Aktiviti ekonomi yang menghasilkan lebihan pengeluaran untuk pemasaran dikenali sebagai ekonomi

A import
B saradiri
C komersial
D dwi ekonomi

18 Mengapakah penguasaha Eropah dan Cina menguasai pertanian komersial di Tanah Melayu pada abad ke-19?

I Tempoh pajakan yang lama
II Memiliki modal yang banyak.
III Pekerja mahir mudah diperoleh
IV Mendapat konsesi tanah yang luas

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Akta Tanah Simpanan
• Tidak boleh dijual
• Tidak dipajak gadai
• Tidak ditukar milik


19 Kesan pengenalan akta tersebut kepada orang Melayu dari segi ekonomi ialah

A aktiviti mengutip sumber hutan memerlukan kebenaran
B kegiatan penanaman padi berkembang pesat
C pemilikan tanah orang Melayu direkodkan
D penyekatan orang Melayu dalam pertanian komersial

20 Kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu telah mewujudkan

I pengasingan tempat tinggal
II perbezaan jenis pekerjaan
III peningkatan taraf hidup penduduk
IV pertambahan keperluan bahan mentah

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Hospital yang terawal di Tanah Melayu telah dibina di Taiping dan Kuala Lumpur pada tahun 1898


21 Pada pendapat anda, mengapakah British menyediakan keperluan perkhidmatan
kesihatan di Tanah Melayu?

A Mengawal penyakit berjangkit
B Memaksimumkan keuntungan
C Mengeksploitasi sumber ekonomi
D Mendapat sokongan penduduk tempatan

• Akta Kampung Ulu
• Akta Perkampungan Burma


22 Apakah kesan daripada pengenalan akta di atas ?

A Mengurangkan kuasa raja
B Menyingkirkan puak pelampau
C Menghapuskan golongan agama
D Melenyapkan pentadbiran tradisional

23 Apakah perubahan pentadbiran yang diperkenalkan bagi mengekalkan kemerdekaan di Thailand?

I Mengamalkan dasar anti Cina
II Melantik ramai penasihat Barat
III Melibatkan peribumi dalam ekonomi
IV Memperkenalkan raja berperlembagaan

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D II dan IV

24 Antara berikut yang manakah faktor penentangan Mat Salleh terhadap pentadbiran SBBU di Sabah ?

I Sikap kasar pegawai
II Sistem cukai kepala diperkenalkan
III Kawasan pengaruh Mat Salleh diduduki
IV Anak tempatan tidak terlibat dalam pentadbiran

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Pada bulan Mei 1928, kumpulan petani telah menyerang bangunan kerajaan di Kuala Berang dan berjaya mendudukinya.


25 Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah yang menjadi punca serangan
tersebut ?

A British menghapuskan kuasa pembesar negeri
B British mengugut untuk menurunkan takhta sultan
C Penduduk mahu mengusir British dari Terengganu
D Penduduk tidak puas hati dengan undang-undang tanah British

Novel Pengarang
Anak Mat Lela Gila Ishak Hj. Muhammad


26 Antara berikut, manakah isu yang dibangkitkan menerusi novel tersebut ?

I Mencintai tanah air
II Menghargai warisan bangsa
III Memperjuangkan emansipasi wanita
IV Mementingkan pendidikan moden untuk wanita

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

27 Hukum Kanun Melaka merupakan sumber bertulis Zaman Kesultanan Melaka.
Antara berikut yang manakah perkara yang terdapat dalam kanun tersebut?

I Bidang kuasa raja dan pembesar
II Hukuman terhadap jenayah di kapal
III Hukuman terhadap kesalahan jenayah awam
IV Pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

28 Antara berikut, yang manakah bukti kedaulatan berada di tangan rakyat dalam sistem pemerintahan berasaskan Adat Pepatih di Negeri Sembilan?

I Rakyat berhak memecat Yang Dipertuan Besar
II Penentuan pelantikan Yang Dipertuan Besar oleh rakyat
III Perlantikan Yang Dipertuan Besar adalah secara pemilihan
IV Keputusan Yang Dipertuan Besar hasil rundingan dengan Undang

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

29 Apakah faktor yang menyebabkan British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu?

A Membanteras ancaman komunis
B Mendapat sokongan pembesar Melayu
C Memantapkan kuasa politik orang Melayu
D Menyediakan asas berkerajaan sendiri

30 Mengapakah British melaksanakan Sistem Ahli di Tanah Melayu dari bulan Januari, 1951 hingga Jun,1955?

A Meningkatkan taraf hidup
B Mengukuhkan penjajahan British
C Mendapat sokongan orang Dagang
D Mengurangkan tekanan Parti Komunis Malaya

• UMNO -> PAKATAN MURNI
• MCA


31 Apakah matlamat yang ingin dicapai melalui pakatan di atas?

A Kerjasama politik
B Mengusir penjajah
C Menuntut kemerdekaan segera
D Kerakyatan secara naturalisasi

32 Pada tahun 1951, Dato’ Onn Ja’afar dikecam hebat oleh ahli-ahli UMNO.
Mengapa?

A Pakatan dengan kaum bukan Melayu
B Cadangan membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu
C Rundingan dengan jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
D Menyokong syarat kerakyatan jus Soli

33 Apakah kesan penubuhan Malaysia terhadap rantau Asia Tenggara?

A Mewujudkan kestabilan politik
B Melahirkan kerjasama ketenteraan
C Mengeratkan perpaduan antara negara
D Menghindarkan campur tangan kuasa asing

34 Faktor politik yang mendorong kepada pembentukan Gagasan Malaysia adalah

A desakan British
B ancaman komunis
C pengaruh Indonesia
D keseimbangan kaum

X -> Kuasa mentafsir perlembagaan negara

35 X merujuk kepada

A Badan Eksekutif
B Badan Kehakiman
C Dewan Rakyat
D Dewan Negara

36 Apakah perkara yang menjadi asas untuk menyuburkan semangat perpaduan negara dalam Penyata Razak 1956?

A Sistem persekolahan yang seragam
B Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
C Sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan
D Persekolahan percuma di peringkat rendah

37 Mengapakah setiap rakyat Malaysia perlu menghadapi dan mengatasi sembilan cabaran dalam wawasan 2020?

A Mempertahankan kedaulatan negara
B Melaksanakan tanggungjawab warganegara
C Menjadikan Malaysia negara industri yang maju
D Mewujudkan semangat berdikari dalam kalangan warganegara

• Adolf Hitler
• Benito Mussolini


38 Apakah persamaan kedua-dua tokoh tersebut?

A Menceroboh negara jiran
B Mengembangkan ideologi sosialis
C Menamatkan pemerintahan beraja di Eropah
D Mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara

ZOPFAN
-Mengekalkan keamanan dan kestabilan politik serantau.
-Tidak memihak kepada mana-mana blok.


39 Apakah peristiwa yang menyebabkan matlamat ZOPFAN teruji?

A Campurtangan Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam
B Pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea
C Serangan gerakan pemisah di Thailand
D Ujian nuklear oleh Korea Utara

Sekolah Wawasan
Sekolah Bestari


40 Kedua-dua sekolah tersebut diwujudkan melalui

A k-ekonomi
B k-masyarakat
C modal intelek
D modal insan

KERTAS 2

SOALAN STRUKTUR


Bahagian A

[ 40 markah ]

Jawab semua soalan.

1 Ilustrasi di atas menunjukkan tinggalan bandar terancang tamadun Indus.

(a) Namakan dua bandar terancang tersebut.

(i) ......................................................................................................

(ii) ......................................................................................................
[2 markah]

(b) Nyatakan tiga ciri bandar terancang dalam tamadun Indus.

(i) ......................................................................................................

(ii) ......................................................................................................

(iii) ......................................................................................................
[3 markah]

(c) Apakah faktor yang mempengaruhi perkembangan bandar tersebut?

..................................................................................................................
[1 markah]

(d) Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat Indus dapat membina bandar yang terancang?

..................................................................................................................

..................................................................................................................
[2 markah]

(e) Bagaimanakah amalan sikap keterbukaan tamadun Indus dapat dicontohi dalam memajukan negara kita?

..................................................................................................................

..................................................................................................................
[2 markah]

2 Kerajaan Turki Uthmaniyah merupakan sebuah empayar yang mampu bertahan sehingga hampir 600 tahun.

(a) Siapakah pengasas kerajaan Turki Uthmaniyah?

.................................................................................................................
[1 markah ]

(b) Nyatakan dua faktor kemerosotan Kerajaan Turki Uthmaniyah.

(i) ......................................................................................................

(ii) ......................................................................................................
[2 markah]

(c) Senaraikan sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam bidang berikut:

(i) Sosial

.....................................................................................................

.....................................................................................................
[ 2 markah]

(ii) Pentadbiran

......................................................................................................

......................................................................................................
[2 markah]

(d) Nyatakan tiga faktor kejayaan kerajaan Turki Uthmaniyah menyebarkan Islam ke Eropah.

(i) ......................................................................................................

(ii) ......................................................................................................

(iii) ......................................................................................................
[3 markah]

3 Penentangan Penghulu Dol Said di Naning adalah yang paling awal berlaku di Tanah Melayu antara tahun 1831 – 1833.

(a) Nyatakan dua sebab Penghulu Dol Said menentang British.

(i) ......................................................................................................

(ii) ......................................................................................................
[2 markah]

(b) Namakan tokoh tempatan yang membantu Penghulu Dol Said menewaskan British.

(i) ......................................................................................................

(ii) ......................................................................................................

(iii) ......................................................................................................
[3 markah]

(c) Berikan tiga sebab kegagalan Penghulu Dol Said mempertahankan Naning.

(i) ......................................................................................................

(ii) ......................................................................................................

(iii) ......................................................................................................
[3 markah]

(d) Apakah kesan perjuangan Penghulu Dol Said menentang British?

(i) ......................................................................................................

(ii) ......................................................................................................
[2 markah]

4 Wawasan 2020 merupakan gagasan negara untuk menjadi sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020.

(a) Berdasarkan pernyataan di atas, siapakah yang mencetuskan gagasan tersebut?

…………………………………………………………………………..
[1 markah]

(b) Nyatakan dua cabaran Wawasan 2020.

(i) ......................................................................................................

(ii) ......................................................................................................
[2 markah]

(c) Apakah dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mencapai perpaduan kaum dalam Cabaran Pertama Wawasan 2020?

(i) ......................................................................................................

(ii) ......................................................................................................

(iii) ......................................................................................................
[3 markah]

(d) Nyatakan nilai kasih sayang yang terdapat dalam cabaran Wawasan 2020.

(i) ......................................................................................................

(ii) ......................................................................................................
[2 markah]

(e) Sebagai pelajar, apakah peranan anda dalam merealisasikan wawasan 2020?

(i) ......................................................................................................

(ii) ......................................................................................................
[2 markah]

SOALAN ESEI

Bahagian B

[60 markah]

Jawab tiga soalan sahaja.

5 (a) Mengapakah masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. digelar sebagai masyarakat Arab Jahiliah?
[4 markah]

(b) Huraikan ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah di Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam.
[12 markah]

(c) Pada pendapat anda, apakah amalan Jahiliah yang terdapat pada masyarakat kita hari ini?
[4 markah]



6 (a) Apakah faktor-faktor yang mendorong buruh dari Cina dan India datang ke Tanah Melayu pada pertengahan abad ke-19 hingga awal abad ke-20?
[8 markah]

(b) Terangkan cara kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu.
[6 markah]

(c) Jelaskan faktor kemunculan bandar-bandar baru di Tanah Melayu pada awal abad
ke-20.
[6 markah]



7 (a) Huraikan faktor-faktor pemangkin nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua.
[10 markah]

(b) Jelaskan mesej yang terdapat dalam novel di Tanah Melayu pada tahun 1930-an.
[5 markah]

(c) Pada pendapat anda, apakah pengajaran daripada perjuangan tokoh-tokoh tempatan menentang penjajahan British di Tanah Melayu?
[5 markah]

Ke arah Perpaduan Kaum di Malaysia

• Dasar Bahasa Kebangsaan
• Dasar Kebudayaan Kebangsaan
• Sukan Untuk Perpaduan


8 (a) Berdasarkan jadual di atas, apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?
[8 markah]

(b) Terangkan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
[6 markah]

(c) Bagaimanakah aktiviti sukan mampu mewujudkan perpaduan rakyat?
[6 markah]

Hubungan luar Malaysia bertujuan menjamin keselamatan, memajukan ekonomi dan memelihara kepentingan negara.

9 (a) Nyatakan faedah yang diperoleh Malaysia sebagai ahli pertubuhan Komanwel.
[5 markah]

(b) Jelaskan peranan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
[10 markah]

(c) Bagaimanakah Malaysia dapat membantu masyarakat Islam melalui pertubuhan
Persidangan Islam (OIC)?
[5 markah]
PANDUAN GURU

KERTAS 1

SOALAN OBJEKTIF

1 D
2 C
3 A
4 D
5 B
6 C
7 B
8 B
9 B
10 D
11 A
12 B
13 C
14 C
15 B
16 D
17 C
18 B
19 D
20 A
21 A
22 D
23 D
24 A
25 D
26 A
27 C
28 C
29 D
30 D
31 A
32 B
33 A
34 B
35 B
36 A
37 C
38 A
39 B
40 B

KERTAS 2

SOALAN STRUKTUR

Bahagian A

1 (a). -Mohenjo Daro
-Harappa
(2 markah)

(b). -Bandar dikelilingi oleh tembok
-Terbahagi kepada dua bahagian
-Bahagian utama – pusat pentadbiran/keagamaan/tempat mandi awam / tempat penyimpanan hasil pertanian
-Bahagian kedua – kawasan perumahan
-Disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat
-Dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain
-Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang
-Bandar- bandar ini juga dihubungi dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan
-Menggunakan batu bata daripada tanah liat yang melalui proses pembakaran dengan suhu yang tinggi untuk membina rumah
(3 markah)

(c). -Kepandaian penduduk menyesuaikan diri dengan alam sekitar
-Peningkatan penghasilan pertanian
-Pertambahan jumlah penduduk
(1 markah)

(d). -Pengetahuan tinggi dalam ilmu geometri
-Matematik
-Kesenian
-Teknologi pembakaran batu bata
-Pengetahuan yang diperoleh hasil hubungan antara tamadun Indus dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir
(2 markah)

(e). -Hubungan dengan tamadun lain membolehkan kedua-dua pihak memperoleh manfaat
-Berlaku pertukaran teknologi
-Menerima pengaruh dari luar yang disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan
-Peningkatan kemahiran
-Peningkatan dalam aspek seni bina
-Keamanan dan kedamaian merupakan tunjang kekuatan sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan
-Sesebuah masyarakat tidak akan mencapai kemajuan tanpa membuat hubungan dengan negara/ pihak luar
-Sesebuah masyarakat tidak akan mencapai kemajuan tanpa bertukar pandangan dengan pihak luar
(2 markah)

2 (a). -Uthman bin Ertughrul bin Sulaiman Shah
(1 markah)

(b). -Pemimpin yang lemah
-Keruntuhan sistem pungutan cukai
-Pemberontakan
-Pertambahan penduduk yang pesat
(2 markah)

(c) i). -Pentadbiran
-Perundangan
-Kanun Suleiman
-Jawatan Kadi
-Jawatan Mufti
-Jawatan Sheikh-ul-Islam/ketua ulama
-Mengeluarkan koleksi fatwa berkaitan agama dan sains undang-undang
(2 markah)

ii). Pendidikan

-Perkembangan ilmu pengetahuan
-Sistem Madrasah
-Sekolah pengetahuan akademik
-Sekolah tentera
-Maktab tentera
-Maktab teknik
-Kolej perubatan
-Penulisan ensiklopedia
-Penubuhan perpustakaan
-Perpustakaan di masjid/hospital/rumah
(2 markah)

(d). -Akidah
-Ghazi
-Janissari
-Sistem ketenteraan
-Armada laut
-Dasar politik
-Hubungan keagamaan
-Dasar sosial
-Sistem pendidikan
-Seni bina masjid
-Jalinan perdagangan Timur dan Barat/ Dunia Islam dan Dunia Bukan Islam/ Jalinan Perdagangan Dunia Islam yang berpusat di Istanbul
(2 markah)

(e). -Hubungan dengan tamadun lain membolehkan kedua-dua pihak memperoleh manfaat
-Berlaku pertukaran teknologi
-Menerima pengaruh dari luar yang disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan
-Peningkatan kemahiran
-Peningkatan dalam aspek seni bina
-Keamanan dan kedamaian merupakan tunjang kekuatan sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan
-Sesebuah masyarakat tidak akan mencapai kemajuan tanpa membuat hubungan dengan negara/ pihak luar
-Sesebuah masyarakat tidak akan mencapai kemajuan tanpa bertukar pandangan dengan pihak luar
(2 markah)

2 (a). -Uthman bin Ertughrul bin Sulaiman Shah
(1 markah)

(b). -Pemimpin yang lemah
-Keruntuhan sistem pungutan cukai
-Pemberontakan
-Pertambahan penduduk yang pesat
(2 markah)

(c). (i)Pentadbiran

-Sistem perundangan
-Kanun Suleiman
-Jawatan Kadi
-Jawatan Mufti
-Jawatan Sheikh-ul-Islam/ketua ulama
-Mengeluarkan koleksi fatwa berkaitan agama dan sains undang-undang
(2 markah)

(ii)Pendidikan

-Perkembangan ilmu pengetahuan
-Sistem Madrasah
-Sekolah pengetahuan akademik
-Sekolah tentera
-Maktab tentera
-Maktab teknik
-Kolej perubatan
-Penulisan ensiklopedia
-Penubuhan perpustakaan
-Perpustakaan di masjid/hospital/rumah
(2 markah)

(d). - Akidah
- Ghazi
- Janissari
- Sistem ketenteraan
- Armada laut
- Dasar politik
- Hubungan keagamaan
- Dasar sosial
- Sistem pendidikan
- Seni bina masjid
- Jalinan perdagangan Timur dan Barat/ Dunia Islam dan Dunia
Bukan Islam/ Jalinan Perdagangan Dunia Islam yang berpusat di Istanbul
(3 markah)

3 (a). -Tindakan British meletakkan Naning sebahagian daripada wilayah Melaka
-British mengarahkan supaya Naning menghantar 1/10 hasilnya sebagai ufti ke Melaka
-Kes-kes jenayah di Naning dibicarakan di Melaka
(2 markah)

(b). -Yamtuan Ali Rembau
-Syed Shaban
-Penghulu Remai dan Rechat
-Dato’ Kelana Sungai Ujong
-Penghulu Gemecheh
(3 markah)

(c). -British mempunyai 1,200 tentera/banyak tentera
-Penghulu Dol Said tidak dibantu oleh pembesar-pembesar Rembau/rakan-rakan
-Serangan tentera British kali kedua melemahkan pertahanan Naning
-Senjata yang tidak moden
(3 markah)

(d). -Menyerah diri kepada British/British menguasai Naning
-Dol Said dibawa ke Melaka
-Diberikan sebuah rumah
-Diberikan pencen
(2 markah)

4 (a). -Tun Dr. Mahathir Mohammad
(1 markah)

(b). -Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
-Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang
-Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
-Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi
-Membina masyarakat yang maju dan saintifik
-Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang
-Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya
-Memupuk dan membina masyarakat makmur
(2 markah)

(c). -Dasar Pembangunan Nasional
-Dasar Bahasa Kebangsaan
-Dasar Kebudayaan Kebangsaan
-Dasar Pendidikan Kebangsaan
(2 markah)

(d). -Kasih sayang dalam keluarga
-Hubungan sesama manusia
-Penekanan dalam agama/ patuh pada agama
-Menghidupkan semula budaya tradisi yang penuh dengan nilai murni
-Masyarakat penyayang
-Kehidupan masyarakat yang bermuafakat/bekerjasama
-Saling memahami/ menghormati/membantu
-Meletakkan kepentingan masyarakat lebih daripada kepentingan sendiri / tidak individualistik
(2 markah)

(e). -Pelajar perlu melibatkan diri dalam pengisian wawasan/sembilan cabaran
-Meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin negara terdahulu
-Berusaha mengekalkan kemajuan negara
-Berusaha mengekalkan perpaduan
-Mengangkat martabat bangsa dan negara di persada dunia
-Menguasai pelbagai disiplin ilmu
-Menyanjung tinggi budaya bangsa
-Menghayati Falsafah Pendidikan Negara
-Mana-mana jawapan yang munasabah
(2 markah)

SOALAN ESEI

Bahagian B

5 (a).
F1 -Tidak menerima kebenaran
F2 -Tidak mengikut ajaran para nabi dan rasul sebelumya
F3 -seperti Nabi Ibrahim, Nabi Sulaiman, Nabi Ismail, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain-lain
F4 -Masyarakat Arab Jahiliah tidak menyembah Allah Yang Maha Esa
F5 -Masyarakat Arab Jahiliah menyembah berhala
F6 -Mempercayai animisme
F7 -Kehidupan masyarakat Arab Jahiliah kucar-kacir
F8 -Tiada nabi atau rasul yang boleh dijadikan petunjuk dalam kehidupan
F9 -Tiada kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk dalam kehidupan
F10-Akhlak mereka adalah rendah
F11-Mereka bersifat kejam /angkuh/ degil
(4 markah)

(b).
F1 -Mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral
H1a -seperti berjudi, berzina dan minum arak

F2 -Seseorang lelaki yang meminum arak sehingga mabuk
H2a -menunjukkan mereka telah sempurna sebagai lelaki

F3 -Kedudukan wanita dalam masyarakat adalah rendah
H3a -wanita tidak dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibubapa mereka

F4 -Menanam bayi perempuan hidup-hidup sejurus dilahirkan
H4a -kerana menganggap anak perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga

F5 -Dalam soal perkahwinan
H5a -Tiada peraturan khusus
H5b -Lelaki boleh berkahwin dengan seberapa orang wanita sekaligus atau dengan sesiapa yang disukainya

F6 -Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh para pedagang berasaskan riba dan penindasan
H6a -kerana mementingkan keuntungan dan kekayaan

F7 -Kegiatan merompak/merampas barangan daripada kafilah di padang pasir
H7a -sebagai mata pencarian masyarakat Arab Jahiliah
H7b -Merompak merupakan kewajipan
H7c -yang harus dilakukan oleh individu dalam setiap kabilah

F8 -Eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin
H8a -merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh golongan berada

F9 -Terdapat 4 bentuk kepercayaan agama,
H9a -agama watani/ menyembah berhala, animisme/memuja alam seperti pokok
H9b -agama Samawi/Kristian dan Yahudi
H9c -kepercayaan menilik nasib dan mempercayai roh orang mati menjadi burung

F10 -Sebilangan kecil menganut agama Hanif tetapi telah melupakan ajaran ini secara beransur-ansur
H10a-mencampuradukkan ajaran agama Hanif dengan amalan tradisi masyarakat.

F11 -Mengamalkan Sistem Kabilah
H11a-cara hidup berpuak-puak dan berkelompok
H11b-ahlinya terdiri daripada suku tertentu
H11c-mereka tinggal dalam sebuah kawasan

F12 -Setiap kabilah mempunyai identiti
H12a-mempunyai peraturannya sendiri
H12b-ahli kabilah sangat taksub/fanatik terhadap kabilah

F13 -Sesuatu kabilah diketuai oleh seorang syeikh
H13a-menjadi lambang perpaduan kaum
H13b-pelantikan syeikh berdasarkan syarat-syarat tertentu
H13c-bakal syeikh mestialh disukai ramai
H13d-dilantik atas persetujuan ramai
H13e-berfikiran matang/gagah/berani/pandai berpidato

F14 -Kemunculan semangat assabiah/semangat kesukuan yang melampau
H14a-Sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka
H14b-Peperangan antara satu kabilah dengan satu kabilah sering berlaku walaupun atas sebab yang kecil
H14c-Peperangan al-Basus antara Bani Taghlib dengan Bani Bakar
H14d-memakan masa 40 tahun
(14 markah)

(c).
F1 -Amalan berjudi
F2 -Berzina
F3 -Meminum arak
F4 -Membuang bayi/ membunuh anak yang dilahirkan
F5 -merompak/mencuri
F6 -ajaran sesat
F7 -pergaduhan/ pembunuhan berleluasa
F8 -pengambilan untung secara berlebihan
F9 -mengamalkan riba
F10 -penipuan
(4 markah)

6 (a).
F1 -Kepesatan pembangunan sektor pertanian dan perlombongan
F2 -Kekurangan tenaga buruh tempatan
F3 -Galakan kerajaan British
F4 -Faktor yang terdapat di negara asal
F5 -Penghijrahan mereka tidak ditentang oleh orang Melayu
F6 -Wujud hubungan tradisi antara India dengan Tanah Melayu
F7 -Kemakmuran di Tanah Melayu
F8 -Kestabilan politik di Tanah Melayu
(4 markah)

(b). Kemasukan Buruh Cina

F1 -Melalui sistem Tiket Kredit
H1a -Bakal imigran dikumpulkan oleh Kheh-tau (ketua)
H1b -Imigran (Sin Kheh) ini diletakkan bawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh yang dibayar oleh majikan
H1c -Golongan Sin Kheh perlu membuat perjanjian untuk menjelaskan hutang secara bekerja dengan majikan untuk tempoh tertentu
H1d -Mereka dibekalkan dengan tiket ke pelabuhan yang dituju
H1e -Tiba di pelabuhan, mereka diambil oleh pemborong buruh yang akan mendapatkan majikan untuk mereka

F2 -Melalui sistem Pengambilan Kakitangan
H2a -Majikan menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan buruh
H2b -Segala perbelanjaan dan tambang dibiayai oleh majikan
H2c -Pegawai yang dihantar mengiringi buruh tersebut hingga mereka sampai ke tempat majikan.

F3 -Melalui sistem Pengambilan Rumah Kongsi
H3a -Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di Negara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi
H3b -Pegawai tersebut membiayai perbelanjaan buruh sehingga mereka sampai di rumah kongsi

Kemasukan Buruh India

F4 -Melalui sistem Buruh Bebas
H4a -Buruh India datang sendiri ke Tanah Melayu dengan biayaan masing-masing

F5 -Melalui sistem Kontrak
H5a -Majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu
H5b -Buruh akan bekerja dengan majikan untuk jangka masa tertentu dengan bayaran minimum.

F6 -Melalui sistem Kangani
H6a -Seseorang kangani / tandil / ketua / mandur diberi lesen dan dihantar pulang ke India untuk mencari tenaga buruh
H6b -Kangani diberi wang untuk perbelanjaan buruh ke Tanah Melayu
(10 markah)

(c).
F1 -Perkembangan pesat ekonomi
H1a -Kawasan potensi ekonomi / kaya dengan sumber semula jadi
H1b -Kawasan pusat kegiatan ekonomi penjajah
H1c -Pekan yang berhampiran dengan kawasan perlombongan mengalami pertambahan penduduk / berfungsi sebagai tempat mengumpul hasil lombong

F2 -Perkembangan perusahaan perlombongan
H2a -Menambah fungsi bandar
H2b -Pekan berkembang menjadi bandar
H2c -Bandar yang menjadi pusat pentadbiran / perbankan
H2d -Muncul bandar seperti Kuala Lumpur / Taiping / Seremban / Miri

F3 -Kemunculan bandar-bandar baru
H3a -Berfungsi sebagai pusat perniagaan
H3b -Pusat pentadbiran
H3c -Dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur yang baik seperti jalan raya / bekalan air bersih / sekolah / pusat kesihatan
H3d -Institusi kewangan / bank
H3e -Dihuni oleh imigran Cina

F4 -Perkembangan sistem pengangkutan
H4a -Kedudukan bandar Kuala Lumpur yang strategik
H4b -Menjadi penghubung kepada beberapa buah bandar dan kawasan lain
H4c -Membabitkan pembangunan jalan raya dan jalan kereta api utama

F5 -Peningkatan pengeluaran barang industri / produk industri
H5a -Peningkatan pengeluaran barangan industri bijih timah
H5b -Peningkatan pengeluaran barangan industri getah
H5c -Muncul bandar pelabuhan penting di Tanah Melayu seperti Klang/Melaka/PulauPinang

F6 -Perkembangan ekonomi pertanian komersial
H6a -Muncul bandar Kuching
H6b -menjadi pusat pengumpulan
H6c -Pengeksportan gambir/lada hitam
(6 markah)

7 (a).
F1 -Pengenalan Sistem politik Barat dan memusnahkan sisitem politik tempatan
H1a -British meletakkan seorang Residen
H1b -Residen mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan
H1c -pembesar diberikan pencen
H1d -pembesar digantikan dengan oleh pegawai British
H1e -kesannya perubahan ini menjatuhkan maruah orang tempatan / mencabar sistem tempatan/amalan tradisi
H1f -keadaan ini telah membangkitkan kebencian penduduk terhadap British

F2 -Perkembangan sistem pendidikan
H2a -melahirkan golongan intelek Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsa
H2b -menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British
H2c -mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu
H2d -mereka menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan

F3 -Dasar British dalam sistem pentadbiran
H3a -menggalakkan sesiapa sahaja datang ke Tanah Melayu
H3ci-untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu
H3b -ramai orang asing telah datang ke Tanah Melayu dan menetap di sini
H3c -Kemasukan orang asing yang berterusan telah meningkatkan jumlah imigran di Tanah Melayu
H3d -ini menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan
H3e -orang asing menguasai bidang perlombongan, perladangan getah dan perniagaan.
H3f -orang Melayu kekal dengan pertanian padi yang tidak dimajukan oleh British
H3g -British membuka bandar baru sebagai pusat pentadbiran
H3h -orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan segala kekurangan
H3h -kemajuan ekonomi seperti perniagaan/prasarana/elektrik/perkhidmatan pos/telefon/sekolah/hospital
H3i -telah meningkatkan taraf hidup di bandar
H3j -keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar bandar dengan imigran lain di bandar
H3k -dasar British telah memundurkan lagi taraf hidup orang Melayu
H3l -golongan intelek Melayu menjadikannya sebagai isu gerakan nasionalisme

F4 -Pendudukan Jepun menjadi pemangkin terhadap gerakan nasionalisme
H4a -konsep Kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan negara-negara Asia
H4b -untuk menentukan kemajuan masing-masing dan meningkatkan persaudaraan dalam kalangan negara tersebut
H4c -Jepun menggalakkan orang tempatan bekerjasama/berjanji untuk memerdekakan Tanah Melayu
H4d -kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan/ubat-ubatan / kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan oleh kuasa Barat atau Timur
H4e -semua penjajah tetap zalim/menekan kehidupan orang tempatan
H4f -kesannya, apabila British memperkenalkan Malayan Union tahun 1946, orang Melayu menentang
H4g -mereka tidak mahu dijajah oleh sesiapa pun

F5 -Penguasaan Parti Komunis Malaya selama 14 hari tahun 1945 membangkitkan semangat menentang penjajah
H5a -PKM menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam
H5b -mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap penyokong Jepun
H5c -gerakan ini mencetuskan konflik perkauman
H5d -banyak orang Melayu terbunuh/rumah dibakar oleh anggota PKM
H5e -dibalas oleh orang Melayu di Perak/Johor Sembilan/Pahang

F6 -Kemunculan mesin cetak
H6a -memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan
H6b -mendorong kepada penentangan terhadap British
C6a -melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain, idea menentang penjajah dapat disebarkan

F7 -Gerakan Pan-Islamisme Sedunia memberi kesan terhadap kesedaran semangat kebangsaan
H7a -merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam
H7b -bertujuan untuk menentang penjajahan Barat ke atas negara-negara Islam
C7a -gerakan reformis oleh Syed Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti al-Azhar, Mesir telah tersebar luas
C7b -dalam tulisannya, beliau memberikan kupasan bahawa Islam ialah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat
C7c -Islam juga mendorong umatnya menuju kejayaan
C7d -tulisannya disebarkan dalam majalah al-Manar
H7c -gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi juga mendesak matlamat yang sama

F8 -Kesedaran Politik Serantau
H8a -Indonesia yang rapat dengan Tanah Melayu(geografi) dan budaya telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu
H8b -kesedaran politik dan pendidikan Indonesia yang lebih matang telah melahirkan ramai golongan intelektual
H8c -penulis yang hebat telah menghasilkan karya yang menjadi bacaan masyarakat di Tanah Melayu
H8d -idea kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajahan telah tersebar luas dan dihayati oleh penduduk tempatan
H8e -kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu memudahkan penerimaan unsur kegiatan nasionalisme Indonesia di Tanah Melayu
(10 markah)

(b). Keris Melaka – Ahmad Bakhtiar

F1 -Semangat perjuangan menentang penjajah Barat seperti Portugis
F2 -Menghargai sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka seperti Hang Tuah
F3 -Menggunakan sejarah sebagai inspirasi dan pedoman untuk mendorong semangat perjuangan bangsa bagi generasi muda

Anak Mat Lela Gila – Ishak Hj Muhammad

F4 -Semangat menentang penjajah oleh anak muda tempatan
F5 -menghargai warisan bangsa sendiri
F6 -mencintai tanah air
F7 -menolak kesenangan demi maruah bangsa

Putera Gunung Tahan – Ishak Haji Muhammad

F8 -semangat wira pemuda tempatan dalam menjaga maruah bangsa
F9 -mencintai tanah air
F10 -berasa bangga dengan kebolehan sendiri
F11 -seorang gadis tempatan menolak cinta pegawai penjajah /tidak mahu menjatuhkan maruah bangsa

Melor Kuala Lumpur – Harun Aminurrashid

F12 -emansipasi atau kebebasan wanita dalam menentukan hala tuju kehidupannya
F13 -wanita yang mementingkan pendidikan moden untuk kebaikan dirinya
F14 -membuang pandangan negatif yang boleh menghalang kemajuan bangsa
(5 markah)

(c).
F1 -Semangat setia negara
F2 -Sanggup berkorban untuk bangsa
F3 -Sifat bekerjasama
F4 -Sikap tolong menolong antara pemimpin dengan pengikut
F5 -Sifat berdisiplin
F6 -Gigih berusaha
F7 -Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang baik
F8 -Kekurangan ilmu menyebabkan perjuangan gagal
F9 -Penggunaan senjata moden penting dalam Perjuangan
F10 -Mana-mana isi yang munasabah
(5 markah)

8 (a).
F1 -Termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
F2 -Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (1956)
F3 -Pelancaran ‘Minggu Bahasa’ dan ‘Bulan Bahasa’
F4 -Melancarkan slogan “Bahasa Jiwa Bangsa”, 1960
F5 -Penubuhan sekolah menengah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
F6 -Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di Sekolah Alam Shah/Sekolah Seri Puteri/Sekolah Sultan Abdul Halim
F7 -Meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan, 1967
F8 -Menukarkan bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris kebangsaan secara berperingkat-peringkat
F9 -Menubuhkan Universiti kebangsaan Malaysia, 1977
F10 -Mulai 1982, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah menggantikan bahasa Inggeris
F11 -Penggunaan bahasa melayu di mahkamah pada tahun 1990
(8 markah)

(b).
F1 -Lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan
F2 -Menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia
F3 -Bertujuan memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan
F4 -Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
F5 -Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan
F6 -Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan dari aspek kerohanian
F7 -Mempertingkat kualiti kehidupan seimbang dengan pembangunan sosioekonomi
F8 -Tiga prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan
H8a -Kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang
H8b -Unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima
H8c -Islam sebagai unsur yang terpenting
(6 markah)

(c).
F1 -Penyertaan dalam sukan tanpa mengira ideologi
F2 -Dapat menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat
F3 -Tidak menghadkan penyertaan kepada sesuatu kaum
F4 -Memberi peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat
F5 -Di sekolah, sukan merupakan aktiviti sekolah yang sangat digalakkan
F6 -Penubuhan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM)
F7 -MSSM ditubuhkan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan
F8 -Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) diadakan dua tahun sekali
F9 -SUKMA dapat mengeratkan perpaduan antara kaum
F10 -SUKMA dapat mengeratkan hubungan antara negeri
F11 -Dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pemain, penonton dan penggiat sukan
F12 -Mana-mana jawapan yang munasabah diterima
(6 markah)

9 (a).
F1 -Komanwel membantu Malaysia memelihara keamanan dan kedaulatan negara
F2 -Membantu menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM)
F3 -Perjanjian pertahanan antara Malaysia dengan Britain/Australia/New Zealand
F4 -Menjanjikan bantuan semasa Malaysia berkonfrontasi dengan Indonesia
F5 -Tuan rumah Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel(CHOGM) 1989
F6 -Deklarasi Langkawi mengenai pencemaran/alam sekitar
F7 -Menegakkan hak asasi manusia dengan menentang dasar aparteid
F8 -Eksport Malaysia ke negara komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang rendah
F9 -Rancangan Colombo menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan
F10 -Menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998
(5 markah)

(b).
F1 -Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa
F2 -Sejak tahun 1960, Malaysia dipilih menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB
F3 -Membantu PBB menamatkan perang saudara di Congo (Zaire)
F4 -Tahun 1989, dipilih mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi membantu negara tersebut mencapai kemerdekaan
F5 -Pada tahun 1990-an, Malaysia menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq
F6 -Menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea
F7 -Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia
F8 -Lantang bersuara di PBB menentang dasar aparteid di Afrika Selatan
F9 -Menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia yang diletakkan di bawah hak milik / kuasa semua negara
F10 -Menjadi ahli Bank Dunia
F11 -Sebagai ahli Malaysia memperoleh faedah dari segi kemasukan pelabur-pelabur asing
F12 -Malaysia menggunakan bantuan Bank Dunia untuk menjayakan rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
F13 -Membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan
F14 -Mengambil pendirian teguh terhadap usaha memerangi penyalahgunaan dadah
F15 -Hasil usul Malaysia, satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna (Austria) pada bulan Jun 1987
F16 -Perdana Menteri Malaysia telah menjadi Yang Dipertua persidangan tersebut
F17 -Malaysia telah bekerjasama dan menyertai beberapa agensi di bawah PBB
F18 -Bekerjasama dalam bidang pengeluaran makanan di bawah agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)
F19 -Kerjasama dalam bidang kesihatan dan perubatan di bawah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO)
F20 -Kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)
F21 -Pernah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1965, 1989 dan 1999
F22 -Wakil Malaysia ke PBB, Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung
F23 -Dilantik sebagai wakil khas PBB untuk menyelesaikan konflik politik negara Myanmar
F24 -Malaysia berpendirian tegas mendesak PBB menjalankan usaha menyelesaikan masalah Palestin
(10 markah)

(c).
F1 -Membantu melaksanakan matlamat OIC
H1a -mengeratkan hubungan negara Islam dalam segala bidang
H1b -bersuara satu nada bagi kepentingan umat Islam
H1c -mengekalkan perdamaian antara negara Islam
H1d -memastikan tempat suci Islam dihormati
F2 -Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama
F3 -Peranan Malaysia menjadi perantara dalam perang Iran-Iraq
F4 -Memberi sokongan kepada rakyat Palestin mendapatkan semula tanah airnya
F5 -Tuan rumah Persidangan OIC 1974 dan 2003
F6 -Menganjurkan persidangan menentang penganas dalam kalangan negara Islam
F7 -Biasiswa kepada pelajar OIC yang belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
F8 -Malaysia mengesyorkan penggunaan dinar emas dalam kalangan negara Islam
F9 -Untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain
(5 markah)
F25 - Menganjurkan Persidangan Antarabangsa berkaitan Palestin di Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment